Sabtu, 5 Mei 2012

8 soalan untuk siasatan keganasan BERSIH

8 soalan untuk siasatan keganasan BERSIH

  • Lim Kit Siang
  • 4:15PM Mei 5 2012
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedang mengetuai kempen propaganda BN untuk kawalan kerosakan atau damage control - untuk mengurangkan ketidaksehaluan dalam penyahkendalian perhimpunan "duduk-bantah" Bersih 3.0 di Dataran Merdeka yang menuntut pilihan raya yang bebas dan adil - dengan tohmahan melulu bahawa perhimpunan BERSIH 3.0 merupakan percubaan untuk menggulingkan kerajaan BN.

Hakikatnya, perhimpunan BERSIH 3.0 adalah kesedaran dan kebangkitan, keberdayaan dan kesepakatan antara rakyat Malaysia yang menjangkau kaum, agama, kelas, kawasan, jantina atau pun umur untuk menunjukkan cinta kepada negara yang menitikberat keperluan pilihanraya yang bersih, untuk Malaysia yang bersih.

Setiap hari berlalu, apa yang tidak boleh dinafikan BERSIH 3.0 suatu malapetaka dalam perhubungan awam Najib dan imejnya sebagai "reformis" dan "transformis".

Suhakam menyatakan bahawa berlaku"penindasan dan perlakuan sebarangan". Pihak polis menggunakan "kekerasan dan kuasa secara tidak wajar terhadap peserta perhimpunan serta rakan media" dalam perhimpunan BERSIH 3.0 - "kelakuan yang tidak boleh diterima".

Sementara Majlis Peguam menyatakan bahawa keganasan polis yang disaksikan semasa BERSIH 3.0 lebih buruk jika dibandingkan dengan kejadian dalam perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai tahun lepas.

Sebelum ini, Suhakam mengumumkan penemuan mereka bahawa pihak polis mencabuli hak asasi manusia apabila menembak gas pemedih mata ke perkarangan kawasan kemudahan awam seperti Hospital Tung Shin, hospital bersalin Cina dan dan Stesen KL Sentral yang menyebabkan keselamatan orang awam tergugat.

Wajarkah wujud kesangsian terhadap hasil penyiasatan awam yang kredibel dalam pencabulan hak asasi manusia dan dengan keganasan pihak polis menggunakan kuasa tidak wajar dan keterlaluan sama ada berbentuk tembakan gas pemedih mata, semburan air bercampur bahan kimia, brutaliti polis dan keganasan terhadap peserta yang berhimpun secara aman, termasuklah wakil media?

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata, beliau mahukan keadilan diberikan kepada semua pihak terlibat, termasuklah ahli media dan anggota polis yang tercedera.

Saya bersetuju dengan ketua polis negara yang berkata "hanya kerana beberapa yang berkelakuan seperti samseng, tidak bermakna kesemua anggota polis berperangai sebegitu".

Ini satu sebab mengapa penyiasatan penuh yang kredibel diperlukan untuk menegakkan keadilan bagi semua peserta BERSIH 3.0 yang menjadi mangsa keganasan - sama ada pihak polis, wakil media atau peserta sendiri.

Saya juga bersetuju bahawa pihak polis bertindak dengan terkawal dan profesional sehingga kira-kira pukul 3 petang pada Sabtu lepas atau setengah jam selepas pengumuman penganjur BERSIH 3.0 bahawa perhimpunan tamat dan peserta diminta bersurai.

Selepas jam 3 petang, kelihatan benteng pengawalan dan sikap profesionalisme pihak polis roboh dan keganasan polis bermula.

Lapan persoalan yang wajib dijawab melalui penyiasatan penuh dan kredibel dalam keganasan BERSIH 3.0 atau "428":

(1) Mengapa keganasan dan kekerasan polis wujud sama ada dengan menembak gas pemedih mata, penyemburan air dengan bahan kimia atau keganasan fizikal dan brutaliti terhadap perserta perhimpunan aman selepas jam 3 petang, yang berlanjutan untuk tempoh 5 jam pada hari itu?

