Ahad, 4 September 2011

Pendedahan Berani Scorpene-Altantuya Di London Bulan Ini

London 4 Sept 11: Barisan peguam dari Perancis yang menyisat samada syarikat gergasi DCN membayar sejumlah besar wang dalam bentuk komisen dan imbuhan kepada pegawai atasan Malaysia termasuk PM Najib Razak akan member lapuran terkini berkenaan kes tersebut di London pada akhir bulan Sept ini.
Walaubagaimana pun, masih kurang jelas samada William Bourdon, yang diusir keluar dari Malaysia Julai lepas terlibat dalam pasukan yang menghadirir majlis ‘fundraiser’ yang dianjurkan oleh badan bukan kerajaan Suaram atau Voice of Malaysia, menurut pengarah Cynthia Gabriel, seorang lagi peguam terkenal Perancis iaitu Joseph Breham akan berada di London.
Breham dijangka mengambil alih dari Bourdon yang terpaksa berhenti selepas diusir. Breham nungkin akan mendedahkan secara terperinci rahsia yang diperolehi hasil siasatan kes tersebut. Rakyat Malaysia yang mengikuti kes kompleks tersebut menjangka kan yang pihak peguam akan mengesahkan bahawa pihak ketiga yang terbang bersama Razak Baginda dan Altantuya Sharibu ke Macau dan Hongkong ialah Najib.
Pendedahan tersebut akan meruntuhkan langit politik Najib, yang mana kedudukan rating popularitinya menurun 6% ke 59% dalam tempoh 3 bulan.
“Kejatuhan angka rating tersebut agak serius dan mempunyai kesan kepada UMNo dan BN untuk mengambil perhatian dan membuat tindakan segera. Sebagai pemimpin kerajaan, mereka haruslah menyiasat sebab musabab penurunan ini,kenapa rakyat tidak gembira. Hal ini bukan sesuatu yang hanya perlu untuk kesejahteraan politik mereka tetapi sebagai pemimpin yang bertanggungjawab yang dipilih oleh rakyat untuk menguruskan negara ini.kata Presiden transparency Malaysia,Ramon Navaratnam kepada Malaysia Chronicle.
Langit politik runtuh
Musuh-musuh politik Najib menunggu saat nya sahaja untuk menjatuhkan Najib. Sebarang pengesahan berkaitan Altantuya akan member peluang bagi mereka untuk membuat undi tidak percaya terhadap beliau walau pun beliau telah melafazakn sumpah dihadapan Al Quran yang beliau tidak kenal wanita tersebut.
Wanita jelita 28 tahun itu didakwa sebagai teman rapat kedua najib dan Razak . Wanita itu dibunuh di Malaysia dalam tahun 2006, dan 2 bekas pengawal peribadi najibtelah dihukum gantung sampai mati kerana membunuh wanita itu, walaupun kedua mereka tiada motif untuk bebuat demikian. Pegawai2 US dalam nota diplomatik mereka yang didedahkan di WikiLeaks mensidatkan perbicaraan terhadap kedua pengawal tersebut sebagai berat sebelah.rakyat Malaysia sendiri percaya kedua pengawal tersebut diarahkan untuk membunuh bagi mengelakkan dari wanita itu mendedahkan berkenaan komisen yang diambil oleh DCN.
Kedua –dua Bourdon dan Breham, yang merupakan peguam hak asasi terkemuka Perancis, dilantik oleh Suaram untuk menyiasat jika pembayar cukai telah di tipu secara tidak adil dan berlebihan oleh DCN.dalam proses siasatan tersebut, mereka perlu memeriksa urusaniaga antara baginda dengan DCN dan dipercayai mereka telah Berjaya negesan tiket penerbangan dan dokumentasi perjalanan yang menunjukkan pejalanan yang dibuat oleh Altantuya,Baginda dan lelaki ketiga misteri utnuk menjalankan urusan perniagaan DCN.
