CATATAN DAN PERISTIWA Saat
ini sudah tentu bilik berita beberapa agensi berita PB kalut dan para
wartawannya sibuk sedang menyiapkan berita atau laporan mengenai
Himpunan Kebangkitan Rakyat yang baru berakhir sekejap tadi untuk
disiarkan malam atau
pagi esok.
|
Nik Aziz berdoa menutup himpunan. |
Sudah tentu ada wartawan yang tergaru-garu kepala untuk membuat intro berita masing-masing mencari sudut atau
angle mana yang hendak diambil agar ia menarik dan menyeronokkan hati taukeh mereka dan dalam masa sama menyakit
i hati penyokong Pakatan Rakyat.
Yang penting juga berita itu nanti memberi
damage kepada
Pakatan Rakyat dan biarlah kalau boleh rakyat membenci Pakatan Rakyat.
Kalau perlu direka, mereka perlu merekanya sebaik mungkin kandati
najisnya
'berbolot sampai ke atas belakang. Itu tidak menjadi masalah, dalam dunia
media massa di negara ini soal kebenaran, sumber yang sahih dan kod etika itu
tidak penting itu adalah perkara nombor dua
.
|
Sekumpulan peserta berbaju "R" juga berjalan sopan. |
|
Berjalan melenggang sambil membawa sepandu tanpa gangguan. |
|
Jamil pun boleh bawa beruknya dengan rileks. |
|
Sesekali helikopter sesekali meraung di langit. |
|
Sebahagian dari 160,000 berada di stadium. |
|
Terpaksa rukas bukit kerana stadium sudah penuh. |
|
Pemandangan dari satu sudut dalam stadium. |
|
Ada peserta mengelap air mata kerana sebak dan terharu. |
|
Anwar mengangkat tangan kepada peserta yang tak dapat masuk. |
|
Pandangan dari sudut tengah. Padat. |
|
Berdiri atas pagar, di dalam sudah penuh. |
|
Sudah keletihan golongan veteran ini. |
Berita bohong atau pun kurang tepat isinya tidak mengapa janji ia
menyeronokkan pihak tertentu mendengarnya. Begitulah yang diajarkan oleh
kerajaan hari ini terhadap dunia media massa negara ini. Maruah atau
laporan beberapa media massa di negara ini tidak lagi mempedulikan s
oal moral dan integriti.
Soal kebenaran dan kejujuran di dalam laporan tidak perlu difikirkan. Yang penting ialah mereka harus mengambil
angle yang boleh memberi
damage kepada Pakatan Rakyat.
Boleh jadi juga sudah ada wartawan berkali-kali menulis dan menyiapkan
berita tetapi ditolak oleh pengarang berita kerana ia tidak sesuai dan
memuaskan hati mereka (editor) tatakala membacanya kerana tidak membawa
roh dan aspirasi taukeh mereka yang tutup mangkuk najisnya mereka
tutup.
Perkara paling dipertikaikan mungkin mengenai angka
kehadiran dalam himpunan berkenaan. Mungkin ada wartawan yang melapor
dan menulis angka yang munasabah sekitar lebih 100,000. Tetapi sudah
tentu juga angka itu ditakuti oleh editor yang sedia menjadi hamba dan
pengkhinatan kepada maruah kewartawanan maka ia perlu diperkecilkan.
Sebagai wartawan saya dapat mengagak apa yang akan di
highlightkan
oleh media PB mengenai himpunan sekejap tadi. Pertamanya mengenai
angka, dan kedua mengenai suasana himpunan berkenaan dan juga impaknya
kepada UBN. Mereka akan tulis angka yang diluar logik manusia yang waras
manakala akan melaporkan himpun itu kurang berjaya dan tidak
bersemangat - UBN dan pemimpinnya tidak perlu gusar.
Kalau
sebelum ini mereka akan mengangkat kejadian buruk, provokasi dan
sebagainya, tetapi kerana kejadian itu tidak berlaku menyebabkan mereka
kehilangan modal untuk dikarai dan dibohongkan kepada rakyat. Di
sepanjang himpunan tadi yang bermula sejak malam tadi hingga berakhir
petang ini tidak ada satu pun kejadian buruk dilaporkan berlaku. Usahkan
setitik darah gugur ke bumi seperti selalu, sebutir kelongsong peluru
asap pun tidak jatuh ke bumi.
Bukan saja topi polis terjatuh,
kepala peserta juga tidak bengkak dengan paluan cota dan handasan
tapak senapang seperti di himpunan atau demonstrasi sebelum ini.