(2) Bagi yang telah menembusi sekatan yang didirikan, mengapa pihak polis tidak mengambil tindakan terhadap kumpulan itu sahaja tetapi menghukum kesemua peserta yang lain yang berhimpun secara aman dan yang ingin bersurai secara aman?

(3) Mengapa ada beberapa kakitangan polis yang tiada nombor pengenalan ataupun tag nama pengenalan?

(4) Mengapa wakil media dan wakil akhbar disasarkan dan diserang oleh pihak polis dengan rampasan kad memori kamera mereka dan pemecahan kamera mereka?

(5) Mengapa beberapa stesen LRT diarahkan untuk ditutup selepas gas pemedih mata dan air yang dicampur bahan kimia mula ditembak? Adakah ini hasrat pihak polis untuk "mengepung" para peserta atau "memberi pengajaran" kepada mereka?

(6) Adakah benar transmisi sengaja disekat supaya apa-apa komunikasi dihalang yang akan menyebabkan lebih kekeliruan dalam keadaan yang sudah pun tegang dan genting pada masa itu?

(7) Siapa dari pihak polis atau dari Kementerian Dalam Negeri yang bertanggungjawab memberi kebenaran atau lampu hijau supaya berlaku pencabulan hak asasi manusia dan tidak menghiraukan prinsip dan garis panduan penggunanan kekerasan dan senjata api oleh kakitangan polis?

(8) Persoalan sama ada masa sudah sampai bagi pengimplimentasian penuh cadangan Suruhanjaya Siasatan DiRaja Polis Dzaiddin untuk membentuk perkhidmatan polis yang bertaraf dunia yang efisien, profesional dan tidak berasuah - yang memfokus kepada tiga fungsi utama untuk mencegah jenayah dan memastikan kadar jenayah sentiasa rendah, membasmi korupsi dan menegakkan keadilan hak asasi manusia - dengan penubuhan Suruhanjaya Bebas Keganasan dan Penyalahgunaan Kuasa Pihak Polis?

Berdasarkan jadual waktu sesi parlimen, sesi berikut dijangka akan bersidang untuk 12 hari dari 11 Jun sehingga 28 Jun, sementara bajet Parlimen 2013 dijangka bermula pada 24 September dan akan berlangsung untuk tempoh 34 hari sehingga 27 November. Hari pengumuman belanjawan akan dilakukan pada hari Jumaat, 28 September 2012.

Najib perlu memberi kata putus dalam beberapa hari ini sama ada pilihan raya umum akan berlangsung pada bulan Jun atau pada tarikh yang lebih lambat.

LIM KIT SIANG ketua anggota parlimen DAP.
|

untuk renungan santai je ni.....

Ibnu Sabil · · Pengulas Tertinggi · Scorpène class submarine
Aku tak faham dgn begitu buruknya perangai, macam ada lagi yang sokong BN ni.. tak payah cerita pasal dasar perjuangan tengok nama & logo pun dah boleh nilai sendiri… tengok perbandingan ini..

Komponen PR
1. PAS – gerenti tak akan fail, Islam tetap kukuh di Msia, bulan menerangi kegelapan rakyat dan penunjuk arah musafir sejak dulu
2. DAP – dah tentu Democratic, hak bersuara terjamin, roket lambang kemajuan & innovasi
3. PKR – nama pun dah adil, saksama utk semua rakyat, anak bulan membentuk mata memerhati segala kemungkaran & meneranginya

BUKANKAH INI MEMADAI UTK MEMBENTUK TAMADUN GEMILANG SEBUAH NEGARA.

Komponen BN
1.UMNO – United Malay No Otak, skrg tukar UMporNO, keris utk menzalimi & berperang dgn rakyat
2. MCA – M’sian Corruption Agency, matahari sentiasa kepanasan kerana byk sgt wang panas
3. MIC – Mana IC ? dah 55 tahun IC tak settle lagi, lembab mcm siput babi, logo tak faham krn berbelit2, mcm penerajunya juga cakap putar belit
PPP, Gerakan & Makkal Sakti tak payah ceritalah, parti2 cap ayam ni tumpang kuah je…

BERGABUNG DIBAWAH DACING ANTIK YG MENGGAMBARKAN PEMIKIRAN LAPOK & USANG. DACING INI LAYAK DISIMPAN DI MUZIUM @ DISERAH PADA AHLI ARKEOLOGI UNTUK KAJIAN SAHAJA.

Indeks Media semakin merudum : Najib Razak sudah hilang pertimbangan. | :: cina islam | 2012 ::

Indeks Media semakin merudum : Najib Razak sudah hilang pertimbangan. | :: cina islam | 2012 ::

Batu 2,000 tahun ada sel darah manusia | :: cina islam | 2012 ::

Batu 2,000 tahun ada sel darah manusia | :: cina islam | 2012 ::

Ibnu Hasyim: Bakar Utusan! Tolak Fitnah Lucah -Muslimat K'tan

Ibnu Hasyim: Bakar Utusan! Tolak Fitnah Lucah -Muslimat K'tan: KOTA BHARU: Dewan Muslimat PAS Kelantan hari ini membakar beberapa naskah akhbar Utusan Malaysia sebagai simbolik mengajak rakyat menolak...

Ibnu Hasyim: Kajian: Tonton Filem Porno Rosak Otak

Ibnu Hasyim: Kajian: Tonton Filem Porno Rosak Otak: SEBUAH kajian dan penelitian terbaru menunjukkan, menonton filem porno dapat mematikan bahagian otak yang memproses rangsangan visual...

Ibnu Hasyim: BERSIH: Tiada Alasan Untuk Serah Diri

Ibnu Hasyim: BERSIH: Tiada Alasan Untuk Serah Diri: Polis siar foto anggota kasari orang ramai, wartawan pula.. Aktivis mahasiswa merasakan tiada alasan untuk peserta BERSIH, termasuk pe...

Ibnu Hasyim: Ada Jalan Menuju Syurga di Cina ?

Ibnu Hasyim: Ada Jalan Menuju Syurga di Cina ?: Ungkap Rahsia Yang Maha Agung techflesh.com DI CHINA, khususnya di wilayah Tianamen, terdapat sebuah jalan yang sangat berliku – lik...

Ibnu Hasyim: KETIGA: SAHAM SYARIKAT ATAU RAKAN PERNIAGAANSki...

Ibnu Hasyim:
KETIGA: SAHAM SYARIKAT ATAU RAKAN PERNIAGAAN

Ski...
: KETIGA: SAHAM SYARIKAT ATAU RAKAN PERNIAGAAN Skim ini mempengaruhi kamu, dengan menjanjikan kamu peluang menyertai syarikat mereka m...

Ibnu Hasyim: Lagi Kereta Terbang! Tanpa Roda Pula.

Ibnu Hasyim: Lagi Kereta Terbang! Tanpa Roda Pula.:   Kereta terbang yang sedang dikembangkan oleh Volkswagen  JOM KREATIF Masa ini, jumlah kendaraan bermotor semakin banyak. Kondisi...

Ibnu Hasyim: Tuduh Zina Patut Kena 80 Sebatan -Dr Juanda

Ibnu Hasyim: Tuduh Zina Patut Kena 80 Sebatan -Dr Juanda:   K OTA BHARU: Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya menjelaskan menuduh orang berzina dalam Islam perlu dikenakan hukuman khazaf dengan sebata...

