Selasa, 31 Julai 2012

Ustaz Azhar Idrus - Undi Umno masuk NERAKA..mp4

Imam Berani Halang Anwar Ibrahim Berpolitik di Masjid Tmn. Sri Pulai Per...

Hudud - Ustaz Fathul Bari Komen Tun M

Lagu Tema - Janji Ditepati (Hari Merdeka ke-55)

Baru 4 hari sudah 22,263 benci lagu Janji Ditepati

Baru 4 hari sudah 22,263 benci lagu Janji Ditepati

"Hudud" Alamat Kubra PRU 13

"Hudud" Alamat Kubra PRU 13

Pertama kali tema Hari Merdeka jadi perdebatan

Pertama kali tema Hari Merdeka jadi perdebatan

Kajian penambahbaikan polis dalam bajet Pakatan

Kajian penambahbaikan polis dalam bajet Pakatan

Adam AF berubah bukan untuk sertai parti politik

Adam AF berubah bukan untuk sertai parti politik

Sejarah pendidikan:


Suatu cara untuk mengembangkan keterampilan,kebiasaan dan sikap-sikap yang diharapkan dapat membuat seseorang menjadi warganegara yang baik.Tujuannya untuk mengembangkan atau mengubah kognisi afeksi dan konasi seseorang.

Sejarah pendidikan:

Pada zaman penjajahan, Tanah Melayu tiada pendidikan yang seragam. Sistem pendidikan yang diwujudkan oleh British ialah sistem pendidikan vernakular dan dilaksanakan mengikut kepentingan kaum tersebut.

Pada era globalisasi dan maklumat dihujung jari ,pendidikan sangat dititik beratkan bagi menghasilkan modal insan  yang berkualiti serta  memberi sumbangan kepada negara.Pendidikan menjana insan berkualiti bermaksud melahirkan generasi modal insan kelas pertama yang mampu menjadi pemimpin yang berpengetahuan daripada pelbagai aspek iaitu dari segi akhlak,perilaku dan pemikirannya. Insan yang berkualiti merupakan insan yang mempunyai pegangan agama yang kukuh,gigih berusaha,mempunyai keyakinan diri yang kental ,tidak pernah mengalah dan berani menghadapi cabaran.Hal ini sedemikian kerana,ciri-ciri tersebut sangat penting bagi membolehkan seseorang itu menjadi pemimpin kepada sebuah negara maju serta mengekalkan kecemerlangan sesebuah negara tersebut.Sebagai contoh,Tun Dr Mahathir merupakan seorang pemimpin yang berkualiti,beliau mampu membangunkan negara yang dahulunya mundur .Kini negara Malaysia menjadi sebuah negara yang maju dan bertamadun hasil dari pemimpin yang berkualiti yang memperoleh pendidikan yang  berkualiti.


KEPENTINGAN

Pendidikan yang berkesan mampu menghasilkan modal insan yang benar-benar boleh membawa negara ke tahap pembangunan yang lebih baik berasaskan kreativiti dan inovasi. Dengan adanya pendidikan yang mantap , ini membolehkan generasi muda menonjolkan potensi sebenar untuk berjaya dalam persaingan persekitaran global yang semakin mencabar.Pendidikan juga boleh membantu kita membina Malaysia yang bersatu-padu. Ini kerana,pelaksanaan pendemokrasian pendidikan iaitu memperbaiki kualiti sekolah yang sekali gus dapat meluaskan peluang pendidikan berkualiti kepada semua kaum.Sejarah juga telah membuktikan bahawa pendidikan memainkan peranan penting dalam mempertingkatkan taraf hidup rakyat Malaysia terutama dalam kalangan bumiputera yang tidak berkemampuan.



