Jumaat, 8 November 2013

Yusuf Al-Qardawi: Presiden Mursi Diadili, Kemenangan Semakin Dekat


Kaherah - Persatuan Ulama Muslimin Dunia, yang dipimpin oleh Syeikh Yusuf Qaradhawi, mengeluarkan satu kenyataan yang mengecam pengadilan Presiden Mursi, Isnin (4/11/2013) kemarin.

Dalam kenyataan ulama yang berjudul “Bergembiralah, Kemenangan Sudah Dekat” disebutkan:

“Untuk pertama kalinya terjadi di Mesir, seorang presiden sah yang dipilih oleh rakyatnya dalam pilihanraya yang bersih, diajukan ke pengadilan, setelah sebelumnya diculik dalam waktu yang cukup lama oleh penguasa kudeta. Selain itu, penguasa kudeta juga menculik dan membunuhi ribuan rakyat Mesir yang memperjuangkan kebebasan.”

Pernyataan ulama yang disiar dalam lamanweb rasmi Syeikh Qaradhawi ini juga mengajak seluruh rakyat Mesir untuk memenuhi jalan-jalan dan tempat luas di Mesir, memprotes kejahatan-kejahatan penguasa kudeta, dengan tetap mempertahankan sikap damai dalam melaksanakannya.

Beberapa kejahatan penguasa kudeta yang dilakukan hari-hari terakhir ini di antaranya menginjak-injak kemuliaan Universiti Al-Azhar dan universiti-universiti yang lain, menangkap kaum wanita (baik mahasiswa ataupun warga biasa), dan yang terakhir adalah mengadili Muhammad Mursi, presiden sah Mesir yang dipilih rakyat secara demokrasi.

Para ulama juga menyatakan, “Ikatan Ulama Muslimin Dunia mengajak seluruh rakyat Mesir yang sedang berjuang untuk berbahagia kerana kemenangan dari Allah swt. akan segera datang.”

Terakhir, para ulama mengajak orang-orang yang terlibat dalam kudeta (militer, orang awam dan media) agar kembali kepada kebenaran, mengembalikan pemerintahan yang sah dan lembaga-lembaga perlembagaan hasil proses demokrasi. Jangan sia-siakan pengorbanan yang diberikan pada Revolusi 25 Januari.






Optimisme Beltagi dari Penjara: 10 Muharram adalah Hari Binasanya Firaun


Kaherah - Dr. Muhammad Beltagi, salah satu pimpinan Ikhwanul Muslimin yang saat ini berada dalam penjara kudeta, mengucapkan selamat kepada umat Islam dengan datangnya tahun baru Islam 1 Muharram 1435.

Dalam sebuah surat yang ditulisnya dari penjara lalu dimuat dalam akun facebooknya, Beltagi mengatakan, “Selamat Tahun Baru Hijriah. Dengan kehendak Allah swt., tahun ini umat Islam akan menuliskan pertempuran yang paling besar.

Umat Islam mempersembahkan pengorbanannya yang sangat besar untuk memperjuangkan kehendaknya yang merdeka. Umat Islam memperjuangkan nilai-nilai kebenaran, keadilan, kebebasan, dan kemuliaan. Memerangi kezaliman, kesewenang-wenangan, pemaksaan, dan pembunuhan. Umat Islam akan memperjuangkan hak-hak darah para syuhada; memperjuangkan pengadilan atas para penyiksa dan pengkhianat.

Di antara umat Islam ini ada yang meninggal dunia, menderita luka-luka, dan dipenjara. Sungguh besar pengorbanan yang telah dipersembahkannya. Tapi lebih besar lagi jiwa umat Islam ini yang telah menganggap semua itu biasa saja; harga yang harus dibayarkan dalam perjuangan mendapatkan ridha Allah swt. dan memenangkan keadilan, kebenaran dan kebebasan.

Tidak lama lagi umat Islam akan melaksanakan puasa Tasu’a dan Asyura (9 dan 10 Muharram). Puasa hari itu adalah ungkapan syukur kepada Allah swt. yang telah membinasakan Firaun. Raja yang memaksakan kekuasaannya saat rakyatnya lemah.

Raja yang mengaku seenaknya mengatas-namakan rakyatnya berbuat kejahatan. “Aku tidak mengemukakan kepadamu, melainkan apa yang aku pandang baik; dan aku tiada menunjukkan kepadamu selain jalan yang benar.” [Ghafir; 29].

