Ahad, 5 Ogos 2012
Zikir Ibu Mengandung
Zikir Ibu Mengandung
Harakahdaily, | 05 Ogs 2012 |
Di saat kehamilan, seorang ibu akan mengalami perubahan-perubahan psikologi. Kegelisahan dan kecelaruan biasanya menghampiri. Apatah lagi, ibu itu mengandung anak sulung.
Faktor tekanan jiwa atau stress yang mungkin menjadi masalah tersendiri baginya.
Tapi usah bimbang, jangan khuatir, sebagai seorang muslimah kita mempunyai tips tersendiri untuk mengatasi semua itu.
Antara caranya adalah dengan membanyakkan zikir kepada Allah dengan zikir yang sunnahkan.
Dengan cara begitu hari-hari ketika mengandung akan terasa lebih bermakna.
Buku ini juga dilengkapi dengan pengetahuan soal pahala yang akan diberikan oleh Allah kepada ibu mengandung.
Ini sangat menarik untuk dikaji dan didalami, kerana setiap hembusan nafas ibu yang mengandung dapat memberatkan amalnya di akhirat kelak.
Semoga kita semua diberikan Allah keberkatan dalam setiap usaha kita menjadi insan yang bertaqwa.
Lawati www.kemilau.net.my
Judul: Zikir Ibu Mengandung
oleh Muhammad Mahmud
ISBN 978-967-361-052-5
Tarikh Terbit: Ogos 2012
Jumlah Muka Surat: 192
Harga: RM15.00/RM18.00
BUKU SEBELUM INI
Mengapa Rasulullah Tidak Mudah Sakit
Ibnu Hasyim: Royalti: J/K Khas, Jambatan BN Seberang.. -Husam
Ibnu Hasyim: Royalti: J/K Khas, Jambatan BN Seberang.. -Husam: SHAH ALAM: Datuk Husam Musa Exco kerajaan negeri Kelantan,berharap BN tidak menggunakan Jawatankuasa Khas Royalti sebagai sebuah '...
Ibnu Hasyim: Ramadhan: Penzina Dipaksa Jalan Telanjang..
Ibnu Hasyim: Ramadhan: Penzina Dipaksa Jalan Telanjang..: Polis Pakistan semasa serangan' teroris'.. Gambar disebelah ini lain, lihat keterangan di bawah.. POLIS Pakistan dihujani kecam...
sejarah tingkatab 4 :BAB 9 : PERKEMBANGAN DI EROPAH
BAB 9 : PERKEMBANGAN DI EROPAH
(1) Perubahan di eropah dari Zaman Pertengahan
awal hingga ke Zaman Pertengahan Akhir.
a) Zaman pertengahan di Eropah.
1.
Zaman pertengahan terbahagi 3 iaitu peringkat awal, kemuncak dan akhir.
2.
Zaman Gelap pada masa zaman pertengahan awal.
3.
zaman Renaissance pada masa zaman pertengahan akhir.
b) Latar belakang Zaman Gelap (Pertengahan Awal).
1.
Eropah mengalami kemerosotan ilmu pengetahuan, perdagangan dan penbandaran.
2.
Ketika ini tiada pusat pentadbiran yang berkesan.
3.
Dunai islam pada masa ini sangat mantap, oleh itu Eropah mengambil ilmu
daripada dunia Islam.
4.
Pada masa ini, empayar Rom barat (kuasa pusat) runtuh, maka muncullah golongan
baron (tuan tanah).
c) Apakah ciri – ciri Zaman Gelap (Pertengahan Awal).
1.
Petani mendapatkan perlindungan daripada tuan tanah kerana politik tidak
stabil.
2.
Petani membayar cukai yang tinggi sebagai tukaran kepada perlindungan yang
diberikan oleh tuan tanah.
3.
Petani yang tidak berkemampuan telah menyerahkan tanah mereka dan menjadi
hamba.
