ws
Tamadun Mesopotamia
Tamadun ini terletak di pinggir Teluk Parsi dan merangkumi keseluruhan Lembah Sungai Tigris dan Sungai Euphrates. Tamadun ini tumbuh subur di sini dan merupakan tamadun tertua di dunia.
Lokasi
- See more at: http://www.miraahussin.com/2011/10/tamadun-mesopotamia.html#sthash.fGCKRKUk.dpufTamadun ini terletak di pinggir Teluk Parsi dan merangkumi keseluruhan Lembah Sungai Tigris dan Sungai Euphrates. Tamadun ini tumbuh subur di sini dan merupakan tamadun tertua di dunia.
Lokasi
Tamadun awal manusia dikenali dengan nama Mesopotamia. Ia juga dikenali dengan nama Tamadun Sumeria. Istilah Mesopotamia berasal dari perkataan Yunani. Membawa maksud tanah di antara dua sungai. Daerah lingkaran tamadun Mesopotamia ialah antara Sungai Tigris dengan Sungai Euphrates.
Tamadun
ini merangkumi dari kawasan pergunungan di Turki merentasi Iraq hingga
ke Teluk Parsi. Kawasan ini dikelilingi oleh Pergunungan Zagros di
kawasan timur laut, dataran tinggi Arab di barat daya dan Teluk Parsi di
bahagian selatan.
Jangka Waktu
Bermula dengan perkembangan zaman Neolitik antara tahun 7000-5000 S.M.
Wilayah Mesopotamia berkembang menjadi sebuah tamadun awal dunia.
Kerajaan awalnya ialah kerajaan Sumeria sekitar tahun 3500 S.M. Manakala
kerajaan yang terakhirnya ialah kerajaan Chaldea, tumbang pada tahun
539 S.M.
Tamadun Mesopotamia merangkumi tujuh zaman pemerintahan yang silih berganti iaitu:
Tujuh zaman pemerintahan tamadun Mesopotamia
Selepas
kejatuhan kerajaan Chaldea, Kerajaan Parsi menguasai wilayah
Mesopotamia hingga menghilangkan pengaruh dan tamadun Mesopotamia.
Proses Pembentukan
Tamadun
Mesopotamia terbahagi kepada dua bahagian, iaitu utara dan selatan
bandar Baghdad. Bahagian utara Baghdad merangkumi kawasan Sungai Tigris
sehingga ke kawasan Sungai Zab (Assyria). Bahagian selatan Baghdad pula
merangkumi kawasan Sungai Tigris dan Sungai Euphrates. Juga dikenali
sebagai kawasan Babylon.
Babylon
pula terbahagi kepada dua bahagian iaitu Akkad di utara dan Sumeria di
selatan. Tamadun Mesopotamia bermula di kawasan selatan iaitu di Sumer.
Namun orang Sumeria bukan penduduk asal kawasan tersebut. Mereka
berhijrah ke kawasan ini dan menjalankan kegiatan pertanian seperti
menebus guna tanah dan membina sistem pengairan bagi memastikan kegiatan
pertanian mereka mendapat pengairan yang baik.
Usaha
ini berjaya menghasilkan lebihan hasil pertanian dan menyebabkan
pertambahan penduduk. Lebihan hasil pertanian ini juga mampu menampung
keperluan penduduk. Lama-kelamaan kawasan ini berkembang dan menyebabkan
kewujudan bandar dan seterusnya menjadi kota seperti Ur, Uruk, Kish,
Nippur, Lagash, Eridu, Mari dan Ussur. Kota-kota ini terletak di
sepanjang sungai dan terusan.
Kedudukan kerajaan dan Negara kota dalam tamadun Mesopotamia
Ciri-ciri Tamadun Mesopotamia
Tamadun
Mesopotamia memiliki pembangunan fizikal yang tersendiri. Setiap negara
kota mempunyai pusat kota, tembok kota, luar kota dan pelabuhan. Ia
juga memiliki kubu atau tembok pertahanan dengan pintu gerbang yang
pelbagai. Kepelbagaian ini melambangkan kemahsyuran dan keagungan negara
kota tersebut.
Dalam
kota pula terdapat istana, rumah kediaman rakyat, rumah kedai, rumah
ibadat, dan pasar. Kesemuanya berkedudukan sejajar dan lurus. Di pusat
kota ini juga terdapat rumah ibadat yang menjadi tumpuan anggota
masyarakat pada setiap masa. Setiap negara kota juga mempunyai unit
politik dan sistem kepercayaan yang tersendiri. Ia juga memiliki sistem
pengangkutan seperti kapal, pedati dan keldai.
Taman Tergantung Babylon
Di
sekitar kota mempunyai mempunyai kawasan tanah pamah bagi memudahkan
kegiatan pertanian. Manakala jalan laut berhubung terus ke pelabuhan.
Melaluinya juga mereka boleh berhubung dengan kota-kota lain seperti
Sumeria dan Mari yang digunakan oleh pedagang untuk berhubung dengan
kota di luar Mesopotamia. Kehidupan bermasyarakat dalam kota adalah
lebih teratur kerana memiliki organisasi sosial yang lebih sistematik.
