Jumaat, 16 September 2011

PM mansuh ISA di saat terdesak – TG Nik Aziz

PM mansuh ISA di saat terdesak – TG Nik Aziz
  • M S Ibrahim Al-Malbar · Pengulas Tertinggi · Gopeng
    Dalam catatan sejarah parti politik terawal ditubuhkan ialah Parti Komunis Malaya (PKM) pada 30.4.1930 dengan matlamatnya untuk menjatuhkan sistem kolonialisme. Kesatuan Melayu Muda (KMM) ditubuhkan tidak lama selepas itu yang berusaha untuk membangkitkan kesedaran kemerdekaan dikalangan orang melayu dan anti British, antara pimpinannya ialah Dr Burhanuddin Al-Helmi, Ibrahim Hj Yaakub, Ishak Hj Mohamad dan Ahmad Boestamam. Pada 17.10.1945 ditubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) untuk meneruskan perjuangan kemerdekaan tanah melayu dengan slogannya MERDEKA, hanya pada 1946 Datuk Onn dan pengikutnya yang terdiri dari golongan atasan dan pertengahan melayu menubuhkan UMNO, slogan umno ialah HIDUP MELAYU dan merupakan pro-penjajah, umno memperkecilkan perjuangan PKMM dengan ungkapan "....membuat sebatang jarum pun tak pandai...Lihat seterusnya..
    • Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi
      Kebenaran tetap pahit utk ditelan. Tapi yg nyatanya, umno telah menjadi alat pd penjajah british utk meneruskan agenda jajahannya walaupun dia (british) sudah lama beredar dari malaya. Sbb itulah kita tgk dlm realiti skrg, undang2 kita masih undang2 british, minda pemimpin2 umno pun lebih kurang sama dgn british. Kita mungkin telah merdeka dari british pd zahirnya, tapi dlm realitinya kita masih blom merdeka krn masih terjajah dlm bentuk undang2 & sistem pemerintahan british. Terima kasih pd M S Ibrahim krn kongsikan sejarah yg sbnar...
    • Ibrahim Jusoh · Pengulas Tertinggi · Manager di Bahagia World Alor Setar
      Saudara MS Ibrahim Al- Malbar. Ini sejarah dalam lipatan sejarah. Tidak pernah didedahkan faktanya kepada masyarakat umum. Tidak adalah dalam penulisan sejarah Malaya.Sejak saya dibangku sekolah rendah dan tamat menengah atas, apa yang saudara sebutkan tadi tidak ada dalam sukatan pelajaran.Sentuhan nama-nama tadi tidak detail dan dilabelkan sebagai penentang.
      Kita tunggu komen Prof Khoo Kay Kim, Prof Zainal KLING atau Ramlah Adam.Apa pula pendapat Persatuan Sejarah Malaysia.
    • Pelangi Malam · Pengulas Tertinggi
      Tok Janggut, Ibrahim Limbung, Dr Burhanuddin Al-Helmi, Ibrahim Hj Yaakub, Ishak Hj Mohamad dan Ahmad Boestamam antara nama besar dr kalangan orang melayu yg menentang inggeris. Malah mereka juga dilabel sbg pengganas, pemberontak oleh inggeris. Kenapa rata2 org Melayu pd hari ini TIDAK menyatakan mereka pengganas, pemberontak sebagaimana teks sejarah sendiri menyebut bhw Tok Janggut, Ibrahim Limbung adalah pemberontak?