4.
Tuan tanah pula mendapat perlindungan daripada raja.
5.
Tuan tanah dikehendaki memberi khidmat atau membayar cukai kepada raja.
6.
Hubungan antara petani, tuan tanah dan raja ini dikenali sebagai sistem feudal.
7.
Di negeri melayu sistem feudal juga diamalkan, di mana raja berkuasa mutlak,
dan pembesar berkhidmat dan dinaungi raja, rakyat dan hamba melayu berkhidmat
untuk pembesar.
8.
Gereja Katolik amat berkuasa ketika Zaman Pertengahan, mereka memiliki hartanah
yang banyak dan focus utama ialah ilmu akhirat hingga mengongkong hidup
masyarakat.
9.
Perdagangan pada zaman ini diganggu orang gasar seperti Maygar dan Viking.
Perdagangan ke timur dan Laut Mediterranean pula dikuasai oleh orang Islam.
10.
Masalah ekonomi ini menyebabkan mereka menumpukan kepada pertanian, mereka
menjalankan aktiviti tukar barang kerana mata wang dalam pasaran terhad.
d) Zaman Kemuncak Pertengahan.
1.
Gereja menjadi institusi yang universal dan menjadi ejen penyatuan.
2.
Perubahan ekonomi berlaku kerana pertambahan penduduk, peningkatan pertanian
dan kemunculan perdagangan.
3.
Kemudian muncul pula bandar seperti Venice, Milan.
4.
Lahir juga kelas pertengahan seperti artisan, pedagang.
5.
Status sosial ditentukan oleh kekayaan dan bukan pemilikan tanah.
6.
Wujud juga institusi politik seperti parlimen.
e) Zaman Renaissance (Pertengahan Akhir).
1.
Reanissance berasal daripada perkataan Itali iaitu renisciment bermaksud
kelahiran semula iaitu penghargaan semula ilmu yang terhasil pada Zaman Yunani
dan Rom.
2.
Tamadun Yunani dan Rom tenggelam ketika Zaman Gelap.
3.
Asas pemikiran zaman ini ialah menonjolkan keupayaan manusia berfikir
menyelesaikan masalah yang dikenali sebagai humanisme. Bapa humanisme ialah
F.Petrarch.
4.
Antara tokoh Renaissanxe seperti N. Machiavelli.
5.
Manusia zaman ini mempunyai semangat inkuiri (semangat ingin tahu yang kuat).
6.
Zaman ini bermula di Itali, di mana muncul bandar terkenal seperti Venice, Rom
dan Milan yang menjadi pusar perdagangan antarabangsa.
7.
Itali amat strategik sebagai pelabuhan persimpangan antarabangsa contohnya
pelabuhan Venice dan Genoa.
8.
Di sini berlaku pertembungan budaya, bahasa dan agama.
9.
Di sini juga muncul pedagang yang kaya yang menggunakan kekayaan mereka untuk
mengindahkan bandar.
10.
Pedagang kaya ini kemudiannya menjadi patron atau penaung kepada pelukis,
saintis, pemuzik dan penulis.
11.
Patron terkenal seperti keluarga Medici di Florence.
12.
Patron berusaha menarik masuk cendiakawan dan seniman yang berkunjung dari
bandar ke bandar menyebarkan idea Renaissance. Ke seluruh Itali.
13.
Paus juga cuba melindungi seniman dan cendiakawan ini. Gereja Rom yang
mencemburu kepada bandar Florence (dibina oleh patron-Medici) yang cantik ingin
menandinginya, tetapi saintis berselisih faham dengan gereja (mereka mencabar
fahaman tradisi gereja, contohnya kes Galilco Galilei).
14.
Gereja berubah memberi tumpuan kepada seni lukis dan seni ukir, mereka mengupah
Leonardo da vinci, Raphael, Michaelangelo mencantikkan gereja dan katedral di
Rom.
15.
