Rabu, 7 September 2011
'Mat Indera murid bapa Muhyiddin'
Sep 6, 11 12:42pm
Kongsi 931
Di sebalik serangan bertubi-tubi terhadap Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dalam isu Muhammad Indera, lelaki itu didakwa pernah menjadi anak murid kepada bapa Tan Sri Muhyiddin Yassin. Malah, kata Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat (gambar sebelah, kanan), pemimpin Kesatuan Melayu Muda (KMM) itu didakwa hampir menikah dengan kakak timbalan perdana menteri.
"Mat Indera mahu berkahwin dengan kakak TPM Muhyuddin Yassin tapi tidak dipersetujui oleh bapa Mat Indera," kata Suhaizan selepas menziarahi adik Muhammad - Johan Shah (gambar atas, kiri) - semalam.
Menurut Suhaizan, Mohamad dan Pesuruhjaya PAS Johor Datuk Dr Mahfodz Mohamed turut serta dalam pertemuan itu.
Menulis di laman Facebook, Suhaizan berkata, Mat Indera pernah menegaskan bahawa beliau bukan komunis dalam pertemuan terakhir dengan Johan di Penjara Air Molek, Johor Bahru.
"(Sebaliknya) British (yang) tuduh Mat Indera Komunis," tulisnya yang diberi tanggungjawab berdebat dengan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dalam isu sejarah itu.
Dibuang daerah, diseksa British
Justeru, Suhaizan menyifatkan tiada pembelaan terhadap kematian Muhammad Indera sebelum ini disebabkan "orang takut dengan British".
Suhaizan turut menyenaraikan beberapa fakta yang kurang diketahui tentang Mat Indera, antaranya:
- Mat Indera anak kedua daripada lapan adik beradik. Ibunya meninggal ketika Johan (bongsu) berusia dua tahun.
- Johan, bapa Mat Indera, ibu tiri dan neneknya diseksa British dan dibuang daerah ke Singapura selama 5 tahun daripada tahun 1950 hingga 1954.
- British tawar $25,000 sebelum Peristiwa Bukit Kepong untuk tangkap Mat Indera. Selepas peristiwa itu, tawaran dinaikkan kepada $75,000.
- Mat Indera datang ke Bukit Kepong di saat akhir peristiwa tersebut dan tidak terlibat dalam serangan tersebut.
- Mat Indera pernah menyelamatkan anggota polis pada masa itu Yusof Rono.
- Mat Indera dilantik oleh kerajaan Johor sebagai guru agama. Beliau diberikan baju dan songkok rasmi. Beliau pernah belajar dengan ulama dikenali senagai Tuan Guru Fadil.
- Beliau digantung di Kampung Jambu Air, Taiping pada tahun 1953 dan kuburnya diasingkan daripada kubur utama.
- Mat Indera tidak pernah berkahwin.
- Basir Parto · Pengulas Tertinggi · Un. Putra MalaysiaMAT INDERA DIELAR KOMUNIS KERANA MAT INDERA MENENTANG PENJAJAHAN BRITISH, JIKA MAT INDERA BERSEKONGKOL N JADI TALI BARUT BRITISH MACAM UMNO SESCAYA MAT INDERA TIDAK DI COP OLH BRITISH SEBAGAI PENGANAS KOMUNIS, CUBA LIHAT UMNO WALAUPUN UMNO BERSEKONGKOL N MENJADI TALI BARUT BRITISH, UMNO TELAH DIANGKAT OLH PENJAJAH BRITISH SEBAGAI PEJUANG KEMERDEKAAN MALAYSIA
- Rosmi Mahmud · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Bisnes Sendiri
- Kang Razzi Armansur · Pengulas Tertinggi · Suicide Bomber di Suicide Bomberr
- Rosmi Mahmud · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Bisnes Sendiri
- Zurani Serikandi Ayah · Pengulas Tertinggi · NilINI LAGI BUKTI YANG MAT INDERA BUKAN KOMUNIS, WIRA MENENTANG BRITISH DAN MATA MATA YANG BERKERJA DENGAN BRITISH. APA YANG DI -KELUARKAN OLIH MAT SABU ADA BENAR-NYA.... KENAPA? UMNO DAN KUNCU -KUNCU BEGITU MARAH SANGAT PADA MAT SABU? DAN HINGGA BERPULUH LAPURAN POLIS DI-BUAT TERHADAP-NYA,. APA UMNO TAKUT TERIMA KENYATAAN YANG BENAR?
- Olang Maly · umur 100 tahun
- Zen Zizat · Friends with Zurani Serikandi Ayah
- Rasman A Karim Rasman · Pengulas Tertinggi · MPTI
- Kamisah Esa · Pengulas Tertinggi · Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah di Jabatan agama islam johor....Ahli akademik jangan terpedaya propaganda Umno
Khairil Abdul Rahim
KUANTAN, 6 Sept: PAS Pahang menggesa agar cendekiawan Melayu dan ahli-ahli akademik tidak mudah terpengaruh dengan propaganda Umno atau cuba mengampu dengan memutar belitkan sejarah.
...Lihat seterusnya.. - Alat Tarik Wifi Dan Hack Passwod SekaliMAKLUMAN: saya pembekal&penjual Alat Tarik Wifi Dan Hack Passwod Sekali jenis model sinmax 36dbi, iaitu yg terbaik di pasaran buat masa sekarang,
harga terbaik untuk barang yang terbaik.
https://www.facebook.com/freehacking - Ibnu Fatimah · Pengulas Tertinggi · University melaya,kolej Darul hikmah bangiyg tuduh mat indra komunis adalah umno n beritish..dasyat
- Nurman Helmi · Pengulas Tertinggi
- Baltar Agung · Pengulas Tertinggi · Manufacturing Engineer di Freesacale Semiconductor (M) Sdn. Bhd.
- Wak Karno Supardi · Pengulas Tertinggi · Spm
MB Johor: Mat Indera pengganas
Sep 7, 11 7:33pm
Kongsi 29
Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman berkata Mat Indera yang terlibat dengan gerakan menentang penjajah ketika negara diperintah oleh British, bukan seorang pejuang kemerdekaan sebaliknya pengganas yang kejam dan zalim.
Beliau berkata berdasarkan fakta sejarah peristiwa Bukit Kepong, Mat Indera adalah anggota Parti Komunis Malaya (PKM), sebagai Ketua Rejimen ke-10 yang kejam dan zalim serta mengancam keselamatan orang awam pada ketika itu.
"Apabila British menguatkuasakan undang-undang darurat pada 19 Jun 1948 di Tanah Melayu, semua parti politik berhaluan kiri seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Angkatan Pemuda Insaf (API) dan PKM telah diharamkan.
"Oleh itu, ramai anggota gerakan berhaluan kiri memilih tindakan sama ada berdiam diri, melarikan diri ke Singapura, bersatu dengan militan PKM atau meneruskan hasrat berjuang atas landasan lain termasuk menyertai Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno).
Beliau berkata berdasarkan fakta sejarah peristiwa Bukit Kepong, Mat Indera adalah anggota Parti Komunis Malaya (PKM), sebagai Ketua Rejimen ke-10 yang kejam dan zalim serta mengancam keselamatan orang awam pada ketika itu.
"Apabila British menguatkuasakan undang-undang darurat pada 19 Jun 1948 di Tanah Melayu, semua parti politik berhaluan kiri seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Angkatan Pemuda Insaf (API) dan PKM telah diharamkan.
"Oleh itu, ramai anggota gerakan berhaluan kiri memilih tindakan sama ada berdiam diri, melarikan diri ke Singapura, bersatu dengan militan PKM atau meneruskan hasrat berjuang atas landasan lain termasuk menyertai Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno).
"Bagaimanapun, Mat Indera telah memilih untuk menjadi anggota gerakan komunis militan dan ganas dalam gerakan penentangan bersenjata PKM terhadap pentadbiran British," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan Johor hari ini.
Abdul Ghani berkata demikian bagi mengulas tindakan timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, yang mempertahankan kenyataannya (Mat Sabu) bahawa Mat Indera dan pengganas komunis dalam peristiwa berdarah di Balai Polis Bukit Kepong adalah pejuang kemerdekaan sebenar.
Menurut Mohamad atau Mat Sabu, ia berdasarkan buku "Pengkukir Nama Johor" pada halaman 107 hingga 117 yang menceritakan latar belakang dan perjuangan Mat Indera.
Abdul Ghani berkata tindakan Mat Indera menyertai PKM menyebabkan dia terpesong dan ianya berlainan daripada pemimpin haluan kiri lain seperti Dr Burhanuddin Al-Helmy, Ahmad Boestamam, Ishak Muhammad dan Ibrahim Yaakub yang tidak memilih untuk bertindak secara militan.