      Berbeza pula dgn Mat Indera, beliau juga digambarkan sbg peberontak, pngganas dsb oleh Inggeris dan diikuti pula pemimpin2 melayu juga memberi gambaran yg sama. Kenapa (pemimpin2 hari ini) tidak terus menyatakan bhw Tok Janggut juga adalah pemberontak atau pengganas sbgamana sebelum ini? (merujuk kpd teks sejarah bhw Tok Janggut adalah pemberontak). Tentunya disebabkan lembu dan kambing pun sudah tahu, bhw Tok Janggut adalah pejuang tanah air yang MEMAKSA k'jaan hari ini membetulkan sejarah yg ditulis oleh inggeris sendiri. Apakah oleh krn Mat Indera hanya pejuang terpencil (yg tidak diketahui ramai) berbanding Tok Janggut, menyebabkan label "pengganas" perlu dikekalkan kpd beliau!
  • Nordin Omor · Pengulas Tertinggi
    oohh,, bekas adun rupanyer,,, padanlah ..
    • Ismail Yusof · Pengulas Tertinggi
      adun parti kominis bela orang kominis menyamar umno.
    • Kuda Belang · Pengulas Tertinggi · UUM, USM
      Ismail Yusof RASYID MAIDIN MEMANG KOMUNIS YANG
      MEMBUNUH DAN ZALIM TERHADAP ORG MELAYU BKN MACAM MAT INDERA
    • Mohd Razali · Pengulas Tertinggi · Samts bt 38
      fahaman sesuatu ideologi tiada kena mengena kaitan keluarga..itu atas individu contoh MP shah alam dan MP johor baharu adik beradik.Idealogi politik tak sama...
  • Minda Maya · Jitra
    udahlah...lupakan sengketa , baru jer beraya, gunalah duet nak saman tu pergi mekah, lebih baik dari segalanya
  • Khairu Zidan · SMK
    Parti Komunis Malaya (PKM) ditubuhkan pada 30 April 1930 di Singapura dengan dihadiri oleh pemimpin Parti Komunis Vietnam, Ho Chi Minh. Ia sebagai kesinambungan dari penubuhan Parti Komunis Nanyang yang ditubuhkan di Singapura pada tahun 1922.

    PKM diarahkan melebarkan fahaman bukan sahaja kepada orang Cina malahan juga orang Melayu bagi tujuan menubuhkan Republik Soviet Malaya

    Akhirnya, lahirlah tokoh Komunis dari kalangan orang Melayu seperti Abdullah CD, Rashid Maidin dan Shamsiah Fakeh. Lahirlah satu rejimen yang diberi nama rejimen ke 10 iaitu pasukan tentera Melayu di bawah pimpinan Abdullah CD yang berpusat di Temerloh dan Mentakab dan mengandungi 500 anggota.
    • Salehudin Hanafi · Pengulas Tertinggi · SMKSS
      Abang Mat Sabu bukan nak mengungkit..... dia bercakap atas fakta sejarah....ngok oiiiii....!! dah abang kamu tu memang kominis, x kan nak kata dia askar melayu pula.....!!! berat nanang.....!!!
    • Salehudin Hanafi · Pengulas Tertinggi · SMKSS
      baru kita tau siapa adik rasyid maidin.... bekas adun umngok rupanya.....!!!
    • Haslan Hassan · Pengulas Tertinggi · Wodonga TAFE
      Salehudin Hanafi tu la kalu iman sekadar di tapak kaki... mengungkit perihal org yang meninggal bukanlah menampakkan akhlak yang baik tambahan pula melibatkan org no 2 dalam parti 'islam'... fikir2kanlah jgn kita turut bongok dah le
  • Ipoh Mali · Pengulas Tertinggi · Friends with Abang Nik
    Kah Kah Kah.. Woii Adik Komunis pun boleh jadi Adun UMNO! kah kah kah... Dapat Datuk lagi.... kah kah kah.. Tiba Tiba UMNO nak jadi Hero lawan Komunis.. Memoir Komunis Rashid Maidin tu awat tak saman.. sape yg tulis..kah kah kah.. lagi dedah lagi kantoi..
    • Jafry Jaff · Pengulas Tertinggi
      Kalau Abang Komunis,,Apa salahnya pada adek bergelar Datuk.. Dia tak salah..Cuma dia ada perasaan simpati pada arwah abgnya. Lebih baik Datuk jangan terikut2 dengan yang lain suka saman menyaman.. duk rumah baik2 makan duit pencin ya.
    • Young Uthmani · Pengulas Tertinggi
      oooo ahli umno rupanyer....xpe...ayat tu pun dh cukup...wa faham
    • Azman Abu Bakar · Pengulas Tertinggi
      Young Uthmani try kot ada chance lawan kat sungai manik balik..
Adik Rashid Maidin halang Mat Sabu kait abangnya
Sep 15, 11 6:26pm
Kongsi 55
Adik kepada bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) akan mengambil tindakan mahkamah untuk menghalang Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu daripada mengaitkan nama abangnya Rashid Maidin dalam ceramah politiknya.

