Ahad, 15 September 2013
Himpunan ulama PAS di Kedah capai 8 resolusi
Persidangan anjuran Majlis Syura Ulama itu juga menggariskan resolusi agar jawatan lain termasuk naib presiden juga perlu dipertimbangkan daripada kalangan ulama dengan gandingan bersama golongan profesional dan aktivis.
Persidangan itu turut mencadangkan supaya tahaluf siyasi (kerjasama politik) bersama rakan dalam Pakatan Rakyat khususnya PKR disemak semula oleh Majlis Syura Ulamak dan Jawatankuasa PAS Pusat.
Persidangan tersebut menggariskan bahawa langkah tersebut bertujuan untuk "menjaga maslahah (keperluan) dan membendung serta menghalang mafsadah (keburukan) syariah" dalam kerjasama berkenaan.
Enam resolusi lain yang dicapai dalam persidangan bertemakan ‘Ulamak Haraki Benteng Izzah Islam', di Kompleks PAS Kedah di Kota Sarang Semut semalam:
- Ulama hendaklah meletakkan diri dalam kedudukan lebih berkesan sebagai pemimpin politik yang menyambung tugas para nabi. Mereka hendaklah memahami tentang cabaran semasa dan mempertingkatkan keyakinan terhadap Allah bagi menegakkan Islam.
- Menggea para ulama melakukan pengukuhan gerak kerja, antaranya, mengukuhkan gerak kerja tarbiyah, mengukuhkan kedudukan kepimpinan ulama yang menjadi tunjang utama kepada PAS dan memperkasakan ilmu pengurusan dan kepimpinan.
- Menangani dan menghadapi pemikiran yang merosakkan (haddamah) dengan pelbagai usaha dan pendekatan supaya umat Islam tidak tersasar dari asas Islam.
- Mencadangkan kepada PAS Pusat supaya melakukan analisis yang menyeluruh dan telus serta mengemukakan analisis bagi tujuan untuk menilai prestasi PRU-13 untuk lonjakan PRU-14.
- Saranan kepada semua kerajaan negeri di bawah Pakatan supaya memberi ruang yang munasabah dan bersesuaian kepada ulama haraki PAS yang berkelayakan supaya dapat melibatkan diri mereka di dalam urusan pentadbiran dan pemerintahan.
Kaji untuk tambah baik, bukan undur – TG Nik Aziz
Harakahdaily, | 15 Sep 2013 |
Sehubungan itu, beliau menasihati para pemimpin PAS supaya jangan mengurung PAS di dalam kandang pemikiran yang dicipta sendiri dan bersedia menjalinkan kerjasama politik selagi ia tidak bertentangan dengan prinsip asas syariat.
Dalam satu entri di laman facebook beliau bagi mengulas resolusi yang diputuskan Multaqa Ulamak PAS di Alor Setar semalam, beliau menegaskan kerjasama politik PAS dalam Pakatan Rakyat bukannya diputuskan oleh beberapa individu malah adalah keputusan kolektif pimpinan PAS dan diperkuatkan melalui Muktamar Tahunan PAS yang berlangsung selepas pilihan raya umum (PRU) 2008.
“Saya melihat keputusan ini tidak sekali-kali silap bahkan ia lebih membawa PAS ke hadapan pentas politik di Malaysia. Lebih bermakna daripada itu, PAS berjaya mempersembahkan Islam kepada non-Muslim dengan cara yang tidak pernah dilakukan oleh Umno.
“Umno bukan setakat menjauhkan bukan Islam daripada Islam bahkan menjauhkan orang Islam sendiri dari memahami agama mereka,” tegas beliau.
Berikut kenyataan penuh beliau.
Saya membaca muka hadapan Sinar Harian hari ini 15 September 2013 yang memuatkan tajuk besar PAKATAN RUGIKAN PAS? dengan memetik ucapan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Harun Taib yang dikatakan meminta Majlis Syura Ulama mengkaji semula Tahaluf Siyasi (Persefahaman Politik) dalam Pakatan Rakyat.
Saya tidak menghadiri Multaqa Ulama yang diadakan di Kota Sarang Semut semalam sekalipun saya benar-benar berhasrat untuk hadir. Keuzuran dan situasi kesihatan menghalang saya untuk hadir ke program yang saya sifatkan sangat bermakna itu. Justeru, saya tidak mendengar sendiri ucapan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat seperti yang dilaporkan oleh akhbar. Berkemungkinan ia hanya ulasan akhbar dan bukannya ucapan sebenar beliau ataupun sememangnya dipetik dari ucapan beliau, wallahulam.
Walau bagaimanapun, suka untuk saya memberikan respon terhadap tajuk yang digunakan di muka hadapan Sinar Harian iaitu PAKATAN RUGIKAN PAS? Perlu dijelaskan bahawa penyertaaan PAS melalui Tahaluf Siyasi di dalam Pakatan Rakyat bukannya diputuskan oleh beberapa individu sahaja. Ia diputuskan oleh keputusan kolektif pimpinan PAS dan diperkuatkan melalui Muktamar Tahunan PAS yang berlangsung selepas pilihanraya umum 2008.
Saya melihat keputusan ini tidak sekali-kali silap bahkan ia lebih membawa PAS ke hadapan pentas politik di Malaysia. Lebih bermakna daripada itu, PAS berjaya mempersembahkan Islam kepada non Muslim dengan cara yang tidak pernah dilakukan oleh Umno. Umno bukan setakat menjauhkan bukan Islam daripada Islam bahkan menjauhkan orang Islam sendiri dari memahami agama mereka.
