Sabtu, 12 Mei 2012
i-Hadir' kesan pelajar ponteng
'i-Hadir' kesan pelajar ponteng
19 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
KOTA
BHARU: Jabatan Pelajaran Kelantan menjadi perintis mengguna perisian
yang dikenali sebagai 'i-Hadir' bagi mengenal pasti kehadiran pelajar ke
sekolah dan mengesan pelajar ponteng.
Inovasi
baru yang diperkenalkan oleh Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan
Jabatan Pelajaran Kelantan itu boleh diakses bila-bila masa serta
memudahkan pihak sekolah dan ibu bapa mengetahui kedatangan anak mereka
ke sekolah.
Pengarah
Pelajaran Kelantan, Hussain Awang, berkata, i-Hadir adalah aplikasi
mudah, cepat dan tepat, dengan pihak sekolah akan memasukkan rekod
kedatangan harian murid ke dalam komputer yang dilengkapi perisian
berkenaan.
Pada
masa sama, katanya, data itu boleh dipantau oleh pihak Pejabat
Pelajaran Daerah (PPD) dan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) walaupun
berada di tempat lain.
“Sekiranya
ada pelajar yang kerap tidak hadir, pihak JPN akan merujuk semula
kepada pihak sekolah berhubung tindakan yang diambil.
“Secara
tak langsung, aplikasi ini akan menjadi penghubung antara pihak sekolah
dan PPD seterusnya JPN,” katanya pada majlis pelancaran i-Hadir pada
perhimpunan ‘Bulanan Jabatan Pelajaran Kelantan di Dewan Bestari,
Sekolah Kebangsaan Padang Garong 1, di sini, semalam.
Turut hadir, Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran Kelantan, Rosnah Wan Ibrahim.
Perisian
yang mula diguna dua bulan lalu itu adalah program perintis, dilihat
mampu mengesan kehadiran pelajar ke sekolah dan pada masa sama dapat
mengurangkan masalah ponteng membabitkan pelajar sekolah bandar dan luar
bandar.
berita harian/-
Jaga-jaga dengan pujukan Najib
Jaga-jaga dengan pujukan Najib
19 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Permintaan Tun Dr Mahathir supaya rakyat berikan mandat besar kepada Datuk Seri Najib amat kelakar namun ia juga sangat berbahaya kepada rakyat.
Anggota Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) mengingatkan rakyat apa yang bakal berlaku seandainya Najib dan BN menang dalam PRU13 akan datang ini.
Bagi beliau, kenyataan Dr Mahathir yang hanya di buat liputan oleh sebuah akhbar berbahasa Mandarin Kwong Wah yang berpengkalan di Pulau Pinang membawa banyak erti kepada rakyat dan negara kerana ternyata Tun Mahathir diakui masih mempunyai pengaruh yang besar.
Dr Dzulkefly memberikan tumpuan kepada akta drakonian ISA yang telah pun dimansuhkan oleh parlimen dalm sesi persidangan lalu setelah dikecam hebat oleh pelbagai pihak dari NGO dan Pakatan Rakyat.
Meskipun yang menggantikan ISA itu, Akta Kesalahan Kesalamatan 2012 dari beberapa sudut, secara undang-undnag prosedur itu lebih zalim, rakyat, rata-ratanya menerima baik pemansuhan itu.
Sekurang-kurangnya, tahanan 60 hari telah dikurangkan kepada 26 hari, katanya.
Namun Tidak ramai yang ketahui bahawa, kuasa tahanan dan lanjutan tahanan telah beralih tangan kepda pihak penguasa polis yang boleh memohon Mahkamah supaya tahanan direman sehingga ke peringkat Mahkamah Rayuan, meskipun terbukti tertuduh tidak bersalah.
Beban dan bukti bagi mensabitkan kesalahan juga adalah jauh lebih ringan dan dipertikaikan oleh pelbagai pihak pengamal undang-undnag dalam dan luar negara.
"Yang malangnya, Tun Mahathir masih menyimpan perasaan bahawa ISA akan dapat dibentangkan kembali sekiranya Najib dan BN menang besar," kata Dr Dzulkefly bimbang.
Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS (PPP) berkata, umum pun masih ingat bahaw Najib sendiri , ketika memansuhkan ISA menyatakan bahawa beliau lakukan semua ini kerana rakyat mahu dan desakan.
Dengan kata lain bukan kerana beliau sendiri yakin dan percaya bahawa undang-undang rimba dan zalim seperti ini tidak wajar diteruskan dalam dunia dan negara yang telah jauh bertamaddun, katanya.