Raja yang meminta mandat untuk membunuhi rakyatnya dengan dalih memerangi terorisme. “Biarkanlah aku membunuh Musa dan hendaklah ia memohon kepada Tuhannya, karena sesungguhnya aku khawatir dia akan menukar agamamu atau menimbulkan kerusakan di muka bumi.” [Ghafir; 26].

Raja yang membunuhi anak-anak muda, aset masa depan negara, “Akan kita bunuh anak-anak lelaki mereka dan kita biarkan hidup perempuan-perempuan mereka dan sesungguhnya kita berkuasa penuh di atas mereka.” [Al-A’raf: 127].

Raja ini terus melakukan kejahatannya, hingga datanglah siksaan dari Allah swt. “Maka Kami hukumlah Firaun dan bala tentaranya, lalu Kami lemparkan mereka ke dalam laut. Maka lihatlah bagaimana akibat orang-orang yang dlalim.” [Al-Qashash: 40].
-sumber asal:dakwatuna




1 comments:
View Comments/Post a Comment

1 comments:

Anonymous said...
Aku menyokong mereka2 yg nak menegakkan hukum Allah di Msia & dunia ni, walau lambat kesampaian atas sbb2 utama iaitu sbgaimana Allah sebut' puak2 kafir, munafik, ingkar takkan senang dgn org2 yg beriman ', kerana aku takut bila aku mati, aku dah tak dapat buat apa2 , melainkan menyesal. Masa tu menyesal pun tak guna.

Masa di dunia lah kita pulun peluang2 yg Allah beri utk sokongan pada puak2 yang berusaha menegakkan agamaNya samada dgn diri, harta, ilmu, doa, undian dll ikut situasi & mampu.

Apalah dunia ni sangat (ayat2 Allah).

Jamil Khir Berdusta Lagi... Kebetulan... Katanya...



PAS cabar BN adakan jualan murah di tempat lain

PETALING JAYA: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini mencabar Barisan Nasional (BN) untuk mengadakan jualan murah untuk gula dan beras di kawasan-kawasan berpenduduk miskin yang lain.

Mohamad ataupun lebih popular dengan panggilan Mat Sabu, apabila dihubungi oleh FMT hari ini ternyata berang dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom yang berkata jualan murah kedua-dua barangan asas itu dalam tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau sebagai kebetulan.

“Mana boleh kebetulan… Kalau kata kebetulan pi la buat (jualan murah) kat kawasan-kawasan lain sama,” katanya dalam perbualan telefon.

Beliau menambah, terdapat lagi kawasan yang boleh mendapat manfaat dari jualan murah anjuran BN itu, bukan hanya di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau sahaja.

“Pi buat kat kawasan-kawasan lain (juga), jangan buat kat kawasan ada PRK saja. Kat Baling sana pun ada orang susah, pi buat kat sana,” cabarnya lagi, sambil menyifatkan kenyataan Jamil ini sebagai satu penafian yang boleh ditertawakan.

Jamil, yang juga merupakan Ketua Umno Bahagian Jerai berkata pembangkang menggunakan isu jualan murah barangan asas itu sebagai modal untuk memburukkan BN.

Dilaporkan, harga gula seberat satu kilogram yang biasanya berharga RM2.84 di pasaran dijual dengan harga RM1 dalam jualan murah tersebut manakala sekampit beras seberat lima kilogram pula dijual dengan harga RM5, jauh lebih murah dari harga pasaran iaitu RM13.

Pakatan Rakyat (PR) menyelar perbuatan BN ini dan menyamakannya sebagai satu bentuk rasuah kepada pengundi.

Bagaimanapun, pandangan itu ditolak oleh Suruhanjaya Pilihan Raya -FMT


Pesanan Untuk Jamil Khir - "Jadi Pemimpin Agama Janganlah Berbohong"


Ketika kempen pilihanraya kecil Sungai Limau yang baru saja berlalu, perkara paling menarik yang dilakukan oleh BN dalam usaha memenangi kerusi itu ialah dengan mengadakan karnival jualan murah di mana gula hanya dijual RM1 sekilo manakala sekampit beras 5 kilo pula dijual dengan harga RM5 sahaja.

Harga pasaran gula setelah dimansuhkan subsidinya ialah RM2.84 sekilo manakala sekampit beras 5 kilo pula ialah RM13.

