Isnin, 16 Julai 2012

Muhyiddin: Tahun ini masa paling baik adakan PRU13


Muhyiddin: Tahun ini masa paling baik adakan PRU13
10:49AM Jul 16 2012  
Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin melahirkan pandangannya bahawa pilihan raya umum ke-13 (PRU13) tidak akan diadakan tahun depan memandangkan tahun ini merupakan masa yang sesuai untuk mengadakannya.

NONE"Saya tak fikir ia akan berlarut sehingga tahun depan tahun 2013, wallahua'lam. Tetapi itu terpulang kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak). Tapi saya bagi tahu, saya kata yang paling baik adalah tahun inilah.
 
"Sekarang sudah hendak masuk bulan puasa (Ramadan). Ada orang tanya apakah bulan puasa nak diadakan pilihan raya? Saya kata apa salahnya. Bulan raya (Aidilfitri), apa salahnya. Selepas itu sambutan Hari Kebangsaan (31 Ogos), apa salahnya. Masuk September (sambutan) Hari Malaysia. Bila dah sampai waktu, maka jadilah ia (pilihan raya)," katanya.

Muhyiddin yang juga timbalan perdana menteri berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Batu di ibunegara semalam.

Turut hadir ialah Ketua Umno Bahagian Batu Datuk Yahaya Mat Ghani dan Setiausaha Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan Datuk Syed Ali Alhabshee.

Muhyiddin, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan berkata, beliau akan mengadakan pertemuan dengan bahagian Umno yang bermasalah dalam bulan Ramadan ini.
  
azlanMuhyiddin berkata jumlah bahagian yang bermasalah tidak banyak, dan berharap sesi pertemuan itu kelak dapat diguna
dengan sebaik mungkin untuk memperingatkan semua anggota parti peri pentingnya mengelak perkara yang boleh melemahkan parti.

Beliau berkata sekiranya terdapat masalah di mana-mana bahagian, semua pihak dari peringkat tertinggi hingga ke akar umbi perlu bersama-sama mencari penyelesaian bagi memastikan ia dapat diselesaikan secara baik.
  
Ini sekaligus memastikan kemenangan parti pada pilihan raya umum akan datang, katanya.

Muhyiddin berkata beliau sudah memaklumkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang "saya mahu memanggil mana-mana bahagian bermasalah dan duduk berbincang dan bercakap terus terang."

"Kita ada 220 kawasan Parlimen dan kita tahu kedudukan tiap-tiap satu. Sedikit sebanyak masalah dalam bahagian itu, biasalah," katanya.

Beliau berkata bagi setiap kawasan yang ditandingi, baik di peringkat Parlimen mahupun negeri, adalah penting untuk mengembalikan kuasa Barisan Nasional (BN) yang telah hilang dalam pilihan raya umum lepas.
  
Beliau tidak mahu apa yang berlaku pada pilihan raya umum lepas berulang kembali, iaitu apabila kekalahan BN adalah kerana faktor sabotaj atau 'cah keting' anggota Umno sendiri, dan bukannya kerana kekuatan parti pembangkang,
  
Muhyiddin turut menyarankan pemimpin parti komponen BN untuk turut mengenal pasti kehendak dan masalah yang dihadapi oleh pengundi bukan Melayu supaya tindakan selanjutnya dapat diambil.

- Bernama
 
Kirim sebagai Kamisah Esa (Bukan anda?)
 