Mengikut Menteri Ddi Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bahawa ISA telah disalahgunakan oleh pihak pemerintah ke atas pihak pembangkang yang menzahirkan pertentangan yang legitimate dan sah.
"Dengan kata lain, kalau Najib sudah dapat kuasa lebih besar dan rakyat tidak dipedulikan suara dan desakan, apakah akan menjadi benar kata-kata Tun Mahathir yang mahukan ISA semula itu.
"Apakah juga akan menjadi benar segala kekhuatiran rakyat tentang hal-hal lain seperti juga polisi yang akan membebankan rakyat seperti cukai GST dan Polisi Kesihatan Kebangsaan yag disebut-sebut baru-baru ini?" soal beliau.
Apa lagi, katanya, polisi BN-Najib yang tertangguh hari ini yang akan bakal dihidupkan kembali nanti, setelah rakyat silap membuat congakan?
"Sekarang dalam susah hendak kembalikan sokongan, bukan main baik lagi... kita telah lihat selepas PRU ke-11 dulu. Lupa segala-segalanya," ingat beliau.
Harakah Daily

Responses
0 Respones to "Jaga-jaga dengan pujukan Najib"Nik Aziz terima borang ahli PAS dari Aishah malam ini
Nik Aziz terima borang ahli PAS dari Aishah malam ini
19 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menerima borang keahlian ahli PAS daripada penyanyi popular bersuara lunak dan Juara Lagu 1990, Wan Aishah Wan Arifin (gambar) di Markas Tarbiah PAS Pusat Taman Melewar, Jumaat 11 Mei hari ini, jam 9.30 malam.
Menurut Ketua Penerangan PAS Batu, Ustaz Marzuki Zakaria, satu ceramah perdana "Rakyat Melangkah Ke Putrajaya" akan diadakan dan dipancarkan secara langsung melalui webtvpas di alamat http://webtv.pas.org.my saluran 1 dan 3, juga dipaparkan pada blog telukbakong.online.
Katanya, selain Tuan Guru Nik Aziz dan Wan Aishah, turut berceramah ialah bekas Menteri Kesihatan, Datuk Dr Chua Jui Meng; anak bekas TPM, Tamrin Tun Ghafar Baba dan Timbalan Ketua Muslimat PAS Pusat, Dr Mariah Mahmood.
Penyajak tersohor, Pyan Habib turut mendeklimasikan beberapa sajak pada majlis malam ini, ujar beliau.
Selepas solat Isyak, katanya, PAS Batu turut menganjurkan Munajat Perdana PRU13 bagi memohon pertolongan Allah SWT agar diberikan kemenangan kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum yang dijangka Jun ini.
Orang ramai sekitar lembah Klang dijemput datang beramai-ramai.

Ibnu Hasyim: Kereta Ini Panjat Pokok. Mengapa?
Ibnu Hasyim: Kereta Ini Panjat Pokok. Mengapa?: KEADAAN kereta Ford Escort milik seorang pemuda yang dikenali gemar memandu secara laju dan berbahaya di Lubczyna, Poland. Pengaj...
Ibnu Hasyim: Aishah Jadi Ahi PAS, Ceramah Bersama N/Aziz..
Ibnu Hasyim: Aishah Jadi Ahi PAS, Ceramah Bersama N/Aziz..: KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menerima borang keahlian ahli PAS daripada penyanyi popu...
Ibnu Hasyim: Bapa Kafir: Replika NST Dibakar, Boikot NST!
Ibnu Hasyim: Bapa Kafir: Replika NST Dibakar, Boikot NST!: (Speaker DUN Kelantan, Datuk Nasuruddin membakar replika NST di Kota Bharum - Gambar Yusri ) KOTA BHARU: Marah dengan tuduhan akhbar U...
Ibnu Hasyim: Majalah Al-Qaeda 'Inspire' Terbit Lagi. Percuma!
Ibnu Hasyim: Majalah Al-Qaeda 'Inspire' Terbit Lagi. Percuma!: Majalah Al Qaeda Terbit dan Ancam Hancurkan AS WASHINGTON - Majalah Al Qaeda berbahasa Inggeris kembali muncul belakangan ini,...
Ibnu Hasyim: Bongkar Penipuan Dalam Internet (5)
Ibnu Hasyim: Bongkar Penipuan Dalam Internet (5): Bongkar Penipuan Dalam Internet (5) By mAYANGmAYA (Sambungan Bongkar Penipuan Dalam Internet (4) KEEMPAT: SISTEM KEAHLIAN ...
Ibnu Hasyim: Kisah Mimpi Berbogel... Apa Tandanya?
