Selasa, 3 September 2013
KELAB GREENBOC: Rakyat Naik Minyak Apabila Najib Umum Kenaikan Har...
KELAB GREENBOC: Rakyat Naik Minyak Apabila Najib Umum Kenaikan Har...: E koran kenaikan harga minyak, stesen minyak di Melaka dirempuh oleh pengguna yang 'naik minyak' ? Dek kerana pengumuman mengejut ...
Minyak naik: Kerajaan Najib terus jerut leher rakyat
| Harakahdaily, | 02 Sep 2013 |
AMK Selangor menyelar sebarang tindakan sumbang yang mengheret rakyat dalam beban ekonomi yang lebih teruk.
“Kegagalan Najib Razak dan kabinetnya dalam menyusun atur ekonomi dengan baik menjadi penyebab atas kenaikan harga bahan api ini,” kata Naib Ketua AMK Malaysia, Azmizam Zaman Huri dalam satu kenyataan.
Katanya, Najib dan kerajaan Barisan Nasional belum lagi berupaya memberi peningkatan wajar kepada kestabilan ekonomi negara.
Seperti dijangka, kata beliau kelemahan itu akhirnya terpaksa ditutup dengan 'penyelarasan subsidi' yang ditelan oleh semua.
Beliau yang juga Ketua AMK Selangor berkata, pihaknya yakin kesan kenaikan bahan api itu akan memberi refleks secara langsung terhadap kenaikan beberapa barang keperluan sedikit masa lagi.
“Inilah yang membimbangkan di mana akhir sekali rakyat paling bawah akan memikul segala kebodohan urustadbir dan terus hidup melarat,” ujarnya.
Katanya lagi, ketika kenyataan ini ditulis; di semua stesen minyak terutama di bandar bandar besar sedang terjadinya tumpuan dan tekanan dengan puluhan ribu pemilik kenderaan beratur panjang untuk mengisi minyak pada harga RM1.90 seliter bagi kali terakhir.
“Tidakkah Najib merasai tekanan tersebut? Tidakkah kerajaan Barisan Nasional merasai derita tersebut?” tanya beliau.
Tambahnya, inilah golongan pemerintah yang akan terus membutakan mata, dan memekakkan telingan atas kepayahan rakyat dengan tangan terus mengaut laba keuntungan.
Justeru, ujarnya AMK Selangor melahirkan rasa dukacita atas beban yang rakyat terpaksa hadapi ini, menjadi harapan kami untuk membantu mengurangkan resah dan beban tersebut.
“Regim ini harus terus diasak hingga tumbang, kerana kita tiada masa lagi untuk hidup dalam penghambaan ekonomi yang mendesak,” tegasnya.
Isnin, 2 September 2013
Q&A: Zakat wang dilabur saban bulan
| Ustaz Hamizul Abdul Hamid, | 02 Sep 2013 |
Ustaz, bagaimanakah caranya untuk saya mengira zakat pelaburan secara wang tunai yang dibuat secara bulanan, ke dalam pelaburan Unit Trust (Amanah Saham). Harga per unit untuk Unit Trust pula berubah-ubah setiap hari. Mohon pencerahan daripada ustaz. Terima kasih. Saya berikan data pelaburannya:
Tarikh Mula Labur: 1 Jan 2012
Kaedah Melabur: Bulanan
Jumlah Melabur: RM1,000 setiap bulan
Jangkamasa pelaburan: 10 tahun
Kadar keuntungan pelaburan: tidak tetap di anrara 5% – 15% setahun
Jawapan: Terima kasih kerana mengajukan persoalan dan semoga Allah SWT juga membantu saya dalam memberikan jawapan yang betul dan terbaik buat soalan ini, amin. Baiklah, apa yang saya fahami bahawa tuan telah memasukkan wang secara bulanan dengan tetap sepanjang tahun ke dalam Saham Amanah, bagi tempoh selama 10 tahun.