Menariknya jualan murah itu ialah kerana ketika pembentangan Bajet 2014, Najib mengumumkan pemansuhan subsidi gula ialah bertujuan mengurangkan pengidap penyakit kencing manis di kalangan rakyat yang dianggap tinggi ketika ini. Malangnya kerana kepentingan kerusi dan kuasa, BN jadi tunggang-langgang dan sanggup mengadakan jualan murah seolah-olah menggalakkan rakyat memakan lebih banyak gula daripada biasa.

Walaupun karnival jualan murah itu kemudiannya dihalalkan oleh SPR dengan mengatakan ia tidak sama-sekali berunsur rasuah kerana pembeli tidak dipaksa untuk mengundi calon tertentu, tetapi akal yang waras tidaklah sukar memahami apa yang tersirat di sebalik yang tersurat daripada jualan murah gula dan beras itu.

Lagi pula, karnival itu diadakan untuk menyokong calon BN dan sudah pasti terdapat poster dacing serta gambar calon BN di sekitarnya. Tanpa disebut atau disuruh memangkah calon BN pun, pembeli sudah pasti tahu bahawa siapa yang mereka rasa terhutang budi kerana mengadakan jualan murah beras dan gula itu.

Meskipun mungkin ada pembeli yang rasa tidak terikat untuk mengundi calon BN apabila membeli gula dan beras murah itu, bilangannya tentulah sangat kecil. Kebanyakannya akan membalas budi dengan undi, lebih-lebih lagi orang Melayu memang terkenal dengan sikap mengenang budi dan membalas budi.

Golongan yang tidak mahu terikat dengan budi, biasanya tidak akan singgah membeli gula dan beras murah itu. Mereka lebih rela membeli beras dan gula dengan harga biasa daripada sanggup menebalkan muka membeli barangan murah itu dan kemudian rasa terhutang budi pula sambil menambahkan pula kencing manis di kalangan ahli keluarga.

Apabila SPR mengeluarkan kenyataan yang jelas memperlihatkan kecondongannya kepada BN, ia sebenarnya hanya menambahkan lagi persepsi gelap rakyat terhadap badan yang sepatutnya bebas itu dalam mengendalikan pilihanraya. SPR seharusnya lebih bijaksana, sesuai dengan kebijaksanaan rakyat yang semakin meningkat sekarang ini.

Hari ini pula, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama, Jamil Khir Baharom mengatakan, jualan murah gula dan beras di Sungai Limau tempohari bukanlah kerana adanya pilihanraya dan ia hanya kebetulan saja diadakan ketika kempen pilihanraya.

Kata beliau lagi, "jualan murah ini ada di mana-mana, di pasaraya juga selalu ada jualah murah, jadi apa yang nak dihairankan, hanya kebetulan saja jualan murah itu diadakan ketika kempen pilihanraya Sungai Limau".

Wah, wah...cantik sekali hujah politik orang agama dalam menegakkan benang basah! Kenapa perlu berbohong dan bukankah berbohong itu dilarang oleh agama? Sebagai pemimpin yang tahu agama, tahu halal haram, hukum berbohong itu bukankah lebih besar dosanya?

Kenapa susah sangat Jamil Khir mengaku bahawa jualan murah itu memang sebahagian daripada acara kempen pilihanraya BN? Mengaku sahajalah, kalau memang itu hakikatnya.

Memang benar jualan murah ada di mana-mana dan pasarara juga kerap melakukannya tetapi belum pernah rasanya gula dan beras turut dijual murah. Biasanya jualan murah di kampung-kampung dan di mana saja hanya melibatkan pakaian, barangan plastik, pinggan mangkuk dan sebagainya. Sejak lebih 56 tahun merdeka,belum pernah ada jualan murah gula dan beras kecuali di Sungai Limau.

Murahnya pula bukan kepalang. Gula hanya dijual RM1 sedangkan harga biasanya RM2.84 manakala beras pula hanya RM5 sedangkan harga biasanya RM13. Sudah tentu kalau bukan kerana pilihanraya dan maksud membeli undi, tiada siapa sanggup menjual harga semurah itu.

