Isnin, 25 November 2013

Kalau dah' toman', pakaikan mahkota pun ia tetap 'toman'

KUALA LUMPUR: Selalunya kehidupan orang yang baru mendapat nikmat ini hidup mereka kadang kala adalah 'fake' dan tidak natural, tulis Aspan Alias (gambar).

“Dalam waktu membuat ‘adjustments’ dengan keadaan dan situasi baru itu, ia menyakitkan mata dan hati banyak pihak yang bersangkutan dengan orag ramai,” tulis beliau di dalam blognya, kelmarin.

Kata-kata orang tua dahulu kala ada berbunyi, ‘seorang yang berdarah raja itu, jika menjadi buruh pun ia tetap raja, tetapi jika seorang 'toman' (singkek), jika diletakkan mahkota di kepala mereka sekali pun, ia tetap dengan sikap  'toman'nya.

Tulisan penuh beliau sebagaimana di bawah.
Dulu-dulu orang kampung seperti saya ini pergi sekolah naik bas dan naik bas pula tidak seperti orang di bandar. Saya menaiki bas pada pukul 6.30 pagi tetapi belum tentu sampai ke sekolah jam 8 pagi.

Pertamanya ialah kerana bas di kampung selalunya bas yang sudah tua. Kadang kala bukan bas yang membawa kita, sebaliknya kita pula yang terpaksa menolak bas apabila bas melalui jalan lumpur yang tidak ada tar.

Sekarang ini zaman lain. Sekarang semuanya sudah ada jalan sampai ke pintu pagar setiap individu terutamanya di negeri-negeri pantai barat di Semenanjung.

Kereta pun sudah banyak dan semua jalan adalah jalan tar. Bukan sahaja semua orang pergi ke mana-mana dengan bas dan kereta yang baik, bagi mereka yang pandai terutamanya yang kuat berjuang sebagai ‘social climbers’ pergi ke mana-mana naik jet peribadi.

Kalau tak mampu beli jet sendiri, rakyat ramai yang membayar semua kos itu hingga jutaan ringgit harganya. Kalau di setengah negara pergaduhan berlaku kerana kemiskinan, tetapi sekarang manusia bergaduh kerana barangan dan perkhidmatan yang mewah yang tidak termimpi oleh mereka yang sedang mendapat nikmat besar tadi.

Kemajuan peribadi begitu mendadak sehinggakan tidak sempat untuk melatih diri untuk tidak terlalu gelojoh dengan nikmat yang datangnya dari pengaruh politik suami atau isteri masing-masing.

Nikmat yang didapati oleh mereka yang belum sempat membentuk diri yang secocok sebagai manusia dalam tahap ‘social’ yang tinggi, maka terjadi dan terbentuklah situasi dalam mana mereka seperti ini hidup dalam ‘glamour’ yang keterlaluan.

Mereka yang baru masuk dalam kumpulan ‘orang kaya baru’ ini akan terlajak dalam semua hal dalam proses menyesuaikan diri dengan keadaan baru mereka itu.

Berlainan dengan mereka yang sudah tersedia lahir dan hidup dan dibesarkan dalam keluarga yang kaya dan tahap ‘social’ yang tersedia tinggi. Mereka yang dari kumpulan ini hidup mereka lebih ‘natural’ dan ‘glamour’ itu bukan perjuangan atau niat mereka dalam semua langkah kehidupan mereka.

Mereka dalam kumpulan ini boleh turun dan boleh naik di mana-mana dan selalunya tidak akan memikirkan hal ‘glamour’ itu lagi.

Mereka dalam kumpulan ini, jika memakai pakaian yang murah pun nampak seperti memakai pakaian yang mahal. Mereka tidak perlu lagi menempelkan imej baru kerana dari lahirnya mereka sememangnya sudah berada di tahap itu. Maka tidak ada risiko memakan dan berbelanjakan wang awam untuk menambah dan menempelkan imej yang mereka mahu masyarakat melihatnya.

Mungkin ramai yang tidak faham apa yang saya nyatakan ini tetapi untuk memudahkan kefahaman itu elok kita tengok filem arahan P Ramlee, Ali Baba Bujang Lapuk. Kita boleh belajar banyak nilai kemasyarakatan .

Aziz Satar terpaksa belajar cara berjalan sebagai orang kaya setelah terjumpa harta karun yang bertimbun.

