Rabu, 30 Mei 2012
Meluruskan saf sebahagian daripada solat
Meluruskan saf sebahagian daripada solat
9 Rejab 1433H. [MOD] -
Luruskan
saf dan rapatkan antara jemaah solat sering diperingatkan setiap kali
hendak memulakan solat. Peringatan imam itu hanya tinggal ingat tanpa
diindaahkan oleh jemaah. Persoalan yang timbul dalam fikiran saya apakah
jemaah tidak faham peringatan itu, atau tidak dengar atau memang jemaah
degil.
Sebenarnya
isu saf ini seperti tidak pernah selesai kerana sehingga ke hari ini,
saf solat umat memang tidak pernah lurus. Bahkan di Makkah dan Madinah
juga tidak boleh berlaku lurus.
Adakah
mereka tidak sedar bahawa luruskan saf itu sebahagian daripada solat,
malah menyempurna solat itu sendiri. Sabda Rasulullah seperti yang
diriwayatkan Anas bin Malik,
سَوُّوا صُفُوفَكُمْ، فَإِنَّ تَسْوِيَةَ الصُّفُوفِ مِنْ تَمَامِ الصَّلاَةِ
Maksudnya:
Samakan atau luruskan saf-saf solat kamu, maka sesungguhnya menyamakan
saf solat itu sebahagian daripada kesempurnaan solat. (Hadis Marfuk)
Kalau
anda tahu bahawa meluruskan saf sebahagian daripada kesempurnaan solat,
apakah patut anda tidak meluruskannya. Sedarkah anda bahawa tanpa
meluruskannya boleh mencacatkan solat anda atau dalam kata lain tidak
sempurna solat yang dilakukan itu.
Selain lurus,
merapatkan
antara jemaah penting diberi perhatain. Hal ini kerana kedudukan yang
renggang mengundang gangguan syaitan. Rasulullah s.a.w. bersabda yang
bermaksud: “Demi jiwaku yang ada di tangan-Nya (kekuasaannya), aku
melihat syaitan masuk di celah-celah saf, sebagaimana masuknya anak
kambing.” (Riwayat Abu Daud, no. 666. an-Nasa’i, 2/93. Ahmad, 2/97)
Mengapa perlu lurus dan rapat
Sesuatu
yang diperintahkan Allah dan Rasul-Nya tentu ada tujuan dan hikmahnya.
Antara tujuannya ialah dengan rapatkan antara jemaah boleh menghilangkan
rasa ego. Kalau anda perasan kedudukan saf solat anda pada hari ini,
jarang. Apabila kita cuba hendak rapatkan, dia akan anjakkan lagi. Ini
menunjukkan mereka ego, tempat solat tidak mahu dikongsikan dengan orang
lain.
Ketahuilah
kalau kita masih merenggangkan kedudukan antara jemaah, itulah petunjuk
bahawa hati anda tidak serasi dengan orang lain. Ketika itu, anda tidak
bersedia untuk bersatu padu. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Hendaklah kamu merapatkan saf-saf kamu, atau Allah akan memecah-belahkan hati-hati kamu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Jelas
di sini orang yang boleh menjaga saf selain diganjari dengan ganjaran
besar, Allah jalinkan hubungan persaudaraan sesama mereka. Hal ini
disokong oleh hadis daripada Ibnu Umar r.a dia berkata, Rasulullah SAW
bersabda: “Siapa yang menyambung (merapatkan) saf, maka Allah akan
menyambungkannya, dan siapa yang memutuskan saf, maka Allah akan
memutuskannya.
” (Riwayat Ahmad, an-Nasaie, Abu Daud dan Hakim)
Dalam
hadis yang diriwayat Abu Hurairah r.a. dia berkata, “Rasulullah biasa
masuk memeriksa ke saf-saf bermula dari satu hujung (sisi) ke hujung
yang lain, baginda memegang dada dan bahu kami seraya bersabda,
“Janganlah kalian berbeza (tidak lurus safnya), kerana demikian itu akan
menjadikan hati kalian berselisih.” (Riwayat Muslim)
Bagaimana boleh lurus dan rapat
Untuk merealisasikan perintah ini setiap orang perlu lakukan langkah berikut:
1.