Siapa pun akan mengatakan karnival jualan murah gula dan beras itu adalah kerana kempen pilihanraya. Tidak ada maksud lain daripada itu kerana tidak ada peniada yang sanggup rugi. Kalau betul bukan kerana pilihanraya, buatlah karnival jualan murah yang serupa di tempat lain juga.

Kepada Jamil Khir, jadilah pemimpin agama yang baik dan janganlah berbohong. Lebih nampak hodohnya kalau pemimpin agama pun sudah pandai berbohong. Kerja-kerja bohong ini biarlah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin lain dalam UMNO.

-shahbudindotcom


ULASAN GB

Sekali berdusta, akan setiap kali berdusta lagi.

Inilah "penyakit" yang dihidap oleh Menteri Agama, Datuk Jamil Khir Baharom.

Semasa PRK Sungai Limau, beliau berdusta dan menipu kononnya 351 ahli UMNO sertai PAS

Kini beliau menyatakan jualan murah semasa PRK Sungai Limau hanya satu kebetulan!

Kalau bukan kebetula,, pertama, lakukan jualan murah yang sama di tempat lain seperti disebut oleh Timbalan Presiden PAS.

Yang kedua, jika kebetulan, mengapa tiada jualan murah selepas PRK?

Apakah belum sampai kepada Menteri Agama di JPM itu hadith-hadith berikut?

Yang pertama:

“Tanda orang munafik ada tiga: apabila dia berkata dia berdusta, apabila berjanji mengingkari, dan apabila diberi amanat berkhianat.” (Muttafaq ‘Alaih)

Kedua, di dalam hadith Samurah bin Jundab yang sangat panjang, dijelaskan akibat yang akan ditanggung oleh pendusta yang kebohongannya sudah sampai ke ufuk. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam menceritakan apa yang beliau temui dalam mimpinya:

فَانْطَلَقْنَا فَأَتَيْنَا عَلَى رَجُلٍ مُسْتَلْقٍ لِقَفَاهُ، وَإِذَا آخَرُ قَائِمٌ عَلَيْهِ بِكَلُّوِبٍ مِنْ حَدِيْدٍ، وَإِذَا هُوَ يَأْتِي أَحَدَ شِقَّيْ وَجْهِهِ فَيُشَرْشِرُ شِدْقَهُ إِلَى قَفَاهُ، وَمِنْخَرَهُ إِلَى قَفَاهُ، وَعَيْنَهُ إِلَى قَفَاهُ. (قَالَ : وَرُبَّمَا قَالَ أبو رَجَاء: فَيَشُقُّ). قَالَ: ثُمَّ يَتَحَوَّلُ إِلَى الْجَانِبِ الآخَرِ فَيَفْعَلُ بِهِ مِثْلَ مَا فَعَلَ بالجَانِبِ الأَوَّلِ، فَمَا يَفْرُغُ مِنْ ذَلِكَ الْجَانِبِ حَتَّى يَصِحَّ ذَلِكَ الْجَانِبُ كَمَا كَانَ، ثُمَّ يَعُوْدُ عَلَيْهِ فَيَفْعَلَ مِثْلَ مَا فَعَلَ الْمَرَّةَ الأُوْلَى. قَالَ: قُلْتُ لَهُمَا : سُبْحَانَ الله، مَا هَذَانِ؟ قَالَ: قَالاَ لِي : اِنْطَلِقْ اِنْطَلِقْ.

“Kemudian kami berangkat lagi mendatangi orang yang terlentang pada tengkuknya. Ternyata ada orang lain yang berdiri di atasnya sambil membawa kait (yang dibuat) dari besi. Tiba-tiba ia datangi sebelah wajah orang yang terlentang itu, lalu ia robek (dengan kait besi tersebut) mulai dari sebelah mulutnya hingga tengkuknya, mulai dari lubang hidungnya hingga tengkuknya, dan mulai dari matanya hingga tengkuknya. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam kemudian bersabda: “Selanjutnya orang itu berpindah ke sebelah wajah lainnya dari orang yang terlentang tersebut dan melakukan seperti yang dilakukannya pada sisi wajah yang satunya. Belum selesai ia berbuat terhadap sisi wajah yang lain itu, sisi wajah pertama sudah sehat kembali seperti sedia kala. Maka ia mengulangi perbuatannya, ia lakukan seperti yang dilakukannya pada kali pertama.”

