Ahad, 29 Disember 2013

Kehilangan Jeneral al-Sisi terus jadi misteri


KAHERAH: Rakyat Mesir kini tetanya-tanya ke manakah hilangnya Panglima Tentera Mesir, Jeneral Abdul Fattah al-Sisi yang sudah tidak kelihatan di khalayak ramai sejak 17 Oktober lepas.

Al-Sisi yang melakukan rampasan kuasa menggulingkan Presiden Mohammed Morsi, 3 Julai lepas, sebelum ini sering membuat kenyataan secara langsung di televisyen Mesir.

Namun selepas pembunuhan ribuan rakyat tidak berdosa di Dataran Rabaah dekat sini, khabarnya al-Sisi sudah tidak kelihatan lagi secara 'live' dalam laporan media elektronik Mesir.

Televisyen Mesir masih menyiarkan footage video mengenai al-Sisi, namun umum mengetahui bahawa gambar statik dan video tersebut adalah rakaman lama yang sudah tersiar sebelum ini.

Sehingga kini tidak ada pengesahan yang sahih sama ada Jeneral al-Sisi menghilangkan diri atau beliau sudah mati.

Namun laporan rangkaian berita Sky News semalam (28 Disember 2013) agak mengejutkan rakyat Mesir.

Laporan Sky News memetik kenyataan Pakar Tentera Britain kepada mereka, bahawa mayat al-Sisi ditempatkan di Kem Tentera di Iskandariah.

Pakar tentera tersebut mendakwa Tentera Mesir menunggu masa yang sesuai untuk meletupkan bangunan dalam kawasan  tentera, supaya boleh dizahirkan al-Sisi sebagai mangsa letupan.

Isu ini menjadi bualan rakyat Mesir, kerana mereka melihat sendiri tiada langsung kelibat al-Sisi selama dua bulan.

"Tiada kepastian drp sumber kerajaan, cuma suratkhabar pembangkang dan cakap-cakap belakang sahaja yang mengatakan al-Sisi sudah mati.

"Apa yang pasti dah lama beliau tidak keluar televisyen untuk buat ucapan. Televisyen menyiarkan aktiviti al-Sisi, tapi semua gambar lama," kata seorang penganalisis politik Mesir.

Bagaimanapun seorang wartawan terkenal Mesir bercakap kepada akhbar Aljazeera menyatakan keyakinan beliau bahawa Jeneral al-Sisi sudah mati cuma berita tersebut disembunyikan.

Wartawan tersebut juga mendakwa puak kudeta (perampas kuasa) menunggu untuk meletupkan bangunan Kementerian Pertahanan dan mengisytiharkan al-Sisi meninggal.

Lebih buruk lagi kata beliau, Ikhwan Muslimin yang dituduh sebagai pengganas akan dipersalahkan kerana didakwa melakukan pengeboman tersebut.

Lanjutan mengenai dakwaan kematian atau pembunuhan Jeneral al-Sisi dan pembantu kanannya Sidqi Subhi boleh dicapai menerusi pautan video berikut:

بالفيديو.. "الشرقاوى": مقتل السيسى وصدقى صبحى هو من يدير البلد - جريدة الشعب الجديد - http://elshaab.org/thread.php?ID=89745