Cara berdiri, setiap jemaah perlu berdiri mengikut keselesaan
masing-masing. Maksudnya kalau anda kurus berdirilah mengikut yang
sepadan dengannya. Dan kalau gemuk berdirilah mengikut keselesaannya
juga.
2.
Rapatkan antara jemaah. Untuk ini, betulkan cara meletak tangan ketika
berdiri seperti yang dijelaskan dalam keluaran edisi 8. Yang penting
siku kiri berada dicelah rusuk kanan jemaah lain. Manakala bahu dan jari
kelingking kaki bersentuhan antara satu sama lain.
3.
Kedudukan tumit, perhatikan tumit anda sentiasa berada di atas garisan
yang disediakan. Dalam keadaan itu kalau anda duduk di hujung saf, anda
akan kelihatan seperti satu. Rasullah sendiri sewaktu hayat memeriksa
saf tersebut seperti yang diriwayatkan Anas bin Malik.
أَنَّ
رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَعْدَ أَنْ أُقِيمَتِ
الصَّلاَةُ، أَقْبَلَ بِوَجْهِهِ عَلَى أَصْحَابِهِ، فَقَالَ: سَوُّوا
صُفُوفَكُمْ ، فَإِنِّي أَرَاكُمْ مِنْ وَرَاءِ ظَهْرِي.
Maksudnya:
“Bahawa Rasulullah setelah bersedia untuk solat (selepas iqamat)
baginda melihat wajah sahabat dan berkata, samakan saf-saf kamu kerana
sesungguhnya aku melihat kamu dari belakangku.” (Hadis Sohih yang
dikeluarkan al-Bukhari)
أَقِيمُوا
الصُّفُوفَ ، فَإِنَّمَا تَصُفُّونَ بِصُفُوفِ الْمَلَائِكَةِ ، وَحَاذُوا
بَيْنَ الْمَنَاكِبِ ، وَسُدُّوا الْخَلَلَ ، وَلِينُوا فِي أَيْدِي
إِخْوَانِكُمْ ، وَلَا تَذَرُوا فُرُجَاتٍ لِلشَّيْطَانِ ، وَمَنْ وَصَلَ
صَفًّا ، وَصَلَهُ اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى ، وَمَنْ قَطَعَ صَفًّا ،
قَطَعَهُ اللَّهُ تبَارك وَتَعالَى .
Dalam
hadis daripada Ibnu Umar r.a berkata, Rasulullah SAW telah bersabda:
“Hendaklah kamu luruskan saf, sesungguh kamu berbaris bersama saf para
Malaikat, samakan di antara tumit-tumit kamu dan penuhi ruang-ruang
kosong, lembut tangan saudara kamu, jangan biarkan ruang-ruang kosong
untuk dipenuhi oleh syaitan,
siapa
yang menyambung (merapatkan) saf, maka Allah akan menyambungkannya, dan
siapa yang memutuskan saf, maka Allah akan memutuskannya.” (Riwayat
Ahmad, an-Nasaie, Abu Daud dan Hakim)
Ahmad Baei Jaafar
Responses
Ibnu Hasyim: Servey Perlecehan Seks Wanita Di London
Ibnu Hasyim: Servey Perlecehan Seks Wanita Di London: SERVEY terbaru menunjukkan bahawa lebih dari 4 dari setiap10 wanita London mengaku mendapatkan pelecehan seksual di te...
Ibnu Hasyim: Gambar Inikah Fesyen Pakaian Islam & Ciri-cirinya?...
Ibnu Hasyim: Gambar Inikah Fesyen Pakaian Islam & Ciri-cirinya?...: TAHUKAH anda apakah yang di maksudkan dengan fesyen menurut perspektif Islam serta sejauh manakah berfesyen itu di benarkan dalam Isla...
