Isnin, 17 September 2012

Angkuh dan Sombongnya Anak Mahathir (setan)

Alangkah angkuhnya anak MAHATHIR ini. Dalam usia hanya 37 tahun, kekayaan berbillion Ringgit yg digondolnya dikatakan hasil "usahanya" sendiri. Adakah usaha itu termasuk menipu rakyat, memaksa syarikat awam seperti PETRONAS membeli syarikat mereka yg hampir bankrap, memaksa pegawai kerajaan menganugerahkan tender kepada mereka dan memaksa para menteri tunduk menyembah mereka lantas memberi kontrak jabatan yang besar-besar?

MOKHZANI kini mempunyai harta yg dianggarkan berjumlah lebih RM 2 billion Ringgit, berdasarkan pegangan dirinya dan isterinya dlm 200 buah syarikat tempatan. Dia merupakan orang ketiga di Malaysia yg paling banyak memiliki syarikat-syarikat. (Orang yg kedua ialah abangnya MIRZAN bin MAHATHIR dan "orang" yg pertama ialah Kementerian Kewangan Diperbadankan - Minister of Finance Inc.). Hartanya di luar negara t
idak dikira lagi...

Ini bermakna MOKHZANIi bin MAHATHIR mengumpulkan sebanyak RM 54 juta Ringgit bagi setiap tahun yg terkandung dalam umurnya! Semenjak dia keluar dari universiti, purata keuntungan yg diperolehinya adalah RM 167 juta SETAHUN. Ini adalah bersamaan dgn keuntungan MAS pada seluruh tahun 1998/9 dan lebih 350 kali ganda gaji TAHUNAN ayahandanya sebagai Perdana Menteri!

Kekayaan ini lebih menjijikkan apabila kita meneliti bahawa isanya tidak termasuk kekayaan lima lagi anggota keluarga MAHATHIR-Siti Hasmah yang paling kaya iaitu:

A. Mirzan bin MAHATHIR - tuanpunya Konsortium Perkapalan, Transmile, FOMEMA dll

B. Muhriz bin MAHATHIR - tuanpunya lebih 55 syarikat

C. Saleha binti Mohd Ali (ipar MAHATHIR) - tuanpunya lebih 20 syarikat yang terlibat dalam program francais IPT

D. Hashim bin Mohd Ali (ipar MAHATHIR) - pengelola SUKOM98 yang gagal membawa keuntungan

E. Ahmad Razali bin Mohd Ali (ipar MAHATHIR) - pengurus Tabung Haji yang memesong wang penyimpan untuk menyelamatkan perniagaan anak-anak saudaranya

Siapakah Mokhzani bin MAHATHIR hingga beliau "berjaya" merompak begitu banyak wang rakyat?

Mokhzani adalah anak ketiga MAHATHIR. Dia mendapat pendidikan di universiti luar negara dan pernah bertugas dgn sebuah syarikat petroleum tempatan. Sewaktu di sana, MAHATHIR mendapati anaknya ini tidak berapa pandai, tetapi keras hati seperti ayahnya. Oleh itu MAHATHIR mengarahkan Qarun Malaysia DAIM ZAINUDDIN " beberapa kontrak kepada anaknya. Pada masa itu, Daim merupakan Menteri Kewangan. Mokhzani diberi peluang mendapat "saham percuma" dalam beberapa projek yang dianjurkan oleh peniaga Cina yang baru diperniagakan di BSKL. (Ini dipanggil "pink form")

Semua "kekayaan" Mokhzani adalah hasil kronisme dan penipuan MAHATHIR dan Daim Zainuddin. Daim Zainuddin melakukan pemesongan wamng rakyat ini bukan sahaja untuk anak-anak MAHATHIR tetapi juga kepada anak perempuan sulungnya (yang banyak mendapat habuan kontrak pembinaan kompleks kerajaan) dan adik serta anak Sanusi Junid dan Megat Junid Megat Ayob.

Ini lah KISAH BENAR /SEJARAH UMNO
REZEKI LANUN UMNO

Bedah buku: Tantawi, motivasi dan akhlak perjuangan

Bedah buku: Tantawi, motivasi dan akhlak perjuangan

Deklarasi Kuching: Komitmen PR bela rakyat Sabah, S'wak

Deklarasi Kuching: Komitmen PR bela rakyat Sabah, S'wak

Kaji semula modul latihan fizikal PTD

Kaji semula modul latihan fizikal PTD

Jangan hanya pentingkan keselamatan orang asing

Jangan hanya pentingkan keselamatan orang asing

Pakatan jamin bela hak rakyat Sabah, Sarawak

Pakatan jamin bela hak rakyat Sabah, Sarawak

Hina nabi: Pope temu pemimpin Islam di Lubnan

Hina nabi: Pope temu pemimpin Islam di Lubnan

Pendedahan sulung wajah pengarah "Innocence of Muslims"

Pendedahan sulung wajah pengarah "Innocence of Muslims"

Ganas: Hishammuddin tidak boleh berkata begitu

Ganas: Hishammuddin tidak boleh berkata begitu