Beliau berkata kemuncak penglibatan Mat Indera yang kejam adalah peristiwa serangan komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong di Muar pada 23 Februari 1950 dan fakta yang diperoleh dari pelbagai sumber sebilangan penyelidik ilmiah mengenai peristiwa itu menunjukkan Mat Indera bertanggungjawab sepenuhnya terhadap serangan berkenaan.
Mengenai buku "Pengukir Nama Johor", Abdul Ghani berkata dari sudut kegiatan Yayasan Warisan Johor (YWJ), segala kajian, penulisan dan catatan berhubung sejarah negeri, termasuk perjalanan hidup watak-watak seperti Mat Indera, merupakan data-data kemasyarakatan berkaitan anggota masyarakat yang pernah menonjolkan diri dalam peristiwa-peristiwa sejarah yang berlaku dalam negeri.
Katanya, penulisan dan catatan tersebut menjadi bahan kajian di atas prinsip kebenaran akademik untuk memperkayakan khazanah maklumat dan rakaman peristiwa sejarah kemerdekaan untuk tatapan dan pengetahuan generasi sebagai iktibar, panduan dan peringatan.
- Bernama
Abdul Ghani berkata demikian bagi mengulas tindakan timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, yang mempertahankan kenyataannya (Mat Sabu) bahawa Mat Indera dan pengganas komunis dalam peristiwa berdarah di Balai Polis Bukit Kepong adalah pejuang kemerdekaan sebenar.
Menurut Mohamad atau Mat Sabu, ia berdasarkan buku "Pengkukir Nama Johor" pada halaman 107 hingga 117 yang menceritakan latar belakang dan perjuangan Mat Indera.
Abdul Ghani berkata tindakan Mat Indera menyertai PKM menyebabkan dia terpesong dan ianya berlainan daripada pemimpin haluan kiri lain seperti Dr Burhanuddin Al-Helmy, Ahmad Boestamam, Ishak Muhammad dan Ibrahim Yaakub yang tidak memilih untuk bertindak secara militan.
Beliau berkata kemuncak penglibatan Mat Indera yang kejam adalah peristiwa serangan komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong di Muar pada 23 Februari 1950 dan fakta yang diperoleh dari pelbagai sumber sebilangan penyelidik ilmiah mengenai peristiwa itu menunjukkan Mat Indera bertanggungjawab sepenuhnya terhadap serangan berkenaan.
Mengenai buku "Pengukir Nama Johor", Abdul Ghani berkata dari sudut kegiatan Yayasan Warisan Johor (YWJ), segala kajian, penulisan dan catatan berhubung sejarah negeri, termasuk perjalanan hidup watak-watak seperti Mat Indera, merupakan data-data kemasyarakatan berkaitan anggota masyarakat yang pernah menonjolkan diri dalam peristiwa-peristiwa sejarah yang berlaku dalam negeri.
Katanya, penulisan dan catatan tersebut menjadi bahan kajian di atas prinsip kebenaran akademik untuk memperkayakan khazanah maklumat dan rakaman peristiwa sejarah kemerdekaan untuk tatapan dan pengetahuan generasi sebagai iktibar, panduan dan peringatan.
- Bernama
- Azarudin Mohd Arip · Pengulas Tertinggi · Manager di ITechMaltak faham aku...kalau ya lah Sdr Mat Indera ni pengganas, kenapa buku "Pengukir Nama Johor" menyenaraikan sekali nama beliau sebagai tokoh2 penting negeri Johor? dahlah MB ada bagi kata2 aluan...nampaknya selepas ini banyaklah lagi buku2 sejarah akan dipertikaikan kesahihannya...
- Mohd Abdul Azid Yaacob · Pengulas Tertinggi · UITM
- Absah Awang · Pengulas Tertinggi · Xkolejhaaa...itu ler..musuh akan kata nusuhnyer yang jahat..sahabat akan kata sahabatnyer yang baik...ini kes...saudara2 dan jiran Mat Indra dah cakap...takkan kita nak burukkan jua...tak patuiuut...yang tertulis dlam PENGUKIR NAMA JOHOR. Jawab ..jawab..setitik kecil jer yang manusia ni tahu...