Ibnu Hasyim: Kisah Mimpi Berbogel... Apa Tandanya?: ; Ini gambar hiasan sahaja . BARU pulang dari kuliah Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din. Beliau membuka kuliah degan satu pertanyaan....
Tidak dapat melihat artikel menggunakan IE?

Admin, | 11 Mei 2012 |
Kepada semua pengunjung Harakahdaily terutama yang menggunakan paparan Internet Explorer, sekiranya anda tidak dapat membaca Harakahdaily bilamana klik pada artikel (keluar blank putih) sila cuba upgrade paparan anda ke versi terbaru atau "disable scripting" menggunakan langkah-langkah di bawah ini.
1. Tekan alt+T
2. klik Internet Options
3. klik tab Security
4. klik Custom level...
5. skrol ke bawah dan cari Scripting
6. Klik Disable pada Active scripting
7. Klik Ok
8. refresh
9. InsyaAllah akan ok...
Untuk melihat paparan terbaik anda disarankan beralih kepada paparan Mozilla Firefox. Sekian Terima Kasih
Team teknikal IT
*Sebarang masalah sila emailkan kepada kami di http:// teknikal@harakah.net.my

Bersediakah Umno hadapi PRU13 bulan depan?

|
ULASAN
Sambutan ulangtahun ke-66 Umno selama tiga hari mulai hari ini, menjadi
tumpuan utama, bukan sahaja di kalangan ribuan ahli Umno yang akan
membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil mulai hari ini, tetapi juga
rakyat di seluruh negara yang mengharapkan ucapan presiden parti itu
malam ini, akan menyingkap sesuatu jawapan terhadap penantian mereka
selama ini.
Dan ia adalah jawapan kepada persoalan bilakah pilihan raya umum ke-13 (PRU13). Mereka mengharapkan Datuk Seri Najib Tun Razak akan memberi 'bayangan' mengenai tarikhnya.
Di kalangan ahli Umno, apa yang menjadi tumpuan utama perhatian mereka ialah sejauhmana persediaan parti itu untuk menghadapi pilihan raya umum yang dianggap paling perit yang pernah dihadapinya selepas merdeka.
Dan sudah tentulah antara ahli Umno yang datang itu termasuk mereka yang membawa harapan besar agar dilantik semula bertanding dalam PRU13 dan mereka juga yang berharap akan tersenarai sebagai 'calon boleh menang'.
Sebelum ini, pemilihan calon dalam Umno, tidaklah sesukar sekarang. Sebelum ini, mereka yang menyandang jawatan di peringkat bahagian, terutamanya ketua bahagian, naib ketua bahagian, ketua Pemuda dan Wanita merupakan pilihan utama sebagai calon parti. Kerana itulah kita dapat melihat pertandingan merebut jawatan parti di peringkat bahagian begitu sengit sekali, dengan banyak pihak yang 'ditangkap' dan 'dihukum' kerana terbabit dalam politik wang untuk membeli undi.
Namun kini, bila Najib mencanangkan tentang hasrat parti itu untuk menyenaraikan 'calon boleh menang' dalam PRU13, maka ia sudah tentunya membuat penyandang jawatan di peringkat bahagian berada dalam kegusaran berdepan dengan kemungkinan sama ada akan dipilih atau diketepikan.
Pada masa yang sama, ia turut menyemai harapan baru kepada ahli-ahli Umno yang dilihat berkebolehan dan diterima masyarakat setempat untuk dipilih sebagai calon mewakili parti.
Itu satu masalah yang perlu ditangani oleh pucuk pimpinan. Sekiranya calon-calon yang dipilih nanti tidak terdiri daripada penyandang jawatan di peringkat akar umbi, sudah pastinya unsur merajuk yang boleh mengakibatkan perbuatan sabotaj mungkin berlaku.
Masalah kedua yang dihadapi oleh Umno sekarang ialah sukar untuk mengatakan sama ada parti itu cukup kuat dan cukup bersedia untuk berdepan dengan PRU13 yang perlu diadakan menjelang bulan Mac tahun depan.
Apakah Umno sudah bersedia untuk menghadapi PRU13 pada bila-bila sekarang? Angin bertiup kencang yang mengatakan PRU13 akan diadakan pada hujung bulan Jun atau awal Julai ini.
