Sabtu, 20 Oktober 2012

Fakta: 97.5% rakyat Malaysia tolak kamera AES






Pecah Berita! Fakta! 97.5% Rakyat Malaysia Tolak Kamera AES JPJ Barisan Nasional!


KAMERA AES DARI JPJ DAN KERAJAAN BN
UNTUK MENJAMIN KEWANGAN RAKYAT
MASUK POKET KAUM BANGSAWAN.
TERIMA KASIH KERAJAAN BARISAN NASIONAL!
KERANA MEMAHAMI ASPIRASI RAKYAT.


Kuala Lumpur - by @tiewnama..
kerajaan persekutuan dibawah kendalian Barisan Nasional
berkata bahawa kerajaan TIDAK AKAN memansuhkan akta AES
kerana iainya bertujuan mendidik PENGGUNA JALANRAYA
dan bukannya bertujuan MENGAUT KEUNTUNGAN MAXIMA
RM beribu juta untuk kroni seperti yang di gembar gemburkan oleh Pakatan Rakyat

JPJ yang ''mewakili'' dan menjadi juru cakap kerajaan BN berkata sebanyak
63,000 gambar telah di tangkap di 21 lokasi AES hanya selama 8 hari.

rakyat pula mengkritik bahawa JPJ di bawah Barisan Nasional tidak memasang
kamera AES ini di kawasan maut tetapi di kawasan lapang dan jalan yang luas
yang lurus yang hanya boleh di bawa 35kmj hingga 70kmj saja!

berikut adalah Bancian dan Undian dari Rakyat Malaysia sendiri berkaitan dengan
kamera AES yang di letakkan di 813 kawasan seluruh malaysia.

2,345 orang tidak bersetuju dengan sistem Kamera AES
66 orang bersetuju dengan sistem AES..

buat perbandingan di sini adalah seperti berikut..
2,345 + 66 = 2411 orang yang mengundi secara rawak.

2,411 / 100 = 1% mewakili 24 orang,

tidak bersetuju mewakili 97.5%
berbanding yang bersetuju hanya 2.5% saja!

adakah ini yang di katakan oleh menteri pengangkutan dan timbalannya
serta pengarah JPJ bahawa sistem ini di terima oleh MAJORITI Rakyat Malaysia?

seperti sedia maklum, rakyat malaysia kini mahukan sebuah kerajaan yang jujur
dan amanah dalam menjaga KEBAJIKAN rakyat, bukan menganiaya mereka dengan
tindakan tindakan yang di lihat semakin hari semakin MELAMPAU dan ZALIM!.

CARTA BANCIAN & UNDIAN SEPERTI GAMBAR DI BAWAH.



Highway yang luas dan lurus serta besar, hanya boleh di pandu 70kmj saja?
Sedangkan ada 5 lane di situ, tahniah kerajaan Barisan Nasional & JPJ!
Kerana Tindakan anda tidak mengikut Aspirasi Rakyat! Tahniah!




PRU13: PR kini pada situasi ‘simple majority’



Aslani M, 20 Okt 2012
KOTA BHARU: Berdasar kepada kaji selidik sebelum pergolakan Umno Sabah melanda, Pakatan Rakyat mensasarkan menguasai sekurang-kurang 105 kawasan parlimen, yakni kekurangan 7 lagi kerusi bagi membentuk majoriti mudah.

Namun kata Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli situasi itu tiba-tiba berubah selepas tsunami politik berlaku dalam Umno Sabah dengan menyaksikan beberapa wakil rakyat meninggalkan parti itu.

Hujah tersebut disokong pula penganalisis politik Sarawak, Dr Jeniri Amir yang mengandaikan sekurang-kurang 10 kerusi di Sabah dan Sarawak sudah berada dalam tangan Pakatan Rakyat seandainya tidak berlaku pertembungan tiga penjuru.

Rafizi berkata, berdasar kepada perkiraan Dr Jeniri yang mempunyai kepakaran perkembangan politik di Sabah dan Sarawak bermakna Pakatan sudah mengatasi BN dengan kelebihan sekurang-kurangnya 8 kerusi.