Pelukis dan penulis ketika ini ingin dikenali secara individu maka semangat dan
amalan individualisme.
16.
Selepas itu pelukis dan pengukir juga mahir dalam ilmu pengetahuan.
17.
Tokoh Renaissance di luar Itali – Thomas More, Francis Bacon, Wiliam
Shakespeare.
(Tokoh-tokoh Renaissance di Eropah)
f) Kesan Zaman Renaissance (Pertengahan Akhir).
1.
Politik – Muncul monarki baru yang berasaskan kekuatan kerajaan pusat seperti
di Portugal, castile dan Aragon (Sepanyol), England, Perancis. Ia diperkukuhkan
lagi dengan amalan bayaran cukai secara langsung kepada kerajaan pusat.
Kesannya kuasa raja bertambah, sebaliknya kuasa gereja dan bangsawan berkurang.
2.
Ekonomi Aktiviti sara diri pupus, sebaliknya perdagangan meluas. Mereka mula
menjelajah dan maju dalam bidang ilmu seperti matematik, geografi, astronomi.
Ciri – ciri zaman ini seperti inkuiri, objektif dan eksperiman memajukan ilmu
sains seperti bologi, fizik, kimia, perubatan.
3.
Sosial – Berlaku perubahan pemikiran, mereka lebih berani menzahirkan emosi dan
keinginan mereka. Maka lahirlah muzik, lukisan, ukiran dan membentuk budaya
yakin.
4.
Pemikiran logik, sainstifik, falsafah dan metafizik – melahirkan manusia yang
menggunakan sepenuhnya minda mereka untuk memajukan manusia.
g) Gerakan Reformation di Eropah Barat.
1.
Reformation berasal daripada perkataan reform bermaksud melaksanakan perubahan
atau pembaharuan terhadap sesuatu untuk menghasilakn sesuatu yang lebih baik
atau untuk membentuk sesuatu yang baru.
2.
Kritikan ini kerana gereja meningkatkan pembangunan keduniaan agar Rom menjadi
kuasa yang kuat di tengah Itali.
3.
Gereja juga kian pincang, rasuah dan menyeleweng.
4.
Penguasa Gereja Katolik dianggap lari daripada kitab Bible.
5.
Penyelewengan telah berlaku dalam amalan penjualan sijil indulgenees (Surat pengampunan
dosa) ke seluruh Eropah.
6.
Di Jerman, gerakan agama ini dibantu oleh mesin cetak Johann Gutenberg – di
mana Bible dicetak dalam masa singkat dan murah harganya.
7.
Martin Luther (Jerman) menetang amalan indulgences, menurutnya manusia perlu
bergantung kepada kekuatan rohaninya. Ajaran Luther ini dikenali mazhab
Protestan bermaksud membantah.
8.
Ajaran Martin berkembang ke Sweden, Denmark, Norway dan England.
9.
Di Switzerland gerakan ini diketuai oleh Zwingli, selepas kematiannya disambung
pula oleh John Calvin.
10.
Bagi menangani penentangan ini gereja Katolik mengendalikan Counter Reformation
yang bermaksud menahan atau bertindak menentang sesuatu yang baru.
h) Kesan Gerakan Reformation di Eropah Barat.
1.
Berlaku perpecahan agama Kristian – di mana berlaku perang mazhab Kristian di
Perancis, Sepanyol, Jerman.
2.
Tetapi kesan jangka panjang, gerakkan ini mewujudkan sikap toleransi antara
mazhab Kristian untuk menyebarkan pendidikan dan fahaman Kristian.
3.
Kuasa gereja telah dicabar, golongan monarki ingin membebaskan diri daripada
penguasaan Paus di Rom, contohnya Raja Henry VII memutuskan hubungan dengan
gereja Rom kerana ingin berkahwin. Beliau telah menjadi ketua kerohanian Gereja
Protestan Anglican.