Kekalahan 'psikologi'
Walaupun Najib mempunyai sehingga awal tahun depan untuk memanggil PRU13, tetapi jika beliau berbuat demikian, ia akan dilihat sebagai satu "kekalahan psikologi' kepada Umno. Ini kerana rakyat akan beranggapan Umno tidak berani turun ke gelanggang PRU13 lebih awal kerana tidak pasti tentang peluang untuk menang, khususnya
mengembalikan penguasaan dua pertiga di Parlimen dan merampas semula Kedah, Selangor dan Pulau Pinang. Serta kemampuannya untuk mempertahankan Perak, yang dirampas dari Pakatan Rakyat ekoran dua ADUNnya keluar parti.
Ini ditambah pula dengan pemberian durian runtuh RM500 kepada keluarga yang berpendapat di bawah RM3,000 serta agihan saguhati kepada bekas anggota pasukan keselamatan dan pasukan beruniform yang lain.
Umumnya, Mkekuatan BN terletak pada Umno dan disokong oleh anggota-anggota parti komponen dalam gabungan tersebut. Begitu juga dengan kedudukan Sabah dan Sarawak yang sentiasa menjadi 'penyelamat' kepada BN untuk kekal berkuasa.
Apabila BN menang besar pada 2004, Umno memperolehi sekitar 100 kerusi Parlimen dan gabungan itu kekal berkuasa dengan majoriti besar di Dewan Rakyat. Malah di Kelantan pun ketika itu, PAS kekal dengan hanya majoriti kerusi tipis di Dewan Undangan Negeri (DUN).
Pada 2008, apabila berlaku tsunami politik, Umno memenangi sekitar 70 kerusi parlimen manakala parti-parti komponennya yang lain di Semenanjung khususnya MCA, Gerakan dan MIC kalah teruk. Dan Sabah dan Sarawaklah yang menjadi penyelamat untuk BN kekal tetapi itupun masih belum cukup untuk mengekalkan penguasaan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.
Malah, BN tumbang di Pulau Pinang kepada Pakatan. Gerakan kalah kesemua kerusi dan yang tinggal ialah 11 kerusi yang kesemuanya diwakili oleh ADUN Umno.
Maka bermulalah pelbagai analisa dibuat oleh kalangan parti-parti BN dan juga para akademik mengenai punca kekalahan teruk BN ketika itu. Dan antara punca utamanya sehinggakan Umno dan BN ditewas di sekitar 30 kerusi parlimen pada 2008 ialah kerana perbuatan sabotaj ahli-ahli parti itu sendiri.
Mengapa itu berlaku. Ia antaranya ekoran tindakan kepimpinan Umno pusat menukar calon-calon yang dikemukakan oleh pihak bahagian - yang merupakan penyandang jawatan - dan digantikan dengan muka-muka baru, termasuklah calon payung terjun di tempat lain. Ia juga dikaitkan dengan pasukan tingkat empat di Perdana Menteri ketika itu, yang dikatakan mencongak barisan calon BN, khususnya dari Umno. Dikhabarkan pasukan tingkat empat itu sudah tidak ada lagi.
Maka dibuatlah kesimpulan, jika parti itu tidak mengetepikan pemimpin akar umbi ini, maka peluangnya untuk kembali menang adalah lebih cerah. Dan pucuk pimpinan menekankan bahawa pihak bahagian akan diberi peranan utama dalam pemilihan calon yang boleh menang. Namun Ini pun masih merupakan satu andaian, sama ada itukah sebenar punca kekalahan calon-calon Umno dahulu.
Namun apa yang nyata, kekuatan Umno sebenarnya terletak di kawasan luar bandar. Boleh dikatakan sebahagian besar kerusi yang dimenanginya sama ada pada 2004 ataupun 2008 adalah dari kawasan tersebut.
Maka tidak hairanlah jika pentadbiran perdana menteri kini memberi tumpuan utama ke kawasan-kawasan berkenaan, termasuklah tanah guguran FELDA.
Mengapa itu terjadi. Mungkin kita boleh menuding jari kepada Umno sendiri. Kerana sebelum ini penyandang jawatan parti di peringkat bahagian merupakan pilihan utama menjadi calon, maka ada yang menghalang golongan muda, yang dilihat mampu menggugat kedudukan mereka, daripada menyertai parti itu.
Tindakan itu secara tidak langsung telah menjauhkan golongan muda daripada Umno dan sejarah perjuangannya. Malah, tindak-tanduk segelintir pemimpin bahagian yang menyekat mereka daripada menyertai Umno, kini telah memakan diri sendiri, di mana golongan muda kini beralih minat kepada parti pembangkang, terutamanya saingan utama Umno, iaitu PAS.
Kerana itulah, ada yang beranggapan sekiranya BN tidak mengadakan pilihan raya umum lebih awal pada 2008, kemungkinan ia akan kecundang terus sekiranya lebih ramai pengundi muda didaftarkan sebagai pengundi yang jumlah mereka mencecah ratusan ribu orang.