Keadaan menjadi kabur di Malaysia
Bourdon yang di usir secara mengejut dari Kuala Lumpur pada akhir Julai,dijadualkan untuk member kenyataan berkenaan pada peringkat kedua ‘ fundraiser’.Pengusiran beliau menimbulkan tandatanya dan berita tersebut tersebar luas.
Ini adalah satu kerajaan,walaupun mereka membelanjakan jutaan ringgit untuk perhubungan media dan perunding pengurusan yang sentiasa silap langkah dan menjerat diri.pengusiran peguam Perancis tersebut ialah contoh terbaru.Sekarang, buat pertama kalinya, semua perkara yang panas berkenaan skandal tersebut, termasuklah model yang di bunuh oleh pengawal peribadi PM-di siarkan dalam Washington Post.Hal ini menambahkan tandatanay kepada masyarakat. Kerajaan apakah yang ada Malaysia ini?Adakah Najib ini sebenar benar seperti yang beliau ingin gambarkan tentang diri beliau? Kata John Malott bekas duta AS ke Malaysia kepada Malaysia Chronicle.
Kementerian pertahanan Malaysia membeli 2 buah kapal selam Scorpene dan sebuah Agosta pada tahun 2002.Najib,menteri pertahanan ketika itu, terlibat dalam urusaniaga terebut yang ditentang hebat oleh pendapat umum kerana kos yang tinggi dan ketidaksesuaian kapal2 tersebut.Sehingga kini, masyarakt mensyaki bahawa kerajaan Malaysia masih melindungi fakta berkenaan kos sebenar urusniaga tersebut, terutamanya kos selenggaraan jangka panjang .
Kos yang paling hebat dipertikaikan ialah RM570 juts selanggaraan sokongan yang ditandatangani dengan Perimekar, sebuah frima berkaitan dengan baginda,yang juag bertindak sebagai perunding dalam hal ehwal jual beli kerajaan.
Kehadiran Rosmah dan rayuan Suaram untuk sumber kewangan
Pendedahan terbaru dari US atau nota diplomatic juga menimbulkan kesangsian terhadap dakwaan bahawa isteri Najib, Rosmah hadir di lokasi pembunuhan bersama dua pengawal tersebut. Bagaimanapun, berita tersbeut tidak menyatakan bahawa beliau bersih dari sebarang pembabitan dan melapurkan rakyat Malaysia tidak mempunyai kepercayaan terhadap integriti badan yang menyiasat kes pembunuhan Altantuya.
Di Perancis, membayar komisen utnuk mendapatkan sesuatu kontrak adalah salah di sisi undang-undangdan inilah sebabnya Suaram telah memulakan satu tindakan guaman terhadap DCN di Paris, selepas gagal mendapatkan kerjasam kerajaan Malaysia dan pihak berkuasa anti rasuh untuk menjalankan siasatan.
Setakat ini, Suaram telah emnganjurkan 3 majlis bagi mengumpul dana bagi membayar yuran guaman ,jamuan makan malam di London ialah majlis yang ke empat.Bagaimanapun, menurut CCynthis, badan bukan kerajaan tersebut masih jauh dari sasaran kutipan dana dan memerlukan lebih dana lagi bagi membolehkan tindakan guaman tersebut berjalan lancar.
- Malaysia Chronicle
Anda mungkin juga meminati:

