BN pastikan kebajikan, keperluan rakyat jika dapat mandat semula
Barisan
Nasional akan memastikan kebajikan dan keperluan rakyat dipenuhi jika
mendapat mandat untuk mentadbir negara pada pilihan raya umum akan
datang, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Yahya Hussin hari ini.
Katanya, pemberian pelbagai bantuan, termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), merupakan usaha berterusan kerajaan bagi meringankan beban rakyat, sekaligus memberi peluang kepada rakyat memperbaiki ekonomi keluarga.
"Sejarah membuktikan BN sentiasa mengambil langkah terbaik dalam menjaga kebajikan rakyat.
"Bagaimanapun, BN perlukan mandat daripada rakyat bagi membolehkan segala usaha terus dilaksanakan," katanya ketika merasmikan majlis Penghayatan 1Malaysia Zon Meruntum di Putatan dekat sini.
Yahya juga berkata negara semakin membangun sejak ditadbir oleh BN dan akan memastikan pencapaian tinggi untuk rakyat, khususnya dalam merealisasikan hasrat untuk menjadi negara berpendapatan tinggi.
- Bernama

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan
melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak
semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko
akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.