Sebelum itu, sepanjang tempoh 10 tahun itu, adakah tuan boleh mengeluarkan wang itu, sama ada sepenuhnya atau sebahagiannya atau tidak boleh sama sekali? Jika tidak boleh mengeluarkannya sehinggalah tempoh matang 10 tahun, maka sepanjang tempoh itu tiada zakat ke atasnya, kerana tuan tiada sempurna milik ke atas wang berkenaan. Tetapi jika boleh dikeluarkan tanpa perlu menunggu 10 tahun, maka tuan ada sempurna milik ke atasnya dan baharulah ia wajib ditaksirkan zakatnya.
Sekarang, kita andaikan tuan mempunyai sempurna milik ke atasnya, maka timbul pula persoalan, apakah kaedah yang mahu diaplikasikan dalam taksirannya? Zakat saham atau zakat simpanan?
Baiklah, suka saya membuat ulang kaji bahawa untuk zakat saham, di sana ada tiga jenis taksiran zakat saham sebenarnya.
Pertama, zakat saham yang dijual beli sepanjang tahun di bursa saham dan kiraannya, bagi setiap transaksi sepanjang tahun adalah disandarkan kepada mal al-mustaghallat (zakat pendapatan) dan pokok saham yang kekal (atau mungkin terkurang kerana kerugian dalam transaksi) disandarkan kepada zakat wang simpanan (dizakatkan ke atas nilai atau baki pokok terendah pada hujung tahun).
Kedua, zakat saham yang tidak diniagakan sepanjang tahun dan hanya diberikan keuntungan atau dividen atas baki unit saham yang ada pada penghujung tahun, yakni dengan adanya pertambahan nilai ke atas setiap unit saham berbanding semasa awal tahun atau semasa ia dibeli. Bagi kes zakat saham seperti ini, ia dikenakan kepada nilai keseluruhan saham dengan berdasarkan harga seunit pada hujung tahun berkenaan jika ia masih sampai kepada paras nisab.
Ketiga, zakat saham bagi modal yang dilaburkan ke dalam mana-mana syarikat perniagaan, dan kaedahnya hendaklah disandarkan sepenuhnya kepada zakat perniagaan, kerana sahamnya ketika itu adalah adalah dalam bentuk ‘share holder’ dalam sebuah syarikat perniagaan.
Saya juga cuba meneliti, dan saya dapati pelaburan tuan di atas, menyamai kaedah zakat saham yang kedua, yakni ia dilihat kepada hujung tahun ke atas jumlah keuntungan dan nilai RM keseluruhan unit saham yang dimiliki. Namun, timbul persoalan kerana tuan juga sentiasa menokok jumlah saham baru sepanjang tahun, sehinggakan di hujung tahun tuan sudah pun mempunyai nilai saham RM12,000.00. Maka, bagaimana pula dengan pertambahan saban bulan ini?
Maka, dalam kes ini keseluruhan wang yang tuan laburkan itu (RM12,000.00), ia juga hendaklah dikirakan zakat ke atasnya pada penghujung tahun berkenaan, dengan tidak hanya membataskannya kepada jumlah awal RM1,000.00 sahaja. Kenapa? Ini kerana, dalam zakat saham asasnya adalah disandarkan kepada zakat perniagaan, yang mana dalam kaedah perniagaan, modal hendaklah dicampurkan semasa pentaksiran zakatnya, walaupun penambahan modal itu hanya berlaku pada pertengahan tahun dan tidak genap setahun (cukup haul).
Di Lembaga Zakat Selangor (LZS) sendiri, mulai tahun 2010 fatwa telah memutuskan bahawa, taksiran ke atas zakat saham amanah adalah disandarkan kepada harga seunit saham dan keseluruhan pengembangannya (dividen + keuntungan + bonus dan sebagainya) yang diperoleh di hujung haul atau hujung tahun, dan baharulah dikeluarkan zakat ke atasnya sebanyak 2.5 peratus jika mencapai paras nisab.
Kesimpulannya, biar pun harga seunit saham amanah itu berubah setiap hari, tuan hanya perlu melihat kepada harga terakhir pada saat sampainya haul, yakni pada 1 Januari 2013 (atau boleh juga dibuat pada 31 Disember 2012). Sekiranya pada 1 Januari 2013, nilai keseluruhan saham tuan adalah RM13,800.00 (saya andaikan tuan dapat keuntungan 15 peratus dan nisab hanyalah RM13,000.00), maka itulah jumlah kasar yang perlu diambil darinya sebanyak 2.5 peratus sebagai zakat, iaitu sebanyak RM345.00 sahaja. Wallahua’lam.