KTM B/Timah Dibuka 16 Sept Ini Dedahkan Songlap UMNO..

Tinjau Kawasan KTM: Encik Shanmugam (kanan) dan BG Tan Chuan-Jin (enam dari kiri) melawat Stesen Kereta Api Bukit Timah semalam. -- Foto ZAOBAO
Singapura 3 Sept 11: ORANG ramai boleh menikmati alam semula jadi sambil menghirup udara segar di sebahagian kawasan Landasan Kereta Api Tanah Melayu (KTM) yang terletak berhampiran Stesen Kereta Api Bukit Timah (BTRS) mulai 16 September ini.
Menurut Penguasa Tanah Singapura (SLA), selain kawasan sekitar 1.4 kilometer itu, kawasan-kawasan lain di tapak tanah KTM juga akan dibuka kepada orang awam secara berperingkat. Kawasan yang bakal dibuka kepada orang ramai itu terletak di kawasan dari jambatan kereta api di Bukit Timah menghala ke Holland Road. Stesen Kereta Api Bukit Timah juga akan dibuka kepada orang ramai. Semalam, Menteri Undang-Undang merangkap Menteri Ehwal Luar, Encik K. Shanmugam, dan Menteri Negara (Pembangunan Negara merangkap Tenaga Manusia), Brigedier-Jeneral (BG) Tan Chuan-Jin, telah mengunjungi kawasan tersebut dan diberi taklimat oleh para pegawai kanan SLA. Landasan kereta api di kawasan itu sudah mula ditanggalkan dan SLA telah menanam rumput di bekas landasan tersebut. Ketika ditemui, Encik Shanmugam berkata SLA telah memastikan bahawa alam sekitaran di kawasan tersebut tidak diusik. 'Sebaai contoh, tidak ada sebatang pokok pun yang ditebang dan kami sudah pun mula menanam rumput,' katanya. Menyentuh mengenai proses memindahkan landasan kereta api itu, Encik Shanmugam berkata Singapura mempunyai tanggungjawab menanggal dan memulangkan kelengkapan landasan tersebut kepada Malaysia sebelum hujung tahun ini. Singapura, menurut beliau, harus memastikan kelengkapan tersebut dipulangkan sebelum tempoh tersebut. 'Ramai yang bertanya kenapa kita tidak menyimpan kelengkapan tersebut. 'Namun, di bawah perjanjian dengan Malaysia, kelengkapan itu milik mereka (Malaysia) dan kita harus memulangkannya,' kata beliau sambil menambah bahawa sekitar 30 peratus daripada kerja-kerja pemindahan itu sudah pun selesai. Ditanya mengenai masa depan kawasan-kawasan KTM itu, BG Tan berkata Kementerian Pembangunan Negara sedang berbincang mengenai penggunaan kawasan tersebut. 'Kami telah menerima pelbagai maklum balas dan idea mengenai apa yang harus dilakukan ke atas kawasan tersebut. 'Kawasan ini akan dibuka pada 16 September dan ia akan dipelihara. Bagi kawasan lain, ia akan dibuka secara bertahap sebaik sahaja kerja-kerja pemindahan landasan selesai,' kata BG Tan.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dikatakan rahsia di sebalik berita ini adalah antara agenda sulit Umno.
1- Melupuskan secara berperingkat khazanah dan harta negara.
2- Menghilangkan indentiti bangsa Melayu di bumi Melayu.
3- Sebahagian tanah Melayu dijual kepada cukong Cina dan sebahagian yang lain dijual kepada warga asing.
4- Umno membakar semangat Melayu dengan retorikanya dengan niat melalaikan bangsa Melayu..
Lihat lagi bukti-buktinya dalam kenyataan-kenyataan berikut.
(IH)

Anda mungkin juga meminati:

Lebuh raya: Awang Adek bertembung Mustapa

Lebuh raya: Awang Adek bertembung Mustapa

PAS ajak Umno debat 'Siapa Pejuang Merdeka'

PAS ajak Umno debat 'Siapa Pejuang Merdeka'

Komunisme: Senjata Umno selamanya

Komunisme: Senjata Umno selamanya

Laungan takbir raya 3 Syawal di rumah Ketua Umno

Laungan takbir raya 3 Syawal di rumah Ketua Umno
Umno Kelantan perhebat jentera pilihan raya
Sep 4, 11 6:44pm
Kongsi 28
Empat belas Ketua Bahagian Umno di Kelantan hari ini masing-masing dilantik sebagai pengarah jentera pilihan raya bagi setiap kawasan parlimen di negeri itu.

Setiap Ketua Bahagian Umno itu pula akan memilih di kalangan ahli Umno di bahagian masing-masing sebagai timbalan pengarah pilihan raya untuk “menjaga" setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Kelantan mempunyai 14 kawasan Parlimen dan 45 DUN.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pelantikan pengarah dan timbalan pengarah jentera pilihan raya adalah untuk menggerakkan parti dengan program-program bagi mengembalikan sokongan rakyat kepada BN.

Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, mereka yang menjadi pengarah dan timbalan pengarah jentera parti tidak semestinya akan dilantik sebagai calon pilihan raya umum.

"Mereka diberikan amanah untuk meyakinkan rakyat supaya menyokong kepada BN.

Soal calon adalah berbeza dan kepimpinan menetapkan hanya calon yang boleh menang akan dipilih,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri Perhubungan UMNO Negeri, di Kota Bharu hari ini.

renungan anak pasca merdeka



Soalan untuk renungan anak pasca merdeka
Tongkat Bahaman
Sep 4, 11
6:14pm
Kongsi 176
1. Benarkah Umno tidak pernah berperang dengan British dan pemimpinnya hanya berunding untuk mendapat kemerdekaan. Jadi Tunku adalah perunding atau pejuang?