Malah
dalam kota juga wujud dua golongan manusia iaitu golongan pemerintah
dan golongan diperintah (rakyat). Golongan pemerintah terdiri daripada
golongan pembesar, ketua tentera dan golongan agama (pendeta). Golongan
yang diperintah (rakyat) terdiri daripada rakyat bebas iaitu rakyat
biasa, artisan dan pedagang. Manakala rakyat yang tidak bebas ialah
golongan hamba.
Dalam
tamadun Mesopotamia sistem raja berbentuk teokrasi. Dalam sistem ini,
raja dianggap tuhan atau wakil tuhan dan pemilik negara kota. Raja
bertindak sebagai ketua pentadbir, ketua agama, dan ketua pendeta.
Walaupun raja dianggap sebagai tuhan atau wakil tuhan tetapi mereka
tidak menyembah raja kecuali pada era pemerintahan Raja Naramsin
(2291-225 S.M.) di kota Akkad.
Ukiran besi Raja Naramsin
Raja
Naramsin memaksa rakyat menyembah baginda. Baginda menganggap dirinya
paling hebat dalam kalangan raja-raja yang wujud dalam tamadun
Mesopotamia. Pendakwaan ini dilakukan kerana baginda berjaya meluaskan
wilayah takluk. Lantaran itu, mengelarkan dirinya sebagai Raja Empat
Penjuru Alam. Raja mendirikan Zigurat yang dijadikan pusat ibadat, pusat
pentadbiran, pusat perdagangan, dan pusat khazanah negara.
Tamadun
Mesopotamia juga mempunyai kepelbagaian kegiatan ekonomi dan setiap
rakyat memiliki pengkhususan kerja. Ada yang menjadi petani, peniaga,
pedagang, dan artisan. Selain itu, terdapat juga rakyat yang menjadi
pengusaha tekstil, pembuat barangan tembikar, dan membuat alatan
keperluan harian seperti pisau, sudu, dan sebagainya.
Golongan
pedagang amat penting kerana mereka menjalankan kegiatan perdagangan
sehingga ke Lembah Indus. Mereka mengamalkan sistem barter yang berjaya
membawa masuk barangan seperti logam, kayu-kayan, emas dan perak,
apabila ditukarkan dengan hasil pertanian mereka. Dalam tamadun
Mesopotamia terdapat juga sistem tulisan, bermula dengan tulisan
bergambar. Kemudian berkembang kepada tulisan berbentuk simbol yang
ditulis atas tanah liat. Ia dikenali sebagai tulisan berbentuk pepaku
dan juga dikenali dengan nama cuneiform.
Sumbangan Tamadun Mesopotamia
Penciptaan
Kod Undang-undang Hammurabi yang digubal oleh Raja Hammurabi, Raja
Babylon. Mengandungi 282 undang-undang. Dipahat pada tiang-tiang besar
dan tembok kota agar rakyat dapat mengetahuinya. Undang-undang ini
berteraskan hak rakyat dan keadilan. Dalam Kod Undang-undang menegaskan
bahawa denda dan hukuman mesti setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.
Kod Undang-undang Hammurabi menjadi teras kepada perundangan tamadun
Mesopotamia dan membantu perkembangan peradaban Mesopotamia.
Kod Undang-undang Hammurabi
Kod
undang-undang ini berjaya mewujudkan keadilan dan perpaduan dalam
kalangan rakyat. Penciptaan sistem tulisan berjaya mengembangkan sistem
pendidikan dan perkembangan ilmu pengetahuan. Malah melahirkan jurutulis
yang memudahkan urusan pentadbiran dan perniagaan kerana segala urusan
dapat direkodkan. Ia juga berjaya melahirkan dan mengembangkan tradisi
kesusasteraan yang terkenal dalam tamadun Mesopotamia iaitu epik
Gilgamesh. Kod undang-undang ini diakui sebagai epik tertua di dunia.
Kod
undang-undang berjaya memperkembangkan ilmu astronomi. Kemudian membawa
kepada perkembangan ilmu hisab seperti sistem perpuluhan, kaedah tambah,
tolak, bahagi dan punca gandaan. Akhirnya membawa kepada perkembangan
ilmu geometri. Perkembangan ilmu perubatan khususnya era pemerintahan
kerajaan Assyria. Malah berjaya mencipta 500 jenis ubat-ubatan yang
dikatalog dan disampelkan. Mencatatkan kaedah panduan penggunaannya
kepada pengamal perubatan.
Salah
satu kejayaan besar tamadun Mesopotamia ialah penciptaan roda. Bagi
memudahkan pengendalian kereta kuda sama ada bagi penggunaan ketenteraan
ataupun perdagangan dan perhubungan. Dengan terciptanya roda maka
kincir air juga dapat dihasilkan bagi memudahkan penyaluran air
dilakukan ke kawasan pertanian.Tamadun ini juga berjaya mencipta kapal
layar dan pengangkutan beroda oleh orang Sumeria sejak 3000 S.M.
Lantaran itu, jalan darat dan jalan laut dapat dimanfaatkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan