Isnin, 5 September 2011

Mat Indera: Umno guris hati rakyat Johor

Mat Indera: Umno guris hati rakyat Johor

Debat Siapa Pejuang, Beranikah UMNO? -N/Aziz

Beranikah Umno untuk berdebat ‘Siapa Pejuang Kemerdekaan' -Nik Aziz.
KL 5 Sept 11: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melontarkan pertanyaan sinis, beranikah Umno untuk berdebat ‘Siapa Pejuang Kemerdekaan’. Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menulis ringkas pertanyaan itu di laman Twitter, pagi ini. Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyatakan demikian sebagai mengulas tajuk utama Harakahdaily semalam mengenai kenyataan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang mengajak Umno untuk berdebat terbuka secara ilmiah untuk menangani isu ‘Siapakah layak digelar pejuang kemerdekaan sebenarnya?’ dalam sejarah tanah air sebelum Merdeka.

Katanya, PAS akan menghantar surat jemputan kepada Ketua Penerangan Umno dalam masa terdekat bagi menganjurkan satu perbahasan umum ilmiah tersebut atas dasar menghormati hak rakyat untuk membuat pernimbangan dan penilaian sendiri melalui hujah-hujah dari kedua-dua pihak kepada isu kedudukan tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan yang dilupakan dalam sejarah negara.
Dalam pada itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan at-Tantawi menyatakan kesediaan untuk berdebat secara ilmiah dengan Pemuda Umno berhubung perkara itu. Menerusi Twitter, beliau menyatakan pihaknya sedia berdebat ilmiah dengan Pemuda UMNO mengenai isu kemerdekaan negara, siapa pejuang sebenar dan siapa menjadi alat penjajah. (

ANak bulan...................

Pertikai Raya Selasa, Bukan Anak Bulan Syawal Dilihat.

SEJUMLAH orang bersolat Hari Raya Aidilfitri di luar sebuah masjid di Mekah pada Selasa lalu.
JEDDAH - Sejumlah cendiakawan Islam mengancam untuk menyaman seorang ahli astronomi Arab Saudi yang juga seorang saintis, Khaled Al-Zaaq kerana meragui tarikh Hari Raya Aidilfitri yang jatuh pada Selasa lalu, lapor sebuah akhbar kelmarin. Khaled sebelum ini mempertikaikan pengakuan beberapa rakyat Arab Saudi yang mengaku melihat anak bulan Syawal pada hari Isnin lalu. Beberapa rakyat yang melihat anak bulan itu membuat penemuan tersebut kepada Jawatankuasa Melihat Bulan di Arab Saudi yang dikenali sebagai Hilal yang kemudian memutuskan Aidilfitri jatuh pada Selasa lalu.
Bagaimanapun, Khaled menyatakan apa yang dilihat oleh rakyat Arab Saudi itu adalah planet Zuhal dan bukan anak bulan Syawal. Beberapa cendiakawan mempertahankan kenyataan kumpulan orang yang melihat anak bulan itu dengan menyatakan tarikh Hari Raya Aidilfitri adalah tepat.
Anak bulan itu amat jelas kelihatan pada malam hari Selasa lalu. Ia sekali gus menyokong kumpulan orang yang melihat anak bulan itu. Sejumlah penduduk di kawasan Al-Ais menyatakan mereka melihat anak bulan itu pada Isnin lalu selama setengah jam. Kumpulan orang yang dipilih untuk melihat anak bulan itu merupakan golongan yang berintegriti.
Mufti Besar, Sheikh Abdul Aziz bin Abdullah Al-Asheikh semasa membacakan khutbah Jumaat lalu di Masjid Imam Turki bin Abdullah di Riyadh menyatakan, ahli astronomi yang mempertikaikan anak bulan tersebut cuba untuk memaksakan pandangan mereka ke atas rakyat.
"Kami mengikuti ajaran Sunah Nabi kita dengan kuat semasa menentukan puasa dan Hari Raya Aidilfitri," katanya. - Agensi
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Menurut Mufti Besar Dubai Dr. Ahmad Al Haddad, untuk menghindari perselisihan berkepanjangan tentang penentuan bulan baru, negara-negara Muslim seharusnya memiliki mekanisme pemantauan hilal yang sama, disetujui dan dipatuhi oleh semua negara. Jika tidak, maka perdebatan yang sama akan terus muncul di kemudian hari.

"Kita sangat perlu sebuah satelit khusus, dengan hasil [pengamatan] yang mengikat negara-negara Muslim, guna menghapus kesalahan manusia dan menghindari perdebatan lihat bulan," kata Syeikh Al Haddad.