Ustaz Hamizul Abdul Hamid
Eksekutif Komunikasi Korporat
Lembaga Zakat Selangor (MAIS)
http://www.hamizul.com/
Posting as Mohd Najman Yusoff (Not you?)

Faizal Ahmad Fadzil
Tolak
modal dulu RM13800 - Rm13000 = RM800 dan dari situ barulah zakat 800 X
2.5% = RM20. Kalau tidak cara kira zakat amat salah cth jika simpan
RM10000 sebulan maka ikut kiraan 138000 X 2.5% = RM3450 sedangkan untung
RM8000 sahaja..setelah tolak hutang maka untung = RM4550. Ikut kiraan
atas untung 8000 maka zakat 2.5% Rm200 ajer.. Cara kira ustaz mohon
perbetulkan...sedangkan berniaga saham bukan setahun sekali...pihak
peniaga bukankah mesti dikenakan zakat perniagaan pada hari berniaga.
kalau pemain saham boleh ambil dan masuk duit setiap hari maka zakat
mesti dikenakan setiap hari..bukan atas modal tapi atas untung..kalau
rugi tak kena zakat.
Ahad, 1 September 2013
Semoga kita temui makna kemerdekaan hakiki
| ., | 01 Sep 2013 |
Perutusan Hari Kemerdekaan Negara ke-56

1. Kita sedia maklum walaupun Union Jack telah 56 tahun diturunkan, legasi sistem ciptaan manusia yang ditinggalkan penjajah masih terus menjadi amalan. Apa yang belum kita sedari sepenuhnya ialah sistem penjajah ini sedang terungkai, bukan sekadar di Malaysia malah boleh dilihat di mana-mana sahaja.
2. Kegagalan tersebut boleh disaksikan pada kecelaruan kapitalisme seperti yang berlaku di Wall Street, krisis keyakinan politik yang membungkam pentadbiran negara-negara Barat dan keruntuhan moral masyarakat yang secara wewenang mengamalkan budaya hidup liberal serta mencemuh nilai-nilai agama.
3. Malah di negara kita sendiri, peningkatan kadar hutang kerajaan dan isirumah, percukaian yang membebankan, peningkatan kadar jenayah, meluasnya rasa curiga rakyat terhadap tahap keselamatan awam, rasuah, peningkatan kos kehidupan dan gejala keruntuhan akhlak masyarakat juga merupakan simptom kepada kegagalan sistem legasi tersebut.
4. Yakinlah bahawa keruntuhan sistem legasi penjajah ciptaan manusia ini adalah satu kepastian maka perubahan akan menyusul. Persoalannya kini, apakah kita akan terus mencari sistem manusia lain untuk ditegakkan di atas keruntuhan tersebut atau kita kembali kepada fitrah dengan mengangkat sistem kehidupan bersyariat yang telah ditetapkan oleh Allah swt yang Maha Mencipta?
5. Pengisian kemerdekaan Malaysia untuk tahun-tahun mendatang akan tertumpu kepada konflik perubahan sistem ini. Ianya adalah pertembungan di antara ketulenan Islam dan ideologi pragmatik yang bersifat lokal yang kononnya lebih sesuai dari ideologi barat tetapi sebenarnya masih merupakan ciptaan manusia semata-mata yang penuh dengan khilaf. Demografi masyarakat, dasar langit terbuka dan faktor teknologi antara lainnya akan menjadikan pertembungan di antara Islam dan kejahilan lebih mencabar dan kompleks.
6. Oleh itu, sejauh manakah iktikad dan persediaan kita, khususnya golongan pemuda yang bakal mewarisi negara ini mampu mendepani perubahan ini?