Aziz berfikir jika sudah jadi kaya cara berjaan pun kena ubah. Aziz menjadi bahan ketawa penonton dan itu adalah satu keadaan yang hakiki yang sedang berlaku dalam masyarakat kita khususnya yang baru mendapat kekayaan dan kedudukan yang tinggi.

Selalunya kehidupan orang yang baru mendapat nikmat ini hidup mereka kadang kala adalah 'fake' dan tidak natural.

Dalam waktu membuat ‘adjustments’ dengan keadaan dan situasi baru itu, ia menyakitkan mata dan hati banyak pihak yang bersangkutan dengan orag ramai.

Kata-kata orang tua dahulu kala ada berbunyi, ‘seorang yang berdarah raja itu, jika menjadi buruh pun ia tetap raja, tetapi jika seorang 'toman' (singkek), jika diletakkan mahkota di kepala mereka sekali pun, ia tetap dengan sikap  'toman'nya. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/

Shahbudin dot com: "Tak Perlulah Sampai Guna Lilin, Tapi Tunjuklah Ke...

Shahbudin dot com: "Tak Perlulah Sampai Guna Lilin, Tapi Tunjuklah Ke...: Perdana Menteri, Najib Razak akhirnya bersuara juga mengenai kontroversi bil letrik di Seri Perdana yang mencecah lebih RM2.2 juta bagi ta...

'Tiada Islam liberal, Islam ortodoks dalam PAS'




 
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta anggota parti itu agar berwaspada dengan usaha Umno untuk memecah-belahkan perpaduan mereka seperti menimbulkan dakwaan perbezaan akidah di kalangan para pemimpin PAS.

Beliau mendakwa, tuduhan seperti itu ditimbulkan oleh Umno, sedangkan kalangan ahli PAS hanya berbeza dari segi latar belakang dan pendidikan dan bukannya dari segi akidah.

pas muktamar 231113 mat sabu hadi awang"Syariah Islam tidak ada khilaf (silap) di kalangan ahli pas, semua bersatu di atas satu pentas.

"Tiada dalam PAS, Islam liberal, Islam Ortodhox atau Islam Protestan. Jangan dengar pandangan orang luar. Yang lihat agama ni Ulama," kata Abdul Hadi dalam ucapan penggulungannya di Muktamar PAS ke-59 di Shah Alam.

Menurutnya lagi kepelbagaian dalam latar belakang ahlinya juga boleh dilihat sebagai kekuatan dan petanda bahawa PAS mempunyai pelbagai kelebihan dan lebih menyeluruh untuk ditawarkan kepada masyarakat.

"Kita boleh bentuk kepimpinan kolektif secara jemaah mempunyai pelbagai kepakaran," kata beliau yang mengumpamakan perjuangan dan penyatuan PAS sebagai sekumpulan kelasi bersama meredah gelombang dalam satu bahtera.
Katanya setiap anak kapal tersebut berperanan membolehkan bahtera itu berlayar dengan selamat.

"Kadang-kadang saya bimbang org kita mabuk dgn gelombang. mabuk jgn sampai terjun bahtera.
"Ada yang terjun tetapi tak selamat walau dia Ulama," kata beliau merujuk kepada tindakan beberapa pemimpin yang keluar dari parti tersebut sebelum ini.

Dalam sidang medianya selepas itu, Hadi turut menepis tanggapan bahawa kepimpinan baru PAS gagal dikuasai kumpulan ulama.

Katanya, golongan ulama membentuk jumlah paling besar dalam saf kepimpinan parti Islam itu.
"Sembilan orang ahli jawatankuasa PAS pusat yang berpendidikan agama, yang bakinya tu campur dengan doktor, jurutera, aktivis. Ulama yang terbesar sembilan orang.

"Yang penting bukan nama ulama, tapi peranan ulama. Kita tak mahu kalau ulama seperti (ulama) Umno. Dia tak ada peranan, tak ada erti. (Yang penting) bukan jumlahnya," katanya ketika ditanya.

Antaranya pemimpin ulama yang dipilih ke jawatankuasa PAS Pusat semalam termasuk Idris Ahmad, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh, Nasrudin Hasan, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, Dr Mahfudz Mohamed, Nuridah Salleh dan Dr Riduan Mohd Nor