  • Ghafar Ishak · Pengulas Tertinggi
    tak sabor juga tok midin ni nak jd pe-em klu2 najib kalah kot ...tp apa pun ni kali yang ke-13 (org cina kata nombor ia suey) mudahan bagi UBN
    • Ismahaji Abu · Pengulas Tertinggi
      Aku pun x sabor ni Wak Din..x sabor nak mangkah PR.,ABU..cepatx le bubar parliment..jgn bulan Haji dah le..aku nak pi Mekah tahun ni..nanti kempunan aku x dpt mangkah PR..ABU 1000X..x sabor gak nak tgk umno tersungkur dan terkubur tanpa nisan...
  • Raja Mohd Shahrim · · Pengulas Tertinggi
    Setelah rakyat memberikan PR beberapa buah negeri utk diurus tadbir.. terbukti PR berjaya dgn cemerlang.. jika ada masalah pun, berjaya ditangani dgn baik dan tidak mengugat keyakinan rakyat...Kini sudah sampai masanya utk rakyat memberikan PR sebuah negara utk ditadbir..jangan tunggu lagi.. berikan hadiah terbaik utk generasi mendatang iatu sebuah kerajaan rakyat utk rakyat.. V4PR..
    • Raja Mohd Shahrim · · Pengulas Tertinggi
      Aku rasa Najib akan buat pilihanraya palsu dulu-dulu....jika BN menang, baru buat yg betul.. hehe..
    • Roberto Mancini · · Pengulas Tertinggi · Product Manager di Hewlett-Packard s r.o.
      Raja Mohd Shahrim , sy sokong...apa2 bn buat sekarang ni rata2 bnyk yg palsu,, contohnya ic palsu n undi palsu...
    • Alex Kopong · Pengulas Tertinggi · NOTHERN UNIVERSITY OF MALAYSIA
      Lagi bagus kalau praya diadakan secepat mungkin, sebab kita semua rakyat perlukan perubahan yang segera memandangkan keadaan ekonomi yang kian merosot dengan kos hidup yang semakin meningkat, di kala ini kjaan nampaknya tidak dapat mengawal kenaikan harga barangan, berlaku rasuah & pengumpulan harta di kalangan pemimpin dan kroninya, dan banyak lagi kepincangan dalam pemerintahan kjaan. Diharap rakyat dapat membuat keputusan yang tepat, fikir baik2 dengan akal fikiran yang waras sebelum menanda pada kertas undi. Ingat apa yang kita tentukan hari ini memberi kesan yang besar kepada masa hadapan anak cucu kita di kemudian hari. Jangan fikir untuk hari ni, tapi ingat apa yang akan berlaku di masa hadapan....
  • حفظي أحمد · Pengulas Tertinggi · UNIVERSITY OF GOOGLE
    DSAI ajak debat...xnak....rakyat tanye bile nak PRU...x cakap...
    ape la nak takut sangat tah....
    • Hasmira Hasmi · Pengulas Tertinggi · SGB
      dia nak pm tewas,lepas tu nak ambil alih boss umno,sama madey buat pada bekas pm
    • John Albab · Pengulas Tertinggi
      Bukan takut bro,kurang yakin ..isyaAllah..
    • Pakai Otak · Pengulas Tertinggi · Dgn Kawan 2
      Muhyidin nak lawan Najib ni..Najib kata tahun depan tapi Muhyidin mahu tahun ini juga...Tapi PR mahu bila2 masa dari skrg, kalau bileh esok..
  • Pelangi Malam · Pengulas Tertinggi · UUM
    Betul tuh Abe Din.. lg lama, lg byk plak tembelang pecah eik..

    p/s: kalu Abe Jib kantoi, x sabor2 plak Abe Din nk jd PM eik...
  • Muhammad Hafiz ·
    muhyiddin tak sabar nak baca yaasin untuk kerajaan pimpinan najib yang dah nazak..
    • John Albab · Pengulas Tertinggi
      Muhammad Hafiz: Macam tau tau aje bro?Apa pun ABU pada PRU ke 13......
    • Muhammad Hafiz ·
      lagi lama najib tangguh lagi banyak duit dia sapu...
      muhyiddin dok pening kepala johor nak kena rampas..
    • Pakai Otak · Pengulas Tertinggi · Dgn Kawan 2
      Muhyidin nak lawan Najib ni..Najib kata tahun depan tapi Muhyidin mahu tahun ini juga...Tapi PR mahu bila2 masa dari skrg, kalau bileh esok../////
Lihat 84 lagi

Himpunan Hijau Menuju Putrajaya: “BN sakit”

Himpunan Hijau Menuju Putrajaya: “BN sakit”

Umno gerun hadapi fenomena sertai PAS

Umno gerun hadapi fenomena sertai PAS