Khamis, 8 Ogos 2013
KELAB GREENBOC: Elak Bil Telefon Bimbit Anda Melambung, Jangan Akt...
KELAB GREENBOC: Elak Bil Telefon Bimbit Anda Melambung, Jangan Akt...: S aya terkejut apabila saya mendapat bil seperti itu kerana saya hanya memeriksa e-mel saya semasa makan tengah hari dan makan malam ketika ...
KELAB GREENBOC: Kekuatan Najib Hanya Ada Pada Penipuan, Politik Wa...
KELAB GREENBOC: Kekuatan Najib Hanya Ada Pada Penipuan, Politik Wa...: M asa depan negara gelap dibawah kepimpinan yang mediocre Dr Mahathir kata dia akan terus bercakap mengenai orang Melayu. Kenapa Mahathir p...
KELAB GREENBOC: Mujur UMNO BN Gagal Rampas Selangor Pada PRU13 Yan...
KELAB GREENBOC: Mujur UMNO BN Gagal Rampas Selangor Pada PRU13 Yan...: R ezab Selangor Hampir Cecah RM3 Bilion Laporan kewangan terkini dari Jabatan Perbendaharaan Kerajaan Negeri Selangor menunjukkan rezab Ke...
Mari kita fikir pertanyaan, apa lagi Malaysia mahu
Harakahdaily, | 07 Ogs 2013 |
Demikian dinyatakan oleh Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang dalam msej ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua Muslim di Malaysia.
Beliau berkata, beberapa peristiwa mutakhir ini telah membangkitkan kebimbangan tentang masa depan Malaysia sebagai sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum, bahasa, agama, budaya dan daerah.
Lim mengimbas kembali sejurus selepas pilihanraya umum ke-13, Utusan Malaysia terus menerbitkan tajuk muka depan: Apa Lagi Cina Mahu?
“Soalan ini tidak sepatutnya ditanya, demikian juga soalan-soalan lain seperti Apa lagi Melayu mahu? Apa lagi India mahu? Apa lagi Kadazan mahu? atau Apa lagi Dayak mahu?”
“Kita boleh faham kalau soalan-soalan sedemikian ditanya di dekad pertama penubuhan negara ini. Ada sesuatu yang tak kena kalau ia masih diajukan di dekad keenam usia negara ini,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah.
Justeru, katanya soalan yang lebih tepat untuk ditanya adalah: Apa lagi Malaysia mahu?.
Maka, jelas beliau jawapannya adalah, Malaysia mahukan tadbir-urus yang baik, kejayaan dalam usaha membasmi korupsi, keamanan dalam negara dan kadar jenayah yang rendah; keadilan ekonomi, kemajuan dan kemakmuran untuk semua warga serta sistem pendidikan bertaraf dunia dari peringkat rendah sampai ke universiti.
Baginya, ada sesuatu yang amat tidak kena jika dalam proses pembinaan negara ini kita berulangkali mendengar ungkapan ‘Balik Cina’, ‘Balik India’ malah ‘Balik Indonesia’.
“Inilah kesempatan untuk semua rakyat Malaysia yang cintakan negara ini dan tidak mempunyai hasrat untuk berhijrah ke negara lain merenung bagaimana hendak menjadikan Malaysia lebih bersatu, lebih harmoni, lebih kukuh, lebih membangun dan lebih makmur untuk semua rakyatnya tanpa mengira kaum, agama atau fahaman politik.
“Marilah semua kita rakyat Malaysia memikirkan pertanyaan ‘Apa lagi Malaysia mahu?’,” kata beliau.
Langgan:
Catatan (Atom)