Senjata Umno ialah perkauman, lambang Umno ialah keris tidak bersarung, politik Umno ialah politik samseng jalanan, sampai bila-bila non-Muslim tidak akan melihat keindahan Islam melalui cermin mata politik Umno yang penuh dengan habuk kebangsaan.
Di dalam Pakatan Rakyat, pendekatan Islam yang dibawa oleh PAS tidak pernah ditentang. Pemimpin-pemimpin DAP khususnya seringkali datang ke pejabat saya berbincang sentiasa tentang nilai-nilai Islam. Ada yang datang mengungkapkan istilah-istilah perundangan syarak yang kadang-kadang pemimpin Umno sendiri pun barangkali tidak pernah bersua dengan istilah sebegini.
PAS wajib melangkah ke hadapan. Pengalaman sebagai gerakan Islam yang telah berusia lebih setengah abad wajar mengajar PAS bahawa untuk terus relevan di pentas politik negara, PAS wajib memahami suasana politik. Selagi tidak bertentangan dengan prinsip asas syariat, jangan mengurung PAS di dalam kandang pemikiran yang kita sendiri cipta. PAS membawa nama Islam di dalam perjuangannya, maka wajiblah ke atas PAS untuk mempersembahkan Islam dengan wajah terbaik kepada masyarakat Malaysia.
Saya mendegar pengalaman Yang Berhormat Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan yang baru pulang dari lawatan kerja di Johannesburg, Afrika Selatan. Katanya di sana zakat turut diberikan oleh orang Islam kepada bukan Islam. Di Malaysia, di bawah asnaf muallaf, hanya orang yang baru memeluk agama Islam menerima zakat. Sedangkan muallaf juga boleh jadi seorang non muslim yang hampir lembut hatinya untuk memeluk Islam dan juga seorang non muslim yang sangat tegar memusuhi Islam namun jika diberikan zakat, permusuhannya itu kendur.
Ini sebagai contoh bagaimana ada aspek pengamalan Islam secara praktikal di Malaysia masih belum tepat dengan wajahnya yang sebenar. Inilah yang perlu dibaiki dan PAS wajib memainkan peranan. Saya yakin, jika Islam difahami dengan baik tanpa gangguan daripada pihak-pihak yang berkepentingan, ia akan diterima dengan mudah tanpa sebarang syak wasangka oleh rakan-rakan daripada non Muslim.
Di sinilah letaknya misi sebenar PAS di dalam Pakatan Rakyat. Benar, kita ingin memburu kemenangan di dalam pilihanraya, tetapi juga perlu diingat PAS sebagai gerakan Islam juga memikul tanggungjawab dakwah yang besar di pentas politik. Justeru, keberadaan PAS di dalam Pakatan Rakyat sekali-kali bukan merupakan langkah yang silap, bahkan ia merupakan langkah yang sangat tepat dengan realiti politik negara.
Tahniah kepada para ulama yang bermultaqa semalam. Harapan saya agar ia dapat menguatkan iltizam kita semua di dalam memperkukuhkan PAS sebagai parti politik yang berdasarkan Islam. Berhubung kedudukan PAS di dalam Pakatan Rakyat, jika mahu dikaji, silakan. Tetapi kaji hanya untuk penambahaikan, bukan kaji untuk mengundur ke belakang. Kaji untuk berundur ke belakang hanyalah memberikan pelampung kepada UMNO yang sedang kelemasan.
Sekian.
Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Al-Mursyidul Am PAS
9 Zulkaedah 1434H bersamaan 15 September 2013M
Aplikasi pintar IKIM.FM
SETELAH 12 tahun menerajui radio berkonsepkan Islam pertama negara, Institusi Kefahaman Islam Malaysia mengorak maju selangkah ke hadapan melancarkan aplikasi telefon pintar IKIM.FM.
Aplikasi telefon pintar IKIM.FM yang yang dimuat turun oleh para pengguna iOs (iPhone/iPad) dan Android adalah satu pembaharuan radio itu dalam menyebar syiar Islam di negara ini.
Menerusi perkembangan teknologi berkenaan, pengenalan aplikasi telefon pintar itu bakal memberikan satu lagi pembaharuan kepada para pendengar bukan dengan mendengar radio, tetapi boleh menonton saluran TV IKIM dan lain-lain lagi.
Yang menariknya, pencapaian berkenaan merupakan aplikasi sosial radio pertama dibangunkan di negara kita ini dengan para pengguna boleh berinteraksi sesama sendiri menerusi memberikan komentar dan maklum balas dalam setiap program disiarkan.
Berkonsepkan radio mendidik, menghibur jiwa dan bermaklumat serta bertemakan Pilihan Utama Anda, pencapaian itu bakal mendekatkan hati pendengar dengan pengisian yang disampaikan oleh IKIM.FM.
Untuk memuat turun aplikasi berkenaan, para pengguna boleh melakukan secara percuma di App Store atau Google Play dengan carian IKIMfm Radio.
Pelancaran produk terbaru oleh Pengerusi IKIM, Tun Abdullah Ahmad Badawi, baru-baru ini membuktikan bahawa keluaran berkonsepkan Islam seperti radio IKIM.FM tidak ketinggalan dalam mempelopori arus perkembangan teknologi seperti mana stesen hiburan lain.
Jika sebelum ini, siaran IKIM.FM didengari melalui corong radio atau laman web, www.ikimfm.my, perkembangan terbaru itu bakal merancakkan persada seni dakwah khususnya menyebarkan hiburan nurani mendidik jiwa.
Kekal aktif dengan Nike+
Kadangkala aktiviti senaman boleh mendatangkan perasaan bosan kepada seseorang apabila terpaksa bersenam berseorangan atau tiada faktor pemangkin untuk melakukan aktiviti tersebut.
Perkara ini membuatkan pengeluar pakaian sukan terkemuka dunia Nike memperkenalkan aplikasi berteraskan kesihatan untuk menggalakkan orang ramai kekal aktif.
Nike+ yang pada mulanya menggunakan aplikasi di iPhone dan iPod untuk menunjukkan aktiviti dan pergerakan dilakukan kini kian berkembang kepada gajet-gajet yang sesuai untuk tujuan tersebut.
Nike+ kini tampil dengan Nike+ Gear yang terdiri daripada gelang tangan, Nike+ Feulband dan juga jam tangan, Nike+ Sportwatch GPS yang mempunyai pelbagai fungsi menarik untuk kegunaan mereka yang aktif.
Nike+ Feulband merupakan sebuah gajet ringkas tetapi padat dengan pelbagai fungsi menarik seperti dapat mengukur setiap langkah yang dilakukan tidak kira secara berlari mahupun berjalan.
Selain itu, ia juga mampu mengukur jarak perjalanan larian mahupun berjoging dan jumlah kalori yang telah dibakar setiap kali kamu melakukan aktiviti senaman.
Lebih mengujakan, sebagai sebuah gajet senaman, ia bukan sahaja membaca pergerakan semasa berjoging mahupun berlari, bahkan juga aktiviti lain seperti menari, bermain papan selaju, berbasikal, bermain bola sepak dan sebagainya.
Ia menjadikan gajet ini sangat sesuai dengan aktiviti harian yang dilakukan generasi muda hari ini yang inginkan kehidupan yang aktif dan sihat, di samping nampak trendy.
Selain Nike+ Feulband, Nike+ turun mengeluarkan Nike+ Sportwatch GPS yang mempunyai fungsi yang lebih banyak dan padat, sesuai untuk mereka yang ingin mendapat maklumat yang maksimum.
Dikuasakan dengan peranti sistem kedudukan global (GPS) dan mode program senaman, Nike+ Sportwatch GPS mampu menjadi pelatih peribadi kepada seseorang yang ingin mencapai sesuatu tahap dalam senaman.
Ia mampu memberi peringatan kepada pengguna jam tersebut untuk melakukan senaman secara automatik dan secara tidak langsung memberi motivasi untuk mencapai sesuatu tahap.
Bukan itu sahaja, ia turut mampu membaca pergerakan nadi dan degupan jantung semasa bersenam dan mencari kedudukan pengguna yang sedang berlari bagi memberi bacaan jarak dengan tepat.
Rekod-rekod sebelum ini turut disimpan bagi menggalakkan pengguna supaya terus bersenam dan bergerak aktif demi mencapai tahap kesihatan yang diinginkan.
Jangan abai sakit saraf
Keadaan ini bukanlah menunjukkan bahawa masyarakat tidak peka dengan kesihatan diri masing-masing, tetapi penyakit hari ini dilihat semakin 'bijak' kerana apabila berada di tahap yang kritikal barulah ia menunjukkan simptom-simptomnya.
Untuk itu setiap orang disaran agar menjalani pemeriksaan secara berkala bagi mengetahui tahap kesihatan dan mengenal pasti apa jua jenis penyakit yang dihidapi.
Begitupun, ada penyakit yang tidak dapat dikesan pada peringkat awal dan ada juga sakit yang tidak dapat diterangkan apakah jenis penyakitnya.
Begitu juga dengan penyakit saraf di mana penyakit ini tidak dapat dikesan pada peringkat awal tetapi tanda-tandanya sudah kelihatan pada mana-mana individu yang mengalami.
Tanda-tanda kesakitan yang dialami tidak pernah di ambil berat oleh penghidapnya kerana kesakitan itu muncul secara tiba-tiba.
Malah kesakitan yang lazimnya dialami adalah kesakitan yang tidak dapat diterangkan dan ia berbeza daripada biasa.
Menurut Presiden Malaysian Association for the Study of Pain (MASP), Dr. Mary Suma Cardosa, sekiranya mana-mana individu yang mengalami kesakitan pada mana-mana tubuh badan tetapi tidak dapat diterangkan secara terperinci, berkemungkinan individu tersebut mengalami kesakitan saraf.
Tambah beliau lagi, kesakitan saraf atau neuropatik adalah sejenis kesakitan kronik yang berpunca daripada kerosakan pada saraf yang berfungsi mengesan kesakitan, atau pada bahagian dalam sistem saraf yang menghantar isyarat kesakitan seperti saraf tunjang atau otak.
"Kesakitan saraf boleh membawa kesan negatif yang signifikan dalam rutin harian pesakit serta kualiti kehidupan mereka.
"Ramai penghidap penyakit ini menghadapi kesukaran untuk tidur, hilang tumpuan serta selalu berasa letih dan tidak bermaya.
"Ada yang langsung tidak boleh mengenakan pakaian kerana mengalami kesakitan yang teramat sangat apabila pakaian bersentuhan dengan kulit," katanya lagi ketika ditemui di ibu negara, baru-baru ini.
Mengulas lanjut mengenai penyakit tersebut, Dr. Mary memberitahu, pesakit yang mengalami penyakit ini juga boleh mengalami kemurungan yang teruk di samping kebimbangan yang tinggi dalam diri masing-masing.
Ini kerana mereka sentiasa berfikir bagaimana untuk menyembuhkan penyakit tersebut selain sentiasa berfikir untuk mencari penawar bagi menyembuhkan penyakit mereka.
Pada masa yang sama, beliau menerangkan, pesakit yang mengalami penyakit ini sering menghadapi masalah untuk menerangkan kesakitan yang dialami.
"Keadaan ini juga secara tidak langsung menunjukkan perbezaan dalam fisiologi dan psikologi yang mempengaruhi cara seseorang itu menerangkan kesakitan mereka," kata Dr. Mary.
Katanya lagi, sehingga hari ini tiada ujian diagnostik yang dapat membuktikan bahawa kesakitan itu wujud.
Bagaimanapun, dalam usaha meningkatkan kesedaran mengenai kesakitan saraf dan rawatan untuk keadaan kesakitan yang dialami pesakit, Pfizer Malaysia baru-baru ini telah menjalankan sebuah siri bengkel kesedaran penyakit dengan usahasama Persatuan bagi Kajian mengenai Penyakit Malaysia (Malaysian Association for the Study of Pain - MASP).
Bengkel tersebut diadakan bertujuan untuk menggalakkan rakyat Malaysia mendapatkan bantuan doktor dalam usaha mengenal pasti penyakit yang mereka hidapi.
Menurut Pengarah Perubatan Pfizer Malaysia, Dr. Vicknesh Wellupillai, bagi mana-mana individu yang mengalami apa jua kesakitan ataupun mengesyaki bahawa mereka mengalami kesakitan saraf, disarankan agar membuat temujanji untuk berjumpa doktor.
Dalam temujanji tersebut, katanya lagi, pesakit haruslah menerangkan dengan jelas mengenai kesakitan yang dirasai dan bahagian tubuh yang terjejas akibatnya dan sekiranya boleh tunjukkan diari kesakitan anda kepada doktor.
"Gunakan perkataan-perkataan yang menerangkan kesakitan seperti rasa pedih, menikam, mencucuk, berdenyut, kebas dan apa sahaja kata sifat yang boleh memberikan gambaran yang jelas kepada doktor anda.
"Langkah yang paling penting untuk merawat kesakitan saraf adalah dengan mempunyai pelan pengurusan kesakitan yang dibina oleh pesakit dan doktor masing-masing.
"Ini kerana hari ini terdapat juga ubat-ubatan yang selamat dan berkesan untuk kesakitan saraf di mana ia boleh melegakan kesakitan yang anda alami," ujarnya lebih lanjut.
Dalam pada itu, pada Jun lalu, Pfizer Malaysia telah menjalankan kaji selidik dalam kalangan 428 rakyat Malaysia yang berumur antara 25 hingga 65 tahun.
Objektif kaji selidik tersebut adalah untuk mengkaji pengetahuan mengenai kesakitan dalam kalangan rakyat Malaysia dan kaedah yang digunakan untuk merawatnya.
Kajian yang dilakukan di hospital-hospital terpilih seluruh negara turut mengutarakan 20 soalan yang berkaitan untuk dijawab.
Dan keputusan daripada kaji selidik tersebut mendapati lapan daripada 10 rakyat Malaysia menyatakan bahawa kesakitan telah menjejaskan kehidupan mereka dan disebabkan kesakitan para pesakit mengalami ketidakupayaan dan kualiti hidup mereka menurun.
Bukan itu sahaja, lebih daripada separuh responden turut mengalami kesukaran menerangkan keadaan kesakitan kepada doktor masing-masing.
Yang penting hari ini pengurusan kesakitan kronik adalah langkah terbaik bagi mengatasi sakit berpanjangan supaya pesakit boleh menjalani kehidupan dengan lebih berkualiti.
Malaysia menewaskan myanmar 2-0 dalam Pesta Bola merdeka Kelmarin
Jaringan daripada Rozaimi Abdul Rahman pada minit ke-29 dan gol pada penghujung permainan oleh Junior Eldstal cukup buat Malaysia memahat kemenangan kedua ke atas lawan mereka itu.
Biarpun rentak anak-anak buah Ong Kim Swee mungkin tidak begitu garang, kekentalan barisan pertahanan yang diterajui Mohd. Fadhli Mohd. Shas serta kecekapan penjaga gol, Mohd. Izham Tarmizi memastikan Myanmar tunduk kepada Harimau Muda.
Kejayaan itu juga membolehkan Malaysia membawa pulang RM164,500 dan mengulangi pencapaian pada 2007 dengan mengalahkan lawan sama 3-1 di Stadium Shah Alam.
Kemenangan ini juga memberi isyarat jelas kepada pasukan-pasukan lain tentang keseriusan Harimau Muda memburu pingat emas hatrik pada Sukan SEA 2013, setelah mencatat kemenangan empat kali berturut-turut termasuk dua ke atas pencabar utama, Myanmar yang bakal menjadi tuan rumah pada temasya dwi tahunan itu.
Tambah membanggakan, Wan Zack Haikal Wan Nor diumumkan sebagai Pemain Terbaik Kejohanan sementara Rozaimi mendapat Anugerah Penjaring Terbanyak Kejohanan.
Kim Swee membuat sedikit kejutan dalam senarai kesebelasan utama apabila menyenaraikan Rozaimi buat kali pertama bergandingan bersama A. Thamil Arasu manakala Syahrul Azwari Ibrahim menggantikan D. Saarvindran di sayap kiri.
Percaturan itu nampak jelas memberikan pulangan setimpal ekoran larian lincah Rozaimi kerap kali membuatkan pertahanan Myanmar kelam kabut, namun aksi Junior tampak kurang bertenaga di bahagian tengah selepas baru pulih daripada masalah keracunan makanan.
Walaupun penguasaan bahagian tengah jelas kurang memihak kepada Harimau Muda, kerap kali serangan pantas yang digerakkan Mohd. Irfan Fazail hampir meletakkan Malaysia di hadapan lebih awal cuma Rozaimi gagal mengambil peluang terhidang pada minit ke-2 dan 7.