Di penghujung hadith dijelaskan dosa yang diperbuat oleh laki-laki tadi, “Sesungguhnya laki-laki itu setiap keluar dari rumahnya ia berdusta (berbohong) yang kebohongannya sampai ke kaki-kaki langit (tersebar ke mana-mana,-terj)” (HR. Al-Bukhari) dalam riwayat lain, “Ia disiksa demikian hingga tiba hari kiamat.”


6 comments:
View Comments/Post a Comment

6 comments:

BaDiN said...
tak boleh jadi baik bila termasuk dalam umno,jujur sudah hilang,amanah entah ke mana,bohong bohongan amalan seharian,beragama hanya kosmetik,matlamat menghalalkan cara etika kehidupan.
pintukaca said...
sejak bila pula BN/UMNO buka kedai dan berniaga dgn rakyat ni....?
Anonymous said...
Jualan murah hanya kebetulan.....????
Tak pernah terjadi dalam sejarah Malaysia, harga jualan barangan runcit separuh harga .....hanya berlaku di Sg. Limau sahaja.....dah lah tu...semasa pilihanraya pulak tu..... hai ... apa nak jadi para menteri kita ni....... semakin hari semakin mengarut....
anti munafik said...
alhamdulillah dn tahniah pgundi d sg limau tidak DICUCUK HIDUNG dan xmudah dperbodohlembukn oleh parti
LEMBU/B angkai N egara.patutnya jamil berkata...saya tunaikan HAJI
berkali2 KEBETULAN juga atas kuota
menteri/ketua bahagian lembu JERAI
Jadi tidak penting HAJI MABRUR krn boleh BERMAKSIATBERMUNGKAR lgi
asal boleh LEMBUKAN/LAYU kn umat me..LAYU/
Andre Irwan said...
Masih aku ingat akan kata-kata dari TGNA, mana mungkin kita tidak terpalit tahi jika kita sendiri duduk dalam tong tahi.
Pernah juga aku dengar, "Kalau kita berkawan dengan tukang besi, sedikit sebanyak kita akan terkena percikan apinya. Kalau kita berkawan dengan tukang buat minyak wangi, sedikit sebanyak kita akan terbau harumnya."
Pepatah China ada mengatakan, "Bila dekat dengan warna merah, akan merahlah kita jadinya. Bila dekat dengan warna hitam, akan hitamlah kita jadinya." Kan haiwan pun begitu juga. Bertukar warna mengikut alam sekelilingnya semata-mata untuk keselamatan diri.
Soal di sini ialah bukan setinggi mana kita belajar tetapi seikhlas mana dan sekuat mana amalan kita.
Berkawanlah dengan orang rajin beramal soleh, insyaallah kita akan jadi manusia yang soleh juga. Tapi kalau kita berkawan dengan manusia munafikun, lama-lama kita akan jadi munafikun juga. Tak percaya, tanya Che Det.
Menteri berbohong sudah menjadi amalan biasa dan rutin. Malangnya bagi Malaysia kerana mempunyai kerajaan yang Menterinya KUAT MOHONG. Berbelanja defisit masih dikatakan bagus. Bila muflis, barulah padan muka kita.
Anonymous said...
Yang alim dan dipanggil ulamak kalau masuk UMNO dan kalau berkawan dengan UMNO telah, sedang dan akan jadi hantu.UMNO bukanlah parti yg sesuai untuk mereka yg alim, ikhlas dan jujur.Contoh: Mahathir Kutty, anak dia dah kalah baru terbongkar cerita rasuah pengundi.Kalau calun UMNO menang, tak ada cerita rasuah pengundi.22 tahun jadi PM masa itulah bermulanya rasuah berluas-luasan hingga hari tak dapat dikawal.Itu dia tak faham dan tak mau akui.

Mengaku Sajalah UMNO BN Sudah Kalah Jika Berdasarkan Undi Popular!



Malaysia lebih sesuai menggunakan sistem ‘First past the post’ (FPTP) atau majoriti mudah bagi amalan demokrasi dalam pilihan raya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata, hanya sistem FPTP itu sesuai kerana Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum.

“Sistem ‘First past the post’ terbukti dapat menyatupadukan masyarakat berbilang kaum sejak merdeka.

“Kerajaan belum bersedia untuk menerima sistem ‘Proportionate representation’ atau perwakilan berkadar yang mana mengambil kira undi popular kerana sistem sedia ada masih relevan untuk diamalkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Dr Mohd Hatta Ramli (Pas-Kuala Krai) yang meminta Perdana Menteri menyatakan sama ada kerajaan bersedia menerima cadangan jawatankuasa Pilihan Raya untuk mengkaji pelaksanaan sistem ‘Proportionate Representation’ bagi menggantikan sistem pilihan raya di Malaysia.

Bagaimanapun katanya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang membuat kajian sama ada ia dapat dilaksanakan atau tidak.

“Setakat ini, sistem ‘First past the post’ terbukti relevan dan kami merasakan sesuai kerana ia dilaksanakan selepas zaman kemerdekaan lagi.

Isu ini timbul susulan kejayaan PR meraih undi popular yang lebih besar berbanding BN pada PRU13 lalu.

Mengikut FPTP, satu parti atau gabungannya boleh membentuk kerajaan jika memenangi jumlah kerusi paling banyak dengan majoriti mudah, tanpa mengira jumlah undi yang diraih. -SH

ULASAN GB

Alasan yang memualkan diberikan oleh menteri di JPM di dalam mempertahankan sistem ‘First past the post’.

Yang sebenarnya UMNO BN tahu bahawa mereka sudah tidak layak menduduki tampuk pemerintahan negara dan tidak layak menghuni Putrajaya berdasarkan undi popular di dalam sesebuah negara yang mengamalkan demokrasi.

Kita tinjau kembali grafik keputusan PRU13 yang lalu:



Saya tidak menyeru PAS dibatal pendaftaran – Karpal


Harakahdaily, 08 Nov 2013
KUALA LUMPUR: “Saya tidak langsung menyeru supaya PAS dibatalkan pendaftarannya di dalam sidang akhbar itu,” tegas Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh.

Justeru, beliau yang juga dan Ahli Parlimen Bukit Gelugor agak terkejut dengan serangan yang dilakukan terhadapnya oleh beberapa pemerhati politik, ahli akademik dan para pengulas politik tertentu.

“Ia sememangnya satu penghinaan teruk kepada Utusan Malaysia kerana membuat tuduhan keji ini,” ujarnya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Saya agak terkejut dengan serangan yang dilakukan terhadap saya oleh beberapa pemerhati politik, mereka yang kononnya ahli akademik dan para pengulas tertentu terhadap kenyataan saya pada Selasa lalu berkenaan parti-parti politik dan badan-badan profesional yang ditubuhkan dengan garis perkauman harus membuka pintu kepada semua kaum atau dibatalkan pendaftarannya, khususnya kenyataan saya yang dikatakan bahawa saya telah menyeru agar PAS dibatalkan pendaftarannya.
Ia sememangnya satu penghinaan teruk kepada Utusan Malaysia kerana membuat tuduhan keji ini.

Terence Netto telah benar-benar termakan dengan putar belit Utusan Malaysia bahawa saya telah menyeru agar PAS dibatalkan pendaftarannya; yang kemuncaknya menyifatkan saya sebagai seorang yang cuai serta tidak cermat dan saya tidak bertambah matang seiring dengan usia dan pelbagai kata-kata buruk lain di dalam artikelnya.
Saya terkejut bagaimana Terence Netto yang telah meningkat usianya tetapi tidak banyak mengambil pengajaran. Tidak mahu kalah, sesetengah orang kuat PAS pun turut terjun ke dalam kancah yang buruk ini melalui kritikan mereka terhadap saya tentang dakwaan seruan saya ke atas PAS itu.
Sudah tentu, terdapat ramai lagi, termasuklah seorang profesor, yang turut mempamerkan ketidakmatangan dengan mengeluarkan kenyataan tanpa memastikan kebenaran fakta atau memastikan saya telah benar-benar membuat dakwaan itu terhadap PAS.