Apabila sesuatu yang diharapkan itu tidak berlaku wartawanlah yang
menjadi mangsa. Wartawanlah yang akan disuruh mereka-reka dan mengarang
berita karut. Mana-mana wartawan yang beriman dan menghormati kod etika
dan maruah kewartawanan akan merasa kekok dan berada dalam keadaan
dilema. Ketika ini juga timbul perasaan ingin bertukar kerja di syarikat
lain ataupun meninggalkan dunia kewartawanan yang zalim kerana menjadi
PB kerajaan.
Ini beberapa intro yang mungkin boleh membantu
para wartawan yang kini sedang kalut untuk menyiapkan berita yang tidak
benar itu tetapi demi menyeronokkan hati tuan masing-masing. Mungkin
mereka boleh menggunakan intro di bawah ini;
KUALA
LUMPUR: Himpunan Shamsidar anjuran Pakatan Rakyat yang mensasarkan 1
juta rakyat hari ini gagal apabila hanya kira-kira 15,000 saja yang
hadir. Stadium Merdeka yang boleh memuatkan penonton 30,000 masih
kelihatan lompong di mana-mana.
Kebanyakan
yang hadir juga mereka yang diimport dari negeri-negeri Kelantan,
Kedah dan Terengganu. Kanak-kanak bawah umur juga turut sama hadir.
Difahamkan setiap yang hadir menerima upahan di antara RM200 hingga
RM350.
Seorang
peserta yang tidak mahu disebutkan namanya mengakui beliau mendapat
wang RM400 daripada seorang pemimpin Pakatan Rakyat di Kelantan untuk
membawa 20 hingga 30 orang peserta. atau pun begini;
KUALA
LUMPUR: Pakatan Rakyat yang mahu menjadikan himpunan di stadium
Merdeka sebagai momentum menghadapi pilihan raya dan menunjukkan
kekuatan mereka petang ini kecewa kerana jumlah yang hadir tidak
mencecah angka yang mereka ingin. Himpunan dikenali dengan 'Perhimpunan
Shamsidar' itu mensasarkan 1 juta hadirin tetapi yang hadir sdekitar
5,000 sahaja.
Kehadiran
yang jauh dari sasaran itu mengecewakan. Gara-gara itu Anwar yang
selalu berucap memakan masa lebih satu jam hanya meringkaskan ucapan
sekitar 23 minit saja. atau pun begini;
KUALA
LUMPUR: Pihak penganjur himpunan Shahsidar hari ini gagal memenuhi
syarat-syarat berhimpun yang diberikan kepada mereka. Apa paling jelas
penggunaan kanak-kanak kecil yang boleh mendatang kemudaratan kepada
mereka masih berlaku. Kegagalan
ini menjelaskan bahawa Pakatan Rakyat tidak menghormati undang-undang
dan suka melaklukan masalah kepada orang ramai.
Kegagalan
mematuhui syarat berhimpun itu juga membuktikan pakatan itu tidak
mampu untuk mentadbir negara ini kerana untuk menguruskan peserta
seramai 20,000 pun tidak mampu. Atau pun mungkin ada intro lain lagi. Tetapi yang pastinya intro atau
angle yang di
highlightkan dari sudut negatif buat Pakatan Rakyat.
Manakala editor juga akan memilih gambar atau mengedit gambar untuk menggambarkan sambutan itu tidak mendapat sambutan.
Itulah apa yang mungkin dilakukan oleh media massa terhadap himpunan
kebangkitan rakyat tadi. Apabila himpunan itu berjalan lancar dan aman
menyebabkan mereka terpaksa mereka cerita untuk menimbulkan kemarahan
rakyat. Mereka menjadi hilang akal untuk melakukan kejahatan dan menipu
rakyat.
Perhimpunan tadi mencatat sejarah buat negara ini kerana ia berjalan lancar
,
aman dan penuh harmonis. Himpunan yang dihadiri lebih 150,000 itu tidak
mendatangkan apa-apa masalah seperti mana dibayangkan sebelum ini. Apa
yang berlaku tadi menjelaskan bahawa sekiranya himpunan awam anjuran
pembangkang begitu jika tidak diganggu ia akan berjalan dengan baik.
Himpunan berlangsung selama kira-kira 4 jam tadi juga menyenangkan pihak
polis.
Apa yang berlaku hari ini menjawab persoalan yang
di'tabuh' selama ini siapa yang menjadi dalang berada di sebalik
kekecohan dan kekecauan dalam setiap himpunan membabitkan PR sebelum
ini.
