Khamis, 2 Mei 2013
Ibnu Hasyim: Gambar Sambutan Kpd PR, Ranap BN Kali Ini..
Ibnu Hasyim: Gambar Sambutan Kpd PR, Ranap BN Kali Ini..: ttp://greenboc.blogspot.com , Pakatan tak cukup wang untuk mendirikan khemah, memberi makan free dan elaun untuk datang ke c...
Ibnu Hasyim: Bongkar, Mengapa Blogger MiloSuam Ditahan Polis?
Ibnu Hasyim: Bongkar, Mengapa Blogger MiloSuam Ditahan Polis?: KEMASKINI 02 Mei, 2013 Punca Blogger Milo Suam Di Tahan Polis Terbongkar.. by Addin Deen S eorang bloger PR, Milo Suam (gambar) ...
Pilihan raya telus realiti atau dongeng?
2 MEI 2013 |
Bila bercerita mengenai pilihan raya yang adil di Malaysia, akan ada yang mengeluarkan ayat ayat berikut:
- Kita memang sudah mempunyai pilihan raya yang adil, apa lagi yang nak dibangkitkan?
- Kalau tidak adil, takkan parti yang sudah lama memerintah boleh kalah di beberapa negeri!
- Sekadar menuduh, tiada bukti, baik diam sahajalah.
Dan
mungkin banyak lagi kenyataan yang menafikan berlaku penyelewengan
dalam pilihan raya di Malaysia dan mengiayakan bahawa Malaysia mempunyai
pilihan raya yang adil.
Di sini saya ingin membincangkan satu sudut, yang tanpanya, satu satu pilihan raya itu amat sukar untuk dikatakan sebagai ADIL.
Di sini saya ingin membincangkan satu sudut, yang tanpanya, satu satu pilihan raya itu amat sukar untuk dikatakan sebagai ADIL.
Deklarasi Kesatuan Antara-Parlimen 1994
Kesatuan
Antara-Parlimen (Inter-Parliament Council [I.P.U] ), yang mana Malaysia
adalah salah satu daripada anggotanya, pada tahun 1994, merangka satu
deklarasi di mana di dalamnya digariskan beberapa kriteria yang
mendefinisikan pilihanraya yang telus dan adil.
Pencalonan, parti dan hak berkempen
Semua orang, secara individu, dan berkumpulan mempunyai hak:
- Untuk meluahkan pandangan politik tanpa gangguan;
- Untuk menuntut, menerima dan menyebarkan maklumat dan membuat pilihan berdasarkan maklumat yang sewajarnya;
- Untuk bergerak bebas di dalam negara untuk berkempen untuk pilihan raya
- Untuk berkempen dengan hak yang saksama dengan parti-parti politik lain, termasuk parti membentuk kerajaan yang sedia ada.
Tiap-tiap
calon untuk pilihan raya dan setiap parti politik hendaklah mempunyai
peluang yang sama untuk mendapat akses kepada media, terutama media
massa komunikasi, untuk mengemukakan pandangan politik mereka.
Hak dan tanggungjawab negara
Negara-negara
hendaklah menghormati dan memastikan hak asasi semua individu dalam
wilayah mereka dan tertakluk kepada bidang kuasa mereka. Dalam masa
pilihan raya, negara dan jenteranya harus memastikan:
*
Bahawa kebebasan pergerakan, berhimpun, berpersatuan dan bersuara
dihormati, khususnya dalam konteks perhimpunan politik dan bermesyuarat;
* Parti dan calon-calon bebas untuk menyampaikan pandangan mereka
kepada pengundi, dan bahawa mereka menikmati kesaksamaan akses kepada
media negara dan perkhidmatan awam;
* Bahawa langkah-langkah yang perlu diambil untuk menjamin non-partisan liputan media dalam negeri dan perkhidmatan awam.
Dalam
memastikan bahawa pilihan raya berjalan dengan adil, negara negara
harus mengambil langkah yang perlu untuk memastikan bahawa parti dan
calon-calon menikmati peluang yang sesuai untuk membentangkan platform
pilihan raya mereka.
Deklarasi ini diterima secara sebulat suara pada tahun 1994 semua negara yang menjadi ahli IPU.
Di
sini dapat kita dilihat, antara kriteria yang mesti dipenuhi untuk
sesuatu pilihan raya itu dilihat adil adalah dengan wujudnya kebebasan
dan juga terjaminnya hak hak seperti yang tertera di atas.
Jadinya persoalan di sini, adakah ciri ciri di atas boleh di lihat di negara kita yang tercinta, Malaysia?
Penambahbaikan proses di M'sia
Dalam
proses penambahbaikan sistem pilihan raya di Malaysia, satu
jawatankuasa dibentuk dan idea-idea dari pelbagai badan dan entiti
diterima untuk dinilai dan diaplikasikan dalam sistem pilihan raya
Malaysia.
Semasa pembentangan di Parlimen, Dr Maximus Johnity Ongkili, sebagai pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya mengatakan perkara berikut pada 3 April 2012:

"Akses kepada media yang bebas dan
saksama. Jawatankuasa mengesyorkan SPR meneliti Fasal 2 Perkara 115
Perlembagaan Persekutuan yang boleh meminta pihak berkuasa awam untuk
memberikan apa-apa bantuan yang dapat dilaksanakan kepada suruhanjaya di
dalam menunaikan tugas termasuk kementerian dan agensi berkaitan
berhubung dengan hal yang melibatkan akses media yang bebas dan saksama
kepada semua parti dan calon yang bertanding dalam sesuatu pilihan
raya."
"Seterusnya, perkara keenam - Kerajaan sementara (caretaker government)
yang banyak dibangkitkan dalam pendengaran awam. Jawatankuasa mengambil
maklum cadangan diwujudkan kerajaan sementara selain kerajaan yang
memerintah selepas Parlimen dibubarkan bertujuan bagi memastikan negara
ditadbir sementara kerajaan yang baru dibentuk.
"Jawatankuasa mengesyorkan SPR dalam tempoh tiga bulan daripada tarikh laporan ini dibentangkan dapat menyediakan suatu garis panduan dan kod etika tatalaku (code of conduct) terpakai bagi mana-mana yang kena menjalankan fungsi kerajaan sementara sehingga sesuatu kerajaan yang baru dibentuk di peringkat persekutuan dan negeri."

Secara
jelas, jawatankuasa tersebut menerima bahawa akses kepada media dan
juga garis panduan kepada kerajaan sementara adalah antara langkah
langkah yang perlu dilakukan untuk menjadikan pilihanraya di Malaysia
lebih telus dan adil.
Susulan cadangan
Umum
mengetahui bahawa salah satu komponen atau jentera kerajaan adalah
bahagian penyiaran (RTM) yang tertakluk di bawah Kementerian Penerangan,
Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia. Agensi berita nasional,
BERNAMA, juga merupakan salah satu komponen kerajaan yang digunakan
untuk menyebarkan maklumat kepada orang awam.
Betapa pentingnya perkara ini, hinggakan semasa proses penambahbaikan SPR dijalankan, salah satu poin yang diutarakan adalah "akses kepada media yang adil dan saksama"
Betapa pentingnya perkara ini, hinggakan semasa proses penambahbaikan SPR dijalankan, salah satu poin yang diutarakan adalah "akses kepada media yang adil dan saksama"
Merujuk kepada kenyataan Dr Maximus
Ongkili pertama yang dipaparkan di atas, susulan daripada kenyataan itu,
pada 23 Mac 2013, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk
Seri Dr Rais Yatim membuat kenyataan berikut:
"Semua
parti politik yang berganding dan bertanding akan dapat peluang untuk
mengumumkan manifesto mereka selama 10 minit dan kami beri peluang ini
sekali gus, baik kepada BN ataupun pihak pembangkang.
"Tinggal lagi sama ada mereka menggunakannya atau tidak, ini terserah kepada mereka, tetapi kami di kementerian telah bersedia untuk melaksanakannya."
Beliau berkata, peluang itu ialah satu penghormatan kepada sistem demokrasi negara, dan berharap 10 minit yang diberikan itu, cukup untuk mereka mengemukakan skop dan pengisian manifesto masing-masing.
Rais berkata, pembentangan manifesto itu perlu dilakukan mengikut peraturan dan syarat yang ditetapkan, dan akan dibuat secara rakaman, tertakluk kepada peraturan RTM di bawah kawalan ketua setiausaha kementerian dan ketua pengarah penyiaran serta anggota panelnya.

Masa yang diberikan hanyalah
10 minit dan secara RAKAMAN kepada mana mana parti politik yang ingin
membentangkan manifesto mereka dan akan mendapat slot dalam RTM.
Walaupun pendek masa yang diberikan dan tetapi ia kelihatan sebagai satu langkah kehadapan untuk politik Malaysia.
Namun begitu, seperti yang semua maklum, kesemua parti dalam Pakatan Rakyat menolak khidmat yang diberikan, dan ini mendapat kritikan daripada pihak parti kerajaan BN.
Mengambil kata kata ketua Pemuda Umno yang juga merupakan ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin melalui Twitter beliau:
"DAP rejects 10 mins manifesto broadcast. In UK maximum length for party manifesto broadcast during election is 4mins 40secs."
(DAP menolak 10 minit penyiaran manifesto. Di United Kingdom, had masa untuk penyiaran manifesto parti politik semasa pilihan raya adalah 4 minit 40 saat.)
Ia kemudian disusuli oleh:
"What can you say in 36 secs? RTM's 10mins suddenly seems like an eternity."
(Apa yang boleh diucapkan dalam masa 36 saat? Tawaran RTM selama 10 minit sekarang ini dapat dirasakan begitu lama.)

Pada
9 Disember 2011, antara ratusan cadangan yang diterima oleh
Jawatankuasa Pilihan Khas adalah cadangan daripada Dr Mohd Faisal dari
UNIMAS yang bertajuk "Proposal for a Caretaker Government during the
Election Period".
Dan salah satu poin yang penting dalam cadangan tersebut adalah supaya pihak yang menjadi kerajaan sementara tidak sewenang wenangnya menggunakan sumber kerajaan (jentera) dan kedudukannya untuk membantu dalam proses berkempen.

"Government
resources - A caretaker government should not use its resources or
position to support the ruling party during the election campaign.
"During the caretaker period, agency provision of entitlements for Ministers and their staff should be assessed on a case-by-case basis, Agencies should not cover claims relating to the election campaign or a political event, as these costs are to be borne by the respective political party."

Merujuk kepada kenyataan Dr Maximus Ongkili yang kedua, jawatankuasa itu menyedari perlunya satu garis panduan kepada caretaker government (kerajaan sementara) yang akan menjalankan tugas sebaik sahaja parlimen dibubarkan.
Jawatankuasa beliau menyarankan supaya SPR sendiri boleh mengeluarkan gari spanduan tersebut 3 bulan dari tempoh laporan jawatankuasa itu dibentangkan (3 bulan dari 3 April 2012).
Jawatankuasa beliau menyarankan supaya SPR sendiri boleh mengeluarkan gari spanduan tersebut 3 bulan dari tempoh laporan jawatankuasa itu dibentangkan (3 bulan dari 3 April 2012).
Telus, adil dan saksama?
Antara
inisiatif yang telah buat oleh beberapa ahli parti politik di Malaysia
adalah dengan menandatangani ikrar Transparency International yang
menggarisakan perkara berikut:
- Calon perlu memastikan wang, harta, sumber dan jentera kerajaan (harta awam) tidak digunakan untuk berkempen
- Calon mesti mematuhi Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 dan peraturannya, termasuk, tapi tidak terhad kepada, Had perbelanjaan pilihanraya dan juga pembelian undi.
- Calon dan wakil yang dilantik mesti memastikan bahawa tindakan dan keputusan yang dibuat adalah untuk kebaikan rakyat dan bukan kepentingan diri sendiri. Mereka perlu mengaplikasikan ketelusan dan keterbukaan menerusi penginsytiharan penuh dan akses yang mudah untuk informasi sampai kepada rakyat jelata.
Antara ahli politik yang
telah menandatangani ikrar tersebut adalah Presiden Umno, Datuk Seri
Najib Razak dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.
Namun, adakah dengan kesemua yang disebut di atas, pilihan raya di negara kita akan terjamin ketelusan dan keadilannya?
SPR,
hanya pada 19 Mac 2013, iaitu hampir satu tahun selepas pembentangan
oleh Dr Maximus Ongkili di parlimen dan begitu hampir kepada tarikh
pembubaran parlimen secara automatik, mengeluarkan kenyataan bahawa ia
akan menubuhkan satu jawatankuasa untuk mengkaji dan merangka kod etika
kerajaan sementara.
Namun, lapan hari kemudiannya, SPR mengeluarkan kenyataan bahawa ia tidak mempunyai kuasa atau peruntukan dari segi undang undang untuk membolehkannya berbuat demikian ditambah pula dengan komen bahawa kalaupun SPR mempunyai peraturan kod etika sedemikian, belum tentu akan dipatuhi oleh mana mana pihak.
Pengumuman sebegitu, lebih lebih lagi apabila sudah hampir dengan tarikh pilihan raya, memang amat mengecewakan semua pihak lagi lagi apabila sepatutnya perbincangan mengenai kod etika kerajaan sementara ini dilakukan oleh SPR 8 bulan sebelumnya, seperti yang telah disarankan di dalam parlimen.

Tambah
mengecewakan lagi, selepas 5 hari parlimen dibubarkan, terdapat laporan
mengatakan bahawa jentera kerajaan di Jabatan Penerangan telah
digunakan untuk membantu program parti BN.
Tindakan tersebut dipertahankan oleh menterinya, Datuk Seri Rais Yatim, yang beranggapan bahawa disebabkan BN adalah parti yang memegang kuasa kerajaan Pusat, ianya tidak menyalahi undang undang.
Tindakan tersebut dipertahankan oleh menterinya, Datuk Seri Rais Yatim, yang beranggapan bahawa disebabkan BN adalah parti yang memegang kuasa kerajaan Pusat, ianya tidak menyalahi undang undang.
Menteri yang
sama juga, setelah parlimen dibubarkan, memberikan kebenaran kepada
stesen penyiaran negara (RTM) yang merupakan jentera kerajaan untuk
menyiarkan secara langsung selama 2 jam pembentangan manifesto parti BN.
Tidak cukup dengan RTM, saluran TV swasta juga turut serta dalam membuat penyiaran secara langsung pembentangan manifesto parti BN. Menyedihkan untuk Pakatan Rakyat, tawaran yang sama tetap diberikan, had masa masih kekal 10 minit, dan hanya sekali sahaja, yang mana dikatakan sebanyak 5 muka surat dari kertas bersaiz A4 dapat dibaca.

Dari
segi laporan berita media massa, terutamanya oleh agensi berita
nasional Bernama, yang digerakkan menggunakan wang pembayar cukai, boleh
didapati terdapat ketidak seimbangan dari segi berita yang dilaporkan.
Sebagai contoh, carian mengenai berita berkaitan ahli parti PAS dan parti Umno, tiada langsung liputan berita mengenai ahli Umno keluar dan menyertai PAS, namun berpuluh puluh berita mengenai ahli dari parti PAS yang menyertai Umno, hinggakan berita mengenai 10 orang ahli PAS (satu angka yang sangat kecil) menyertai Umno pun boleh mendapat liputan Bernama.
Bernama juga pernah didedahkan membuat laporan berita yang tidak menyeluruh dengan meninggalkan fakta fakta penting untuk menjadikan berita tersebut kelihatan lebih positif terhadap kerajaan pimpinan BN.
Menjadi tanda tanya apabila terdapat ahli ahli politik yang menandatangani ikrar Transparency International yang ikrar tersebut dengan jelas mengatakan bahawa calon calon perlu memastikan bahawa sumber kerajaan tidak disalahgunakan untuk kepentingan parti.
Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya di mana jentera kerajaan, tanpa berselindung, disalahgunakan dalam kempen parti politik. Adakah ikrar tersebut membawa sebarang makna ataupun hanyalah lakonan untuk menunjukkan ketelusan dalam pengurusan harta awam?

Pengundi di Malaysia
perlu kepada maklumat sebelum mereka boleh untuk membuat keputusan
berdasarkan maklumat yang tepat, dan itu adalah hak yang dijamin dalam
deklarasi oleh IPU.
Tanpa akses kepada maklumat yang tepat dan tidak berat sebelah, adalah sukar untuk pengundi menilai sama ada sesuatu calon, parti atau polisi itu baik ataupun buruk untuk mereka.
Menafikan hak mereka untuk mendapat maklumat yang tepat dengan memanipulasi media massa ataupun menyekat satu satu pihak daripada mempunyai suara di media massa adalah bertentangan dengan prinsip dalam deklarasi tersebut dan seterusnya menyebabkan pengundi gagal untuk membuat keputusan dengan sebaiknya.

Setelah dinilai perkembangan yang
berkaitan dengan pilihan raya di Malaysia, adakah boleh untuk kita
mengatakan "satu kerajaan yang SAH melalui pilihan raya yang TELUS dan
ADIL sudah berjaya dipilih?
Juga bila mana kemenangan satu pihak dalam pilihan raya kali ini, atau pilihan raya yang sudah berlalu, atau yang akan datang, dengan hak hak pihak yang lain dinafikan, juga semasa jentera kerajaan disalahgunakan untuk kepentingan satu satu parti politik, boleh dianggap sebagai kemenangan melalui pilihanraya yang adil?
Adakah pilihan raya yang telus dan adil itu merupakan satu realiti di Malaysia? Ataupun ia hanya dongeng semata mata?

Untuk yang suka membaca dan berfikir, anda tahu jawapannya.
MOHD MUNSIF seorang warganegara Malaysia yang cakna akan perkembangan politik negara. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi Malaysiakini.
Tujuh sebab mesti undi PR
Tujuh sebab mesti undi PR
Syed Abdullah Syed Osman , |
Pertama, kerana sumber pendapatan kebanyakan rakyat di negara ini tidak seimbang dengan harga barangan yang naik mendadak yang sudah tentu boleh membebankan dan terpaksa mengikat perut untuk teruskan hidup. Sebahagian besar rakyat pula hidup dengan berhutang yang kadangkala hutang tidak dapat dilangsaikan hingga keakhir hayat.
Sebab kedua, kekayaan negara tidak diagihkan dengan betul. Ramai yang masih di dalam kategori miskin sedangkan orang yang sudah kaya bertambah lagi kaya dengan sumber cara yang tidak betul untuk mendapatkan hasil dan boleh dipertikaikan tetapi disebabkan 'kekebalan' dan keistimewaan' saperti ada yang melindunginya maka mereka ini terselamat daripada apa juga tindakan.