Pendidikan adalah pelaburan yang sangat penting dalam sesebuah negara. Pencapaian yang dijana melalui sistem pendidikan akan menentukan hala tuju negara pada masa depan. Di samping itu, proses pendidikan merupakan kaedah yang sangat berkesan bagi membentuk dan mengembangkan minda, jiwa dan rohani ke arah mengenali diri dan mencapai tahap kehidupan bermasyarakat yang baik dan sempurna.Daripada perspektif yang berbeza, bidang pendidikan adalah jambatan yang membawa pengetahuan, latihan, potensi, minat dan semua elemen kualiti yang ada pada manusia iaitu modal insan ke suatu dimensi yang lebih dinamik dan progresif bagi menggerakkan kemajuan negara. Sistem pendidikan juga dapat melahirkan pekerja yang berupaya menerapkan budaya ilmu dan mahir dalam bidang yang diceburi seterusnya menghasilkan produk yang berkualiti.



KESAN




Pemimpin yang berkaliber penuh dengan ilmu pengetahuan dapat dilahirkan melalui wacana pendidikan. Negara- negara gergasi sedang giat menjajah negara- negara membangun. Dalam era globalisasi penuh dengan pancaroba hidup, hal ini dapat dibuktikan dari segi penjajahan ekonomi, sosial di samping pertahanan negara. Perkara seperti ini dapat dibendung melalui kesahihan dan keberkesanan pemimpin- pemimpin masa depan dalam mengemudi kerajaan yang kita sanjungi melalui pendidikan berkualiti. Dengan demikian, pendidikan berkualiti dapat menjana insan-insan yang berwibawa di samping semangat patriotik seterusnya mengharumkan nama negara di persada dunia.





Pendidikan agama dan moral dapat merealisasikan insan berkualiti. Hal ini dapat dilihat melalui pengurangan penglibatan belia yang berpendidikan dalam kancah sosial dan jenayah. Sebagai contoh, didikan agama dan moral di peringkat sekolah membolehkan pelajar menimba nilai-nilai murni dan etika yang patut diamalkan dalam kehidupan seharian . Di samping itu, didikan agama menghindari pelajar daripada terlibat dalam pergaulan bebas dan aktiviti-aktiviti yang membawa natijah ke atas belia. Oleh itu. pendidikan berkualiti dapat mewujudkan insan yang berpegang kepada jati diri yang teguh.

Pendidikan sebagai satu institusi sosial memainkan peranan
penting dalam penyediaan tenaga kerja pakar,teknikal dan
profesional.Kewujudan tenaga kerja ini penting bagi menjalankan
kegiatan ekonomi negara yang seterusnya menjana kemajuan
negara.Pendidikan juga dapat membentuk sikap, nilai, serta aset minda sekali gus
bersedia untuk menerima perubahan,
inovasi serta penggunaan sains dan teknologi.
Selain itu, menerusi pendidikan,asas-asas kemahiran dapat diterap dalam diri
setiap individu terutamanya dalam kalangan generasi muda.

LANGKAH-LANGKAH
LANGKAH-LANGKAH


MELAKSANAKAN PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN (PIPP)


Pelan Induk Pembangunan Pendidikan(PIPP) 2006-2010 yang dijadikan garis panduan pembangunan pendidikan negara secara menyeluruh bagi tempoh lima tahun untuk membangunkan Sekolah Kebangsaan(SK) sebagai aliran perdana tanpa meminggirkan sekolah aliran lain.Bagi menghasilkan pendidikan berkualiti untuk semua,Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) telah mengenalpasti dua pendekatan utama iaitu memastikan rakyat mendapat peluang pendidikan yang adil dan saksama sekaligus menguasai kemahiran 3M iaitu membaca,menulis dan mengira.Selain itu,memberi perhatian khusus ke atas sekolah yang mencapai tahap cemerlang bukan sahaja bagi memastikan ia mempertahankan kecemerlangan itu, malah mampu meningkatkannya ke tahap yang lebih tinggi.


Memantapkan aktiviti ko-kurikulum

Memantapkan sistem pendidikan sehingga dapat melahirkan insan yang berkualiti adalah melalui pemantapan aktiviti ko-kurikulum. Aktiviti ko-kurikulum ini seharusnya dilaksanakan dengan penuh teliti agar dapat menjadi pemangkin kepada para pelajar supaya dapat berdikari. Pada tahun 2005, Kementerian Pelajaran Malaysia yang pada ketika itu di bawah pimpinan Dato Seri Hishamudin Tun Hussien telah memutuskan 10 peratus penglibatan pelajar dalam aktiviti ko-kurikulum menjadi syarat kemasukan ke IPTA mahupun sekolah berasrama penuh. Impak daripada pemantapan aktiviti ko-kurikulum dalam sistem pendidikan ini , masalah sosial dapat dapat dikurangkan dan nilai-nilai murni dalam diri dapat pelajar dapat ditingkatkan sehingga dapat membawa kepada lahirnya seseorang insan yang berkualiti. Hal ini kerana melalui aktiviti ko-kurikulum seseorang pelajar itu dapat melatih dirinya supaya lebih berdisiplin, menepati masa, mematuhi arahan dan mengamalkan sifat-sifat yang baik .Hal ini seterusnya dapat melahirkan insan yang berkualiti kepada nusa ,bangsa dan negara.Tuntasnya, pemantapan aktiviti kokurikulum dalam sistem pendidikan dapat melahirkan insan yang berkualiti.

cara dan tips pelajar cemerlang


salam.. post yang ni pula sesuai kepada para pelajar tak kira sekolah rendah, menengah mahupun penuntut IPT yang sentiasa mengikuti perkembangan blog ni.. pada yang dah baca, sebar-sebarkanlah agar bangsa kita terus maju.. sesungguhnya apa yang disebarkan akan mendapat ganjaran dari Allah SWT... Insyallah.. asyik bercinta je, meh amalkan tip2 ni ye..
1. Optimistik
Pelajar yang cemerlang sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk boleh menempah kejayaan dalam pendidikan. Keyakinan ini akan memberi suntikan semangat dalaman pada diri anda sendiri. Katakan 'aku BOLEH!'
2. Jangan bersikap pesimistik
Pelajar cemerlang tidak bersikap pesimistik iaitu sentiasa putus harapan dan mengalah sebelum mula berjuang. Jangan lemahkan semangat anda sendiri. Jangan meramalkan kekalahan sebelum mula berperang. Kalau anda tidak mencuba maka kekalahan sebenarnya sudah pasti dalam tangan. Belum cuba belum tahu.
3. Kesedaran memikul tanggungjawab
Pelajar yang cemerlang mempunyai kesedaran dan kesediaan untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi harapan agama, bangsa, negara, keluarga dan masyarakat pada masa akan datang. Maruah keluarga, masyarakat dan negara pada masa akan datang bergantung pada generasi remaja masa kini. Pelajar yang cemerlang ialah pelajar yang sedar hakikat ini. Pelajar yang menyedari hakikat ini sudah pasti akan berusaha lebih gigih agar matlamat tersebut tercapai.
4. Tumpuan sepenuh hati
Pelajar yang cemerlang memerikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa mengikuti pengajaran guru di kelas. Sikap main-main sambil belajar adalah sikap pelajar yang kurang berjaya. Pelajar yang suka bermain-main dalam kelas semasa guru mengajar adalah pelajar yang bakal menjadi orang yang dipermainkan oleh golongan 'terpelajar' pada suatu masa kelak. Malah lebih malang kalau suatu hari nanti mereka dipermainkan oleh golongan tidak terpelajar seperti mereka sendiri.
5. Mulakan dari awal
Pelajar yang cemerlang membuat persediaan awal apabila akan menghadapi peperiksaan tidak kira sama ada ujian bulanan, peperiksaan penggal atau peperiksaan yang sebenarnya. Persediaan awal akan membezakan pelajar yang berjaya dengan yang gagal. Persediaan awal ini termasuklah mengadakan ulangkaji, berbincang dengan rakan-rakan, meminta nasihat guru, meneliti buku-buku model jawapan dan sebagainya lagi. Jangan jadi 'bidan terjun' ke dewan peperiksaan.
6. Sentiasa bersedia
Pelajar yang cemerlang sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang bentuk ujian atau peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak sekolah (ujian bulanan, peperiksaan penggal) atau oleh pihak kementerian (peperiksaan yang sebenarnya). Pelajar yang berjaya ialah pelajar yang sanggup dan mampu menghadapi peperiksaan bila-bila masa sahaja. Bersediakah anda andainya peperiksaan diadakan esok? Pelajar cemerlang akan berkata 'Ya!' Kalau anda peminat 'The Rock' anda akan berkata 'Just bring it on..!'
7. Lengkapkan peralatan
Pelajar yang cemerlang menyediakan keperluan peralatan belajar yang mencukupi seperti buku-buku rujukan, buku latihan, alat-alat tulis, nota-nota ringkas, dan sebagainya lagi. Semangat sahaja tidak mencukupi untuk mencapai kejayaan. Kelengkapan yang tidak cukup akan menyusahkan pembelajaran dan mungkin memanaskan hati anda atau melemahkan semangat untuk terus belajar. Cuba bayangkan, anda ingin basuh tangan selepas makan tetapi tiada air. Tidakkah anda rasa 'bengang'?
8. Tepati waktu belajar
Pelajar yang cemerlang menepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah seperti datang ke sekolah dalam waktu yang ditetapkan dan pulang hanya setelah dibenarkan. Ini akan melatih pelajar menjadi seorang yang berdisiplin. Apabila sikap disiplin telah tersemai dalam jiwa pelajar, maka mudahlah bagi pelajar untuk mendisiplinkan diri dalam pembelajaran.
9. Dapatkan bantuan guru
Pelajar yang cemerlang mendapatkan bantuan guru atau kawan-kawan sekelas yang lain apabila gagal mengikuti kelas di atas sebab-sebab tertentu. Misalnya apabila pelajar sakit dan tidak dapat hadir ke kelas, pelajar perlulah mendapatkan bantuan kawan-kawan untuk mendapatkan nota-nota pelajaran, atau mendapatkan penerangan guru bagi pelajaran yang telah tertinggal itu.
10. Hormati guru
Pelajar yang cemerlang sentiasa menghormati guru sama ada semasa guru sedang mengajar di dalam kelas atau sewaktu berada di luar kelas. Guru adalah sumber ilmu. Oleh itu sentiasalah menghormati guru yang memberikan kita ilmu.
11. Bersoal jawab dengan guru
Pelajar yang cemerlang bersoal-jawab dengan guru untuk memahami pelajaran yang telah diajar. Malah ahli falsafah Yunani yang terkenal bernama Socrates pernah berkata 'carilah ilmu pengetahuan dengan cara bersoal-jawab'.
12. Beri pandangan membina
Pelajar yang cemerlang sering memberi pandangan dan pendapat dalam proses pembelajaran. Ini kerana dengan cara memberikan pandangan, rakan-rakan pelajar dan pelajar sendiri akan semakin memahami pelajaran tersebut. Amalan ini juga dapat melatih dan mengasah daya ketajaman pemikiran pelajar.
13. Berbncang dengan rakan
Pelajar yang cemerlang sering berbincang dengan rakan-rakan tentang pelajaran yang telah dipelajari. Ini biasanya dilakukan dalam kelas-kelas perbincangan, kelas tambahan atau dalam kumpulan studi. Perbincangan akan memantapkan lagi kefahaman terhadap sesuatu pelajaran.
14. Siapkan tugasan yang diberi
Pelajar yang cemerlang menyiapkan tugasan yang telah diberi oleh guru sama ada kerja dalam kelas atau kerja rumah, dalam tempoh yang ditetapkan oleh guru berkenaan. Pelajar yang berjaya adalah pelajar yang sering menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru mereka.
15. Tubuhkan kumpulan studi
Pelajar yang cemerlang mengadakan kumpulan perbincangan (study group) bersama rakan-rakan yang mempunyai visi dan agenda yang sama iaitu kejayaan dalam peperiksaan. Tapi jangan tubuhkan kumpulan studi yang akhirnya menjadi kumpulan bersembang! Carilah rakan-rakan yang ragin dan gigih. Tinggalkan rakan-rakan yang hanya suka temberang.
16. Sering masuk perpustakaan
Pelajar yang cemerlang menjadikan perpustakaan sekolah dan perpustakaan yang lain sebagai gedung ilmu pengetahuan untuk dikunjungi dan mendapatkan buku-buku untuk dipinjam. Perpustakaan adalah gedung ilmu. Perpustakaan juga adalah tempat yang sangat sesuai untuk anda mentelaah pelajaran.
17. Baca akhbar
Pelajar yang cemerlang membaca akhbar atau majalah-majalah akademik untuk mendapatkan ilmu pengetahuan tambahan. Secara khususnya ini merujuk kepada isu-isu am dan rencana ilmiah dan bukan ruangan gossip atau artis.
18. Menonton rangcangan yang sesuai
Pelajar yang cemerlang menonton rancangan televisyen yang sesuai untuk mendapatkan pengetahuan seperti Rancangan Pendidikan, Berita dan lain-lain lagi. Antara lain adalah rencana pengetahuan (seperti 'Discovery') dan berita semasa.
19. Lakukan peperiksaan kendiri
Pelajar yang cemerlang mengadakan ujian dan peperiksaan kendiri (sendiri) seperti dibuat dalam peperiksaan sebenarnya, untuk dijadikan sebagai pengukuhan pembelajaran. Pelajar juga perlu menganggapkan ujian dan peperiksaan yang diambil itu adalah ujian dan peperiksaan yang sebenarnya. Jika gagal bererti anda gagal dalam peperiksaan yang sebenar. Melakukan peperiksaan kendiri samalah seperti masuk ke klinik. Anda akan diberi tahu tentang 'penyakit' anda (kelemahan-kelemahan anda). Selepas itu, pandai-pandailah cari ubatnya.
20. Sediakan jadual waktu
Pelajar yang cemerlang menyediakan jadual waktu untuk merancang pembelajaran pelajar di luar sekolah. Minta nasihat guru atau abang-abang yang berpengalaman untuk mendapatkan corak jadual yang sesuai dan efektif. Jadual ini mestilah dipatuhi.
21. Sertai ceramah motivasi
Pelajar yang cemerlang mengikuti ceramah-ceramah motivasi yang diadakan untuk melahirkan semangat dan keyakinan diri.
22. Sertai seminar peperiksaan
Pelajar yang cemerlang mengikuti seminar-seminar peperiksaan yang diadakan bagi memahami teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan. Sertainya seminar-seminar yang dikendalikan oleh orang yang pakar dalam bidang masing-masing. Selain daripada pengalaman, anda juga mungkin menerima pelbagai tips dan petua berguna.
23. Beli buku rujukan
Pelajar yang cemerlang membeli buku-buku rujukan yang sesuai. Ini dapat memantapkan persediaan pelajar. Minta bantuan guru untuk mendapatkan senarai buku-buku rujukan pilihan untuk subjek-subjek tertentu. Ingat pepatah Inggeris, "Don't judge the book by its cover." Buku yang kelihatan cantik menawan tidak semestinya baik. Hanya guru yang lebih memahami kualiti sesuatu buku rujukan.
24. Masuk kelas tuisyen
Pelajar yang cemerlang mengikuti kelas-kelas tuisyen untuk menambahkan lagi pengalaman dan kecekapan pelajar dalam pelajaran.
25. Lawatan ke pameran buku
Pelajar yang cemerlang mengadakan lawatan ke pameran-pameran buku yang diadakan. Kalaupun anda tidak membeli, sekurang-kurangnya jiwa anda akan hampir pada buku dan ilmu. Jika anda selalu menziarah sumber ilmu, ilmu itu pula akan sering menziarahi anda. Kalau anda masuk ke kedai minyak wangi, keharumannya akan terlekat juga. Kalau anda masuk ke kandang najis... (fikirlah sendiri)
26. Sertai kokurikulum sekolah
Pelajar yang cemerlang menyertai pelbagai aktiviti sekolah secara aktif dalam kokurikulum. Badan yang cergas akan menghasilkan otak yang sihat. Otak yang sihat pula akan melahirkan pemikiran yang lancar. Otak yang berkarat akan melahirkan pemikiran yang lembab.
27. Sanggup manghadapi cabaran
Pelajar yang cemerlang perlu sanggup menghadapi cabaran luaran yang hebat yang sering cuba mengganggu penumpuan pelajar pada pelajaran atau cuba mengurangkan minat pelajar untuk belajar. Antara cabaran luaran yang dimaksudkan itu adalah hiburan, aktiviti sukan yang berlebihan, amalan suka melepak dan membuang masa dan gangguan kawan-kawan yang suka mengajak pelajar melakukan perkara-perkara yang kurang berfaedah. Rayuan kekasih atau buah hati juga kadangkala merupakan dugaan yang maha hebat. Pandai-pandailah membawa diri.
28. Jaga keselamatan diri
Pelajar yang cemerlang menjaga keselamatan diri dengan mengelakkan sebarang bentuk bahaya yang dapat mengancam tubuh fizikal pelajar. Misalnya, jangan bermain dengan api, elektrik atau mercun. Bayangkanlah jika pelajar kehilangan jari tangan kanan dalam kemalangan.
29. Jaga kesihatan fizikal
Pelajar yang cemerlang menjaga kesihatan tubuh badan dengan cara menghindari sebarang bentuk penyakit. Makan makanan yang berzat. Kurangkan makanan ringan atau 'junk-food'. Hindari makan di gerai-gerai yang kotor atau membeli kueh-kueh yang terdedah tanpa ditutup. Jangan berjaga sepanjang malam. Ini boleh menjejaskan kesihatan.
30. Makanan seimbang
Pelajar yang cemerlang menjaga dan mengawal pemakanan dengan memakan makanan yang seimbang. Ini akan menjamin kesihatan badan yang baik dan otak yang dapat berfikir dengan lebih lancar. Pilih jenis makanan yang sesuai untuk minda dan kesihatan tubuh badan.
31. Malu bertanya sesat jalan
Pelajar yang cemerlang tidak segan untuk menimba pengalaman daripada pelajar-pelajar yang telah berjaya dalam peperiksaan. Jadikan abang-abang dan kakak-kakak yang telah berjaya itu sebagai model atau contoh pelajar cemerlang. Perhatikan ciri dedikasi dan disiplin mereka dalam menghadapi peperiksaan. Pengalaman mereka yang telah berjaya itu sungguh berharga untuk pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan.
32. Sembahyang
Pelajar yang cemerlang menjaga sembahyangnya. Bagi pelajar Islam, tunaikan sembahyang lima waktu seperti mana yang telah disyariatkan oleh agama. Bagi pelajar bukan Islam yang lain, lakukan amalan ibadat agama masing-masing.
33. Doa
Pelajar yang cemerlang sentiasa berdoa dan mengharapkan pertolongan daripada Tuhan. Aspek kerohanian ini juga sama penting dengan aspek jasmani dan minda pelajar.
34. Tawakkal
Pelajar yang cemerlang berserah diri kepada Tuhan dan tidak putus asa jika gagal. Apabila menghadapi kegagalan, berusahalah lagi dengan menjadikan kegagalan itu sebagai iktibar dan panduan untuk lebih berjaya. Jadikan semua bentuk kegagalan sebagai pengukuh diri untuk mencari kejayaan yang lebih cemerlang.


Ramadhan bulan mujahadah mencapai taqwa | :: cina islam | 2012 ::

Ramadhan bulan mujahadah mencapai taqwa | :: cina islam | 2012 ::

Elakkan Minum Air Pada 7 Waktu Ini | :: cina islam | 2012 ::

Elakkan Minum Air Pada 7 Waktu Ini | :: cina islam | 2012 ::

Ibnu Hasyim: Royalti: N/Aziz, Awang Adek & Ku Li

Ibnu Hasyim: Royalti: N/Aziz, Awang Adek & Ku Li: SHAH ALAM - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pemimpin Umno tidak wajar "berbohong" berhubung isu royalti pe...

Ibnu Hasyim: Video Myanmar: 60 Wanita Diperkosa Di Mandao.

Ibnu Hasyim: Video Myanmar: 60 Wanita Diperkosa Di Mandao.: KESIMPANG siuran informasi tentang Muslim Rohingya di Myanmar hingga kini masih terjadi. Bagaimana keadaan sebenarnya? Pihak PBB baru-b...