Rabu, 14 September 2011

Jangan Biarkan M'sia Makin Lemah.. -Presiden PAS

KL, 14 Sept 11: Rakyat, jangan biarkan Malaysia menjadi semakin lemah di bawah kerajaan Umno BN, kerana generasi anak cucu kitalah nanti yang akan menerima sengsaranya. Kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, dalam perutusan yang dikeluarkan hari ini.

Menjelang Hari Malaysia 16 September ini, PAS meminta rakyat menjadikannya medan muhasabah terhadap kerajaan terutama dalam isu penipuan pilihan raya yang semakin berleluasa. Malaysia buat pertama kalinya menyambut Hari Malaysia serentak dengan Hari Kemerdekaan 16 September ini.

Hari Malaysia mula dibincangkan selepas ia bangkitkan oleh Pakatan Rakyat dan kini ia menjadi acara rasmi kerajaan. Sambutan bersama ini diadakan ekoran Hari Kemerdekaan 31 Ogos jatuh serentak dengan Hari Raya Aidil Fitri. Namun sambutan Kemerdekaan negara menjadi isu apabila seorang profesor Umno, Profesor Zainal Kling berkata, negara tidak pernah dijajah oleh British.

Bagi Abdul Hadi yang juga anggota Parlimen Marang, adalah menjadi naluri semua manusia tanpa mengira latar belakang, kaum, agama, bahasa dan sebagainya untuk hidup sebagai manusia yang bebas merdeka, sama ada merdeka jasad dan akal fikiran dari sebarang bentuk perhambaan. Tidak akan ada orang yang waras akal fikiran mahu hidup di bawah belenggu mana-mana penjajahan, apatah lagi dikawal minda dan tindakannya, katanya.

"PAS ingin menegaskan bahawa kami menentang semua penjajah, sama ada komunis atau bukan komunis, mahupun oleh blok timur atau barat.

"PAS amat menghargai peranan yang dimainkan oleh semua pihak dan tokoh seperti Sultan Abdul Samad, Sultan Zainal Abidin, Raja Abdullah serta Abdul Rahman Limbong, Tok Janggut, Dr Burhanuddin Helmy, Tunku Abdul Rahman, Tun Razak dan lain-lainnya (sekadar beberapa nama) yang menyumbang sehingga lahirnya negara kita dengan bentuknya yang ada pada ketika ini," tegas Abdul Hadi dalam kenyataannya itu.

Mereka ini, kata beliau, telah meletakkan asas negara ini, "walaupun ada tindakan mereka yang kita tidak bersetuju kerana wujud kelemahannya yang tersendiri."

"Namun segala kelemahan orang lalu yang telah pun meninggal dunia ini tidak wajar untuk kita balas dengan kata nista.

"Apa yang wajar dilakukan ialah kita memohon agar kesilapan yang mereka lakukan mendapat keampunan dari Allah SWT," tambahnya.

Apa pun, katanya, peranan baik yang telah dilaksanakan akan dibalas dengan pahala di sisi Allah SWT. Kelemahan dan kesilapan lalu dalam merangka sebuah negara yang bernama Malaysia pula perlulah diperbaiki oleh kita yang hidup di zaman ini dan berterusan menjadi tanggungjawab generasi akan datang.

"Alangkah baiknya kehidupan berbagai bangsa dan agama, budaya dan bahasa yang wujud dalam negara kita ini mampu untuk menjadi resepi utama dalam melahirkan negara Malaysia yang benar-benar melindungi kebajikan rakyatnya," katanya.

Pada saat ini, kata beliau, rakyat negara ini sedang sama-sama melihat betapa kerajaan Umno BN yang ada ini sudah diberi amanah pemerintahan selama lebih 50 tahun dan semakin membawa negara kita kepada penyakit yang menyusahkan rakyat.

Antaranya daya saing negara yang makin merudum, kos hidup yang meningkat dan barang keperluan yang melambung harganya, keluhuran akhlak yang tidak lagi dianggap penting, kehidupan beragama ditinggalkan dan seribu lagi macam kerosakan, maka tentulah menjadi tanggungjawab semua untuk sama-sama melakukan perubahan. (IH)

10,000 Pengundi 'MyKad palsu'. - PAS

NONE
KL 14 Sept 11: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam tempoh dua bulan telah mengeluarkan nama lebih 10,000 pengundi yang dikaitkan dengan kes kad pengenalan palsu. Dakwa Pemuda PAS hari ini.