“Perkiraan ini dibuat bukan secara sekadar syok sendiri sebaliknya ada asas berdasar kepada beberapa petunjuk termasuk kajian beberapa badan penyelidik dan perkembangan semasa yang berlaku.

“Kalaulah andaian itu hanya sekadar syok sendiri, sudah tentu sejak dua bulan lalu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah membubarkan parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 diadakan.

“Namun Perdana Menteri masih lagi teragak-agak kemungkinan besar laporan daripada perisik Umno dan kerajaan masih memberi isyarat negetif,” katanya pada Wacana Perdana anjuran Urusetia Peneranan Kerajaan Negeri di Kelantan Trade Centre (KTC) malam tadi.

Turut bertindak sebagai ahli panel anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, Dr Jeniri dari Unimas, manakala Dr Mazslee Malek (UIA) bertindak sebagai moderator.

Orang ramai memenuhi dewan konvensyen KTC biar pun pada waktu yang sama diadakan ceramah di 22 tempat di seluruh Kelantan termasuk di Kubang Kerian dan Pengkalan Chepa.

Rafizi yang kemudian menjadi sasaran dihujani pelbagai soalan daripada penonton juga memberitahu sikap tiada keyakinan diri Perdana Menteri boleh ditengok kepada sejarah kehidupannya.

Menurutnya, Najib dilantik sebagai Menteri Besar Pahang ketika berusia 26 tahun bagi meneruskan kesinambungan ayahnya Tun Abdul Razak. Kemudian berusia 29 tahun dilantik pula sebagai menteri kabinet.

“Manakala jawatan Ketua Pemuda Umno disandangnya selepas jawatan itu dikosongkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ini bermakna beliau tidak pernah melalui cabaran yang sengit bagi mendapat kedudukan dalam parti dan kerajaan.

“Berdasar kepada pengalaman itu maka tidak hairanlah sekarang Najib tiada keyakinan diri untuk mengisytiharkan pilihan raya, lebih-lebih lagi cabaran Pakatan begitu sengit sekali,” ujarnya.

Takiyuddin pula berkata, Najib menunggu masa yang begitu lama bagi mendapat mandat daripada rakyat  setelah menduduki kerusi perdana menteri, di mana sehingga sekarang lebih tiga tahun berbanding perdana menteri sebelumnya.

Sedangkan Tun Abdullah Ahmad Badawi mengambil masa empat bulan sahaja bagi membubarkan parlimen selepas dilantik perdana menteri, begitu juga Tun Dr Mahathir Mohamad lapan bulan, Tun Hussien Onn kurang dua tahun.

Dr Jeniri mengandaikan kesukaran Pakatan meluas di Sabah dan Sarawak kerana faktor rakyat tempatan masih mendapat sumber maklumat daripada televisyen dan radio berbanding sumber alternatif lain.

“Ini dapat dilihat pada pilihan raya negeri Sarawak tahun lepas Media Prima yang mengendali televisyen swasta di negara ini dikerah dengan bilangan petugas paling ramai bagi membantu kempen BN,” tambahnya.

Ibnu Hasyim: Foto-foto Ibadah Haji Tahun 1960an

Ibnu Hasyim: Foto-foto Ibadah Haji Tahun 1960an: I BADAH Haji adalah salah satu ibadah yang paling di idam-idamkan oleh seluruh umat Muslim di dunia, iaitu melaksanakan rukun Islam y...

Ibnu Hasyim: Manfaatkan, Orang Bisu Kerja Di Restaurant

Ibnu Hasyim: Manfaatkan, Orang Bisu Kerja Di Restaurant: BEBERAPA pekerja menggunakan bahasa isyarat di dapur restoran Atfaluna di Bandar Gaza kelmarin.  JOM KREATIF Restoran di Gaza dikenda...