Benar, saya telah menyeru agar Persatuan Peguam-Peguam Muslim dibatalkan pendaftarannya kerana mengecam Majlis Peguam bahkan, melakukan ugutan jenayah, terhadap majlis itu kerana menyokong mingguan Katolik Herald berkenaan penggunaan kalimah Allah.
Presiden kepada Persatuan Peguam-Peguam Muslim mengugut akan bertindak ke atas Majlis Peguam. Saya tegas dengan pendirian saya menyeru agar dibatalkan pendaftaran Persatuan Peguam-Peguam Muslim yang ditubuhkan pada tahun 1988 ketika kemuncak pemecatan Tun Salleh Abas dan terang-terang mendapat sokongan penuh perdana menteri waktu itu Dr. Mahathir, yang langsung membawa kepada perhimpunan dan demonstrasi agak ganas di hadapan pejabat Majlis Peguam berdekatan stesen Masjid Jamek.
Benar, saya telah menyatakan bahawa parti politik dan badan profesional berdasarkan kaum yang malang sekali termasuklah PAS, sepatutnya membuka pintu kepada kaum lain; akan tetapi saya lekas menambah bahawa PAS telah pun memperakui keperluan berbilang kaum dengan mewujudkan sayap penyokong bukan bergama Islam.
Saya tidak langsung menyeru supaya PAS dibatalkan pendaftarannya di dalam sidang akhbar itu.
Terence Netto dan mereka yang seangkatan dengannya jelas telah terlepas pandang akan perkara itu. Sama ada disengajakan atau disebabkan oleh nurani personaliti-personaliti ini.
Bolehkah PAS menafikan ia telah menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) sebelum pilihan raya umum 2004?
Bolehkah PAS menafikan ia telah bersetuju untuk meletakkan calon bukan beragama Islam di dalam pilihan raya umum 2013?
Bolehkah PAS menafikan bahawa Naib Presidennya, Salahuddin Ayub, pada 13.10.13 telah berkata, ketika ditanya sama ada keahlian penuh akan diberikan kepada bukan beragama Islam berikutan sokongan besar yang PAS terima daripada DHPP di dalam pilihan raya umum, beliau berkata, ‘Buat masa ini, kami mempunyai sayap penyokong PAS (DHPP) untuk yang bukan beragama Islam. Ia adalah cara yang baik untuk kami meletakkan di kami di kalangan bukan beragama Islam. Seterusnya, cabaran kami ialah untuk menjadikan diri kami releven di kalangan semua rakyat Malaysia. Cabaran kami sekarang adalah untuk mengekalkan sokongan yang kami terima daripada bukan beragama Islam dan meningkatkan sokongan daripada umat Islam’?
Bolehkah PAS menafikan pada pilihan raya umum 2008, ia meletakkan calon dari masyarakat India, R. Kumutha, untuk bertanding kerusi dewan undangan negeri Tiram di kawasan parlimen Johor Bharu?
Bolehkah PAS menafikan pada 6.11.2013, DHPP melalui setiausahanya K. Deepakaran dalam membahaskan ucapan dasar Presiden sewaktu Muktamar PAS di Pengkalan Chepa menggesa ahli parti supaya tidak melihat DHPP dengan rasa curiga sebaliknya menganggap golongan bukan beragama Islam di dalam PAS sebagai sebahagian daripada jenteranya.
‘Kita ikhlas dan sukarela nak memberi sokongan kepada sebuah parti Islam di Malaysia iaitu PAS. Saya selalu katakan DHPP adalah tentera perjuangan Islam. Kenapa saya katakan kami tentera Islam? kerana Islam untuk semua, Islam hadir untuk semua dan terima kasih untuk logo PAS For All’.
Beliau juga menekankan, ‘Kalau dahulu memang PAS untuk orang Islam sahaja tapi sekarang PAS sudah terbuka kepada semua yang mahu menjadi sebahagian daripada perjuangan Islam’.

Di sidang akhbar pada hari Selasa, saya menekankan sekali lagi, saya tidak meminta PAS dibatalkan pendaftarannya malah memberikannya talian hayat dengan menyatakan bahawa PAS telah sedar keperluan berbilang kaum dengan mewujudkan DHPP tidak seperti Umno, MCA dan MIC yang jelas-jelas merupakan parti rasis yang perlu dibatalkan pendaftarannya.
Saya tidak meletakkan PAS di dalam bakul yang sama apabila saya menentang parti politik dan badan profesional yang ditubuhkan atas dasar kaum. Saya telah menyatakan kebenaran. Tuntutan memohon maaf oleh pemimpin-pemimpin PAS tidak akan dipenuhi. Itu saya boleh jamin.

PAS seharusnya sudah boleh menunjukkan keikhlasannya dengan menjadikan DHPP sebagai ahli penuh parti. Jauh daripada dibatalkan pendaftaran, tindakan sedemikian akan menjadikan PAS salah satu parti politik berbilang kaum di negara ini.