Pengerusi pemulihan demokrasi dan mobilisasi dewan itu Suhaizan Kaiat berkata, perkara itu dikesan setelah pihaknya rancak mengenalpasti keraguan dalam daftar pemilih.

"Bukan mudah untuk sesuatu jabatan kerajaan menjejaki lebih 10,000 kes kad pengenalan palsu dalam waktu dua bulan.

"Persoalannya apakah JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) sememangnya sudah memiliki senarai kad pengenalan palsu yang akan dimasukkan dalam daftar pemilih SPR untuk tujuan manipulasi pilihan raya?" soalnya.

Pada sidang media di pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini, Suhaizan turut mengedarkan senarai sepuluh nama bagi membuktikan dakwannya. Ia melibatkan kes di Selangor, Perak dan Johor yang telah didedahkan sebelum ini. (IH)

Mat Sabu: Benarkah Soalan Sejarah SPM Bocor?

KL, 14 Sept 11: Benarkah soalan peperiksaan Sejarah SPM akan datang telah siap dan kini bocor di laman-laman Facebook? Bukan, sebenarnya ia hanya satu permainan perang saikologi yang sedang berlaku dalam media baru ekoran perdebatan sejarah negara. (Soalan peperiksaan yang dikatakan bocor!!!)

Isu perdebatan sejarah kemerdekaan negara membawa kepada dimensi yang lebih menarik apabila ia dijadikan permainan saikologi dalam laman media-media baru.
Terkini, satu soalan peperiksaan dipostkan ke laman sosial Facebook dan menjadi bahan yang popular untuk dibahaskan. Sekali imbas, kertas yang berbentuk kertas soalan peperiksaan itu semacam kertas soalan bocor untuk peperiksaan akan datang. Berdasarkan bentuknya ia kelihatan semacam soalan sejarah SPM atau kertas am STPM.
Namun, jelas sekali amat sukar untuk para pelajar menjawab soalan ini selepas isu sejarah kemerdekaan negara didebatkan sedemikian rupa. Yang menjadi mangsa adalah Profesor Zainal Kling apabila beliau membuat satu kenyataan yang menggemparkan, negara ini tidak pernah dijajah oleh British. Jelas kenyataan profesor Umno itu menjadi bahan permainan terbaru.
Antara soalan yang ditanyakan adalah "Terangkan status penduduk Malaya yang bekerja dengan British."
Adalah dipercayai, ia direka berdasarkan kenyataan Mohamad Sabu, timbalan presiden PAS yang mempertikaikan persepsi selama ini bahawa polis yang bertugas di rumah pasong Bukit Kepong adalah hero manakala penyerangnya termasuk Mat Indera adalah pengganas. Sedangkan bagi Mohamad Sabu, polis ketika itu bekerja dengan penjajah British manakala Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan.

Dalam soalan keduanya, 'Pembentukan Persekutuan ini merupakan penjajahan atau pernaungan? Terangkan".
Ia jelas ditujukan kepada Zainal Kling ekoran kenyataannya bahawa negara ini tidak pernah dijajah oleh British berbanding banyak teks sejarah yang menyatakan British adalah penjajah negara.

Soalan C pula berbunyi, "Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, adakah tepat menunjukkan Malaya tidak pernah dijajah oleh British."

Dan soalan paling akhir adalah, "Berapa tahunkah usia kemerdekaan negara kita sebenar." Ini dipercayai ekoran dari polemik yang dicetuskan sejak kebelakangan ini. (IH/Harakah)

Berbogel Dalam Acara Perang Bantal..

BRUSSELS - 800 laki-laki dan perempuan tunggang langgang tanpa pakaian sehelai pun dalam perang bantal di Brussel, Belgium. Ini merupakan bentuk instalasi seni dari seniman Amerika Syarikat (AS) Spencer Tunick.

Atas nama seni, instalasi yang berjudul "Sleeping Beauties" ini berlangsung di Kastil Gaasbeek, yang letaknya sekira 6 mil dari Ibukota Belgium, Brussels. Karya Tunick memang selama ini lebih banyak mengetengahkan tubuh telanjang laki-laki dan perempuan di tempat awam.

Karyanya kali ini tentu mencengangkan melihat tubuh mongel tanpa sehelai benang pun, saling pukul dengan menggunakan bantal. Lebih 800 orang sepertinya menikmati perang bantal tersebut tanpa rasa risau akan tubuh mongel mereka.

Aksi lebih 800 manusia telanjang ini nantinya diabadikan oleh Tunick dalam sebuah foto. Ia juga mengatur para sukarelawan yang tanpa pakaian ini dalam berapa pose diakhiri dengan perang bantal.

