Khamis, 7 Februari 2013

Sejarah tercipta di Pulau Pinang dan Najib terpaksa menjanjikan perkara lain pula..

Sejarah tercipta di Pulau Pinang dan Najib terpaksa menjanjikan perkara lain pula..

Mahathir amat takut jika Anwar Jadi PM Malaysia

Ibrahim Jusoh · Pengulas Tertinggi · Alor SetarMahathir pun pernah ada cita-cita jadi PM ketika dulu.Sejarah tidak pernah berbohong. Kematian Tun Abdul Razak menyebabkan Tun Hussein Onn dilantik sebagai Perdana Menteri. Mahathir yang ketika itu ditunjukkan oleh Tun Hussein memegang jawatan TPM walaupun ketika itu Mahathir adalah salah seorang Naib Presiden (bukan undi terbanyak berbanding Tengku Razaliegh Hamzah seorang lagi Naib Presiden UMNO ketika itu). Selepas dilantik menjadi TPM, bermulalah gerakan "meracun" ahli-ahli UMNO dan mula menampakkan ketidak sehaluan di antara Mahathir dan Tun Hussein. Akhirnya Tun Hussein tersingkir dan meninggalkan UMNO. Kedapatan beberapa ahli senior mula nampak akan kelicikan Mahathir dan mula bangun menentangnya dan membawa kepada penentangan Tengku Razaleigh menentang Mahathir bagi jawatan Presiden yang seterusnya kepada pengharaman UMNO dan penubuhan Semangat 46 yang diketuai oleh Tengku Razaleigh, Rais Yatim, Radzi Sheikh Ahmad, Dato' Harun Idris, Shaberry Cheek dan lain-lain lagi. Ini merupakan satu manifestasi penentangan orang UMNO terhadap Mahathir.Penentangan ini tumpas kerana jentera kerajaan, badan kehakiman dan ISA digunakan menyekat kebangkitan orang UMNO menentang Mahathir.Inilah kelicikan Mahathir selama dalam UMNO dan selama 22 tahun menjadi PM. Tiga orang TPM tersungkur kerana bukan yes mannya. Antara yang lantang menentang Mahathir ialah Anwar. Anwar lah yang paling teruk diperlakukan. Keengganan Anwar menurut semua perintahnya itulah punca utama Anwar di pecat, difitnah dan dianayai.Sekarang Mahathir melihat kemaraan Anwar tidak mudah disekat lagi.Gerun dan takut Anwar menjadi PM selepas PRU 13 nanti membuatkan Mahathir mengigau siang dan malam. Jarang sangat Anwar menghentam Mahathir secara terang terangan. Ini sejata ampuh yang Anwar ada. Terlalu banyak yang Anwar simpan. Yang terkeluar tentang Mahathir dari Anwar sekadar menjawab tomahan dan mempertahankan diri.Ini bukan masanya lagi untuk dihambur keluar dari Anwar. Itu yang paling Mahathir gerun dan takut.Terlalu banyak yang Mahathir mencincang, hinggakan bahunya dah mula tak tertanggung.Mahathir masih licik. Walaupun dalam keadaan tertekan dengan pembongkaran skandal demi skandal semasa beliau menjadi PM, Mahathir menggunakan kaedah "deception" atau mengalih pandangan umum dari isu sebenar. Sekarang Mahathir mengalihkan pandangan umum mengenai projek icnya. Anwar dijadikan sasaran. Dicari isu, dibuat isu agar umum beralih arah. Dalam masa yang sama Mahathir ingin menebas Anwar sampai lumat.Anwar adalah dangerman. Anwarlah yang paling ditakuti oleh Mahathir.