Sabtu, 14 April 2012
Ibnu Hasyim: Pendidikan Negara Gagal, Semak Semula -TERAS
Ibnu Hasyim: Pendidikan Negara Gagal, Semak Semula -TERAS: KL 14 Apr 12: Rasa resah melihat kegagalan pendidikan negara melahirkan generasi yang mempunyai sahsiah yang seimbang seperti yang...
Hotel hidang makanan anjing kepada pelajar!
14/04/2012
Panas! Hotel hidang makanan anjing kepada pelajar!
Kongsi363
SEJAK semalam, tersebarnya sepucuk
surat aduan yang dihantar kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM
berhubung dakwaan sebuah hotel di Kuala Lumpur yang menghidangkan makanan anjing kepada pelajar yang berkunjung di hotel berkenaan.
Surat tersebut yang dipercayai dihantar oleh salah seorang staff hotel tersebut mendedahkan bagaimana pihak hotel telah menghidangkan roti makanan anjing kepada para pelajar atas arahan pengurus besar Hotel berkenaan.
Sejumlah 390 pelajar daripada Jabatan Pelajaran Selangor yang menginap di The Plaza Hotel Kuala Lumpur, pada tarikh 14hb sehingga 17hb November 2011 itu telah menjadi mangsa tindakan jijik dan tidak bertanggung jawab pihak hotel tersebut.
Di bawah ini surat yang dimaksudkan.
Si pengadu yang bernama Haziah binti Zainal yang juga merupakan Pembantu Pengurus Sumber Manusia hotel tersebut difahamkan akhirnya telah meletakkan jawatan.
Apa yang lebih mengejutkan, aduan si pengadu yang akhirnya membawa kepada satu siasatan oleh pihak JAKIM, akhirnya mendedahkan bahawa roti yang dikatakan makanan anjing itu turut mengandungi babi.
Di bawah ini lampiran muka surat 3 surat perletakkan jawatan si pengadu.
Apa yang jelas, penyebaran surat ini telah berjaya membongkar satu rahsia yang selama ini cuba ditutup dan diselindungkan oleh pihak tertentu di dalam menyelamatkan nama baik hotel yang terlibat.
ReJaM© "Siapa yang jadi mangsa, sila saman pihak yang berkenaan! "

Roti Jala dan Kari Daging.
Roti Jala dan Kari Daging.
lynn@myresipi.com
Sesuai untuk hidangan minum petang atau juga jamuan.
Created on : 14-04-2012
1284Share
Bahan-bahan ( Anggaran 10-15 orang. )
- 450g tepung gandum
- 1 camt garam
- 1/2 camt serbuk kunyit
- 450 ml susu segar
- 3 biji telur (di pukul sedikit )
- 450 ml air ( sekiranya semasa menyediakan adunan, ianya agak pekat tambahkan sedikit air )
- 2 camb mentega cair
- minyak untuk melenser
- acuan roti jala
Cara-cara
- Ayak tepung, garam dan serbuk kunyit ke dalam mangkuk besar. Buatkan lubang di tengahnya. Tuangkan susu, telur, separuh daripada air dan setengah mentega cair ke dalamnya. Gunakan pemutar belon / balloon whisk untuk membancuh. Masukkan baki air dan mentega hingga adunan tidak bergentel. Tapis dengan penapis halus. Untuk lebih mudah masukkan semua bahan dan blender agar lebih halus.
- Ketepikan adunan selama 20-30 minit.
- Panaskan kuali leper yang tidak melekat atas api sederhana. Kemudian lenserkan sedikit minyak panas dengan berus lenser atau berus pandan.
- Kacau dan isikan 80ml adunan ke dalam acuan roti jala.
- Bermula dari bulatan luar, pusingkan acuan kira-kira 6-8 cm di atas kuali. Terus memusing dalam bulatan untuk membentuk juraian roti jala. Jangan buat pada bahagian yang sama dua kali kerana roti jala akan menjadi tebal. Biarkan masak tetapi jangan sampai keperangan.
- Angkat dan lipat roti dalam bentuk baji atau gulungkan. Ulangi proses yang sama sehingga semua adunan habis di gunakan.
- Tips: Untuk membuat berus pandan, ambil 4 helai daun panda, belah setiap helai kepada 2 secara memanjang. Kemudian hiris sepanjang 20 cm. Akhirnya ikat pada satu hujung dengan getah bulat.
Tag
Ibnu Hasyim: 22 Rumah Di Parlimen Najib Terbengkalai 3 Tahun
Ibnu Hasyim: 22 Rumah Di Parlimen Najib Terbengkalai 3 Tahun: PEKAN, 12 April 12: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diminta menyelesaikan segera masalah pembinaan perumahan Taman Rendang Az...
Langgan:
Catatan (Atom)