"Sekelompok ulama di Al Azhar, Mesir, sedang mengerjakan projek ini, akan dibahas dalam sebuah konferensi dunia, yang rencananya segera akan diumumkan oleh Liga Muslim Dunia di Makkah, atas sponsor dari pihak kerajaan," jelas Syeikh Al Hadad.

Di kawasan Arab dan Teluk sebahagian besar negara merayakan Idul Fitri pada hari Selasa 30 Ogos . Sementara yang menetapkan 1 Syawal jatuh pada hari Rabu 30 Ogos, antara lain adalah Oman dan Iran. (IH)
Bil elektrik terlalu tinggi
Mangsa bil naik
Ogos 29, 11
4:54pm
Kongsi 252
Saya ingin membuat aduan mengenai kenaikan bil elektrik saya yang bagi saya adalah merupakan penipuan terancang. Saya tidak berpuas hati kerana bil elektik kami kebiasaannya di bawah paras RM70. Apabila TNB melaksanakan kadar tarif baru dan bacaan meter pos. Bil elektrik kami melambung sehingga RM300.

Kenaikan seperti ini tidak munasabah langsung kerana tiada peralatan elektrik baru yang dibeli dalam tempoh tiga bulan ini. Tiada pertambahan penghuni rumah malah kami mengurangkan penggunaan penghawa dingin dari tujuh jam sehari kepada hanya empat jam sehari.

Kami juga telah membuat aduan kepada TNB Sungai Petani malah telah menukar meter kepada meter baru.

Bapa kami sudah pencen dan perkara seperti ini sememangnya membebankan beliau yang merupakan pesara bomba.

Diharapkan pihak aduan rakyat dapat membantu kami dalam menyelesaikan hal ini.

Misi Somalia: Langkah keselamatan telah diambil
Sep 4, 11 10:13pm
Kongsi 25
Kementerian Luar telah menghantar Duta Besar Malaysia ke Libya Datuk Zulkifli Yaacob ke Somalia untuk meninjau langkah-langkah keselamatan di negara itu sebelum misi bantuan kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia ke sana, kata menteri berkenaan Datuk Seri Anifah Aman.

NONEAnifah berkata, Zukifli ke Somalia bagi membuat kerja-kerja lapangan dan penilaian yang diperlukan untuk misi berkenaan.

“Kita hendaklah pastikan bahawa negara yang kita akan pergi, diberikan perlindungan yang secukupnya dan memuaskan, di mana mereka telah lakukan, tetapi ini adalah sesuatu yang tidak dijangkakan,” katanya kepada pemberita selepas menyambut ketibaan jenazah jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd Nor dari Mogadishu di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang hari ini.

Noramfaizul, 39, terkorban di Somalia pada Jumaat lalu setelah terkena tembakan curi ketika dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan dengan menaiki pacuan empat roda dari memberikan bantuan kepada mangsa kemarau dan kebuluran oleh Misi Bantuan Kemanusiaan Putra 1Malaysia. Tembakan itu terkena di bahu Allahyarham dan menusuk ke paru-parunya.
Tidak wajib
Anifah berkata Wisma Putra pada lazimnya membantu misi bantuan kemanusiaan tempatan menjalankan kerja-kerja lapangan dan penilaian keselamatan di negara yang akan dikunjungi.

somalia soldiers on truck 1Sungguhpun kedutaan Malaysia di luar negara tidak diwajibkan untuk mengemukakan laporan kepada kementerian, ia bagaimanapun pada lazimnya akan mengemukakan butir-butir penilaian berkenaan kepada kementerian, kata beliau.

"Setelah mendapati semua maklumat, kita akan membantu dalam mendapatkan bantuan dari negara-negara yang mahu dituju (oleh misi kemanusiaan).

"Kita akan berbincang dengan mereka (penganjur misi), sama ada negara tersebut selamat atau tidak, dan apa jenis perlindungan yang dapat diberikan untuk mereka. Kita akan bantu mereka sebaik mungkin," katanya.

Beliau berkata bagaimanapun keputusan untuk meneruskan sebarang misi bergantung pada penganjur kerana mereka sepatutnya menyedari tentang risiko yang akan dihadapi.

Di zon bergolak, apa-apa boleh berlaku, walaupun perlindungan diambil, tambah beliau.

somalia war deserted streetAnifah juga berharap agar kerajaan Somalia, yang berjanji untuk menjalankan siasatan menyeluruh mengenai kejadan itu, akan memberikan laporan kepada beliau secepat mungkin.