Ibnu Hasyim: Mesej Twitter: Nizar Mohon Maaf. Tidak Hina Sultan...
Ibnu Hasyim: Mesej Twitter: Nizar Mohon Maaf. Tidak Hina Sultan...: Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin Antara petikan mesej Mohammad Nizar yang dikeluarkan menerusi ...
Ibnu Hasyim: Mengapa Rumah-Rumah Ini Dibakar?
Ibnu Hasyim: Mengapa Rumah-Rumah Ini Dibakar?: BEBERAPA buah rumah yang sering digunakan sebagai tempat maksiat dibakar oleh warga setempat yang merasa resah dengan aktiviti jaha...
Ibnu Hasyim: B/Pemimpin Komunis China Terlibt Skandal Seks
Ibnu Hasyim: B/Pemimpin Komunis China Terlibt Skandal Seks: Aktres popular China Zhang Ziyi ini dilaporkan berhadapan dengan siri kontroversi sejak dua tahun lalu. ...
MAM jawab Shabery: Kami perlu luluskan perlumbaan Dan Lihat Lihat video kemalangan (8.04 min)
MAM jawab Shabery: Kami perlu luluskan perlumbaan
11:45AM Mei 29 2012 |
Persatuan
Sukan Bermotor Malaysia (MAM) hari ini tampil dengan penjelasan kepada
menteri belia dan sukan bahawa negara sudahpun mempunyai badan khusus
untuk mengawal selia sukan perlumbaan bermotor seperti yang menyebabkan
17 orang cedera ketika sambutan Hari Belia, Sabtu lalu.
Ketua pengarah eksekutif MAM Datuk Razlan Razali berkata MAM merupakan salah satu daripada badan yang memikul tanggungjawab itu, selain Persatuan Automotif Malaysia, lapor theSun.
"Sebagai pihak berkuasa, kami perlu meluluskan acara tempatan untuk memastikan ia dijalankan dan diuruskan dengan baik, keselamatan adalah perhatian utama kami," katanya seperti dipetik akhbar itu.
Kos untuk meluluskan perlumbaan itu termasuk perlindungan insurans yang meliputi pelumba, anggota pasukan lumba dan juga penonton, katanya.
Beliau mengulas kenyataan menteri berkenaan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang dilaporkan mahu mengkaji penubuhan badan induk sukan berkenaan dengan alasan, tiada badan khusus bagi mengawal selia sukan itu dengan lebih berkesan.
"Kita ada beberapa badan dan persatuan yang melibatkan sukan permotoran tetapi adakah ia merangkumi perlumbaan seperti ini. Saya perlu mendapatkan lebih maklumat tentang perkara itu," katanya seperti dilaporkan Bernama pada Ahad lalu.
Mengulas lanjut kenyataan Ahmad Shabery, Razlan berkata perlumbaan pada Sabtu malam anjuran bersama kementerian tersebut juga tidak mendapat kelulusan MAM.
"Penganjur tidak mematuhi apa-apa peraturan keselamatan kami," kata Razlan yang mengulas tindakan penganjur yang hanya menggunakan pokok bunga untuk memisahkan penonton dan kawasan litar.
Sementara itu, penganjur kepada acara perlumbaan tersebut berkata mereka tidak dapat menyuraikan orang ramai yang memenuhi kawasan larangan di tepi litar terbabit.
Seorang pegawai perlumbaan tersebut, dari syarikat MUSC Motorsports berkata para penonton tidak sepatutnya berdiri di tepi jalan yang tidak dipagar dengan penghadang besi itu.
MUSC Motorsports telahpun bertindak menghalau individu yang berada di bahagian jalan tersebut, sejam sebelum acara dimulakan, katanya yang enggan dinamakan.
Bagaimanapun, mereka tidak dapat menghalang kesemua individu berkenaan kerana jumlah yang ramai, katanya.
[Baca berita penuh]
Lihat video kemalangan (8.04 min)

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan
melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak
semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko
akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Langgan:
Catatan (Atom)