( 2 ) Zaman Penjelajahan dan Penerokaan.
a) Latar belakang bermulanya penjelajahan orang Eropah.
1.
Kejayaan sains dan teknologi zaman Renaissance membantu kegiatan penjelajahan
ini.
2.
Mereka mencari laluan ke timur kerana kerajaan Islam Turki telah menguasai
Istanbul.
3.
Selama ini orang Eropah mendapat barangan timur melalui Istanbul tetapi mereka
menghadapi masalah selepas kerajaan Islam memerintah Istanbul.
4.
Mereka memulakan penerokaan dengan melalui Lautan Atlantik untuk sampai ke
timur.
b) Sebab – sebab penjelajahan berlaku.
1.
Desakan ekonomi – orang Eropah memerlukan barangan timur seperti emas, sutera,
rempah.
2.
Galakan pemerintah ( raja Sepanyol dan Portugal ), Sepanyol menumpukan kepada
Amerika Lain dan Portugal ke timur.
3.
Persaingan kuasa Sepanyo dan Portugal – Sepanyol turut ke timur, begitu juga
sebaliknya degan Portugal.
4.
Persaingan ini menyebabkan Paus Rom menggesa dibuat Perjanjian Tordesillas bagi
menetapkan kawasan pengaruh masing – masing – timur milik Portugal, barat milik
Sepanyol.
5.
Peranan Columbus – orang Eropah pertama tiba di Amerika.
6.
Peranan Magellan – tiba di timur dan terbunuh di Filipina.
7.
Perdagangan rempah dan sutera amat menguntungkan menjadi pendorong utama kuasa
Sepanyol/ Portugal ke timur.
8.
Mereka juga menjelajah untuk menyebarkan agama Kristian khasnya Sepanyol yang
pernah diperintah oleh orang Islam begitu bersemangat menyebarkan agama
Kristian.
9.
Monarki baru di Eropah menggalakkan penerokaan, contohnya di England, Perancis
dan Belanda.
10.
Rumusannya penjelajahan kerana “ Gold, Glory, Gosper”.
c) Kesan penjelajahan kepada masyarakat setempat.
1.
Dari segi politik – banyak perjanjian dibuat antara penguasa tempatan dengan
wakil kuasa Eropah. Perjanjian ini menandakan pengiktirafan kuasa Eropah.
2.
Di antara wakil Eropah tersebut seperti Syarikat Hindia Timur Belanda ( VOC ).
Syarikat Hindia Timur Inggeris ( EIC ). Syarikat seperti ini berdagang hingga
ke Afrika, Latin Amerika, Asia Tenggara dan Asia Timur.
3.
Dari segi ekonomi – kawasan luar Eropah menjadi pembekal kepada masyarakat
Eropah, Goa, Melaka contohnya di kuasai Portugal.
4.
Jalan perdagangan di Lautan Hindi dan Asia Tenggara yang dikuasai oleh pedagang
Arab telah diambilalih oleh kuasa Eropah seperti Portugal.
5.
Dari segi sosial – gaya hidup masyarakat tempatan terpengaruh orang Eropah,
malah ada yang memeluk agama Kristian.
6.
Perang berlaku antara orang tempatan dan kuasa Eropah contohnya Sepanyol
berperang dan menakluk tamadun Aztec di Maxico dan tamadun Inca di Peru.
7.
Penjajah telah menguasai emas dan perak contohnya di Amerika Latin, mereka
turut mengekspotasi buruh peribumi di lombong dan ladang.
8.
Di timur, Sepanyol menguasai Filipina dan Portugal menguasai Melaka dan Goa.
( 3 ) Revolusi Pertanian.
a) Perkembangan pertanian sebelum Revolusi Pertanian.
1.
Pengeluaran makanan secara kecil – kecilan.
2.
Dua sistem pemilikan tanah iaitu tanah persendirian dan tanah awam.
3.
Tanah persendirian adalah milik orang kaya.