Hasil gerakan pantas Wan Zack Haikal Wan Nor, dia masih mampu melepaskan percubaan dari luar kotak penalti yang gagal ditangkap kemas Pyaye Phyo Aung dan Rozaimi yang berada berdekatan, mudah menolak masuk ke dalam gawang yang ternganga.
Rozaimi sepatutnya menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-34, namun tandukannya yang berpunca daripada situasi sepakan sudut pantas ditepis keluar oleh Phyo Aung dan Kyi Lin hampir mencemaskan penyokong Harimau Muda sebelum babak pertama berakhir, mujur percubaannya sedikit tersasar di sebelah kanan pintu gol.
Momentum Harimau Muda sedikit menurun pada babak kedua dengan Myanmar bertali arus melancarkan serangan tetapi kecekapan penjaga gol, Mohd. Izham Tarmizi menjadi penghalang apabila beberapa kali menyelamatkan pintu gol negara daripada ditembusi oleh David Htan pada minit ke-58 dan Kyaw Ko Ko, dua minit kemudian.
Fadhli Shas terlepas peluang mengukuhkan kedudukan Harimau Muda pada minit ke-76 apabila tandukannya sekadar singgah di palang hasil hantaran menarik ketua pasukan, Irfan Fazail.
Selepas acap kali diasak oleh Myanmar yang terdesak mendapatkan gol penyamaan, akhirnya Junior memastikan kelegaan seluruh rakyat Malaysia apabila larian solo pemain kacukan Sweden-Sabah itu memperdayakan dua pertahanan lawan sebelum menewaskan Phyo Aung melalui rembatan leret, dua minit sebelum perlawanan ditamatkan.
Jaringan itu memastikan suasana stadium bergema dengan sorakan Harimau Muda dan membunuh semangat perjuangan Myanmar sekali gus menjadikan Malaysia sebagai pencabar utama yang perlu diberi perhatian di Sukan SEA, Disember ini.
Dalam satu lagi perlawanan yang diadakan pada sebelah petang, Singapura memastikan mereka menamatkan kejohanan ini dengan bukan berada di tempat tercorot selepas menewaskan Thailand, 2-1.
Gol pada minit terakhir masa kecederaan oleh Muhd. Faris Ramli berjaya mengecewakan Thailand yang beberapa minit sebelum itu menyamakan kedudukan melalui Hasan Maeroh pada minit ke-82 sementara gol pendahuluan Singapura dicipta Muhd. Shahfiq Ghani pada penghujung separuh masa pertama.
Aku Kayaaaaa!!
Aku Kayaaaaa!!
'ISLAM mengajar umatnya jadi kaya...' antara tulisanku yang lalu, di bawah tajuk Usahawan: Yang Penting X Class, Bukan Ikhlas!
Seorang pengomen mengomen (Amin Nordin Ali said... Islam mengajar umatnya jadi kaya.. Boleh sapa tolong hurai.. aku tak berapa jelas.).
Terima kasih, komen tuan. Walaupun apa maksud tersirat tuan, saya ingn jelaskan, di sini..
Konsep 'Kaya' Menurut Syariat. Ini penting diketahui dulu...
Orang paling kaya, jika diukur dengan timbangan syariat, adalah: orang yang paling boleh terima apa saja. Nabi SAW berkata.
لَيْسَالْغِنَىعَنْكَثْرَةِالْعَرَضِ،وَلَكِنَّالْغِنَىغِنَىالنَّفْسِ
- “Kekayaan tidaklah diukur dengan banyaknya harta, namun kekayaan yang hakiki adalah kekayaan hati.” (HR. Bukhari dan Muslim; dari Abu Hurairah)
Kalau kita mampu mengamalkan hal di atas, kita sudah memilik harapan besar menjadi orang terkaya di dunia. Ujung-ujungnya, 'untung'lah yang menanti kita. Sabda Nabi SAW.
قَدْأَفْلَحَمَنْأَسْلَمَوَرُزِقَكَفَافًاوَقَنَّعَهُاللَّهُبِمَاآتَاهُ
- “Beruntunglah orang yang berIslam, dikunia rezeki yang cukup, dan dia dijadikan menerima apa pun yang diberikan Allah (kepadanya).” (HR. Muslim; dari Abdullah bin ‘Amr)
dikategorikan sebagai orang miskin. Kerana orang pertama bersikap 'memada dengan yang ada' dan orang kedua tetap 'tidak puas dan terus merasa kurang walaupun wang yang didapatnya sangat banyak.
Ada orang kata, "Ai, RM60 se hari boleh cukup ke? Makan minum anak isteri, pakaian, pembelajaran dan segala macam gedebuk-gedebak lain, mana boleh cukup?
Kata Nabi SAW..
مَنْأَصْبَحَمِنْكُمْآمِنًافِيسِرْبِهِ،مُعَافًىفِيجَسَدِهِ،عِنْدَهُقُوتُيَوْمِهِ،فَكَأَنَّمَاحِيزَتْلَهُالدُّنْيَا
- “Barangsiapa yang melewati harinya dengan perasaan aman dalam rumahnya, sihat badannya, dan memiliki makanan untuk hari itu, maka seakan-akan ia telah memiliki dunia seisinya.” (HR. Tirmidzi; dinilai hasan oleh Al-Albani)
Bagaimana membangunkan peribadi yang qana’ah atau kaya hati?
Di antara tip kejayaan membentuk jiwa yang qana’ah adalah dengan melatih diri menyedari seyakin-yakinnya bahawa rezeki hanyalah di tangan Allah dan yang kita dapatkan telah dicatat oleh Allah Ta’ala, serta tidak mungkin melebihi apa yang telah ditentukan-Nya, walaupun bersunguh-sungguh bekerja.
Allah Ta’ala mengingatkan,
وَمَامِندَآبَّةٍفِيالأَرْضِإِلاَّعَلَىاللّهِرِزْقُهَا
- “Tidak ada satu pun makhluk bergerak (bernyawa) di bumi melainkan semuanya dijamin rezekinya oleh Allah.” (QS. Hud:6)
إِنَّأَحَدَكُمْلَنْيَمُوْتَحَتَّىيَسْتَكْمِلَرِزْقَهُ،فَلاَتَسْتَبْطِئُواالرِّزْقَ،وَاتَّقُوااللهَأَيُّهَاالنَّاس، وَأَجْمِلُوْافِيالطَّلَبِ،خُذُوْامَاحَلَّوَدَعُوْامَاحَرُمَ
- “Sesungguhnya, seseorang di antara kamu tidak akan mati kecuali setelah dia mendapatkan seluruh rezeki (yang Allah takdirkan untuknya) secara sempurna. Maka, janganlah kamu bersikap tidak sabar dalam menanti rezeki. Bertakwalah kepada Allah, wahai manusia! Carilah rezeki secara profesional, ambillah yang halal dan tinggalkan yang haram.” (HR. Al-Hakim; dari Jabir; dinilai sahih oleh Al-Albani)
Sebagai suatu karakter yang terpuji, qana’ah dapat menumbuhkan sifat-sifat positif, Di antaranya:
Pertama: Qana’ah menjadikan seseorang tidak mudah tergiur untuk memiliki harta yang dimiliki orang lain. Macam anak ayam, berebut cacing walaupun sudah berada di dalam mulut anak-anak ayam lain.
Orang itu merasa cukup dengan apa yang telah dimilikinya, sehingga dia selalu hidup dalam ketenteraman dan kedamaian batin. Dia tidak pernah iri mahupun dengki dengan kelebihan nikmat yang Allah limpahkan pada orang lain. Karakter istimewa inilah yang Allah rakam sebagai salah satu perangai sahabat Rasul SAW semasa Beliau menceritakan keadaan mereka yang fakir..
يَحْسَبُهُمُالْجَاهِلُأَغْنِيَاءمِنَالتَّعَفُّفِتَعْرِفُهُمبِسِيمَاهُمْلاَيَسْأَلُونَالنَّاسَإِلْحَافاً
- “(Orang lain) -yang tidak tahu– menyangka bahawa mereka adalah orang-orang kaya, kerana mereka menjaga diri (dari meminta-minta). Engkau (wahai Muhammad), mengenal mereka dari ciri-cirinya, mereka tidak meminta dengan cara mendesak kepada orang lain.” (QS. Al-Baqarah:273)
Kedua: Qana’ah menempa jiwa seseorang untuk tidak mengadu tentang kesusahan hidupnya melainkan hanya kepada Allah Yang Mahakaya.
Inilah salah satu tingkatan tawakal tertinggi, yang telah dicapai oleh para nabiyullah. Sebagaimana yang Allah ceritakan tentang Nabi Ya’kub ‘alaihis salam (AS),
قَالَإِنَّمَاأَشْكُوبَثِّيوَحُزْنِيإِلَىاللّهِ
- “Dia (Ya’kub) berkata, ‘Hanya kepada Allah, aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku.’” (QS. Yusuf:86)
Namun, realitinya lain. Rata-rata, kita masih suka mengetuk pintu makhluk sebelum mengetuk pintu Khalik. Kerana itulah, ulama mengingatkan.. “Ada ke, antara kita yang meminta keperluannya kepada Allah dulu, sebelum meminta kepada manusia?”
Qana’ah bukan bererti tidak berikhtiar.
Qanaah itu perlu dipahami dalam perspektif produktif. Qanaah itu setelah berikhtiar. Sehingga, seorang itu tidak boleh duduk berpangku tangan saja. Rasulullah menyatakan, Allah tidak pernah melemparkan emas dan perak dari langit, ketika beliau menegur seorang sahabat yang hanya berdzikir saja dalam masjid.
Qana’ah atau 'memada dengan yang ada' tidaklah seperti itu. Kerana qana’ah maksudnya, seorang hamba bekerja semampunya dengan tetap memperhatikan rambu-rambu syariat. Setelah itu, berapa pun hasil yang didapati dari kerjakuatnya, diterimanya dengan penuh rasa ridha tanpa cerewet.
Nabi SAW menjelaskan hakikat tawakal dan korelasinya dengan ikhtiar, dalam sebuah perumpamaan yang sangat detail,
لَوْأَنَّكُمْكُنْتُمْتَوَكَّلُونَعَلَىاللَّهِحَقَّتَوَكُّلِهِلَرُزِقْتُمْكَمَايُرْزَقُالطَّيْرُتَغْدُوخِمَاصًاوَتَرُوحُبِطَانًا
- “Andainya kamu benar-benar bertawakal kepada Allah, niscaya kamu akan mendapat rezeki sebagaimana burung memperoleh rezeki. Dia pergi di pagi hari dalam keadaan perut kosong, lalu pulang petangnya dalam keadaan perut kenyang.” (HR. Tirmidzi, dan beliau berkomentar bahwa hadis ini hasan sahih)
Tapi ingat, ada kaya yang dibenci Allah SWT, Kaya Tak Guna!!! Bersambung..
Ibnu Hasyim: Ini, Ulama Ganti Mat Sabu.. -Subky Latif
Ibnu Hasyim: Ini, Ulama Ganti Mat Sabu.. -Subky Latif: Siapa ulama ganti Mat Sabu? MASYARAKAT di luar PAS sedang mencarisiapa daripada kalangan ulama dalam PAS yang hend...
Ibnu Hasyim: Aku Kayaaaaa!!
Ibnu Hasyim: Aku Kayaaaaa!!: CATATAN SANTAI 'ISLAM mengajar umatnya jadi kaya...' antara tulisanku yang lalu, di bawah tajuk Usahawan: Yang Penting X Cla...
Ibnu Hasyim: Tempuh PAS Berpecah Sudah Tiba -Mohd Sayuti Omar...
Ibnu Hasyim: Tempuh PAS Berpecah Sudah Tiba -Mohd Sayuti Omar...: Ketua Dewan Urusan Ulama PAS Datuk Harun Taib membuat cadangan supaya PAS mengkaji semula kerjasama (tahalus syiasi) dengan PKR. Belia...
KELAB GREENBOC: Semua Jijik Dengan Utusan, Bagi Free Pun Orang Tak...
KELAB GREENBOC: Semua Jijik Dengan Utusan, Bagi Free Pun Orang Tak...: U tusan tak jadi pilihan walau diedar percuma Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia tidak menjadi pilihan hari ini kepada tetamu yang hadir p...
KELAB GREENBOC: Apa Perlu Peserta Ops Bubar Dipenjara Serta-Merta?...
KELAB GREENBOC: Apa Perlu Peserta Ops Bubar Dipenjara Serta-Merta?...: M engapa deraan perlu maksimum dan ditolak penangguhan hukuman? Oleh Ahmad Lutfi Othman Saya sukar memahami mengapa Hakim Mahkamah Sesyen...
Harun: Kaji semula tahaluf PAS dalam Pakatan
Ketua
Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib mencadangkan PAS supaya mengkaji
semula kerjasama politik (tahaluf siyasi) dalam Pakatan Rakyat
berdasarkan garis panduan syura berikutan pengaruh parti itu dilihat
semakin lemah.
Beliau berkata ia wajar berikutan kebelakangan ini berlaku pelbagai perkara yang melemahkan PAS selain merosakkan hubungan dalam tahaluf siyasi sendiri, lapor Sinar Harian hari ini.
"Saya harap PAS Pusat segera menubuhkan jawatankuasa khas untuk mengkaji dan menilai semula kemerosotan sokongan pengundi Melayu terhadap PAS termasuk tahaluf siyasi terutama dengan Pakatan, sejauh mana ia menguntungkan PAS," katanya seperti dipetik akhbar itu.
Beliau berkata demikian dalam ucaptama Multaqa Ulama Semalaysia di Kompleks PAS Kedah semalam.
Beliau berkata analisis pasca pilihan raya umum lalu perlu dilakukan secara terperinci bagi melihat sejauh mana kelebihan dan kekurangan berdasarkan syara' termasuk kerjasama politik bersama PKR dan DAP pada pilihan raya umum ke-14.
"Malah kita meletakkan harapan tinggi kepada golongan ulama PAS agar bersedia daripada sekarang untuk diletakkan sebagai calon PRU-14," katanya sambil menyarankan supaya pertukaran, perebutan dan penyerahan kerusi berpotensi PAS kepada PKR dikaji semula dan diberi perhatian.
"Berdasarkan keputusan PRU-13, PAS sudah hilang dominasi dalam Pakatan menjadikan kedudukan PAS sangat lemah berbanding sebelum ini. Kekalahan 52 daripada 73 kerusi ditandingi (PRU-13) lebih teruk berbanding PRU-12, berkurangan dua kerusi," katanya.
Menurutnya, ini membuktikan PAS gagal meyakinkan pengundi Melayu bahawa parti itu mampu memainkan peranan penting dalam memartabatkan Islam.
"Sikap toleransi berlebihan dan tidak berhati-hati PAS terhadap tawar-menawar bukan Islam dan bukan Melayu juga amat meragukan pengundi Melayu terhadap kemampuan parti dalam memelihara kepentingan mereka," katanya.
Dalam laporan itu juga, Harun berkata meskipun undi Cina terhadap PAS pada PRU-13 meningat 14.1 peratus, parti itu masih gagal mengukuhkan kedudukan dan pengaruh dalam parlimen.
"Umno lebih terkedepan dalam memancing undi Melayu," katanya.
Menurutnya, mustahil bagi PAS untuk berkembang selagi tidak memperjuangkan haknya dalam Pakatan untuk menambah peluang memenangi lebih kerusi parlimen atau menjadi teras kerajaan jika Pakatan memerintah kelak.
Pada PRU13 lalu, PAS menang 21 kerusi daripada 88 kerusi parlimen yang merangkumi sembilan kerusi di Kelantan, empat di Selangor dan Terengganu, Perak (2) dan masing-masing satu kerusi di Pahang dan Kedah.
Manakala PKR menang 30 kerusi sementara DAP 38 kerusi.
Beliau berkata ia wajar berikutan kebelakangan ini berlaku pelbagai perkara yang melemahkan PAS selain merosakkan hubungan dalam tahaluf siyasi sendiri, lapor Sinar Harian hari ini.
"Saya harap PAS Pusat segera menubuhkan jawatankuasa khas untuk mengkaji dan menilai semula kemerosotan sokongan pengundi Melayu terhadap PAS termasuk tahaluf siyasi terutama dengan Pakatan, sejauh mana ia menguntungkan PAS," katanya seperti dipetik akhbar itu.
Beliau berkata demikian dalam ucaptama Multaqa Ulama Semalaysia di Kompleks PAS Kedah semalam.
Beliau berkata analisis pasca pilihan raya umum lalu perlu dilakukan secara terperinci bagi melihat sejauh mana kelebihan dan kekurangan berdasarkan syara' termasuk kerjasama politik bersama PKR dan DAP pada pilihan raya umum ke-14.
"Malah kita meletakkan harapan tinggi kepada golongan ulama PAS agar bersedia daripada sekarang untuk diletakkan sebagai calon PRU-14," katanya sambil menyarankan supaya pertukaran, perebutan dan penyerahan kerusi berpotensi PAS kepada PKR dikaji semula dan diberi perhatian.
"Berdasarkan keputusan PRU-13, PAS sudah hilang dominasi dalam Pakatan menjadikan kedudukan PAS sangat lemah berbanding sebelum ini. Kekalahan 52 daripada 73 kerusi ditandingi (PRU-13) lebih teruk berbanding PRU-12, berkurangan dua kerusi," katanya.
Menurutnya, ini membuktikan PAS gagal meyakinkan pengundi Melayu bahawa parti itu mampu memainkan peranan penting dalam memartabatkan Islam.
"Sikap toleransi berlebihan dan tidak berhati-hati PAS terhadap tawar-menawar bukan Islam dan bukan Melayu juga amat meragukan pengundi Melayu terhadap kemampuan parti dalam memelihara kepentingan mereka," katanya.
Dalam laporan itu juga, Harun berkata meskipun undi Cina terhadap PAS pada PRU-13 meningat 14.1 peratus, parti itu masih gagal mengukuhkan kedudukan dan pengaruh dalam parlimen.
"Umno lebih terkedepan dalam memancing undi Melayu," katanya.
Menurutnya, mustahil bagi PAS untuk berkembang selagi tidak memperjuangkan haknya dalam Pakatan untuk menambah peluang memenangi lebih kerusi parlimen atau menjadi teras kerajaan jika Pakatan memerintah kelak.
Pada PRU13 lalu, PAS menang 21 kerusi daripada 88 kerusi parlimen yang merangkumi sembilan kerusi di Kelantan, empat di Selangor dan Terengganu, Perak (2) dan masing-masing satu kerusi di Pahang dan Kedah.
Manakala PKR menang 30 kerusi sementara DAP 38 kerusi.
Q&A: Nafkah anak kematian bapa
Ustaz Ahmad Adnan Fadzil, | 14 Sep 2013 |
Siapakah yang wajib bertanggungjawab (dari segi nafkah) terhadap anak-anak yang kematian bapa? Ibu masih ada tetapi kurang berkemampuan.
Jawapan;
Dalam surah al-Baqarah ayat 233 Allah menegaskan; “...dan kewajipan bapa ialah menanggung nafkah dan pakaian mereka dengan cara yang berpatutan. ...ahli waris pun (berkewajipan) seperti itu juga.”
Berdasarkan ayat ini para ulama menyimpulkan bahawa; kewajipan nafkah asalnya tertanggung di atas bahu bapa. Jika bapa tidak mampu atau mati, nafkah si anak ditanggung oleh waris-waris si anak (iaitu kerabat-kerabatnya yang akan mewarisi darinya) merangkumi ibunya sendiri, datuknya, neneknya, saudaranya, bapa saudaranya dan sebagainya lagi yang dapat mewarisi darinya. Jika waris ramai, tanggungan nafkah wajib dikongsi mengikut kadar pewarisan masing-masing. Sebagai contohnya; jika si anak hanya mempunyai nenek dan saudara lelaki sahaja, maka nenek wajib menanggung 1/6 nafkahnya dan saudara lelaki pula nafkah selebihnya iaitu mengikut kadar pewarisan mereka. Ini merupakan pandangan mazhab Hanbali berdalilkan ayat di atas.
Menurut mazhab Syafiie; nafkah anak wajib di tanggung oleh usul-usulnya (iaitu bapa, ibu, datuk, nenek hingga ke atas) dengan didahulukan usul lelaki ke atas usul perempuan. Selama masih ada usul lelaki (bapa, datuk hingga seterusnya), nafkah tidak ditanggung oleh usul perempuan (ibu, nenek hingga seterusnya). Bagi anak yang kematian bapa atau bapanya tidak mampu, nafkahnya wajib ditanggung oleh datuknya, diikuti oleh bapa kepada datuknya hinggalah seterusnya ke atas. Yang lebih dekat didahulukan dari yang jauh. Jika si anak mempunyai datuk dan juga bapa kepada datuknya, nafkahnya wajib ditanggung oleh datuk kerana ia lebih dekat. Jika sama-sama dekat (seperti si anak mempunyai datuk sebelah bapa (iaitu bapa kepada bapanya) dan juga datuk sebelah ibu (iaitu bapa kepada ibunya), kewajipan nafkah dikongsi bersama. Apabila tidak ada lansung datuk atau datuk yang ada tidak mampu, barulah kewajipan nafkah berpindah kepada usul-usul perempuan (iaitu ibu atau nenek atau yang lebih atas).
Perlu disebutkan; kewajipan menanggung nafkah orang lain tertakluk kepada kemampuan. Jika tidak mampu, tidaklah seseorang itu dibebani oleh syarak untuk menanggung nafkah orang lain sedang nafkahnya sendiri tidak tertanggung. Hal ini telah disepakati ulama. Maksud kemampuan itu ialah mempunyai lebihan setelah ditolak keperluan diri sendiri sama ada dari hartanya sedia ada atau dari pendapatannya. Sabda Nabi SAW; “Mulailah dengan diri kamu, bersedekahlah kepada diri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk isteri kamu. Jika ada lebihan lagi, maka untuk ahli kerabat kamu. Jika ada suatu lebihan lagi setelah itu, maka untuk begini dan begini; yakni untuk orang di hadapan kamu, di kanan dan kiri kamu.” (Soheh Muslim; 997, dari Jabir RA).
http://ilmudanulamak.blogspot.com/
Langgan:
Catatan (Atom)