Sudah sekian lama para saintis
kebingungan tentang bagaimana sebuah piramid yang merupakan salah satu
binaan ajaib di dunia ini dibina. Terdapat pelbagai teori yang
dikemukakan untuk mengetahui teknologi yang digunakan dalam pembinaan
piramid ini kerana teknologi untuk mengangkat batu-batuan besar yang
beratnya mencapai ribuan kilogram ke puncak bangunan belum memungkinkan
di zamannya. Apakah rahsia di sebalik pembinaan piramid ini?
Akhbar Amerika Times edisi 1 Disember
2006, telah menyiarkan satu berita saintifik yang mengesahkan bahawa
Firaun telah menggunakan tanah liat untuk membina piramid. Menurut
kajian tersebut, disebutkan bahawa batu yang digunakan untuk membuat
piramid adalah dari tanah liat yang dipanaskan sehingga membentuk batuan
keras yang sukar dibezakan dengan batu asalnya.
Al-Quran Telahpun Mempunyai Jawapan
Jika dikaji lebih mendalam, ternyata
Al-Quran telah mendedahkan perkara ini 1400 tahun sebelum kajian
saintifik dijalankan. Perhatikan sebuah ayat Al Quran yang berikut:
وَقَالَ فِرْعَوْنُ يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ مَا عَلِمْتُ لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ غَيْرِي فَأَوْقِدْ لِي يَا هَامَانُ عَلَى الطِّينِ فَاجْعَلْ لِي صَرْحًا لَعَلِّي أَطَّلِعُ إِلَى إِلَهِ مُوسَى وَإِنِّي لَأَظُنُّهُ مِنَ الْكَاذِبِينَ
“Dan berkata Fir’aun: ‘Hai pembesar
kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah Hai
Haman untukku TANAH LIAT kemudian buatkanlah untukku bangunan yang
tinggi supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku
benar-benar yakin bahawa Dia dari orang-orang pendusta.”
(Al-Qasas: 38)
Para saintis mengatakan bahawa Firaun
mahir di dalam bidang ilmu kimia dalam menguruskan tanah liat sehingga
menjadi batu. Teknik yang mereka gunakan adalah sangat misteri jika
dilihat dari kodifikasi nombor di batu yang mereka tinggalkan.
Profesor Gilles Hug, dan Dr. Michel
Barsoum menegaskan bahawa Piramid yang paling besar di Giza, dibuat dari
dua jenis batuan yang terdiri dari batu semula jadi dan batu-batu yang
dibuat secara manual hasil dari olahan tanah liat.
Artikel kajian yang diterbitkan oleh
majalah “Journal of the American Ceramic Society” menegaskan bahawa
Firaun menggunakan tanah jenis slurry untuk membina monumen yang tinggi,
termasuk piramid. Kerana tidak mungkin bagi seseorang untuk mengangkat
batu berat ribuan kilogram. Sebaliknya pada dasar piramid, Firaun
menggunakan batu semula jadi.
Lumpur tersebut merupakan campuran
lumpur kapur yang dipanaskan dengan wap air garam dan ini akan
menghasilkan wap air sehingga terbentuknya campuran tanah liat. Kemudian
olahan itu dituangkan ke dalam tempat yang disediakan di dinding
piramid. Ringkasnya lumpur yang sudah diadun mengikut saiz yang
dikehendaki tersebut dibakar, lalu diletakkan di tempat yang sudah
disediakan di dinding piramid. Gambar – Gilles Hug (duduk kiri) dan Dr. Michel Barsoum (berdiri)
Profesor Davidovits
Profesor Davidovits telah mengambil
sampel batu piramid yang terbesar untuk dilakukan analisis dengan
menggunakan mikroskop elektron terhadap batu tersebut. Hasilnya,
Davidovits menegaskan bahawa batu itu diperbuat dari lumpur. Selama ini,
tanpa penggunaan mikroskop elektron, ahli geologi belum mampu untuk
membezakan antara batu alam dengan batu buatan manusia.
Sebelumnya, seorang saintis Belgium, Guy
Demortier, telah bertahun-tahun mencari jawapan dari pembuatan batu
besar di puncak-puncak piramid. Guy Demortier berkata, “Setelah
bertahun-tahun melakukan penyelidikan dan kajian, sekarang barulah saya
yakin bahawa piramid yang terletak di Mesir diperbuat dengan menggunakan
tanah liat.”
Piramid Bosnia
Penemuan oleh Dr Perancis Joseph
Davidovits ini adalah hasil kajian yang memakan masa kira-kira dua puluh
tahun. Sebuah kajian yang begitu lama terhadap piramid Bosnia, “Piramid
Matahari” dan menjelaskan bahawa batu-batunya diperbuat dari tanah
liat. Ini memperkuatkan lagi bahawa kaedah ini tersebar luas di masa
lalu.
Gambar di atas menunjukkan kaedah
tuangan batu berasal dari tanah liat telah dikenali sejak ribuan tahun
yang lalu dalam tamadun yang berbeza baik Rom ataupun Firaun.
Bukti-bukti dari kajian menunjukkan
kepada kita semua bahawa bangunan bangunan raksasa, patung-patung
raksasa dan tiang-tiang yang ditemui dalam tamadun canggih zaman dahulu,
juga dibina dari tanah liat. Al-Quran adalah kitab pertama yang
mendedahkan rahsia bangunan piramid, bukan para Ilmuwan Amerika, mahupun
Perancis.
Kita tahu bahawa Nabi saw tidak pernah
pergi ke Mesir dan tidak pernah melihat piramid, bahkan mungkin tidak
pernah mendengar tentangnya. Kisah Firaun, terjadi sebelum masa hidupnya
Nabi saw ribuan tahun yang lalu, dan tidak ada satu pun di muka bumi
ini pada masa itu yang mengetahui tentang rahsia piramid. Sebelum ini,
para saintis tidak pasti bahawa Firaun menggunakan tanah liat yang
dipanaskan untuk membina monumen tinggi kecuali beberapa tahun
kebelakangan ini.
Ajaib, 1400 tahun yang lampau, Nabi
Muhammad saw, beratus tahun selepas berakhirnya Dinasti Firaun
memberitahu bahawa Firaun membina monumen yang kini dikenali sebagai
Piramid menggunakan tanah liat.
Kenyataan ini sangat jelas dan kuat
untuk membuktikan bahawa Nabi Muhammad saw tidaklah berbicara mengikut
hawa nafsunya melainkan petunjuk dari Allah swt yang menciptakan Firaun
dan menenggelamkannya, dan Dia pula yang menyelamatkan nabi Musa. Dan
Dia pula yang memberitahu kepada Nabi terakhir-Nya akan hakikat ilmiah
ini, dan ayat ini menjadi saksi kebenaran kenabiannya di kemudian hari.
Rakyat MarhaenWallahu’alam….