2. Sebelum merdeka British begitu terancam dengan PKM selepas merdeka Umno pula, walaupun sudah berdamai (1989) tetapi tetap gelabah. Apakah mereka bimbang mengenai hakikat sejarah yang akan terbongkar?

NONE3. Benarkah ramai tentera British telah menjadi korban gerila Tentera Pembebasan Rakyat Malaya (TPRM) yang terdiri dari seluruh bangsa rakyat Malaya yang bergabung tenaga bersama PKM?

4. Bilakah semboyan merdeka bermula dan siapakah pemulanya?

5. Benarkah ramai perajurit TPRM juga telah terkorban menentang tentera penjajah Inggeris sejak darurat 1948 hinggalah merdeka. Apakah maksud pernyataan ini?

6. Kalau merdeka tanpa pertumpahan darah kenapa begitu ramai nama-nama askar Inggeris yang yang mati direkodkan di tugu negara kita. Kenapa mereka mati? Mempertahankan siapa - tanah jajahan atau rakyat Malaya?

7. Benarkah Darurat 1948 adalah perang terhadap rakyat yang berjuang bersemboyankan merdeka. Mereka ditangkap, dipenjara dan dibunuh yang terlepas menyusup ke hutan bergerila membentuk TPRM.

8. Akta Darurat 1948 adalah demi keselamatan negara atau keselamatan imperialis Inggeris di Malaya?

NONE9. Benarkah darurat 1948 ini diisytiharkan sesudah kuasa penjajah Inggeris melihat PKMM, AWAS, API, PKM, BATAS, Kesatuan Buruh dan lain-lain telah berjaya mengumpulkan berjuta rakyat Malaya di bawah PUTERA-AMCJA untuk mengusulkan negara merdeka berpelembagaan.

10. Benarkah darurat 1948 diistiharkan bagi mengekang tekanan dan suara merdeka di bawah PUTERA-AMCJA pelbagai kaum rakyat Malaya ketika itu.

11. Benarkah HARTAL yang dilancarkan pada 1948 adalah antara penyebab kuasa imperialis Inggeris melancarkan akta darurat 1948… dan kenapa?

12. Siapakah yang sebenarnya dalam keadaan darurat – imperialis Inggeris atau rakyat kerana kebangkitan seluruh rakyat ketika itu?

13. Benarkah akta ini adalah muslihat untuk British tidak mengisytiharkan perang sedangkan ia suatu perang terhadap rakyat yang berjuang menuntut Merdeka dengan membawa masuk 400,000 tentera dari tanah-tanah jajahannya ke Malaya ?

14. Kerana akta ini ramai pemimpin PKMM, AWAS, API serta lain-lain parti yang berjuang untuk menuntut merdeka telah bersama PKM dan berjuang dengan senjata menentang Inggeris dan kenapa ?

15. Jika mereka tidak memilih hutan dan gerila apakah pilihan yang ada untuk mereka kerana seluruh parti-parti progresif telah diharamkan. Apakah mereka perlu memilih rumah pasung Inggeris (balai polis), penjara atau tali gantung (Umno sahaja yang tidak diharamkan ketika itu kerana ia ditaja oleh British).

16. Kenapa perang dalam negeri terus berlangsung selepas merdeka. Bukankah ini antara syarat yang dikenakan Inggeris untuk merundingkan kemerdekaan? Apakah signifikan syarat ini? Tidakkah untuk memberi masa kepada British bagi mengelak “premature withdrawal” dan apakah signifikannya terhadap soal perniagaan senjata jangka panjangke Malaya oleh British serta kepentingan mempertahankan harta mereka (kolonial) yang masih ada?

tunku abdul rahman merdeka declaration 26100417. Benarkah Inggeris memberi kemerdekaan kepada Malaya kerana mereka hormat orang Melayu yang mereka pernah tulis sebagai bangsa yang tinggal di atas pokok (1786) atau kerana mereka sudah tidak dapat tahan terhadap ribuan serangan bertubi-tubi dari gerila PKM yang menyebabkan beribu-ribu askarnya cedera dan terkorban.