BERSIH tanpa Ambiga

Ke arah BERSIH tanpa Ambiga

 
ULASAN Tarikh 28 April 2012 menjadi sejarah baru kepada Malaysia. Cabaran agar rakyat turun ke Kuala Lumpur bagi menyertai demonstrasi "duduk bantah" anjuran BERSIH disambut.
BBC melaporkan perhimpunan tersebut adalah yang terbesar dianjurkan untuk menuntut pilihan raya bebas dan adil. Sebenarnya, 28 April lebih dari itu.
Dalam sejarah Malaysia, inilah perhimpunan terbesar dihadiri oleh masyarakat berbilang kaum bagi membuat tuntutan politik.
Suka atau tidak, kerajaan Malaysia harus mendengar suara rakyat. Tarikh 28 April memberikan isyarat bahawa rakyat semakin berani untuk pertahankan hak demokratik mereka sebagai warga Malaysia.
Jika pilihan raya terus diadakan tanpa menghiraukan tuntutan BERSIH, selepas ini tidak mustahil jutaan rakyat akan membanjiri Kuala Lumpur.

Akan tetapi, ketika rakyat berani untuk mempertahankan hak mereka, pimpinan BERSIH dilihat lemah. Datuk S Ambiga terperangkap dengan percaturan jahat pemerintah.

Ambiga kelihatan berdolak dalik dalam isu keganasan semasa perhimpunan apabila mengeluarkan kenyataan meminta peserta BERSIH yang dikatakan mengganas dikenakan tindakan undang-undang.

Sedangkan Ambiga tahu dan sebagai peguam sudah tentu beliau jelas bahawa perhimpunan aman itu hak demokratik seluruh warga.

Rakyat yang hadir dari pelosok negara juga tentunya kecewa apabila arahan untuk bersurai dikeluarkan oleh Ambiga sendiri dan bukannya dari polis.

Mengapa beri arahan bersurai tatkala arahan boleh diberikan agar peserta BERSIH berkumpul di satu tempat lain seperti tempat ceramah? |

Sementara dalam sidang akhbar selepas perhimpunan, mantan pengerusi Majlis Peguam itu juga dilihat tidak berani untuk mempertahankan rakyat.

Seorang pemimpin gerakan massa seharusnya berani mempertahankan hak demokratik rakyat apatah lagi mereka turun kerana menyokong aspirasi BERSIH.

Mungkin sudah sampai masanya Ambiga melepaskan jawatan sebagai pengerusi BERSIH kerana beliau kini dilihat hanya "memberatkan" gerakan.

Dengan propaganda kerajaan yang mengaitkan Ambiga dengan gerakan LGBT dan seks bebas, sedikit sebanyak memburukkan imej BERSIH di kalangan majoriti warga Malaysia yang beragama Islam.

Rebut kembali kemerdekaan

Seperti biasa, kerajaan Malaysia mengalihkan isu. Isu mengapa 300,000 rakyat membanjiri Kuala Lumpur tidak dibincangkan.
Perbincangan kini kepada isu keganasan yang berlaku pada hari perhimpunan. Anwar Ibrahim dan Azmin Ali dikatakan bertanggungjawab mengarahkan rakyat merempuh kawat dawai untuk masuk ke Dataran Merdeka.
Isu siapa arah arah rempuh masuk Dataran Merdeka bukanlah perkara besar. Isu lebih besar adalah kerajaan menghalang rakyat untuk masuk ke Dataran Merdeka.
Ini merupakan pencabulan terbesar terhadap kemerdekaan rakyat. Kerajaan hari ini tidak ada bezanya dengan penjajah satu ketika dahulu.
Apabila rakyat merempuh masuk ke Dataran Merdeka - sama ada didorong oleh cawangan khas (SB) atau tidak, ia tindakan yang harus dipuji.
Tindakan berani tersebut samalah seperti tindakan berani pejuang kemerdekaan negara melawan penjajah.
Di zaman penjajah British dahulu, pejuang kemerdekaan digambarkan sebagai penderhaka sepertimana Utusan Malaysia menggambarkan peserta perhimpunan duduk bantah.
Pilihan raya paling kotor dan jijik
Jika benar dakwaan Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution bahawa pengerusi dan timbalan pengerusi Suruhan Jaya Pilihan Raya (SPR) ahli parti Umno, masa depan pilihan raya Malaysia semakin gelap.
Di negara ini, Ketua Hakim Negara juga pernah terdiri dari pimpinan Umno. Sudah tentulah wujud tanggapan segala keputusan yang dibuat memihak kepada Umno. Begitu juga dalam isu pilihan raya.
Bagi Tun Dr Mahathir Mohamad tidak ada salahnya jika pengerusi dan timbalan pengerusi SPR menjadi anggota Umno.
Ini tidak menghairankan kerana sewaktu berkuasa, Raja-raja Melayu juga dicabut kuasanya untuk memberikan kekuasaan penuh kepada Dr Mahathir. Malaysia diperlakukan dengan sesuka hati seperti miliknya.
Apa lagi yang boleh diharapkan dengan pilihan raya di Malaysia? Tuntutan reformasi tidak dilayan. Pengerusi dan timbalan pengerusi terpalit dakwaan anggota Umno.
Apakah jaminan proses pilihan raya akan berlaku secara bebas dan adil? Jika pilihan raya terus dijalankan tanpa pengerusi dan timbalan pengerusi SPR yang baru, tanpa ditunaikan tuntutan BERSIH, angka rakyat yang bakal turun ke Dataran Merdeka akan menjadi lebih besar.
Pada ketika itu, angka sasaran perhimpunan akan meningkat ke dua juta. Bila itu berlaku, perubahan pemerintahan negara akan terjadi di Malaysia.