7. Pada masa yang sama, kuasa penjajah tidak akan berpeluk tubuh melihat orde dunia mereka berkubur! Mereka akan terus menjaja polisi neo-kolonialisme baru bagi meneruskan kelangsungan dominasi mereka ke atas masyarakat antarabangsa khususnya dunia Umat Islam. Penjajahan ekonomi melalui mekanisme perdagangan antarabangsa seperti TPPA sebagai contohnya boleh melemahkan keutuhan nilai kemerdekaan negara.
8. Sebab itulah kebangkitan rakyat khususnya dari golongan muda di Palestin, Mesir, Syria dan negara-negara Arab lain yang dilanda fenomena Arab Spring untuk mencari makna baru kemerdekaan negara mereka amat menginsafkan kita.
Yang pertama, kerana ianya menyerlahkan perilaku musuh-musuh agama Allah swt. yang sanggup membelakangkan proses demokrasi yang mereka taja asalkan Islam tidak dapat bertapak.
Yang keduanya, kerana nilai kemerdekaan negara pada akhirnya bukan lagi direbut dari tangan penjajah tetapi dari tangan anak-anak watan sendiri yang keliru dan hilang kewarasan untuk melihat kegagalan sistem tajaan penjajah tersebut yang mereka anuti.
9. Selaku pendokong gerakan Islam kita mengimani akan kemenangan yang telah dijanji Allah, jika tidak di dunia maka di akhirat. Apa jua kesudahan konflik di Timur Tengah kelak, kebangkitan rakyat dan keazaman mereka menuntut hak dan keadilan sesungguhnya amat mengujakan dan seharusnya menjadi piawaian kepada kesungguhan golongan pemuda Islam di dalam mengisi kemerdekaan kita sendiri.
10. Saya dan seluruh saf kepimpinan Dewan Pemuda PAS Malaysia mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-56 kepada seluruh rakyat Malaysia sambil mendoakan agar kita menemui makna kemerdekaan yang hakiki.
Nasrudin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Tanda Putera: Filem sejarah atau fiksyen?
| Mahdzir Ibrahim Roketkini, | 31 Ogs 2013 |
Saya sebagai penonton mempunyai pandangan sendiri, saya akan cuba berlaku adil menilai filem ini.
Menurut laporan media, kos filem ini sekitar RM4.5 juta, ia dibiayai oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) sebanyak RM2.5 juta dan RM2 juta lagi daripada Perbadanan Kemajuan Multimedia (MDeC). Tidak termasuk penajaan dari syarikat kerajaan seperti syarikat penerbangan Malaysia (MAS).
Dengan kos tersebut, saya fikir hasil dari aspek teknikalnya tidaklah begitu memuaskan. Penggunaan teknik CGI atau Computer Generated Image yang digunakan tidak sempurna dan tidak kemas malah jika difikir-fikirkan, ianya tidak perlu bagi filem sebegini. Namun terpulanglah kepada pengarah kerana itu haknya.
Begitu juga dalam dalam aspek rekabentuk produksi, props dan costume. Ia tidak cukup sempurna untuk menggambarkan suasana di zaman tersebut sedangkan filem ini berlatarkan suasana di era 60/70-an. Jauh bezanya dengan props dan costume filem Bukit Kepong atau Leftenan Adnan. Adakah kerana penerbitnya ingin berjimat, kita tidak pasti.
Selepas menonton, saya tertanya-tanya adakah filem ini mahu bercerita tentang sejarah 13 Mei atau apa?
Babak kencing tiang bendera Selangor ada dipaparkan. Tetapi tidak jelas adakah adegan ini benar-benar wujud dan bersumberkan dari fakta sejarah. Jika benar-benar bersumberkan dari sejarah, di mana dan apakah sumbernya? Sama ada dari laporan polis atau catatan sejarawan, saya ingin tahu.
Jika ia fiksyen, bendera Selangor itu bukan fiksyen. Malah, tiang bendera dalam babak tersebut tidak jelas berada di mana, di dalam kawasan rumah Datuk Harunkah (Menteri Besar Selangor ketika itu) atau di tepi longkang pejabat kerajaankah atau di sebelah warungkah?