Ibnu Hasyim: Guna Internet Jual-beli Susu Badan Untuk Bayi

Ibnu Hasyim: Guna Internet Jual-beli Susu Badan Untuk Bayi: Bayi yang diberi susu ibu secara terus mempunyai pertalian istimewa dengan si ibu. LONDON: Ramai wanita di Britain dan Amerika Syarika...

Ibnu Hasyim: Fesyen Tudung Bogel??

Ibnu Hasyim: Fesyen Tudung Bogel??: PERKEMBANAN Islam mutakhir ini menyaksikan ramai wanita Muslim memakai tudung. Ini amat menggembirakan kerana mereka sedar bahawa Al...

[Panas] MT Umno terima laporan BN tumbang PRU13




[Panas] MT Umno terima laporan BN tumbang PRU13

http://greenboc.blogspot.com, 20 Okt 2012
Blogger Umno Reform, Anuar Mohd Nor mengatakan bahawa ada satu laporan dihantar ke Majlis Tertinggi Umno menyatakan bahawa Barisan Nasional (BN) bakal tumbang pada PRU 13 nanti.

Dalam laporan tersebut, BN dikatakan akan tewas di negeri Wilayah Persekutuan, Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Sementara di Johor pula bakal menyaksikan banyak kerusi BN dirampas Pakatan Rakyat (PR).

Laporan tersebut menyatakan puncanya adalah kerana etnik Cina di seluruh negara nampaknya sudah membuat keputusan untuk menolak BN. Lihat bawah.

Apa puncanya etnik Cina menolak BN? Apakah kerana mereka sudah faham yang selama ini, BN hanya meneruskan formula penjajah British dalam mentadbir Malaysia?

Atau kerana mereka sudah tidak lagi berjaya ditakutkan dengan momok 13 Mei?

Yang paling penting sekarang ialah kesediaan semua pihak untuk memperkukuhkan negara bangsa Malaysia.

Kita tidak harus lagi hidup terpisah-pisah dalam negara ini. Jangan biarkan lagi politikus yang tentukan halatuju negara.

Rakyat harus bangkit mendesak politikus agar mengikut kemahuan mereka. Ini boleh dilakukan! Bagaimana? Mulakan dengan laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Youtube.

Kemudian, kembangkan melalui tindakan.

Jika benar BN bakal tumbang. Biarlah ianya berlaku secara aman. Pertukaran kerajaan atau pemerintahan adalah perkara biasa.

Saya sendiri pernah menyaksikan pertukaran Nepal dari sebuah kerajaan yang diperintah oleh Raja selama 4000 tahun kepada sebuah republik.

Pada ketika itu, ramai saintis politik mengatakan Raja mungkin menggunakan tentera untuk pertahankan kerajaannya.

Mereka silap kerana Raja keluar dari istana dengan tenang kerana dia mempunyai kecintaan tinggi terhadap Nepal.

Biarlah Nepal jadi republik jika itu yang rakyat mahukan. Asalkan Nepal tidak hancur kerana manusia berebut kuasa.

Malaysia harus belajar dari Nepal! -aminiskandar




Laporan sebelum ini
klik untuk baca



Pintu Tertutup rapat buat Ibrahim Ali



Najib telah tutup pintu untuknya

Mohd Sayuti Omar, 20 Okt 2012
Penegasan Presiden Umno Mohd Najib Razak dalam sidang akhbar selepas mesyuarat MT hari ini di mana ahli Umno yang khianati parti dan sabotaj calon Umno tidak akan dibenarkan bertanding dalam pilihan raya, penegasan ini menyebabkan ahli parlimen Pasir Mas akan mati sambil berdiri - 'mati dalam cacang'.

Penjelasan Najib itu menamatkan teka teki yang kononnya Umno akan memberi laluan kepada ahli parlimen itu bertanding atas tiket BN dalam pilihan raya umum nanti. Beliau diuar-uar akan diberi bye oleh Umno. Sebelum ini konco-konco ahli parlimen berkenaan sudah menyebarkan berita kemungkinan itu. Bahkan kononnya sudah ada kata putus dan surat hitam putih ditanda tangani oleh Najib memberi laluan itu.

Alasan Najib kononnya memberi laluan dia bertanding atas tiket BN kerana ahli parlimen berkenaan dikatakan akan menang mudah kerusi Pasir Mas dan kemenangan itu akan membantu BN untuk mengekalkan kuasa pemerintahan. Kononnya juga tiga buah kerusi Dun di dalam Pasir Mas iaitu Chetok, Pengkalan Pasir dan Tendong akan menang dengan mudah. Kemenangan kerusi-kerusi itu boleh membantu Umno untuk menumbangkan kerajaan Pas Kelantan.

Ketiga-tiga kerusi berkenaan kini dimiliki oleh PAS.

Seperti mana dijelaskan Najib dalam sidang media lewat petang semalam, sebuah jawatankuasa khas untuk mengambil tindakan ke atas pengkhianat parti itu akan dibentuk yang dipengerusikan oleh veteran Umno Tengku Ahmad Rithaudden Tengku Ismail.

Jika dinilai dari definisi pengkhianatan seperti mana disebut Najib itu, dia bukan saja melakukan satu pengkhinatan ke atas Umno tetapi lebih dari dua kali. Beliau pernah berlawan dengan calon Umno dalam tahun 1990 apabila bertanding atas tiket Semangat 46. Pada tahun 2004 sekali lagi mengkhianti calon Umno apabila dia bertanding atas tiket Bebas menggunakan lambang payung berwarna kuning.

Ekoran tindakan itu beliau telah dipecat dari Umno menerusi peraturan dan undang-undang mana-mana ahli Umno yang mensabotaj calon Umno, melawan dalam pilihan raya akan dipecat atau keahliannya akan gugur secara automatik. Ekoran itu tahun 2008 beliau bertanding atas tikit lambang bulan atas ehsan PAS dan menang.

'Kelancauan' ahli parlimen berkenaan selepas beliau menang atas tiket PAS beliau cuba untuk 'terak' (masuk) Umno semula. Berbagai usaha dilakukan termasuk berbaik-baik dengan isteri presiden Umno dan sanggup mencium tangan bukan mahram, malangnya tidak berhasil. Satu sumber ibu pejabat Umno memberi tahu sudah lebih tujuh bulan temujanji dibuatnya untuk berjumpa dengan Najib Razak tidak dilayan.

Katanya dia juga cuba menggunakan beberapa pemimpin Umno bahagian Pasir Mas untuk membawanya kembali semula ke pangkuan Umno. Antara orang yang berusaha ialah bekas Adun di salah kerusi di Pasir Mas bekerja keras untuk membawa semua ahli parlimen itu masuk. Sekali lagi malangnya usaha bekas Adun itu yang merupakan 'ayam didik' ahli parlimen berkenaan, tidak berhasil dan beliau sendiri dicurigai oleh ahli Umno Pasir Mas.

Umno Pasir Mas juga telah menutup rapat pintu terhadap ahli parlimen berkenaan, bukan itu saja 'rebak onak dan duri' diletak di jalan menuju ke pejabat Pasir Mas untuk memastikan ahli parlimen berkenaan tidak akan mendatangi pejabat Umno untuk bersandiwara bagi memastikan dia diterima.

Dengan ketegasan Najib dan Umno bahagian Pasir Mas itu marilah kita tunggu dan tengok apa yang bakal berlaku dalam pilihan raya akan datang. Kalau ahli parlimen itu tetap mahu menunjukkan bisanya bertanding, beliau boleh pilih satu dari 20 cogan (lambang) yang dibenarkan untuk diguna oleh orang-orang tidak berparti sebagai lambang dalam pilihan raya.

Sebelum ini cogan bebas ternyata tidak membawa tuah kepada ahli parlimen berkenaan bahkan lambang bebas pernah menghilangkan wang pertaruhannya. Apakah peristiwa malang itu akan berlaku nanti? Kalau berlaku ia tidak memeliklah bahkan baru padan dengan muka! Apakah Pasir Mas akan kebanjiran dengan air mata, tunggulah nanti.