18. Setujukah kalau kita katakan bahawa kita hanya ada sebelah buku sejarah iaitu versi Umno sedangkan Inggeris mempunyai buku sejarah tentang negara kita yang lebih lengkap yang tersimpan di London.

19. Bolehkah wira-wira Melayu silam seperti Tok Janggut, Datuk Bahaman, Mat Kilau, Datuk Sagor, Datuk Maharajalela dan yang lainnya yang dituduh oleh British sebagai pengganas itu diterima sebahagian dari pejuang kemerdekaan.

20. Benarkah pada tahun 1948 Umno hanya sebuah parti (gerombolan) kecil minoriti seperti PERKASA hari ini ?

21. Kenapa semboyan Umno adalah hidup Melayu dan bukan Merdeka, adakah ini kerana mereka pada awalnya memperlekehkan gerakan untuk merdeka atau takut atau ingin mengambil hati Inggeris?

22. Kenapa rundingan Baling 1955 gagal. Tidakkah Tunku di bawah tekanan David Marshallyang merancang untuk menggagalkan rundingan ini? [Said Zahari (17 tahun pernah merengkok dalam penjara) Ketua Pengarang Utusan Melayu ketika itu - adalah penulis cerita ini masih hidup serta boleh diwawancara].

may 13 riots 041004 police gauntlets23. Kenapa Rundingan Baling II yang dijanjikan oleh Tunku tidak menyusul bagi menamatkan perang dalam negeri. Apakah kesannya, jika berdamai bukankah tiada tentera kita yang terpijak periuk api dan menjadi korban perang yang sia-sia?

24. Ramai pemimpin-pemimpin Melayu termasuk ulama telah ditangkap dan dipenjara kerana mereka tidak sealiran dengan Umno. Mereka telah dicap sebagai pengganas kemudian ditangkap - kenapa?

25. Di manakah pemimpin Melayu yang progresif seperti Dr Burhanudin al-Helmi, Mustapha Hussein serta Pak Sako, Ahmad Boestamam, Ustaz Abu Bakar al-Bakir dan lain-lainnya telah menghabiskan usia mereka kalau bukan dalam penjara sedangkan mereka adalah nasionalis?

26. Jika PKM adalah anti agama dan tuhan, bagaimana ulama seperti Ustaz Abu Bakar al-Baqir dan ramai pemimpin progresif Melayu boleh berjuang dalam satu pasukan yang sama menentang Inggeris.

27. Kenapa di setiap daerah (province) di China terdapat masjid malah jumlah orang Islam di China lebih dua kali ganda dari penduduk Islam di Malaysia? Begitu juga penganut agama lain bebas mengamal agama mereka.

communist insurgents in malaya 24060928. Kenapa orang Melayu selalu ditakut-takutkan dengan fikiran lapuk terhadap komunis yang dituduh tidak percaya kepada Tuhan serta anti agama sedangkan Umno menjunjung sistem ekonomi riba sedang Allah menganjurkan perang terhadap riba dan memberi ancaman dengan api neraka (al-Baqarah: 279 dan 275).

29. Kenapa ulama-ulama upahan Umno lebih gemar menyerang socialism yang anti riba daripada menyerang capitalism yang mendukung sistem ekonomi riba?

30. Kenapa dalam setiap ulang tahun perayaan kemerdekaan Umno tidak menonjolkan pejuang-pejuang lain yang sepanjang abad bergerila menentang kuasa penjajah Inggeris seperti Tok Janggut, Datuk Bahaman, Mat Kilau, Datuk Maharajalela, Datuk Sagor serta yang sebelumnya. Adakah hanya Tunku sahaja yang berjasa kerana dia dipilih oleh Inggeris menjadi wakil untuk berunding?

31. Kenapa Umno sangat benci dan memusuhi pemimpin progresif Melayu hingga sanggup melebelkan mereka sebagai komunis agar mereka dijauhi oleh masyarakat dan tidak mengganggu tahta kuasa yang sedang berada di tangan Umno.

32. Siapakah yang menggerakan gerakan menentang Malayan Union 1948 sedangkan pada waktu itu Umno hanya gerombolan dan sangat kecil jumlahnya.

33. Benarkah PUTERA-AMCJA telah menggerakan seluruh rakyat Malaya keluar menentang Malayan Union pada 1948? Kenapa tidak nampak satu pun bendera Umno ketika itu sedangkan terdapat ribuan kibaran bendera yang lain?

34. Pernahkah Umno menjelaskan tentang makna merah dan putih benderanya dan dari mana mereka telah menciplaknya ?

35. Betulkah MCA itu berasal daripada Parti Kuomintang (bukan PKM) yang pernah mengganas selama 14 hari ketika Jepun tewas pada tahun 1945 ?

36. Kenapa rakyat Malaysia disuruh mendewakan Tunku Abdul Rahman sahaja dan tidak boleh menghargai pejuang-pejuang kemerdekaan yang lain yang telah menyumbangkan bakti menghalau Inggeris keluar dari negara ini?

37. Kenapakah Umno terus memusuhi PKM walaupun mereka sudah berdamai pada tahun 1989? Adakah ini suatu cara untuk mereka terus menipu rakyat?

NONE38. Adakah mana-mana rekod jenayah yang pernah dilakukan oleh ratusan bekas-bekas perajurit PKM yang dapat kita jadikan bukti bahawa mereka adalah spesis pengganas selepas 22 tahun mereka bersama rakyat?

39. Kenapa Umno perlu gelabah apabila kisah sebenar Bukit Kepong didedahkan. Jika versi Umno benar kenapa perlu gelabah kerana kebenaran tetap kebal?

40. Kenapa tidak diadakan perdebatan, forum secara terbuka mengenai perkara ini?

41. Kenapa orang yang berbeza pandangan tentang sesuatu kisah boleh dituduh pengganas hanya kerana dia tidak bersetuju dengan kerajaan.

42. Jika kisah ini tidak betul kenapa ianya tidak dibetulkan sahaja melalui pembentangan fakta-fakta dan bukti yang sahih?

43. Adakah rakyat semakin kelihatan cenderung untuk tidak mempercayai sejarah yang ditulis oleh Umno – apakah dosa Umno hingga ia semakin dibenci?

44. Adakah ini tanda awal bahawa kuasa dan sejarah sedang mengalami perubahan?

45. Kenapa Umno masih memaksa rakyat melihat sejarah dari perspektif penjajah – tidakkah ini suatu kecurangan yang besar terhadap rakyat?

sabah independence 16 september 196346. Adakah rakyat akan menolak kenyataan bahawa Tunku itu adalah salah seorangperunding untuk kemerdekaan di samping itu terdapat juga ramai lagi tokoh dan pejuang yang lain yang juga berjasa?

47. Adakah salah kalau kita menerima orang lain juga berjuang dan mereka juga perlu diberi sanjungan kerana jasanya sama ada besar atau kecil.

48. Peristiwa Bukit Kepong berlaku pada tahun 1950 (sebelum Merdeka) yang menggariskan pertentangan di antara anak tempatan dengan penjajah – kenapakah Umno terus-terusan mahu membela penjajah ? Adakah kita masih belum merdeka?

49. Kepada anak muda Malaysia sesekali pergilah melawat tugu negara dan fikirkan fakta-fakta yang terpahat di situ kemudian cuba fikirkan dari siapa kita merdeka. Dari Inggeris atau PKM?

50. Tidakkah sejarah negara bangsa kita begitu comot, kotor dan curang, hingga amat sedikitdaripada rakyat Malaysia (termasuk professor, guru sejarah dan pelajar serta pemimpin dan ahli-ahli Umno) yang benar-benar faham dan dapat menceritakan rentetan sebenarperjuangan menentang penjajah dan mencapai kemerdekaan?

51. Tidakkah ia bagai seorang gadis yang telah disolek sesuka hati hingga tiada yang dapat mengenalinya dari kalangan anak muda Malaysia hari ini?

bukit kepong the movie 060905 jins shamsuddin with bren gun52. Abdullah CD pernah bertemu Jins Samsudin mengenai fakta filem Bukit Kepong yang jauh terpesong namun beliau telah mengelak diri untuk janji temu kedua yang telah dipersetujui untuk membetulkan fakta ini. Kenapa Jins mengelak kalau bukan kerana Jins sebenarnya berniat memesongkan sejarah kerana ini adalah projek untuk menipu rakyat oleh Umno?