Kita tak pasti sama sekali. Jika ada yang mengaitkan ianya di kawasan kediaman Menteri Besar Selangor, mungkin itu hanya tanggapan saja kerana bendera di tiang itu bendera Selangor atau banyak babak 13 Mei dalam filem itu berlaku di sekitar Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Atau, adakah babak kencing tiang bendera itu sebenarnya adalah imaginasi pengarah berdasarkan dengar cakap dari sumber yang tidak jelas?
Jika kita rujuk penjelasan Sdr. Ahmad Habib dalam temubual oleh Roketkini di sini (http://www.roketkini.com/2012/09/14/kencing-tiang-bendera-kit-siang-difitnah-saksi-13-mei/) yang berada di lokasi rusuhan (Kampung Baru) pada ketika itu, jelas sekali bahawa hampir mustahil peristiwa kencing tiang bendera Selangor itu dilakukan di kediaman Menteri Besar Selangor pada ketika itu.
Jadi, jika bukan berlaku di kediaman Menteri Besar, maka ia berlaku di mana? Adegan ini bukan adegan lagak ngeri (stunt) yang boleh difiksyen-fiksyen sesuka hati. Adegan ini berkaitan langsung dengan sejarah 13 Mei.
Bagi saya, peristiwa 13 Mei yang digempakkan di awal babak dalam filem ini kelihatan hanya digunakan untuk memancing sentimen kemarahan dengan menggambarkan seolah-olah pembangkang dan komunis itu sama atau bekerjasama. Pembangkang dan komunis itu cuba digambarkan dengan imej satu kaum sahaja iaitu Cina di samping logo DAP terpampang di sana-sini dalam babak tersebut.
Sedikit selingan buat pengarahnya – DAP bukan komunis apatah lagi menyokongnya, malah penubuhan DAP adalah bukti penolakan DAP akan perjuangan komunis yang menggunakan senjata.
Bertolak dari imej-imej ini, maka pada awalnya saya menyangka filem ini ingin menceritakan kembali peristiwa 13 Mei mengikut kronologi dan laporan saksi-saksi secara jelas. Ketika menontonnya saya cuba bersangka baik dan mencari lojik tentang paparan imej tersebut yang mungkin dapat memberi gambaran jelas kepada penonton tentang apa sebenarnya yang telah berlaku dalam peristiwa 13 Mei ini.
Tetapi ia tidak berlaku begitu. Pengarah mematikan peristiwa 13 Mei ini setengah jalan (tak sampai separuh sebenarnya). Tinggalah imej-imej logo DAP, Cina dan Komunis melekat dimemori penonton tanpa apa-apa penjelasan dan pertanggungjawaban. Permulaan yang mendebarkan tiba-tiba hilang lenyap tak berkesudahan.
Yang lain hanya drama hubungan keluarga dan persahabatan Tun Razak dengan Tun Dr. Ismail dan beberapa babak pendek tentang usaha beliau mewujudkan Felda, usaha Tun dalam perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan kisah komunis yang diselitkan serba-sedikit.
Watak dan pemilihan pelakon (casting) Tun Razak dan Tun Dr Ismail agak berjaya, ia dilakonkan dengan baik dan berkesan, tahniah buat pelakonnya, Rusdi Ramli dan Zizan Nin.
Namun akhir semua ini, babak 13 Mei yang digempakkan itu terhenti, tergantung dan ghaib entah ke mana. Filem sejarah apakah ini? Saya tidak nampak atau memahami signifikan antara babak-babak 13 Mei dengan sejarah ketokohan Tun Razak dalam filem ini.
Jika ini bukan filem sejarah 13 Mei, adakah ia filem sejarah mengenai ketokohan Tun Razak dan rakannya Tun Dr. Ismail? Jika benar, pasti sumbangan terpenting Tun seperti penubuhan Felda digarap dengan lebih jitu lagi berbanding garapan peristiwa 13 Mei. Tetapi tidak begitu.
Filem ini tidak mengangkat dengan jelas sumbangan Tun dalam penubuhan Felda atau pun usaha Tun dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB). Maka kita keliru arah cerita ini.