Dan kini mereka sudahpun mendaftar untuk mengundi dalam PRU13, maka bagaimanakah peluang BN kali ini. Soalan ini agak merisaukan kerana pengundi atas pagar yang dianggarkan sekitar 30 peratus jumlah pengundi keseluruhannya, tidak dapat dibaca hati nulari mereka.
Tarikh pilihan raya
Oleh itu, BN dilihat begitu berhati-hati dalam menentukan tarikh pilihan raya kali ini. Sudah pastinya BN, khususnya Umno, akan memastikan tarikhnya tidak akan menyebabkan penduduk luar bandar sukar untuk keluar mengundi. Jadi pastinya ia akan mengelak mengadakan PRU13 semasa musim banjir. Kebiasaannya, musim tengkujuh bermula pada bulan September sehingga awal tahun depan.
Begitu juga dengan musim umat Islam mengerjakan ibadat Haji. Malah, penulis yang baru pulang mengerja ibadat Umrah kira-kira sebulan lalu, dimaklumkan oleh petugas Tabung Haji di Mekah bahawa jumlah rakyat Malaysia yang mengerjakan Umrah sepanjang tahun, juga begitu ramai sekali.
BN juga perlu memastikan kedudukan sokongan untuknya di Sabah dan Sarawak. Kesilapan menentukan tarikh atau menangani isu-isu penting di kedua-dua negeri itu boleh membawa padah kepada BN.

Kecenderungan pengundi muda
Dalam
usahanya untuk mengukuh dan mengekalkan sokongan rakyat di kawasan luar
bandar, namun Umno juga dilihat gusar apabila memikirkan kecenderungan
pengundi muda untuk menyokong pembangkang. Ini dilihat daripada kejayaan
calon-calon pembangkang untuk menang di kerusi bandar dan pinggir
bandar, dalam jumlah yang mampu menafikan BN penguasaan dua pertiga di
Dewan Rakyat.Mengapa itu terjadi. Mungkin kita boleh menuding jari kepada Umno sendiri. Kerana sebelum ini penyandang jawatan parti di peringkat bahagian merupakan pilihan utama menjadi calon, maka ada yang menghalang golongan muda, yang dilihat mampu menggugat kedudukan mereka, daripada menyertai parti itu.
Tindakan itu secara tidak langsung telah menjauhkan golongan muda daripada Umno dan sejarah perjuangannya. Malah, tindak-tanduk segelintir pemimpin bahagian yang menyekat mereka daripada menyertai Umno, kini telah memakan diri sendiri, di mana golongan muda kini beralih minat kepada parti pembangkang, terutamanya saingan utama Umno, iaitu PAS.
Kerana itulah, ada yang beranggapan sekiranya BN tidak mengadakan pilihan raya umum lebih awal pada 2008, kemungkinan ia akan kecundang terus sekiranya lebih ramai pengundi muda didaftarkan sebagai pengundi yang jumlah mereka mencecah ratusan ribu orang.
Dan kini mereka sudahpun mendaftar untuk mengundi dalam PRU13, maka bagaimanakah peluang BN kali ini. Soalan ini agak merisaukan kerana pengundi atas pagar yang dianggarkan sekitar 30 peratus jumlah pengundi keseluruhannya, tidak dapat dibaca hati nulari mereka.
Tarikh pilihan raya
Oleh itu, BN dilihat begitu berhati-hati dalam menentukan tarikh pilihan raya kali ini. Sudah pastinya BN, khususnya Umno, akan memastikan tarikhnya tidak akan menyebabkan penduduk luar bandar sukar untuk keluar mengundi. Jadi pastinya ia akan mengelak mengadakan PRU13 semasa musim banjir. Kebiasaannya, musim tengkujuh bermula pada bulan September sehingga awal tahun depan.
Begitu juga dengan musim umat Islam mengerjakan ibadat Haji. Malah, penulis yang baru pulang mengerja ibadat Umrah kira-kira sebulan lalu, dimaklumkan oleh petugas Tabung Haji di Mekah bahawa jumlah rakyat Malaysia yang mengerjakan Umrah sepanjang tahun, juga begitu ramai sekali.
BN juga perlu memastikan kedudukan sokongan untuknya di Sabah dan Sarawak. Kesilapan menentukan tarikh atau menangani isu-isu penting di kedua-dua negeri itu boleh membawa padah kepada BN.
Langgan:
Catatan (Atom)
Responses
0 Respones to "Nik Aziz terima borang ahli PAS dari Aishah malam ini"Catat Ulasan