AMIN ISKANDAR menerima anugerah zamalah Intelektual Awam Asia (API) 2009-10 untuk menjalankan kajian tentang sejarah pemantauan pilihan raya di Filipina dan Indonesia. Tulisan ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Jangan perlekeh PAS di Kelantan


Najib: Jangan perlekeh PAS di Kelantan
 
 

   11:03AM Mei 5 2012  
 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berpuas hati dengan persiapan jentera BN Kelantan bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang.

Najib yang juga pengerusi BN, melahirkan rasa puas hatinya itu semasa menghadiri perjumpaan dengan pemimpin parti komponen BN Kelantan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di Kota Baharu.

Perjumpaan setengah jam itu, merupakan acara terakhir perdana menteri dalam lawatan sehari ke negeri ini, hari ini, sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.

Bercakap kepada pemberita, Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Najib juga menyatakan keyakinan beliau bahawa BN mampu menawan semula Kelantan daripada pemerintahan PAS pada PRU kali ini.

Beliau berkata perdana menteri mahu jentera parti BN menguatkan perpaduan di kalangan mereka bagi memastikan kemenangan BN.

"Pada masa sama, beliau juga tidak mahu anggota BN memperlekehkan parti lawan PAS di Kelantan kerana mereka mempunyai kekuatan sendiri kerana lama mentadbir negeri ini," katanya.

Ditanya sama ada Najib menyentuh soal senarai calon pada PRU-13, Mustapa berkata Najib berharap anggota parti menerima siapa sahaja yang diputuskan oleh pucuk pimpinan.

- Bernama

Saf gesa boikot media guna politik lucah

Saf gesa boikot media guna politik lucah

Media Malaysia Tidak Bebas, Monggolia, Papua New Guinea dan Bangladesh Lebih Baik

Media Malaysia Tidak Bebas, Monggolia, Papua New Guinea dan Bangladesh Lebih Baik

Kumpulan mahasiswa pertahan tindakan Khalid

Kumpulan mahasiswa pertahan tindakan Khalid

Belum sempat beri keterangan dah kena tahan

Belum sempat beri keterangan dah kena tahan

Guling kerajaan: Najib lupa rampasan kuasa di Perak

Guling kerajaan: Najib lupa rampasan kuasa di Perak

Lu Orang Kenal Siapa "Ulamak" Ini..

Lu Orang Kenal Siapa "Ulamak" Ini..

BN perlu buat persiapan awal untuk kalah

BN perlu buat persiapan awal untuk kalah