Tidak terlalu sulit nampaknya bagi Tunick untuk mengatur instalasi seninya. Buktinya, 800 orang tersebut seperti bebas dan merasa nyaman dengan tubuhnya tanpa ditutupi pakaian serta berkumpul bersama di lingkungan luar kastil.

Hebatnya, Tunick tidak mengeluarkan biaya banyak untuk menyelesaikan instalasi seninya ini. Ia bahkan hanya membayar mereka dengan foto edisi terbatas sebagai kompensasi.

Spencer Tunick memang dikenal akrab memberikan karya bogel dari intepretasi seninya. Awalnya ia mengambil foto bogel dari objek di sebuah sekolah di Dulwich, London, Seiring dengan waktu, Tunick pun makin memiliki idea gila mengambil foto objeknya dari lokasi tidak biasa.

Projek bogel terbesar yang pernah dia lakukan adalah di Mexico beberapa waktu lalu. Ketika itu sekira 18 ribu orang, bersedia difoto bogel di pusat kota Mexico City. Projek ambisius ini ia sebut Zocalo. (IH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-28: Kisah-kisah Bogel
E-Buku IH-28: Kisah-kisah Bogel
Related Posts with Thumbnails

Jom! Pekena Laksa Penang, Ke 7 Terlazat Di Dunia..


Jom Pekena Laksa Penang, makanan Ke 7 Terlazat Di Dunia, seperti yang dikeluarkan oleh CNN.

Laksa Assam Penang, berasal dari Pulau Pinang dikategorikan sebagai salah satu dari 50 makanan paling enak di dunia, seperti dikeluarkan oleh survey CNN baru-baru ini. Laksa Assam Penang menempahi
urutan ke-7 makanan paling enak berdasarkan survey itu.

L
aksa Penang adalah satu-satunya makanan berasal dari Malaysia berada dalam senarai 50 makanan paling lazat di dunia. Pelik juga bila Nasi Lemak dan Roti Canai tidak termasuk dalam senarai tersebut.

Bukankah Nasi Lemak dan Roti Canai lebih sedap dan lebih digemari daripada Laksa? Huhuhu...


Berikut Senarai Lengkap 50 makanan paling lazat di dunia :

1.Kari Massaman, Thailand
2.Neapolitan Pizza, Italy

3.Chocolate, Mexico
4.Sushi, Japan
5.Peking Duck, China
6.Hamburger, Germany
7.Penang Assam Laksa, Malaysia
8.Tom Yam Goong, Thailand
9.Ice Cream, United States
10.Chicken Muamba, Republic Gabon
11.Rendang, Indonesia
12.Sheperd's Pie, United Kingdom
13.Corn on the cob, global
14.Doughnut,
United States
15.Kalua pig, United States
16.Egg Tart, Hong Kong
17.Lobster, global
18.Kebab, Iran
19.Nam tok moo, Thailand
20.Arepaz, Venezuela
21.Croissant, France
22.Brownie and Vanila Ice cream, global
23.Lasagna, Italy
24.Champ, Ireland
25.Buttered Garlic Crab, India
26.Fajitas, Mexico
27.Montreal Style Smoked Meat, Canada
28.Pho, Vietnam
29.Ohmi-gyu Beefsteak, Japan
30.Goi cuon, Vietnam
31.Parma ham, Italy
32.Ankimo, Japan
33.Fish n Chips,
United Kingdom
34.Maple Syrup, Canada
35.Chilli Crab, Singapore
36.Texas BBQ pork, Texas
37.Chicken parm, Australia
38.Frensh Toast, Hong Kong
39.Ketchup,
United States
40.Marzipan, Germany
41.Stinky Tofu, South East Asia
42.Buttered Tost with Marmite,
United Kingdom
43.Tacos, Mexico
44.Poutine, Canada
45.Chicken Rice, Singapore
46.Som Tam, Thailand
47.Seafood Paella, Spain
48.Potato Chips,
United States
49.Masala Dosa, India
50.Buttered popcorn,
United States.

(IH/
source:http://www.cnngo.com/explorations/eat/worlds-50-most-delicious-foods-067535?page=0,1)
Anda mungkin juga meminati:

Komunis: Utusan Malaysia disaman

Komunis: Utusan Malaysia disaman

ISA: Jangan tertipu sandiwara Najib

ISA: Jangan tertipu sandiwara Najib

P’raya: Mahathir mula tekan Najib?

P’raya: Mahathir mula tekan Najib?