Atau, adakah filem ini memang bukan filem sejarah langsung. Hanya filem fiksyen yang mencedok sedikit fakta sejarah dan ditempelkan ke atas susuk Tun Razak hingga menjadi filem fiksyen agar pengarah atau penerbitnya tidak perlu dipertanggungjawabkan oleh penghayat atau sesiapa.
Memang kita memahami bahawa adaptasi dari sumber pertama (asal) kepada medium lain akan diolah kembali dengan elemen-elemen fiksyen sebagai penyedap atau penarik. Ini kita bersetuju.
Namun demikian, nuansa antara fakta dan fiksyen seharusnya jelas. Dalam filem Tanda Putera ini, fiksyen dan fakta bercampur-baur dan berkecamuk, bagi yang tidak membaca atau menyelidiki sejarah 13 Mei ini, pasti akan menganggap semua babak dalam filem ini adalah seratus peratus berdasarkan fakta.
Akhirnya kita ingin sekali bertanya kepada pengarahnya, Datin Paduka Shuhaimi Baba, filem ini filem apa? Filem sejarah atau fiksyen?
Saya fikir saya berhak mendapat penjelasan daripadanya kerana filem beliau ini dibiayai dari wang cukai rakyat, bukan sedikit tetapi banyak. Wang cukai rakyat ini dikutip oleh kerajaan dari semua kaum, Melayu, Cina India, ahli DAP, ahli Umno, PKR, orang Islam, bukan Islam, orang miskin dan kaya malah semuanya. Jika ia filem sejarah, maka ia milik rakyat dan rakyat berhak menuntut penjelasan. Jika fiksyen, maka penerbit harus bersedia bertanggungjawab atas paparan imej atau babak-babak dalam karyanya.
Saya mendukung prinsip kebebasan berkarya, berekspresi dan berkreativiti. Saya akan pertahankan hak saudari Shuhaimi Baba jika dia benar.
Di sebalik semua ini, saya juga tertanya-tanya, bagaimana Finas menjustifikasikan filem ini hingga sanggup melabur jutaan ringgit dengan mempertaruhkan prinsip keharmonian kaum. Untuk apa? Kebenaran?
Sabtu, 31 Ogos 2013
Loji kembali berfungsi, bekalan air mulai pulih
| Harakahdaily, | 31 Ogs 2013 |
Dengan itu, bekalan air dijangka pulih mulai tengahari tadi secara berperingkat-peringkat.
Katanya, bermula 12.30 tengah malam hingga 1.30 pagi tadi, SSP1 dan SSP3 kembali beroperasi secara berperingkat setelah pencemaran berjaya dikawal dan kakitangan serta pegawai yang bertugas mengenas pasti tiada lagi kesan minyak.
Pada jam 4 pagi sehingga 6 pagi tadi, pengeluaran air di SSP1 dan SPP3 telah meningkatkan tahap rizab air mentah sebanyak 5 meter.
"Kita menjangkakan bekalan air bersih kepada pengguna akan pulih secara berperingkat selepas tengahari ini," kata beliau dalam kenyataannya.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) supaya tidak menggunakan alasan ini untuk membiarkan gangguan bekalan air berleluasa sedangkan masalah pencemaran ini telah pun dikawal.
"Saya mengucapkan terima kasih kepada pegawai dari Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Jabatan Alam Sekitar dan Unit Perancang Ekonomi Negeri yang telah bekerjasama dgn SPLASH bagi memastikan loji-loji berkenaan beroperasi semula," katanya.
Jabatan Alam Sekitar, LUAS dan Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor (SPLASH) telah menjejaki punca pencemaran ke sebuah pusat selenggaraan lori sampah di Rawang yang mana siasatan awal menunjukkan minyak diesel terpakai dibuang ke longkang dan dibiarkan mengalir ke sungai.
Majlis Perbandaran Selayang telah pun menyita premis berkenaan dan perintah berhenti kerja telah pun dikeluarkan.
NAJMAN DELIMA: Ilmu al-Quran perlu dihidupkan semula
NAJMAN DELIMA: Ilmu al-Quran perlu dihidupkan semula: Khairul Azlam Mohamad, 31 Ogs 2013 Pelajar cemerlang Maahad Darul Quran, Nur ...
Langgan:
Catatan (Atom)