Sementara itu, Ketua operasi TUDM Leftenan Kolonel Zahani Zainal Abidin yang menerbangkan pesawat C-103 untuk membawa pasukan misi kemanusiaan itu ke Malaysia berkata keadaan keselamatan yang tidak stabil di Somalia menyebabkan
usaha menghantar dan membawa pulang anggota misi itu perlu dilakukan dengan segera.
Tanpa matikan enjin

Beliau berkata usaha membawa keluar pasukan misi kemanusiaan itu bersama jenazah Noramfaizul dilakukan tanpa mematikan enjin kapal terbang bagi memastikan dapat keluar dari negara itu secepat mungkin.

noramfaizul mohd nor"Dalam masa 30 minit kita telah dapat membawa naik jenazah Allahyarham ke dalam keranda sementara, berserta pasukan misi kemanusiaan dan menerbangkan mereka ke Pulau Seychelles," katanya kepada pemberita.

Katanya sebaik menerima berita kematian Noramfaizul, mereka sedang berada di Pulau Seychelles, dan segera membuat persiapan bagi membawa pulang jenazah dengan menyewa keranda sementara untuk dibawa ke Mogadishu.

Di Pulau Seycelles, jenazah telah diletakkan ke dalam keranda yang ditutup rapi untuk dibawa pulang, katanya.

Zahani berkata pasukan operasi penerbangan TUDM itu terdiri daripada 25 anggota yang merangkumi dua set krew penerbangan, satu set krew penyelenggaraan serta pasukan keselamatan.

Beliau berkata memandangkan mereka melakukan penerbangan dan pendaratan di zon konflik, mereka tidak boleh mengambil risiko yang sama seperti di tempat-tempat bencana lain yang pernah mereka lawati.
Mood rendah

Perancangan awal yang dibuat berdasarkan maklumat perisikan adalah menurunkan anggota misi bantuan di Mogadishu dan kemudiannya berundur ke tempat yang lebih selamat, dan "dalam misi ini kita duduk di Seychelles kerana ada bantuan penyelenggraan di sana," katanya.

somalia refugee woman with child 1"Semasa di Mogadishu kita kurangkan waktu berada di darat. Bila kita mendarat kita hanya buka ramp pintu dan membenarkan semua keluar. Kita tak matikan enjin sebab takut berlaku kerosakan dan kita akan ada masalah," katanya.

Beliau berkata mereka juga tidak akan memasuki ruang udara negara berkenaan pada waktu malam kerana masalah navigasi, selain tidak akan mengisi minyak serta meletakkan pesawat di sana.

Ditanya tentang suasana dalam pesawat, Zahani berkata: "Mood pergi mereka semua agak ceria. Bila balik dengan adanya jenazah, mood agak rendah tapi moral masih tinggi."

