Semenjak
1959 bila PRU pertama dilakukan sehingga parlimen ke-13, negara di perintah
oleh Perikatan dan sekarang BN. ketua perikatan dan BN ialah UMNO. UMNO itu
parti sebahagian besar orang Melayu.
Semenjak
1959 lagi secara design samaada oleh British dan kemudian ianya disambung oleh
Perikatan dan BN- kuasa politik dikuasai oleh UMNO. golongan elit menguasai
pentadbiran. Anak bangswan Melayu dihantar kesekolah elit seperti MCKK supaya
mereka dilatih untuk mentadbir negara ini.
UMNO
itu erti nya Melayu lah. orang Melayu pun diletakkan dalam semua kedudukan
penting.
Semenjak
1970 setelah perkelahian kaum tercetus pada 13 May 1969, dasar affirmative dipertingkatkan lagi. Iaitu
dasar meMelayukan setiap cabang kehidupan sosial. Setiap tahap pentadbiran
diMelayukan dan dasar2 yang dilaksanakan sepatutnya mencerminkan agenda Melayu
yang sepatutnya ada dalam dada setiap Melayu yang diberi kedudukan kuasa.
Tapi
perkara tersebut tidak terjadi. Kenapa?
Maka
jawapan rengkas dan awal ialah kita boleh buat konklusi bahawa Melayu yang
diberikan kuasa tidak melaksanakan agenda tersebut. Melayu yang pro orang lemah
dan miskin tidak ada dalam sruktur kuasa.
Dalam
bahasa mudah, Melayu yang berkuasa tidak menolong Melayu yang tercicir. Ini
fakta. Kita boleh lihat kesan nya dari statistiks yang di tunjukkan. Golongan
Melayu yang 20% teratas- golongan Melayu istimewa, elit, bangsawan dan sejenis
mereka, menguasai 65% kekayaan orang Melayu. Bandingkan pula dengan golongan
bawahan yang merupakan 40% terbawah hanya berkongsian 10% kekayaan dan
pendapatan orang Melayu.
Pendapatan
purata bulanan Melayu dalam 20% tertas ialah RM10,666 manakala pendapatan
glongan 40% terbawah ialah RM1686 sahaja.
20% Melayu tertas 10,666
40% Melayu tengah 4,123
40% Melayu terbawah 1,686
Jumlah pendapatan 16,475.
Maka
jika kita lihat, Melayu yang 20% teratas, menguasai 65% dari pendapatan purata
bulanan isirumah Melayu. Yang terbawah yakni 40% golongan terbawah hanya
menguasai 10% dari pendapatan purata kaum Melayu.
Jika
UMNO yang memonopoli kuasa politik sejak 1959 lagi tidak melaksanakan laungan
agenda perjuangan mereka, ini hanya bermakna Melayu yang diatas sana tidak
membantu Melayu yang dibawah.
Lihat
sahaja mana2 tahap kuasa politik. PM, TPM, Menteri2 penting, KSU, KSN, TKSU,
Pengarah, setiausaha Negeri, pengarah jabatan peringkat negeri, pegawai daerah,
pegawai jabatan, Ketua Polis, Panglima Tentera, CPO, OCPD- semua nya Melayu.
Kenapa dengan ada kedudukan berkuasa, kuasa tersebut tidak digunakan untuk
membantu Melayu yang dibawah?
Maka
kita muncul depan khalayak ramai dan berkata serta meratapi, ekonomi orang Melayu lemah
berbanding dengan orang lain. Kita pun menjerit! Ini tidak adil. orang bukan Melayu mengaut segala
kekayaan negara ini. Kerajaan mesti melaksanakan dasar diskriminasi positif dengan
mencipta lebih banyak hartawan, jutawan dan laksawan Melayu.
Jika
ini pendekatan UMNO, maka hasil yang seperti tertera dalam jadual diatas akan
terjadi.
Walaupun
ada kuasa politik yang dominen, dominasi Melayu tidak kelihatan dalam bidang
perekonomian. Orang Melayu ada political control atau penguasaan politik tapi
tidak ada penguasaan keatas ekonomi. Kelemahan penguasaan ekonomi ditunjukkan
oleh kemajuan ekonomi yang lemah.
Pendapatan orang Melayu kurang dari pendapatan kaum lain. Orang Melayu merupakan yang termiskin. Perniagaan besar dikuasai oleh bukan Melayu dan bangsa asing. Kelemahan juga diperlihat dalam bidang sosial yang lain- sector perkerjaan misalnya, tahap eksekutif dalam perjawatan, kekurangan melayu dalam kerja2 profesional. Ia juga diperlihatkan dalam kekurangan Melayu dalam pemilikan premis perniagaan, perumahan dan seterusnya.
Pendapatan orang Melayu kurang dari pendapatan kaum lain. Orang Melayu merupakan yang termiskin. Perniagaan besar dikuasai oleh bukan Melayu dan bangsa asing. Kelemahan juga diperlihat dalam bidang sosial yang lain- sector perkerjaan misalnya, tahap eksekutif dalam perjawatan, kekurangan melayu dalam kerja2 profesional. Ia juga diperlihatkan dalam kekurangan Melayu dalam pemilikan premis perniagaan, perumahan dan seterusnya.
Apa
punca kejadian seperti ini?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan