http://yongsukakuning.blogspot.com, | 15 Jul 2013 |
AYAM BUSUK |
Tak tahu yang busuk ni apa atau siapa. Ayam atau orang?
Menteri kata jangan beli ayam. Tapi Yong
degil, Yong beli juga. Kenapa Yong beli? Sebab dah lama tak beli ayam
pasaraya. Selalunya Yong beli ayam kampung dari pasar tani. Yong selang
seli dengan ayam organik.
Tapi kali ini Yong beli drumstick ayam dari hypermarket terkenal. Hati kecil kata, jangan. Tapi sebab ingat nak grill...
Seperti selalu, ayam campur rempah ratus, masuk dalam ketuhar. Siap.
Masuk waktu berbuka puasa, Yong rasa ayam
macam tak segar. Takut mungkin masalah deria rasa Yong minta Bodyguard
rasa jugak. Deria rasa Yong memang super sensitif. Tapi kali ini sah!
Ayam memang tak berapa segar. Ayam tolak tepi. Nanti basuh, bagi kucing
jer.
Mujur ada lauk lain…
Hampeh! Disebabkan harga ayam dah naik, hypermarketpun jual daging ayam yang dah tak berapa segar. Entah bila sembelih.
Kekurangan supply ayam ini nampaknya dah
menimbulkan masalah lain. Masalah kualiti ayam sudah diketepikan demi
memenuhi permintaan.
Pihak penguatkuasa tolonglah!
Jangan hanya serbu pasar dan peniaga kecil. Hypermarket juga kena selalu dipantau.
Menteri dan peniaga ayam dan ayam nampaknya sama saja.
Menteri bangang. Peniaga ayam tamak. Ayam busuk.
Nasihat Yong: Belilah
ayam di pasar basah. Mungkin mahal sikit. Tapi ayamnya lebih segar.
Selain kita tolong peniaga kecil, kita juga tidak menyumbang untuk
menambah kekayaan kapitalis.