- Bernama
  • Leftenan Nan · Pengulas Tertinggi · SMK Panglima
    kejadian ini menunjukkan kerajaan tidak mampu melindungi rakyat sendiri dan tak tahu buat kerja..jika ingin meninjau keadaan yang bergolak kakitangan yang perlu dihantar bukanlah DUTA tetapi yang sepatutnya ialah PEGAWAI ATASE PERTAHANAN atau UNIT PENINJAU TENTERA atau EJEN PERISIKAN bagi memastikan keadaan semasa dikawasan konflik....
    • Mk Jacobin · Pengulas Tertinggi · Pengurus di Berniaga Sendiri
      setuju sgt2 pendapat Lt Nan...hantar org yg salah pd tempat yg salah...Somalia tuuu bukan Mongolia...
    • Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi
      Betul tu leftenan. Dia org ni samada buat kje cincai atau mmg x tau buat kje. Satu lagi, masa ni la dia org sibuk nak ambil langkah keselamatan, sblom ni x terfikir/terlintas ke? Dah terhantuk baru nak tengadah? Tu 'zone' perang, ada ke patut bawak wartawan tu dgn x disediakan peralatan sperti jaket kalis peluru. Apa la dlm pale dia org! Ish ish ish...
    • Zf Fz · Pengulas Tertinggi · Sdm
      duta tu g lawatan sambil belajar.
  • Umngok Apco · Pengulas Tertinggi · Ungku Omar Polytechnic
    Pi sana siap buat liputan besar2an siap dgn konvoi pastu ambik gambar disepanjang jalan.. siap menyanyi lagu negaraku. UMNO saja mencari Publisiti kononnya beramal.. kalau nak beramal dgn membawa nama politik tolong guna duit UMNO sendiri... ini guna duit rakyat pastu jaja nama UMNO...yg jadi mangsa wartawan yg tak berdosa hanya semata2 utk memenuhi tuntutan ego pemimpin2 UMNO... lagi satu siap pasang bendera Malaysia banyak pada kenderaan.. Bangang betol tak cerdik bodoh macam lembu... dah tahu bendera malaysia tu sekali imbas sebijik mcm bendera kaffir Amerika dan tentulah sekali lihat kelibat bendera tu mereka ingat konvoi Amerika yg lalu dah terus tembak jerr... jangan nak salahkan mereka.. kalau dulu adik Amirul Rasyid Polis boleh tembak bertalu2 semata2 kerana syak dia bawak senjata api.. kini dah terkena batang hidung sendiri..org somalia Syak konvoi Malaysia tu adalah konvoi Amerika sbb bendera sama jerr...BANGANG NYERR KO WAHAI NAJIB DARIPADA HIDOP MENYUSAHKAN RAKYAT ELOK KO NI MAMPUS JERR.......
    • Nor Azizol Mohamad Johan · MA COLLEgE UK
      Dari pengalaman saya yg pernah bertugas di sana sebagai Medic pada 1993 bersama 19 RAMD Mechanise, memang betul kata saudara Umngok Apco. Orang Somali sangka tentera Malaysia adalah tentera Amerika dan ini salah satu sebab mengapa konvoi tentera Malaysia sering kali di serang oleh pihak Militia.....
    • Badaruddin Mohd Tajudin · Pengulas Tertinggi · UNIVERSITI KEHIDUPAN
      tukar bendera la, bendera kita nampak macam ciplak je, yang beza di bulan dan bintang...
    • Malik Sulaiman · Pengulas Tertinggi · Sek men semerah
      sama lee macam KJ ambik gambar kat atas kapal,kapal lum stat injin ke Gaza dia dah cabut balik ke Malaysia....
  • Umngok Apco · Pengulas Tertinggi · Ungku Omar Polytechnic
    ketua kelab Putera 1Malaysia si mamak anjing tu patut letak jawatan jerr..
    • Ooi Koh Siong · Pengulas Tertinggi
      kerajaan malaysia teruk dah berlaku langkah kesalamatan telah di ambil bodoh bin begon mengapa tak ambil langkah kasalamatan seberlum sampai ka somalian itu tempak perang baju kelis peluhu pun tak pakai u igat hero gambar kena bom tak mati kena tembak tak mati abang ini peluhu hidup wa bodoh keyataan dr pun bodoh pakai baju kalis pun mati kalau macam itu tak payah tak susah pakai lah pakai pun mati tak pakai pun mati bodoh punya dr makan belacan mareka terralu banyak .
  • Umngok Apco · Pengulas Tertinggi · Ungku Omar Polytechnic
    Kasihan siluncai UMNO kononnya nak buat swing pada piliharaya ke 13 dgn memutarkan dokumentari bantuan 1 putra UMNO di somalia sepanjang hari bagi mempengaruhi umat islam agar menyokong UMNO.. Sayangnya stategik tersebut tidak menjadi... kalau berani kasi tanyanglah masa musim pilihanraya nanti... kalau nak tgk org melayu meludah pasal kebodohan UMNO tu..
  • Victoria Liz · Pengulas Tertinggi · Singapore, Singapore
    ini lah yang orang melayu cakap.

    " Anak kera di susu kan.. anak sendiri mati kelaparan".

    Memang tepat.
  • Ahmad Shah · Pengulas Tertinggi · CEO di Self employed
    Kuman sebarang laut nampak....Gajah kelaparan depan mata xnampak...
  • Leslie Chan · Pengulas Tertinggi
    Hantar duta Libya utk meninjau keadaan, duta tu expert dlm hal2 begini ke?Saya selalu tengok siaran Al Jazeera, kalu bertugas di zon konflik seperti Libya dan Syria wartawan selalunya pakai jaket kalis peluru.
  • Mohamad Shukri · Pengulas Tertinggi
    Kasihan aku pada arwah...kalau pembaca Berita TV3 atau TV1 yang kena tembak taklah terasa sedih sangat...
    Nak tinjau apa lagi Dato semua sudah tahu Somalia Negara yang bergolak...sudah pasti ada resiko yang tinggi...Malaysia yang boleh dikatakan aman damai pun Dato T pakai baju kalis peluru inikan pula Somalia...
  • Carerulez Kimura · Pengulas Tertinggi
    tak kan mamat c anipah ni x tau mogadishu adalah tmpt paling x selamat d dunia? menteri luar apa mcm ni.. anipah, bgs ko suruh c azeez bt misi kemanusian d sbh.. kan byk lg org susah yg boleh d bantu d sana..
  • Jp Joe Pg · Pengulas Tertinggi
    Tambahan lagi.
    1- Kesemua rombongan(kecuali Azeez dan dr tu) x dibekalkan jaket kalis peluru.
    2-4WD yg dinaiki langsung tiada pelekat media.