- Abu 'Ubaidah · Pengulas Tertinggi · Guru di Maahad tahfiz ibnu sinasebelum merdeka : sesiapa yang menentang british mereka adalah penganas.
selepas merdeka : sesiapa yang menentang UMNO (anak british) mereka adalah pengkhianat negara..
apa nak heran..~. - Musang Berjanggut · Pengulas Tertinggi · Selangor, Selangor, Malaysiani apa ni ... cakap macam keling la ghani ni.... dia yang tandatangan buku tu kata Mat Indera Pahlawan Johor..... ni citer lain pulak.... ni apa punya MB UMNO ni.... kat mana jatidiri seorang pejuang melayu..... nampak gayanya lebih kepada pejuang UMNO yang memperjuangkan duit, projek, harta, pangkat dan....... memperjuangkan pembohongan mereka daripada terkantoi...... allo ghani.... rakyat sekarang dah cerdik la.. sekarang zaman IT... semua online... janganlah memperbodohkan kami rakyat lagi....... tolonglah bertaubat...
- Hashim Hassan · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Engineering, Consulting FirmKalaulah benar Mat Indera tu seseorang yg tidak memberi sumbangan kpd kemerdekaan, mengapa buku 'Pengukir Nama Johor' meletakkan beliau salah seorang dr nya. Bahkan MB Johor ketika itu tiada bantahan sedikit pun keatas buku ini. tiba2 skrg klr fakta bertentangan pulak - pelik bin ajaib ni. Adakah trend UMNO utk berckp ikut 'angin' pemimpin - agar tidak dilihat bertentangan, walaupun menafikan fakta sebenar...
- Ab Aziz Abdullah · Pengulas TertinggiPutar belit, membelitkan dan akhirnya terbelit...Itu yg tersurat apa lagi kalau yg tersirat...Good spinner.
- Mohd Roshdi Abdul Rashid · Pengulas Tertinggi · MPSAH 98'-01'
- Salehudin Hanafi · Pengulas Tertinggi · SMKSS
- Nash HaronOleh itu, ramai anggota gerakan berhaluan kiri memilih tindakan sama ada berdiam diri, melarikan diri ke Singapura, bersatu dengan militan PKM atau meneruskan hasrat berjuang atas landasan lain termasuk menyertai Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno).
"Bagaimanapun, Mat Indera telah memilih untuk menjadi anggota gerakan komunis militan dan ganas dalam gerakan penentangan bersenjata PKM terhadap pentadbiran British.
pilihan paling baik iaitu ikut PKM dari ikut PKMB(UMNO). PKM terang-terang menentang british, ikut UMNO?- Donnie Brasco · Multimedia University
- Mohd Yusoff Saad · Pengulas Tertinggi · Tokey di Ikut suka hampaisu ini telah membuka anak muda dan seluruh rakyat malaysia... ada sejarah yg perlu diketahui... jika kita dizaman tu... adakah memerangi penjajah secara gerila dalam hutan dalam negara sendiri adalah seorang penjenayah yg menikam bangsa sendiri? niat nya adalah 1.. halau inggeris... tu baru namanya berjuang... tp terima kasih juga kpd tunku abd rahman kerana mencari ruang utk keluarkan penjajah secara aman... logiknya mat indera dan tunku abd rahman mempunyai cita2 sama... mat indera nak inggeris berambus tanpa syarat... tunku a rahman menerima syarat yg diberikan oleh inggeris jika mahu merdeka... kita merdeka tapi...
- Kee-Keat Teh · Pengulas Tertinggi · umur 41 tahun"Pengganas" itu nama am yg diguna pakai oleh semua pemerintah zalim/korup pada sesiapa saja - komunis atau tidak - yg berani mencabar, apatah lagi bangkit menentang pemerintahan itu - penjajah Inggeris dulu begitu, BN kini pun dah sampai tahap yg sama: sering rasa terancam kedudukan pemerintahannya...
- Rauzan Bin Esa · Pengulas Tertinggi · Kota Kinabalukalau PKMM, AWAS, API, PETA dan seangkatan dengannya yang diharamkan oleh British dikatakan berhaluan kiri, maka UMNO tidak berhaluan kiri, jika UMNO tidak berhaluan kiri semasa pemerintahan British maknanya UMNO parti yg menyokong siapa???...kenapa UMNO sahaja tidak diharamkan??..kenapa Perlembagaan Rakyat yang dirangka oleh org tanah melayu sendiri ditolak, dan Perlembagaan Persekutuan yang dirangka Oleh Lord Reigh/ British yang dibawa Oleh UMNO diterima??...apa makna semua ini???...persoalan yg lama dipendamkan...