Apa yang berlaku hari ini memberi moral dan kualiti kepada PR.
Rakyat menilai sendiri akan kemampuan dan juga kejujuran Pakatan Rakyat
yang menuntut hak-hak rakyat menerusi demokrasi.
Mungkin dari
jumlah kehadiran yang diharapkan tidak menjadi kenyataan. Tetapi pihak
PR perlu merasa berpuas hati kerana dapat mewujudkan sebuah himpunan
yang harmoni yang sekaligus menunjukkan integriti dan keikhlasan PR.
Sepanjang himpunan tadi orang ramai memberi kerjasama baik dan
benar-benar menjaga adat dan juga alam sekitar. Setiap arahanh spontan
yang dibuat diikuti dengan baik. Contohnya pengerusi meminta agar
trompik tidak dibunyikkan semasa pidato, semua mematuhi. Satu ketika
keadaan riuh dengan trompik tetapi setelah 'dilarang' ia kemudian
menjadi senyap sunyi.
Begitu juga dengan kebersihan alam
sekitar. Semua sampah atau bekas makanan dan minum diletakkan di satu
tempat. Ada pula pertugas khas yang membawa plastik menghampiri orang
ramai bagi memudahkan sampah dimasukkan. Suasana begini tidak wujud
pada mana-mana himpunan dan keramaian UBN di mana tanggungjawab menjaga
dan mengawal kebersihan tersangkut di bahu petugas PBT atau pihak
penguasa sepenuhnya.
Mungkin pihak UBN tidak perlu risau dengan
jumlah kehadiran kerana ia tidak mencecah sejuta. Tetapi melihat
kepada semangat, displin yang ditunjukkan himpunan tadi boleh menjadi
gambaran awal akan kesungguhan rakyat berbilang kaum bernaung di bawah
PR untuk menumbangkan UBN. Dalam anggaran saya jumlah tadi sekitar
160,000 termasuk yang terkandas di Bukit Bintang atau pun mereka yang
tidak sempat berhimpun dan memasuki stadium. Sekiranya setiap mereka
mewakili tiga orang pengundi ini bermakna kekuatan himpunan itu ialah
sebanyak 480,000 iaini hampir setengah juta.
Berada di stadium
menyaksikan puluhan ribuan manusia dengan pelbagai warna utama;
kuning, hijau, oren dan merah, yang mewarnai stadium tadi telah memberi
gambaran kepelbagaian warna kulit, anutan agama dan ideologi politik
boleh bersatu atas semangat untuk menumbangkang UBN. Sorakan dan
tepukan bersemangat yang berkumandang dan menyelinap ke dalam telinga
menjadi darah menyirap kebanggaan.
Gerakan ombak yang dilakukan oleh orang ramai menunjukkan mereka cukup
understanding
dan sepakat untuk membawa pembaharuan politik negara ini. Rangkaian
ombak manusia beralun-alun itu menggambarkan mereka sudah sedia untuk
menenggelamkan Umno.
Semua pimpinan utama Pakatan Rakyat hadir
dan memberi ucapan. Sebelum itu sebanyak 15 wakil-wakil NGO berucap
barang seminit dua untuk menyatakan tuntutan dan juga memberi suntikan
semangat dan komitmen bagi menumbangkan UBN. Pemimpin utama yang
berucap Anwar Ibrahim, Abdul Hadi Awang, Lim Guan Eng manakala
Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat menutup himpunan dengan doa.
Semua yang hadir mengaminkan doa Tokguruku itu tidak kira bangsa.
Menitis air mata tatkala melihat seorang pemuda Cina bersama pasangannya
merautkan tangannya ke muka setelah doa habis dibaca seperti mana
dilakukan umat Islam.
Apa yang berlaku hari ini boleh
disimpulkan ia memberi keyakinan perpaduan dan nekad Pakatan Rakyat
untuk mengambil alih Putrajaya tidak tergugat sedikit pun walaup
pakatan itu diserang dan cuba dipecahkan oleh UBN dengan berbagai cara.
Seolah makin ia diserang dan difitnah, ikatan dan jabat salam sesama
mereka makin erat. Seakan mereka sudah berjanji sehidup semati, akan
bersama selagi UBN tidak hancur.
Seharusnya UBN khasnya Najib
Razak kena membuat post mortem himpunan hari ini sebaik mungkin sama
ada hendak bubar Parlimen hujung Januari ini ataupun merapatkan pilihan
raya hingga ke akhir April.
[wm.kl.7:02 pm 12/01/13]