Ketiganya ialah pembersihan perasuah dan mereka yang melakukan penyelewengan masih lagi kekal malah mendapat tempat pula dalam pentadbiran. Sedangkan rekod mereka ini boleh dipertikaikan dan ini termasuklah mereka diberikan peluang untuk menjadi calon semula. Iklan basmikan rasuah melalui media massa hanya retorik sahaja yang mana hanya ikan bilis dan anak ikan yang diberkaskan tetapi bapa ikan dan ikan jerung yang besar-besar terlepas begitu sahaja sedangkan bukti yang nyata dan kita nampak kehidupan kemewahannya yang terlampau tidak dapat disorokkan lagi itu terserlah dihadapan mata kita.
Sebab keempat - bebanan yang terpaksa ditanggung oleh setiap rakyat adalah apabila keluar sahaja daripada halaman rumah masing-masing iaitu pondok tol sedang menunggu melambai-lambai menanti anda apabila masuk sahaja kelebuhraya. Kalau hendak dikirakan harga perbelanjaan untuk mengisi minyak dengan harga tol yang dikenakan adalah lebih kurang sama banyaknya.
Kelima, mengapa dan kenapa rakyat mesti membeli minyak dengan harga yang mahal sedangkan negara kita adalah pengeluar minyak yang bukan sahaja mampu menampung untuk keperluan rakyat tetapi juga dapat menjanakan ekonomi negara. Mengapa harus diberikan alasan yang kurang bijak bahawa harga minyak dinegara jiran berlipat kali ganda apabila dibandingkan harganya dinegara kita sedangkan negara mereka tidak setitik pun hasil buminya adalah minyak dan kita melimpah-limpah minyak dianugerahkan itu.
Keenamnya - rakyat tidak berpuas hati dengan terlalu ramainya pendatang asing terutama sekali pendatang haram seolah-olah negara ini saperti negara mereka – ekoran itu berlaku berbagai-bagai masalah sosial serta jenayah yakni di negara mereka sendiri pun mereka tidak berani melakukannya.
Sebab ketujuh adalah untuk mencuba yang baru kerana mungkin yang baru boleh menyelesaikan masalah rakyat dengan lebih baik lagi. Hal ini tidak dinafikan apabila melihatkan perkembangan semasa iaitu sambutan rakyat tidak kira yang tua atau pun muda dan apa juga bangsa, miskin atau pun kaya - mereka inginkan perubahan drastik itu telah meluahkan perasaan tidak puas hati mereka dengan berduyun-duyun mendengarkan ceramah pemimpin parti PR yang kini mereka anggapkan sebagai alternatif untuk berubah dan diubah.Terimalah hakikat dan kenalah akur bahawa kita hanya mampu berusaha dan merancang apa juga yang kadangkala tidak mengikut sunnah saperti yang dituntut oleh Islam itu tetapi apa pun jawapannya adalah Allah jugalah akan menentukan segala-galanya.
Jika SPR menipu, rakyat sedia bangkit
Analisa Dr Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar, | 02 Mei 2013 |
Ketika artikel ke 8 sempena PRU 13 ini di tulis blogger Milosuam baru saja ditahan dipercayai atas berita mengenai sumber berita dan bukti polis mengundi awal.
Kecelaruan isu ini ialah berpunca daripada sidang akhbar Pengerusi SPR (Suruhanjaya Pilihanraya) yang menyebut hanya tarikh mengundi awal polis dan tentera pada 30hb April 2013 manakala mengundi biasa pada 5hb Mei 2013 selain mengundi diluar negeri pada 28hb April 2013.
Pengerusi SPR juga menegaskan tiada lagi istilah undi Pos yang kemudiannya masih wujud lagi rupa-rupanya undi Pos ini. Tiba-tiba negara di kejutkan dengan berita bergambar oleh Milosuam yang ada anggota polis mengundi lebih awal daripada 30hb April 2013 yang dinafikan oleh PDRM dan SPR yang membawa kepada penahanan Milosuam selepas laporan polis di buat oleh Jabatan Siasatan Komersial PDRM dan SPR sendiri.
Seterusnya lebih pelik majoriti media arus perdana menyiarkan pula berita tentera di Lahad Datu mengundi lebih awal daripada 30hb April 2013. Maka makin kelirulah rakyat dengan SPR.
Kekeliruan terhadap tindak tanduk Pengerusi SPR yang umumkan dakwat kekal 7 hari dan sebelum itu 5 hari tetapi pihak pasukan keselamatan dan isteri masing masing dapat membasuh dakwat yang dikatakan kekal dan ini membuka pada pra sangka rakyat yang undi lebih dari sekali masih boleh berlaku.
(Laporan polis telah di buat terhadap SPR atas isu ini oleh yang berkenaan)
Selepas terbongkarnya dakwat yang bernilai jutaan ringgit itu sebenarnya boleh dibasuh, SPR menerusi setiausahanya menjelaskan botol perlu di goncang sebelum guna-agaknya segala kursus untuk petugas SPR yang dilakukan lebih dari sekali tidak memadai.
Hari rabu 1hb Mei 2013, di berita radio klasik pula berulang ulang audio Datuk Wan Ahmad Timbalan Pengerusi SPR berkata yang lebih penting dari dakwat kekal ialah daftar undi yang di katanya sebagai 100% tepat. Ini seterusnya membuka lagi rasa ketidak percayaan rakyat terhadap SPR dengan pendedahan demi pendedahan merujuk kepada daftar undi di Harakahdaily.net dan Keadilandaily sejak beberapa hari yang lepas.
Minggu lepas Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan di kinitv dan pelbagai media lain mengenai kenderaan yang membawa kertas undi yang belum di pangkah yang sepatutnya menuju ke ibupejabat SPR di Putrajaya di lencongkan ke Kawasan Industri di Kajang yang kemudiannya di ketawakan Pengerusi SPR sebagai kawasan berkenaan memang SPR ada gudang.
Namun beberapa hari lepas itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan di Kinitv (gambar) dan pelbagai media lain juga bukti-bukti bergambar rumah kedai yang dikatakan Pengerusi SPR sebagai gudang itu kelihatan seperti lokasi penagih dadah ataupun rumah kedai tempat jin bertendang yang mana ia kelihatan amat using, buruk dan lama di tinggalkan.
Ianya memang agak tak munasabah untuk dikatakan gudang SPR malah semakan milikan yang dilakukan ianya bukan milik SPR . Rakyat akan percaya jika ianya tempat penjenayah menyimpan dadah dengan lokasi yang begitu kotor tak terjaga atau ibupejabat Count Drakula.
Ini rupanya gudang SPR bak kata P Ramlee dalam filem Labu Labi, “macam setan” merujuk kepada keadaan kereta Haji Bakhil.
(Tontonlah video pendedahan terkini Dato Seri Anwar Ibrahim di laman youtube, kinitv, keadilandaily, malaysiachronicle, themalaysiannsider, harakahdaily.net dan nilaikan sendiri samada nak percayai SPR atau nak percayai pendedahan yang amat logik oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim)
Sejak beberapa hari yang lepas rakyat Malaysia di media sosial telah mendapat beberapa keping gambar ketibaan rakyat Bangladesh yang beratur panjang memakai dengan keadaan yang amat ramai dan bas-bas mengangkut mereka terus masuk ke kawasan khas berhampiran landasan penerbangan.
Malah jadual ketibaan mereka menerusi pengangkutan udara telah di perolehi oleh warga cyber dengan pelbagai medium media sosial. (Pada 2hb Mei 2013 , Datuk Seri Anwar Ibrahim di laporkan Keadilandaily di jangka mendedahkan bukti ketibaan para pengundi rakyat Bangladesh ini)
Jawapan yang diberi Pengerusi SPR di satu program tv sempena PRU 13 baru- baru ini ialah asalkan seseorang itu mempunyai kad pengenalan yang sah , SPR tidak akan pertikai status mereka. Soalnya apakah jika haiwan seperti orang utan datang beratur di hari mengundi dengan membawa kad pengenalan yang sah, SPR akan mengizinkan haiwan berkenaan mengundi semata-mata kerana ia membawa my kad yang asli.
Jadi, amatlah patut SPR menggunakan budibicara untuk mempertikaikan status mykad berkenaan walaupun asli dan seterusnya tidak membenarkan mereka mereka yang berwajah Bangladesh, Pakistan, Indonesia, Myammar dsbnya mengundi.
Jika JPN perlu berada di setiap lokasi mengundi, maka wujudkan meja JPN. Tidak semua pegawai JPN akan menyokong sebarang pemalsuan kerakyatan sekalipun zahirnya mykad itu asli.
(Hantu hantu dah tiba di lapangan terbang)
Lebih sejuta rakyat (atau 800 ribu atau cuma 45 ribu mengikut kepercayaan propaganda masing masing) yang menghadiri Himpunan Kebangkitan Rakyat-Merdeka Rakyat di Stadium Merdeka awal tahun ini telah berjanji dan berikrar untuk turun humban SPR ke penjara jika SPR menipu pada PRU 13 yang dijadualkan berlangsung ahad ini.
Amaran rakyat ini harus di ambil serius oleh SPR dan pihak pasokan keselamatan patut membantu rakyat menghadapi para penipu dan penjenayah pilihanraya. Kini pihak pasokan keselamatan berkuasa sepenuhnya terhadap keselamatan negara tanpa campurtangan sebarang ahli politik pemerintah sebelumnya kerana tiada kerajaan yang wujud sebelum keputusan rasmi yang adil diumumkan.
