Jofri Jaraiee, PAS Sarawak,
|
|
Ramai
pengguna jalanraya mengadu yang mereka menghadapi masalah dengan
pemandu yang menggunakan lampu HID (High-Intensity Discharge) terutama
pada waktu malam. Penglihatan mereka terganggu akibat dari kenderaan
yang menggunakan lampu tinggi kerana silau cahaya yang terlampau
terang. Ini boleh mendatangkan bahaya kepada penglihatan pemandu lain
sekaligus membawa risiko kemalangan di jalanraya.
Pemandu yang
memandu kereta dengan lampu HID ini mungkin menyukainya sebab ianya
terang dengan kecerahan yang tinggi namun bagi pemandu yang terpaksa
berdepan dengan lampu HID ini terpaksa berhati-hati sebab lampu HID
terlalu silau lebih-lebih lagi ketika mereka membuka lampu tinggi pada
waktu malam. Begitu juga ketika waktu hujan lebat sukar untuk nampak
cahaya lampu putih HID dan ini pasti boleh membawa kepada kemalangan
sekiranya tidak berhati-hati ketika memandu.
Laman sesawang
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) secara jelas menyebut bahawa penggunaan
High intensity Discharged (HID) Headlamp iaitu lampu yang tidak
menggunakan filament tetapi menggunakan Gas Xenon. Pemasangan lampu HID
secara aksesori (Retrofit) adalah tidak dibenarkan kecuali penukaran
keseluruhan sistem lampu tersebut dengan mendapat akreditasi daripada
badan yang diberi kuasa seperti SIRIM.
Pada 19 November 2007,
JPJ telah mengemaskini C&U dan memasukkan peraturan kawalselia
terhadap penggunaan lampu HID di dalam Kaedah 96 (2) (i) yang menyatakan
"sekiranya lampu HID digunakan, pemasangan,spesifikasi dan sistem lampu
tersebut hendaklah mematuhi peraturan UNECE 48, UNECE 98 dan UNECE 99".
Penguatkuasaan
terhadap kenderaan yang menggunakan lampu HID yang dipasang secara
aksesori (Retrofit) boleh diambil tindakan dibawah Kaedah 94
Kaedah-kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan dan Kegunaan) 1959 iaitu
'keadaan kenderaan bermotor yang digunakan di atas jalan raya dan semua
bahagian dan aksesorinya hendaklah sentiasa tidak mengakibatkan atau
mungkin mengakibatkan berbahaya pada orang di dalam kenderaan atau di
atas jalanraya', kesalahan ini boleh didenda sehingga RM 2000 atau
penjara bagi tempoh tidak lebih 6 bulan dibawah seskyen 119(1) APJ 1987.
Pemandu/pemilik akan diberi masa selama sepuluh hari (10) untuk
memperbetulkan lampu tersebut kepada lampu asal
Bagaimanapun,
peraturan ini tidak dikuatkuasa sepenuhnya oleh pihak berkuasa. Semakin
banyak kenderaan yang memasang lampu putih ini walaupun ia membahayakan
pengguna jalan raya yang lain. Mungkin lampu HID ini hanya sesuai untuk
kenderaan yang masuk ke dalam pedalaman atau kawasan yang gelap. Kalau
mereka hendak memasang juga, perlulah cari keadah yang terbaik seperti
dipasang untuk lampu tinggi saja dan lampu rendah hendaklah dipasang
dengan lampu biasa. Lampu ini hanya sesuai digunakan di tempat yang
gelap yang tiada kenderaan menuju arah yang bertentangan agar ianya
tidak merbahayakan pengguna jalan yang lain.
Pihak JPJ dan
kerajaan sepatutnya mengawal lampu HID dijual secara bebas di kedai
aksesori kenderaan dan kenderaan baru juga perlu mengikut spesifikasi
asal bukannya boleh diubah-suai sesuka hati sehingga menyalahi peraturan
pengangkutan jalanraya.
Walaubagaimana pun kepada mereka yang
berkenaan seharusnya memikirkan juga pengguna jalanraya lain, jangan
disebabkan mereka pentingkan diri sendiri sehingga ianya boleh mengancam
nyawa pengguna jalanraya lain Jadilah pemandu yang bertimbang rasa
ketika memandu di jalanraya agar pengguna jalanraya selamat sampai ke
destinasi. Tindakan undang-undang adalah jalan terakhir untuk mereka
yang ingkar mematuhi peraturan jalanraya