4.
Tanah awam juga milik persendirian tetapi mengikut adat kebiasaannya
rakyatboleh bercucuk tanam kecil – kecilan, menternak, memburu atau memancing,
amalan ini tidak dianggap salah sehinggalah zaman Revolusi Pertanian.
b) Pengenalan Akta Pemagaran ketika Revolusi Pertanian.
1.
Pemagaran penting untuk tujuan pengeluaran makanan secara besar – besaran
kerana pertambahan penduduk.
2.
Tuan tanah ingin menjalankan pertanian secara besar – besaran termasuk
menggunakan tanah awam.
3.
Harga gandum yang meningkat menarik minat tuan tanah menbuka ladang.
4.
Pengenalan akta pemagaran menyediakan kawasan yang sangat luas untuk membuka
ladang.
5.
Kesan pemagaran rakyar biasa hilang punca rezeki dan terpaksa menjadi buruh
ladang dan kemudiannya ke bandar bekerja kilang Revolusi Industri.
c) Kaedah dan ciptaan ketika Revolusi Pertanian.
1.
Penanaman bergilir – peladang menanam tanaman berbeza mengikut musim sepanjang
tahun. Ini bertujuan agar tanah dan tanaman sentiasa subur kerana setiap
tanaman menggunakan nutrien tanah berbeza. Maka tidak ada tanah yang dibiarkan
kosong.
2.
Tanaman baru – seperti turnip dan ubi kentang.
3.
Peralatan baru – seperti Jethro Tull mencipta alat menggali dan menugal untuk
mempercepatkan penanaman benih.
4.
Pertanian komensial – kuantiti hasil dipertingkatkan dengan pengenalan baja
asli yang menyuburkan tanah. Hasil pertanian untuk tujuan perdagangan.
( 4 ) Revolusi Perindustrian.
a) Sumbangan Revolusi Pertanian kepada Revolusi
Perindustrian.
1.
Revolusi Pertanian telah menyediakan modal dalam Revolusi Perindustrian.
2.
Makanan pula mencukupi untuk menampung permintaan pekerja kilang.
3.
Britain tidak bergantung kepada import makanan luar, maka dana import dapat
digunakan untuk pelaburan industri.
b) Rekaan sains dan teknologi Revolusi Perindustrian.
1.
James Watt – membaikienjin rekaan Thomas Newcomen.
2.
James Watt & Boulton – mengeluarkan enjin berkuasa wap.
3.
R.Arkwright – mencipta alat pemintal benang menggunakan enjin berkuasa wap.
4.
J. Hargreaves – mencipta mesin pemintal benang.
5.
Produk sebelum Revolusi Perindustrian secara kecil – kecilan menggunakan tenaga
manusia kemudian produk bertambah ketika Revolusi Industri kerana adanya rekaan
sains.
c) Pengkhususan pengeluaran Revolusi Perindustrian.
1.
Pengkhususan dibuat kerana pemodal ingin mengawal kos.
2.
Majikan dan pekerja kian mahir dalam bidang yang dipilih.
3.
Kesannya kuantiti dan kualiti barang meningkat sehingga boleh dipasarkan ke
luar Britain.
d) Penggunaan teknologi ketika Revolusi Perindustrian.
1.
Sebelum pengenalan enjin berkuasa wap – tenaga manusia, binatang dan air
digunakan.
2.
Pengenalan mesin berkuasa wap menghasilkan barangan yang banyak dan murah serta
mudah ke pasaran luar.
3.
Kemasukan ke pasaran antarabangsa akan menguntungkan usahawan, keuntungan ini
akan digunakan untuk mempertingkatkan lagi pengeluaran dan perdagangan.
4.
Penghasilan tenaga wap melalui proses pembakaran arang batu, Britain amat
beruntung kerana mempunyai arang batu yang banyak.
5.