(Wan Ahmad Timbalan Pengerusi SPR memegang akhbar Harakah yang dengan tepat melaporkan dimuka belakang,”Wan Ahmad Tak Boleh DiPercayai”)
Berita Radio Klasik Rabu 1hb Mei 2013 juga menyiarkan audio Datuk Wan Ahmad, Timbalan Pengerusi SPR yang mengatakan para pengundi selepas mengundi perlu beredar daripada berlegar-legar di kawasan berdekatan kerana ianya satu kesalahan yang boleh di tafsirkan sebagai cuba meraih undi.
Namun amat penting rakyat membantu ejen calon memantau setiap saat pergerakan kertas dan peti undi dengan bergilir gilir berehat,berSolat dan sebagainya. Jadi peraturan baru yang diwujudkan itu memungkinkan salahlaku seperti penipuan berlaku bila ejen calon terleka umpamanya dan ejen calon yang sedikit amat mudah di lekakan contohnya dengan mengajak berbual lebih lebih lagi jika wanita yang agak manis yang mengajak.
Datuk Wan Ahmad seterusnya lagi disiar Radio Klasik sebagai mahukan calon cuma berkempen dan tidak perlu fokus pada sebarang salah laku SPR seperti pengundi hantu, dakwat kekal, daftar undi dsbnya.
Beliau menegaskan yang daftar undi adalah 100 peratus tepat yang rakyat boleh dengan mudah mendapati beliau berbohong. Sila rujuk pelbagai berita mengenai isu daftar undi ini yang disiar hujung April 2013 dan awal Mei 2013 di Keadilandaily dan Harakahdaily.net
Manakala Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Baria pula cuba ketengahkan isu membeli kertas undi adalah satu kesalahan. Ini lebih dilihat cuma untuk mengalihkan pandangan rakyat daripada isu pokok iaitu pengundi hantu, daftar undi, dakwat kekal, kewujudan gudang SPR di Kajang, kenderaan SPR dsbnya.
Rakyat juga perlu ambil perhatian dengan pelbagai jenis kenderaan SPR yang membawa peti undi untuk ke pusat pengiraan. Jika kenderaan darat, ejen calon dibenar mengikut kenderaan berkenaan daripada belakang. Namun jika ianya melibatkan 71 helikopter, 2 pesawat ringan, 1000 bot, tiada ejen calon dibenar berada bersama dalam kenderaan berkenaan apatah lagi amat sukar untuk berada dalam kenderaan berasingan.
Penjelasan tidak dibenarkan ada bersama didalam pesawat, helicopter dan bot bot ini saya perolehi setelah berbincang dengan 3 pegawai SPR Putrajaya pada hari penamaan calon pada 20hb April 2013 dan pegawai yang menjawap soalan saya adalah dipercayai ketua kepada dua lagi pegawai SPR di Putrajaya memandangkan hanya pegawai berkenaan diizin menjawap isu yang dikemukakan ini.
(Tiada ejen calon dibenarkan bersama dalam helicopter cuma petugas SPR)
Jika kita ingat ketika beberapa Pilihanraya Umum yang lalu pihak pihak berkepentingan telah membuat laporan polis mengenai terjumpanya kertas kertas undi yang telah di pangkah di buang di kawasan pembuangan sampah.
Isu ini tidak diselesaikan dengan baik oleh SPR sehingga kini dimana ketika itu pada PRU berkenaan Firdaus bekas Imam Masjid Negara mengamuk menyepak peti undi selepas tetap tewas pada Datin Seri Wan Azizah selepas kiraan semula. (Firdaus menafikan menyepak peti undi tetapi bukti video di kemukakan berjaya membuktikan bekas Imam Masjid Negara yang bertanding atas tiket BN juga tidak merasa bersalah berbohong)
Teori membuang kertas undi secara logiknya ialah bila peti undi yang mengandungi sejumlah tertentu kertas undi yang telah siap di pangkah hendak di tukar dengan peti undi yang mengandungi undian asli maka peti undi yang mengandungi kertas undian asli perlu dibuang akan tidak kelihatan seolah olah terlebih jumlah pengundi dari yang sepatutnya di satu satu kawasan.
(Bahagian depan t shirt yang agak kreatif)
Pada 1 hb Mei 2013, di Munajat Perdana di Padang Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru yang di banjiri lautan manusia ramai pekedai menjual t shirt bertulis Amaran Tipu PRU Rakyat Bangkit Humban Kamu. Mungkin rakyat boleh membeli t shirt berkenaan di serata lokasi ceramah seluruh Malaysia dan memakainya sebaik sahaja selepas mengundi untuk menyedarkan SPR, jika berlaku penipuan, semua yang disyaki terlibat dengan penipuan PRU dalam
SPR akan di humban ke penjara oleh rakyat sendiri dengan menggunakan peruntukan Citizen Arrest yang di sediakan di bawah Kanun Acara Jenayah. (Sila google search artikel: Citizen Arrest Aset Pusaka Terpenting Rakyat Malaysia)
Himpunan Kebangkitan 1 juta Rakyat Stadium Merdeka 2013-tidak termasuk permandangan di luar stadium untuk humban SPR ke penjara jika tipu PRU 13.