Macai Umno keliru panji Rasulullah dan bendera Syiah


http://pakat-pakatkalih.blogspot.com, 08 Nov 2013

Macai umno Keliru di Antara Bendera syiah dan Panji Rasullulah


Edisi kantoi macai BN yg kosong otaknya..bersangka baik barangkali waktu belajar lari ponteng dalam tandas...bersangka baik barangkali neuro otak tak bersambung..

Aku tak harapkan yg macai umno bn baca ni sebab panjang sgt sbb depa mana baca tapi takpala~ cek tulis jugak utk org yg dahaga ilmu~

1) Bendera (Liwa’) adalah berwarna putih dan tertera di atasnya kalimah ‘La ilaha illallah, Muhammad Rasulullah’ dengan warna hitam. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas yang mengatakan, “Bahawa bendera Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam berwarna hitam, sedangkan panji beliau warnanya putih.” Riwayat Ibnu Abbas yang lain menurut Abi Syeikh denganlafadz, “Bahawa pada bendera Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. tertulis kalimat ‘La ilaha illallah, Muhammad Rasulullah’. Semasa perang (jihad), bendera ini akan dipegang oleh amir (panglima/ketua) perang. Ia akan dibawa dan menjadi tanda serta diletakkan di lokasi amir tadi. Dalil yang menunjukkan perkara ini adalah perbuatan (af ’al) Nabi Sallallahu‘alaihi wa Sallam sendiri, di mana baginda (sebagai amir), semasa pembukaan kota Makkah telah membawa dan mengibarkan bendera putih bersamanya. Diriwayatkan dari Jabir, “Bahawa Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam memasuki Makkah dengan membawa bendera (liwa’) berwarna putih.” . An-Nasa’i juga meriwayatkan Hadis melalui Anas bahawasemasa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam mengangkat Usama ibn Zaid sebagai amir (panglima) pasukan ke Rom,baginda menyerahkan bendera (liwa’) kepada Usama ibn Zaid dengan mengikatnya sendiri.

2) Panji (Rayah) adalah berwarna hitam, yang tertulis di atasnya kalimah ‘La ilaha illallah, Muhammad Rasulullah’ dengan warna putih. Hadis riwayat Ibnu Abbas di atas menjelaskan hal ini kepada kita. Semasa jihad, ia dibawa oleh ketua setiap unit (sama ada Division, Batalion, Detachment ataupun lain-lain unit). Dalilnya adalah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi waSallam, semasa menjadi panglima perang di Khaibar, bersabda, “Aku benar-benar akan memberikan panji (rayah) ini kepada orang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya, serta dicintai oleh Allah dan Rasul-Nya, lalu Rasulullah memberikan panji itu kepada Ali.” Saidina Ali karramallahu wajhah pada masa itu boleh dikatakan bertindak sebagai ketua division ataupun regimen.

Masjid bawah tanah pertama di dunia


http://detikislam.blogspot.com, 07 Nov 2013
Turki kini sedang membina sebuah Masjid di bawah tanah yang pertama di dunia di daerah Buyukcekmece di Istanbul. Reka bentuk seni bina ini pernah memenangi tempat pertama dalam pertandingan Seni Bina Festival Dunia untuk kategori tempat ibadah.

"Masjid adalah tempat untuk ketenangan dan Solat," kata Mehmet Narin, Mufti Buyukcekmece mengatakan kepada World Buletin pada Isnin, 4 November.

"Masjid adalah lanjutan daripada Kaabah ," tambahnya.

Penggabungan intipati Islam dan sandaran reka bentuk dengan sentuhan moden, Masjid Sancaklar yang diilhamkan oleh Gua Hira iaitu tempat Nabi Muhammad SAW pertama kali menerima wahyu.

Dibina tujuh meter di bawah permukaan, Masjid ini dibina oleh arkitek Turki saudara Emre Arolat.

Masjid dibina dengan keluasan 1200 meter persegi di bawah tanah, diterangi oleh beberapa jalur lampu dan cahaya matahari untuk menampakkan kesan persekitaran jiwa.

Berdasarkan dari reka bentuk masjid standard, Masjid Sancaklar mempunyai ruang ibadah yang luas dengan kapasiti lebih dari 650 jamaah.

Menjadi Masjid di bawah tanah pertama di dunia jadi Masjid Sancaklar direka tanpa menara atau sabit.