Khamis, 4 Julai 2013

KELAB GREENBOC: TG NIk Aziz Kesal Sheikhul-Azhar Diperalat Untuk G...

KELAB GREENBOC: TG NIk Aziz Kesal Sheikhul-Azhar Diperalat Untuk G...: Mursi (tengah) dibawa keluar dari Istana Presiden selepas digulingkan. -Reuters P AS kesal dengan tindakan penggulingan Presiden Mesir Dr M...

NDA IMTIYAZ (1993675-M): 8 Cara Mudah Kempiskan Perut Buncit

NDA IMTIYAZ (1993675-M): 8 Cara Mudah Kempiskan Perut Buncit: Assalamu alaikum dan salam persahabatan! Amboi! sihatnyer awak....begitulah kata-kata yang selalu diluahkan oleh kebanyakan orang...

NDA IMTIYAZ (1993675-M): 8 Cara Mudah Kempiskan Perut Buncit

NDA IMTIYAZ (1993675-M): 8 Cara Mudah Kempiskan Perut Buncit: Assalamu alaikum dan salam persahabatan! Amboi! sihatnyer awak....begitulah kata-kata yang selalu diluahkan oleh kebanyakan orang...

KELAB GREENBOC: [TERKINI] Presiden Mesir, Dr.Mursi Digulingkan, Me...

KELAB GREENBOC: [TERKINI] Presiden Mesir, Dr.Mursi Digulingkan, Me...: A khirnya Presiden Mesir yang dipilih rakyat, Dr. Mursi telah diguling oleh tentera dketuai oleh Menteri Pertahanan Mesir, Abdul Fattah al-...

Tindakan tentera Mesir setelah 24 jam rampas kuasa


http://www.tintaasyraf.com, 04 Jul 2013
Tindakan Yang Dibuat Oleh Tentera Abdel Fattah Al-Sisi Setelah 24 Jam Merampas Kuasa Daripada Presiden Mesir Dr. Muhammad Mursi | Beberapa tindakan telah dibuat oleh tentera Abdel Fattah Al-Sisi setelah 24 Jam merampas kuasa daripada Presiden Mesir Dr. Muhammad Mursi dalam masa kurang 24 jam setelah rampasan kuasa di Mesir:
General Abdel Fattah Al-Sisi

1. Menutup semua saluran siaran Islamik (17 saluran ), yang menyiarkan siaran langsung di medan perhimpunan , terutama di Rabaah Abawiyyah
2. Menyekat surat khabar Al Huriyyah wal 'Adalah (akhbar milik FJP).
3. Menutup siaran Misr 25 (siaran televisyen Ikhwan Muslimin)
4. Menyekat siaran langsung Al Jazeera di Rabaah
5. Menggunakan peluru hidup ke arah penyokong Dr Mursi sehingga ramai yang terkorban.
6. Menahan beberapa pemimpin yang menyokong kepimpinan Presiden Dr Mursi
7. Menangkap ketua pejabat siaran langsung Al Jazeera dan beberapa pemberita. Antaranya Syariff Mansour dan Muhammad Jamal.
8. Merampas semua kamera di tempat persekitaran himpunan Rabaah Adawiyyah (tempat perhimpunan penyokong Dr Mursi).
9. Menghalang wartawan daripada membuat liputan kepada penyokong Dr Mursi di Rabaah Adawiyyah.
Sumber : Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

Judi dan riba' menjadi 'halal'



Syed Abdullah Syed Osman ,
Lucu tetapi benar. Itu adalah cerita lama sekitar tahun 60-an apabila loteri kebajikan masyarakat diisytiharkan halal. Alasannya adalah segala jualan tiketnya yang berharga RM1 adalah untuk membuat kebajikan terutama membantu orang miskin. Hadiah utamanya pada masa itu adalah RM350 ribu dan banyak lagi hadiah-hadiah istimewa dan sagu hati yang ditawarkan itu.

Oleh sebab diisytiharkan halal, maka penjualan tiket loteri kebajikan masyarakat adalah secara terbuka iaitu di mana-mana sahaja hingga termasuk di kampung-kampung Melayu, sehingga ada juga yang datang menjual di masjid dan surau. Begitulah empunya cerita pada zaman yang serba serbi dianggap umat kurang bermaklumat dan agak jahil tentang hukum hakam Islam. Kita tidak boleh menyalahkan mereka 100 peratus kerana mendapat maklumat yang salah dan terhad serta kejahilan umat Islam pada masa itu. Pada masa itu ada juga umat Melayu-Islam meminum minuman keras ditempat-tempat awam atau direstoren secara terbuka.

Ada suatu kisah (namun tidak dipastikan kesahihannya) yang berlaku di sebuah sekolah rendah di Perak. Seorang guru darjah empat telah membuat suatu cadangan kepada murid-muridnya untuk mendapat pahala yang lebih supaya membeli 4 keping tiket loteri dan setiap tiket berharga RM1 setiap bulan. Maka setiap bulan ketua murid akan memungut 10 sen daripada setiap murid untuk diserahkan kepada Guru mereka ini untuk membeli tiket loteri. Jika menang, duitnya akan dibahagi-bahagikan sama rata.

Setelah hampir tujuh bulan membeli, mereka tidak pernah menang, maka Guru tersebut teringatkan ada salah seorang muridnya pandai membaca doa. Lalu Cikgu itu pun meminta murid berkenaan membacakan doa supaya mereka memenangi apa juga hadiah dan. Doa itu diaminkan beramai-ramai oleh semua murid pada setiap kali tiket itu dibelikan dan diletakkan diatas meja di hadapan murid yan membacakan doa itu.  Tetapi hingga keakhir tahun pun tiada apa-apa hadiah yang kena. Akhirnya perkara itu berlalu begitu sahaja sehingga semua murid naik darjah lima dan tidaklah tahu bagaimana pula nasib murid yang baru naik ke darjah empat ditahun berikutnya.

Yang hendak disampaikan disini walaupun cerita ini agak lucu tetapi kesannya jika diperhalusi apabila sesuatu perkara dipermudahkan dan disalah ertikan serta diberikan maklumat yang salah serta mengelirukan maka berlakulah kerosakan akidah dan tidak mampu lagi membezakan yang mana halal dan haram. Kita sangka ia halal sebab yang disampaikannya begitu tetapi hakikatnya perkara itu suatu perbuatan yang terkutuk lagi keji kerana cuba untuk memperdayakan sesama Islam dan juga memperdayakan Allah dan Rasul.

Dalam pada itu saya bersyukur kerana loteri kebajikan masyarakat telah lama dimansuhkan atas kesedaran pemimpinnya. Cuma yang masih ada adalah judi-judi lain saperti berbagai-bagai jenis nombor ekor termasuk toto. Walau bagaimanapun umat Islam telah dilarang untuk memasuki premis perjudian itu.

Dunia kini cepat berubah dan pendekatan Islam juga turut berubah. Tetapi malangnya perubahan itu seolah-olah menambahkan kekeliruan dan bertambah kusut masai lagi. Hal ini kerana apabila mereka yang kita bergantung untuk menjaga amanah hal-ehwal yang bersabit dengan Islam ini dimanipulasikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dari kalangan yang dikatakan sebagai cerdik-pandai yang menjaga kepentingan ekonomi ini. Mereka menggunakan nama Islam untuk menghalalkan riba' saperti pinjaman peribadi, pinjaman perumahan dan pinjaman untuk membeli kereta.

Walaupun adanya akad jual belinya tetapi syarat dan terma perjanjian adalah mengikut kaedah pinjaman konversional. Mana tidaknya, apabila perbezaan harga asal dan harga semasa pinjaman mengikut tahun yang dipinjam berlipat kali ganda harganya. Apabila terlewat bayar akan dikenakan kompaun atau ditambahkan 'bunga' ratusan ringgit lagi tanpa belas kasihan atau ehsan daripada institusi pinjaman tersebut dan ada Pegawai Bank yang datang kerumah mengugut dengan berbagai surat daripada peguam mereka.

Inikah Islam yang kita pelajari daripada pusat pengajian tinggi itu? Islam tidak mengajar kita untuk menindas dan jauh sekali untuk menganiaya sesiapapun walaupun kepada orang bukan Islam dan Allah dan Rasul tidak akan reda perbuatan keji saperti itu.

KELAB GREENBOC: [GAMBAR BERBICARA] Kebetulan Atau "Ter"sengaja?

KELAB GREENBOC: [GAMBAR BERBICARA] Kebetulan Atau "Ter"sengaja?: S i Zebra & Si Hippo Kelu lidah untuk berkata apa-apa. Apakah ia satu kebetulan atau memang "fesyen" terbaru dari seorang Ke...