Pihak berkuasa seperti Imigresen patut menyekat pegawai pegawai tinggi SPR daripada meninggalkan negara bermula 5hb Mei 2013 atas budibicara pegawai di exit point berkenaan atas alasan disyaki mengkhianati negara dengan bersubahat melakukan penipuan dalam PRU.
Seterusnya kakitangan SPR yang mengetahui sebarang tindakan cubaan menipu mana mana pegawai SPR sepatutnya terus melaporkan pada Polis, Ejen Calon, Calon, Media PR, Media Sosial serta di muat naik serta merta ke media antarabangsa seperti CNN, BBC, Al Jazeera dll.
Juga agak memeranjatkan bila Zulkifli Nordin beberapa hari sebelum di calonkan BN memberitahu pada satu sidang akhbar yang dia jamin kekacauan akan berlaku malah menyebut satu persatu plan kekacauan berkenaan. Pihak PDRM wajar mendapatkan maklumat lanjut dengan memanggil Zulkifli Nordin.
Insya Allah pihak PDRM dan tentera yang mempunyai badan risikan masing masing tentunya lebih arif tentang realiti fakta sebenar perancangan cubaan huru hara dan patut menahan dan mendakwa semua mereka yang berkenaan segera.
Sekiranya terdapat sebarang perkara yang rakyat tidak puas hati, laporkan sahaja pada Pengurus Pilihanraya lokasi berkenaan, juga buat laporan polis dan hebahkan pada media media PR serta secara terus dalam talian kepada pelbagai media terkemuka antarabangsa agar sebarang isu salahlaku tidak dapat ditutup lagi.
(Rakyat yang penuh sesak di Stadium Merdeka ini akan pastikan pilihan raya kali ini bersih dan jangan cuba menipu)
Seterusnya pernah juga berlaku di dalam salah satu PRU yang lepas dimana seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak terputus bekalan elektrik sebaik saja pengiraan undi bermula. Namun yang amat menghairankan sebaik sahaja bekalan elektrik pulik sekitar jam 8 malam, keputusan BN menang besar di Sabah Sarawak diumumkan.
Mengambil kira kawasan yang luas di Sabah Sarawak yang memerlukan pesawat, helicopter, bot dsbnya amatlah pelik bila semenanjung Malaysia cuma mula rancak umumkan keputusan lepas tengahmalam yakni selepas rakyat mula tertidor. Kepelikan SPR ketika itu amat terserlah sekali hingga ada yang mengatakan SPR mengira undi dalam gelap di Sabah Sarawak dan berjaya mencipta rekod umumkan jauh lebih awal daripada semenanjung. Pada tahun berkenaan ada beberapa keputusan di semenanjung di umumkan selepas jam 10 pagi keesokan harinya.
Kali ini rakyat pelbagai kaum bangsa agama telah bersatu di bawah Pakatan Rakyat. Bila kaum cina dan India membantu kempen parti PAS sebuah parti Islam amatlah pelik sekali bila Umno masih takut pada PAS. Bila di ajak berdebat, Umno memilih menggunakan samseng-samseng untuk menimbulkan kekacauan.
Rakyat sudah dapat mengesan pelbagai tipu helah Umno BN, diharap pihak berkuasa dapat membantu rakyat yang sentiasa di zalimi dan di fitnah semata mata kerana amalan sistem demokrasi yang sah yang mengHalalkan rakyat untuk memilih tidak menyokong salah laku pemimpin Umno BN.
Sama sama InsyaAllah kita membentuk Malaysia Baru dengan melupakan segala penderitaan kepayahan dibawah Kerajaan BN InsyaAllah. Ingatlah, kini tahun 2013 , Malaysia telah berjaya melahirkan jutaan Anwar Ibrahim bukanlah lagi cuma seorang seperti tanggal pemecatannya sebagai TPM dan semua jawatan berkaitan 2hb September 1998 dulu atau penahanannya pada tanggal 20hb September 1998.
Tidak percaya, sila tonton saja pelbagai video ucapan para pemimpin PR di Himpunan Kebangkitan Sejuta Rakyat Stadium Merdeka awal tahun ini atau tonton saja video Ito menyanyikan lagu Ubah Sekarang di Himpunan yang sama. Wallahualam
*Penulis adalah pensyarah undang-undang dan pengamal Timbang Tara Malaysia yang pernah mendapat anugerah Arbitrator Terbaik kerana khidmatnya.
Langgan:
Catatan (Atom)