Ahad, 5 Mei 2013
Ibnu Hasyim: Insya Allah, 1999 Kembali, Ditambah Gelombang A/mu...
Ibnu Hasyim: Insya Allah, 1999 Kembali, Ditambah Gelombang A/mu...: MARANG: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, keputusan Pilihan raya Umum ke-13 ini yang berlangsung pada hari i...
Ibnu Hasyim: Kurang 48 Jam Dari Sekarang.... Mursyidul Am PAS
Ibnu Hasyim: Kurang 48 Jam Dari Sekarang.... Mursyidul Am PAS: Pesanan Khas Tuan Guru Mursyidul Am PAS Kepada Pengundi Bismilllahir-Rahmanir-rahim. Assalamu’alaikum waramatullahi wa barakatuh. ...
Helikopter dinaiki Hisham terbali
Helikopter dinaiki Hisham terbalik
5:17PM Mei 5 2013 |
Menteri
Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama keluarga
terselamat selepas helikopter yang mereka naiki terbalik akibat angin
kencang di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia, Sungai Besi
hari ini.
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang mengesahkan kejadian itu dalam sidang media di Bukit Aman di Kuala Lumpur, berkata kesemua mereka iaitu isteri, anak dan menantu Hishammuddin selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian tengah hari ini.
Beliau berkata helikopter sewa milik syarikat swasta itu terbalik selepas mendarat berikutan angin kencang melanda kawasan itu.
"Hishammuddin menaiki pesawat itu untuk datang ke Kuala Lumpur setelah pulang mengundi di Johor," katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai kejadian itu.
Hishammuddin bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Sembrong, Johor, pada pilihan raya umum ke-13.
- Bernama
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang mengesahkan kejadian itu dalam sidang media di Bukit Aman di Kuala Lumpur, berkata kesemua mereka iaitu isteri, anak dan menantu Hishammuddin selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian tengah hari ini.
Beliau berkata helikopter sewa milik syarikat swasta itu terbalik selepas mendarat berikutan angin kencang melanda kawasan itu.
"Hishammuddin menaiki pesawat itu untuk datang ke Kuala Lumpur setelah pulang mengundi di Johor," katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai kejadian itu.
Hishammuddin bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Sembrong, Johor, pada pilihan raya umum ke-13.
- Bernama
TG Nik Aziz lena di surau sebelum teruskan kempen
TG Nik Aziz lena di surau sebelum teruskan kempen
Rizal Tahir, | 05 Mei 2013 |
(TG Nik Aziz berehat sebentar sebelum meneruskan kempen)
PENGKALAN CHEPA: Inilah pemimpin rakyat. Kelihatan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berehat di sebuah surau sebelum meneruskan penjelajahan kempen ke seluruh Kelantan.
Inilah yang berlaku kepada Tuan Guru Datuk Abdul Aziz yang kini adalah Menteri Besar Kerajaan Sementara Kelantan.
Setelah keluar mengundi awal pagi bersama isteri Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, beliau belum berehat.
Awal pagi tadi beliau beratur panjang bagi menunggu giliran membuang undi.
(Beratur di awal pagi untuk mengundi)
Menteri Besar tidak menggunakan kedudukan sebagai ketua kerajaan untuk mengelak daripada beratur. Biar pun agak keuzuran namun beliau tetap beratur bersama pengundi-pengundi lain di Sekolah Menengah Raja Sakti, Kota Jembal.
Beliau dan isteri tiba di pusat mengundi tersebut kira-kira jam 8.15 pagi. Tiga anaknya, Nik Adli, Nik Abdul Rahim dan Nik Omar turut mengundi di tempat yang sama.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga calon Dun Chempaka ketika ditemui pemberita berharap Kelantan terus kekal di bawah pentadbiran ulama.
Menurutnya, tidak ada sebab langsung rakyat menolak kerajaan yang ada sekarang.
“Tengok pada zahirnya dan sekiranya PRU 13 ini berjalan mengikut demokrasi sebenar, PAS masih mampu mengekalkan pentadbirannya.
“Bagaimanapun kita tahu, PAS sering berhadapan dengan pelbagai dugaan, ugutan, politik wang untuk menjatuhkan kita,” ujarnya.
Manakala di Pasir Mas keghairahan rakyat untuk mengundi jelas kelihatan apabila orang ramai menyerbu tempat pembuangan undi sejak awal lagi.
Sebaik sahaja tempat pembuangan undi dibuka orang ramai terus menyerbu masuk.
(Saya sudah mengundi ...kata TG Nik Aziz dan isterinya)
Bagaimanapun sistem manual untuk mendapatkan kupon SPR bagi membolehkan mengundi masuk ke tempat pembuangan undi, sesak teruk sehingga mereka yang keuzuran berpatah balik.
Ramai merungut kerana kaedah mencari nama pengundi masih secara manual dengan mencari nama dan menggaris sebelum dikeluarkan kupon SPR mengikut saluran ditetapkan.
Keadaan itu menimbulkan bantahan orang ramai terutamanya orang tua-tua. Malah tidak ada petugas SPR di Sekolah Kebangsaan Kasa bagi membantu orang tua dan kurang upaya mendapatkan kupon SPR tanpa perlu menunggu lama.
Saluran pengundi muda iaitu lima hingga tujuh biar pun agak panjang, namun mereka lebih cepat membuang undi.
Kemungkinan jangkaan untuk mengetahui pemenang boleh diketahui lebih awal.
Petugas PAS di kaunter semakan daftar pemilih d luar sekolah tersebut memberihu kehadiran orang ramai membuat semakan di kaunter PAS lebih sibuk berbanding Umno.
Situasi serupa juga dapat disaksikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Bemban. Bagaimanapun di Dun Tendong keadaan lebih seimbang.
Di Kubang Kerian, hampir 70 peratus pengundi luar yang didaftar PAS telah mengeluar mengundi di sebelah pagi.
Menurut calon PAS Dun Pasir Tumboh, Abdul Rahman Yunus, semangat yang ditunjukkan pengundi luar dan pengundi pertama kali amat memberangsangkan berbanding PRU 2008.
Katanya kesungguhan anak-anak muda dan pengundi luar membuktikan peranan media baru boleh membantu menambahkan pengetahuan mereka.
“Saya amat terharu kerana di setiap peti undi yang saya kunjungi anak-anak Kelantan di perantauan yang pulang memberi sokongan padu,” ujar beliau.
“Kembalinya anak-anak yang berada di luar Kelantan, telah mengubah pendirian keluarga masing-masing yang mana sebelum ini ada yang menyokong Umno,” katanya.
'Ada orang curi hak saya untuk mengundi'
'Ada orang curi hak saya untuk mengundi'
2:22PM Mei 5 2013 |
Mereka akan membuat aduan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Di Kulai, Chua Siew Pin, 42, tiba di pusat mengundi di SJK (C) Batu kira-kira jam 10 pagi dan mendapati namanya telah digunakan.
"Saya menunggu ejen parti-parti politik untuk membantu saya. Saya akan memperjuangkan hak saya," katanya ketika dihubungi.
Beliau mendakwa pegawai SPR kemudian mengisi Borang 10 untuk menentukan identitinya, tetapi beliau bertegas supaya digunakan Borang 11 - borang deklarasi untuk membolehkannya mengundi sekiranya berlaku pertikaian.
"Saya masih menunggu keputusannya," katanya.
Calon DAP di Kulai, Teo Nie Ching berkata beliau telah menerima lima hingga enam aduan yang sama dan pengundi terbabit sedang menunggu beliau di pusat perkhidmatannya.
Teo, penyandang kerusi Parlimen Serdang, kata Liew Ah Moy (kanan) pergi ke SMK Kulai Besar pada jam 10.30 pagi, tetapi pegawai SPR memberitahunya yang dia 'telah mengundi'.
"Apabila saya memeriksa jari Liew, tidak ada tanda dakwat kekal," tulis Teo dalam tweetnya.
Di Klang, PKR, Dr Xavier Jeyakumar menulis dalam tweetnya bahawa dua pengundi membantah kerana orang lain telah mengundi menggunakan nama mereka.
"Gunakan Borang 11 dan benarkan pengundi tulen untuk mengundi," katanya menulis sebarang tweet.
Langgan:
Catatan (Atom)