Newcomen telah mencipta mesin berkuasa wap yang memudahkan perlombongan arang
batu.
6.
Kuasa wap daripada arang batu juga digunakan dalam sistem pengangkutan seperti
kereta api dan kapal laut.
( 5 ) Kesan Revolusi Pertanian dan Revolusi
Perindustrian.
a) Pertanian sebagai punca ekonomi.
1.
Wujud pertanian komensial – gandum, rye, jagung.
2.
Peladang menjadi pedagang antarabangsa dengan mengeksport hasil lebihan ke luar
negara.
3.
Revolusi pertanian menyediakan makanan kepada buruh kilang industri.
4.
Kemajuan perindustrian menyebabkan petani menjadi buruh kilang dan pengusaha
kilang menjadi tokoh ekonomi menggantikan pengusaha ladang.
b) Peningkatan perdagangan antarabangsa.
1.
Britain amat mudah memperdagangkan lebihan hasil pertanian dan industrinya
kerana mereka penjajah.
2.
Britain juga memerlukan bahan mentah untuk mengembangkan perindustriannya
daripada tanah jajahan seperti getah, bijih timah.
3.
Britain turut mengembangkan kapal laut untuk berdagang.
4.
Britain juga mengeksport modal ke seberang laut.
c) Kenjuan pengangkutan.
1.
Pada mulanya Britain menggunakan kereta kuda dan baj.
2.
Kemudian jalan raya dibina dan kereta api dipekenalkan.
3.
Pada mulanya rel kereta api diperbuat daripada kayu kemudian daripada besi dan
keluli.
4.
Pengangkutan laut pula melibatkan pengenalan kapal laut berkuasa wap.
d) Kemunculan golongan buruh dan majikan.
1.
Ekonomi skala besar menyebabkan munculnya golongan buruh ladang dan kilang.
2.
Penggunaan mesin memerlukan kilang seperti kilang tekstil.
3.
Peringkat awal Revolusi Pertanian dan Perindustrian para buruh tidak dilayan
dengan baik.
4.
Kemahiran mereka juga tidak diperlukan selepas penciptaan mesin baru seperti
ciptaan mesin membuat stokin, pakaian, yang menyebabkan penenun dan tukang
jahit tradisional tidak diperlukan.
5.
Pekerja mahir ( penenun dan tukang jahit ) memprotes dan memusnahkan mesin –
mesin, contohnya Pergerakan Luddite.
6.
Akta Antipenggabungan diperkenalkan untuk melarang pekerja bergabung bagi
mendapatkan gaji dan layanan baik daripada majikan.
7.
Larangan ini menyukarkan pekerja kerana tidak semua majikan bertimbang rasa
kepada pekerja.
8.
Kanak – kanak bawah usia 10 tahun pada masa ini dieksploitasi bekerja sebagai
pelombong arang batu dan di kilang tekstil. Masa bekerja mereka pula lebih 10
jam sehari.
9.
Pada masa ini amalan ekonomi bebas amat berpengaruh, bagi mereka gaji pekerja
ditentukan oleh pasaran dan campur tangan kerajaan perlu dihindarkan.
10.
Tetapi kemudiannya akta antipenggabungan telah dimansuhkan dan kesatuan sekerja
ditubuhkan.
11.
Akta baru diluluskan untuk membela nasib pekerja.
( 6 ) Imperialis barat di Asia.
a) Latar belakang kemunculan Zaman Imperialis.
1.
Imperialis bererti penguasaan negara lebih kuat terhadap negara lain yang
lemah.
2.
Penguasaan ini bertujuan mendapatkan keuntungan ekonomi dan politik, ia
dilakukan sejak Zaman Rom, kemudian Sepanyol, Portugal.
3.
Pada awalnya barat berminat dengan hasil dagang seperti rempah, emas dan perak.
4.
Kemudiannya ekonomi negara jajahan distrukturkan untuk memenuhi kehendak
ekonomi penjajah.