- Sultan Bro · Pengulas TertinggiMengenai buku "Pengukir Nama Johor", Abdul Ghani berkata dari sudut kegiatan Yayasan Warisan Johor (YWJ), segala kajian, penulisan dan catatan berhubung sejarah negeri, termasuk perjalanan hidup watak-watak seperti Mat Indera, merupakan data-data kemasyarakatan berkaitan anggota masyarakat yang pernah menonjolkan diri dalam peristiwa-peristiwa sejarah yang berlaku dalam negeri...
SUMBER RUJUKAN BUKU MELALUI ORANG TEPI JALAN, SEMBANG KEDAI KOPI, KEBERET, KASINO dan sebaginya???? - Musang Berjanggut · Pengulas Tertinggi · Selangor, Selangor, Malaysiacukupla UMNO... terimalah sejarah sebenar... janganlah kau bodohkan rakyat lagi.... ingatlah... orang-orang yang kau tipu sejarahnya dah meninggal.... kau nak minta maap kat sapa... mereka dah meninggal.... kau cuma akan tersiksa di akhirat nanti... cari mereka.. nak settle... tak takut ALLAH ke wahai umno..... busuk2 Mat indera pun dia betul2 tentang British Laknatullah... kalau dia serang sekalipun.. dia serang Polis british yang majoritinya malayu dan sedang mabuk.... apa UMNO buat untuk Malaysia...?????? Merdeka dengan tinggalkan DAJJAL British Laknatullah kat Malaysia sampai hari ni..... British kontrol kita sampai hari ni??? Bank, Agama, Rakyat, Ekonomi.... British kontrol lagi... sebab kerja jahat kaulah UMNO hoiiii..... dasar pengkhianat bangsa dan agama .... semoga Allah menghancurkan kau wahai UMNO
- Zahril Akmal · KMB / ukridaHaluan kiri tak sokong dan menentang british.. haluan kanan sokong dan menyokong british... British penjajah yg telah memunggah kekayaan negara kita.. dgn kata mudah dtg negeri org dan merompak kekayaannya.. yg anehnya ada gol kanan yg menyokongnya.. dan gol kanan yg menyokong perompak itu sajalah dianggap pejuang?
- Udin Dien · Pengulas Tertinggi · Pondok jeramno tu kerajaan boneka british di tanah melayu nih..apa saja kata british dia jd pak turut jer..contohnyer anggota polis wanita buleh bertudung pada masa norian mai jd kpn...itupun selepas kerajaan british membenarkannya....pencacai
amno buleh kaji balik isu ni kalau tak percaya.. - Keturunanku MelayuSEKEJAP HERO SEKEJAP PENGGANAS..KEH KEH..UMNO KALU CERITA KUAR DALAM MULUT ORG UMNO SUME JADI BAIK, KUAR DRI PEMBANGKANG JD JAHAT LAK...DULU NGAKU MAT INDERA HERO SKRG JD PENGGANAS LAK..BNYK SGT BELIT TERJERUT LEHER SENDIRI LA....
- Sas Muhd · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, MalaysiaEh siapa yang menjajah Tanah Melayu,, British kan? so betul la,, Mat Indera memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu dari cengkaman British! UMNO, MCA, MIC memperjuangkn kemerdekaan ke?
- Datok Sagor · Pengulas Tertinggi · Sekolah Menengah Kebangsaan Ahmad Badawicakap macam..***** sat kata perjuang kemerdekaan sekejab kata penganas....itu dalam Berita Harian tahun 2010 kata dia sebagai hero menuntut kemerdekaan apa cerita pulak....
- Nusty Say · Pengulas Tertinggi · Jurutera di Minyak Masak & Gas Dapurpatutnya kene tambah:-
""Ermmmm... saya no komen... kalo saye komen, nnt saye tak jdk EM BEE Johor lg... habes sume kontrak2 saye... periuk nasik saye nie mcm ne...??? Nnt saye hilang sume jawatan saya nie"" - Adam Sejodoh · Pengulas TertinggiInilah kenyataan seorang Menteri Besar yang amat pembelit, pembohong selaras dengan keadaan omno yang sedang menili di hujung perjalanan. Dah nazak, mestilah tak waras lagi.
Langgan:
Catatan (Atom)