53. Benarkah kita sudah merdeka sedang kita boleh saja masuk penjara hanya kerana kita memakai baju kuning sesudah dituduh komunis atau subversif oleh pemerintah.

54. Jika sejarah kita umpama seorang gadis, apakah harus dia disolek sesuka hati hanya untuk mempertahankan kuasa yang diperolehi hasil dari perjuangan orang lain?
  • Pauzi Ibrahim · Pengulas Tertinggi · AHLI MESYUARAT LEMBAGA PENGARAH - BUSINESS CONSULTANCE & MOTIVATOR di NOSGLOBAL SDN BHD
    tahniah haji mat sabu yg telah " menghuru-harakan " amno dgn insiden yang tak diduga ini....amno kian sasau bila isu ini dibesar-besarkan.....kenapa ? sebab tembelang penipuan amno makin terselak.....dengan terselak nya tembelang ini akan kelihatan lah " kemaluan " amno sebenar........bravooooo....amno must die....

  • Amin Sidik · Pengulas Tertinggi
    mari kita baca buku tentang Ahmad Boestaman yang ditulis Ramlah Adam, Shamsiah Fakeh, Ibrahim Yaacob, Abdullah CD, pasti banyak maklumat tersembunyi boleh diketahui..

  • Reformis Malaya Politikus Bebas · Pengulas Tertinggi · umur 104 tahun
    Komunis dan tunku mahu kpd kemerdekaan.tp jalan siapa yg selamat utk itu.komunis memilih jln perang, banyak kerosakan, nyawa tak bdosa melayang, wanita dirogol dan sbgNya.tunku memilih jln rundingan, tiada perang tiada konfoTasi...dlm islam disuruh memilih mudarat paling ringan.oleh itu fikirkan

    • Jashamsulnizam Jani · Pengulas Tertinggi · Friends with Fatin Noradiana
      Rancangan Briggs 1951 mengusulkan penempatan kg2 baru bg menggelakkn sebarang bekalan makanan, ubat-ubatan dan maklumat2 penting jatuh ketgn MLNA dlm perlaksaan tersebut penduduk2 di 396 kg2 masy cina, 139 kg2 melayu, 32 penempatan masy India dipindahkan ke kg2 baru yg brpagar kawat duri, mrk yg tinggal kg2 baru dikenakn perintah brkurung dr jam 6 ptg hingga 6 pg, dilarang memasak dirumah sendiri dan mrk hanya blh mendapatkn makanan di dapur khas yg disediakn utk semua penduduk2 di kg baru trsebut. Paling mengejutkan penduduk2 di kg2 di pendalaman diperintahkan supaya mengosongkan kediaman mrk dlm masa 30 minit oleh pihak tentera British dan seterusnya membakar kg2 yg telah dikosongkn spt yg brlaku di tronoh, sitiawan, pulai, yong peng, sg pelek dan di gopeng.

      Sumber : buku 'Jungle War of Malaya' (Maj. Gen. Edward Spears)

    • Abdul Jalil Jalil · Kolej pembantu perubatan seremban
      Jangan ulas aje! kena kaji dulu rintitan sejarah yang berlaku.. baru tidak nampak sangat kejahilan kita..

  • Asmahan Abdullah · Pengulas Tertinggi
    Tahniah Abang Mat yang membuatkan rakyat malaysia mula berfikir tentang sejarah sebenar.

  • Jashamsulnizam Jani · Pengulas Tertinggi · Friends with Fatin Noradiana
    Sebenarnya era darurat 1948-60 adalah zaman peperangan atau dgn lebih tepat lg dikenali sbg 'Perang Kemerdekaan Malaya 1948-60', pihak penjajah British tidak mahu menggunakan istilah 'perang' krn ramai pelabur2 dan pemodal dr eropah khususnya dr golongan2 kaya Inggeris yg mempunyai kepentingan ekonomi mrk di Malaya ketika itu spt ladang2 getah, kapal2 korek di lombang2 bijih timah di Perak dan Selangor. Utk melindungi kepentingan golongan kaya eropah ketika itu istilah 'darurat' digunapakai bg membolehkan sebarang kerosakan akibat perang boleh diINSURANSkan...
Lihat 25 lagi