5.
Selepas itu, penjajah seperti Britain dan Belanda mengubah ekonomi negara
jajahan agar memenuhi keperluan perindustrian di negara mereka seperti tanaman
getah.
b) Faktor kedatangan kuasa barat menjajah Asia.
1.
Mereka ingin mendapatkan bahan mentah seperti getah.
2.
Mereka menjajah untuk mendapatkan pasaran barang perindustrian mereka.
3.
Pengangkutan jalan raya, kereta api dan kapal wap mempercepatkan perjalanan dan
membantu kedatangan kuasa barat menjajah Asia.
4.
Apabila negara barat dan Amerika Syarikat melindungi industrinya dengan
memperkenalkan peraturan tariff maka Britain tambah terdesak mencari pasaran
baru di Asia.
5.
Barat ke Asia juga kerana faktor menyebarkan tamadun mereka yang dianggap
tinggi.
6.
Mereka turut menyebarkan budaya dan agama Kristian.
7.
Barat juga berebut – rebut sesama mereka menjajah negara Asia kerana menjajah
telah menjadi simbol status kuasa yang kuat.
c) Kesan imperialisme terhadap Asia Tenggara.
1.
Politik – pemerintah tempatan terpaksa menerima penasihat dan pentadbir barat.
Sistem politik peribumi ditukar atau diubahsuai dengan sistem barat. Kuasa
barat telah campur tangan di Asia seperti Inggeris di Tanah Melayu, India,
Belanda di Indonesia, Amerika di Filipina.
2.
Ekonomi – ekonomi distrukturkan untuk keperluan industri barat contoh bijih
timah dan getah di Tanah Melayu.
3.
Pendidikan – sistem pendidikan Inggeris diperkenalkan di bandar dan untuk
mereka yang akan menjadi pentadbir rendah British.
4.
Krmasukan buruh asing – barat menjemput masuk buruh asing bekerja dengan
mereka. Kesannya wujud pelbagai kaum yang berpecah belah dan tidak wujud
keharmonian antara kaum.
Ibnu Hasyim: Pesta Pengantin Sahur. Lelaki Kahwin Lelaki?
Ibnu Hasyim: Pesta Pengantin Sahur. Lelaki Kahwin Lelaki?: Riau memiliki tradisi unik selama Ramadan yaitu Pengantin Sahur. Pengantin Sahur merupakan acara untuk mengarak pengantin...
Ibnu Hasyim: Video: Al Quran Unik, Ditulis Dg Getah
Ibnu Hasyim: Video: Al Quran Unik, Ditulis Dg Getah: Al Quran (Bobby Andalan (Bali)) SEBUAH Al Quran kuno yang terdiri dari 400 halaman masih terp...
Ibnu Hasyim: Khutbah Jumaat Bahasa Isyarat Di Masjid Nabawi
Ibnu Hasyim: Khutbah Jumaat Bahasa Isyarat Di Masjid Nabawi: Masjid Nabawi SELAMA ini, jamaah OKU (Orang Kurang Upaya) di Madinah kerapkali merasa terpinggirkan m...
Ibnu Hasyim: Bergaya Dg Tudung Hijab Segera Yang Praktis..
Ibnu Hasyim: Bergaya Dg Tudung Hijab Segera Yang Praktis..: Kreatif dengan 'Tudung Hijab Segera.. FESYEN MEMAKAI hijab tidak lagi membosankan. Bermula dari kreatifiti melilit tudung me...
Ibnu Hasyim: 10 Perkara, Menjemput Rahmat Allah
Ibnu Hasyim: 10 Perkara, Menjemput Rahmat Allah: KULIAH URA (UNIVERSITI RAMADHAN AL-MUBARAK) SESUNGGUHNYA Allah Ta’ala Maha Pemberi rahmat (kasih sayang). Bahkan sayangNya terhadap ha...
Langgan:
Catatan (Atom)