Datuk Mohamed Yusof Maidin, 86, berkata beliau sedang berurusan dengan peguam untuk mengambil tindakan terhadap Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu.

"Kenyataan yang dikeluarkan Mat Sabu sangat mengguris hati kami sekeluarga," katanya ketika ditemui di kediamannya di Bandar Desa, Chenderong Balai diTeluk Intan hari ini.

Beliau difahamkan terdapat ceramah politik oleh pihak pembangkang yang sering mengaitkan abangnya dan ideologi komunis.

Beliau berkata Rashid Maidin telah meninggal dunia pada 1 September 2006 dan adalah tidak wajar mengaitkan orang yang tiada semata-mata untuk kepentingan politik.

"PKM telah meletakkan senjata dan mengisytiharkan berdamai dengan kerajaan Malaysia pada tahun 1989, ideologi komunis sudah tidak wujud lagi di negara ini dan tidak wajar ditimbulkan oleh mana-mana pihak," katanya.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manik selama tiga penggal sejak 1974 itu meminta kerajaan bertindak tegas terhadap Mat Sabu kerana menimbulkan isu kontroversi seperti itu.

Sempena sambutan kemerdekaan ke-54 negara dan Hari Malaysia, beliau bersyukur kerana negara ini dapat terus menikmati kemajuan serta perpaduan rakyat di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Khalid Samad: Awas agenda media menjelang PRU

Khalid Samad: Awas agenda media menjelang PRU

Jamil Khir: Saya guna duit sendiri bukan zakat

Jamil Khir: Saya guna duit sendiri bukan zakat

Bunga api meriahkan sambutan Bulan Merdeka

Bunga api meriahkan sambutan Bulan Merdeka
Nuffnang Ads
Bahan A
  • Dua ekor ikan tongkol sederhana besar
  • 5 keping asam gelugor
  • 2 inci halia, ditumbuk kasar
  • 3 ulas bawang merah kecil, ditumbuk kasar
  • 3 ulas bawang putih, ditumbuk kasar
  • Sesudu makan garam dan sesudu teh gula
  • Air untuk merebus (sekadar menutup ikan, lebihkan seinci)
Bahan B
  • Santan pekat dari satu biji kelapa
  • 3 keping asam gelugor
  • 5 ulas bawang merah kecil, ditumbuk
  • 4 ulas bawang putih, ditumbuk
  • 1 inci halia, ditumbuk
  • Satu peket rempah kari Adabi, dibuat pes
  • Satu sudu makan cili boh (kalau tak suka pedas, tinggalkan)
  • 1 cawan santan cair, dibancuh dengan sesudu makan asam jawa.
  • 2 sudu makan gula merah/ kabung/ melaka (atau kalau di Kelantan dipanggil “manisan”)
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
Cara memasak:
  1. Rebus bahan A sehingga masak, dan renihkan selama setengah jam, kemudian ambil ikan sahaja dan ketepikan.
  2. Pijarkan minyak di dalam periuk
  3. Tumiskan bawang, bawang putih dan halia, sehingga naik bau
  4. Masukkan rempah kari dan cili boh (jika guna) dan goreng sehingga keluar minyak
  5. Masukkan santan cair yang telah dicampur dengan asam jawa dan ikan (ketepikan sekeping untuk sambal kelapa). Biarkan mendidih
  6. Masukkan santan pekat dan asam gelugor
  7. Bila mendidih masukkan gula merah
  8. Masukkan garam dan sesuaikan rasanya (kalau sudah masam, keluarkan asam gelugor)
  9. Biarkan renih selama 15 minit sebelum dihidangkan bersama nasi dagang.
Anda boleh ikuti mana-mana respon ke entry melalui RSS 2.0 feed. Anda boleh tinggalkan komen/pertanyaan, atau jejak daripada site anda sendiri.