MB Johor: Mat Indera pengganas
Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman berkata Mat Indera yang terlibat dengan gerakan menentang penjajah ketika negara diperintah oleh British, bukan seorang pejuang kemerdekaan sebaliknya pengganas yang kejam dan zalim.
Beliau berkata berdasarkan fakta sejarah peristiwa Bukit Kepong, Mat Indera adalah anggota Parti Komunis Malaya (PKM), sebagai Ketua Rejimen ke-10 yang kejam dan zalim serta mengancam keselamatan orang awam pada ketika itu.
"Apabila British menguatkuasakan undang-undang darurat pada 19 Jun 1948 di Tanah Melayu, semua parti politik berhaluan kiri seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Angkatan Pemuda Insaf (API) dan PKM telah diharamkan.
"Oleh itu, ramai anggota gerakan berhaluan kiri memilih tindakan sama ada berdiam diri, melarikan diri ke Singapura, bersatu dengan militan PKM atau meneruskan hasrat berjuang atas landasan lain termasuk menyertai Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno).

"Bagaimanapun, Mat Indera telah memilih untuk menjadi anggota gerakan komunis militan dan ganas dalam gerakan penentangan bersenjata PKM terhadap pentadbiran British," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan Johor hari ini.
Abdul Ghani berkata demikian bagi mengulas tindakan timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, yang mempertahankan kenyataannya (Mat Sabu) bahawa Mat Indera dan pengganas komunis dalam peristiwa berdarah di Balai Polis Bukit Kepong adalah pejuang kemerdekaan sebenar.
Menurut Mohamad atau Mat Sabu, ia berdasarkan buku "Pengkukir Nama Johor" pada halaman 107 hingga 117 yang menceritakan latar belakang dan perjuangan Mat Indera.
Abdul Ghani berkata tindakan Mat Indera menyertai PKM menyebabkan dia terpesong dan ianya berlainan daripada pemimpin haluan kiri lain seperti Dr Burhanuddin Al-Helmy, Ahmad Boestamam, Ishak Muhammad dan Ibrahim Yaakub yang tidak memilih untuk bertindak secara militan.
Beliau berkata kemuncak penglibatan Mat Indera yang kejam adalah peristiwa serangan komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong di Muar pada 23 Februari 1950 dan fakta yang diperoleh dari pelbagai sumber sebilangan penyelidik ilmiah mengenai peristiwa itu menunjukkan Mat Indera bertanggungjawab sepenuhnya terhadap serangan berkenaan.
Mengenai buku "Pengukir Nama Johor", Abdul Ghani berkata dari sudut kegiatan Yayasan Warisan Johor (YWJ), segala kajian, penulisan dan catatan berhubung sejarah negeri, termasuk perjalanan hidup watak-watak seperti Mat Indera, merupakan data-data kemasyarakatan berkaitan anggota masyarakat yang pernah menonjolkan diri dalam peristiwa-peristiwa sejarah yang berlaku dalam negeri.
Katanya, penulisan dan catatan tersebut menjadi bahan kajian di atas prinsip kebenaran akademik untuk memperkayakan khazanah maklumat dan rakaman peristiwa sejarah kemerdekaan untuk tatapan dan pengetahuan generasi sebagai iktibar, panduan dan peringatan.
- Bernama

- Azarudin Mohd Arip · Pengulas Tertinggi · Manager di ITechMaltak faham aku...kalau ya lah Sdr Mat Indera ni pengganas, kenapa buku "Pengukir Nama Johor" menyenaraikan sekali nama beliau sebagai tokoh2 penting negeri Johor? dahlah MB ada bagi kata2 aluan...nampaknya selepas ini banyaklah lagi buku2 sejarah akan dipertikaikan kesahihannya...
- Mohd Abdul Azid Yaacob · Pengulas Tertinggi · UITM
- Absah Awang · Pengulas Tertinggi · Xkolejhaaa...itu ler..musuh akan kata nusuhnyer yang jahat..sahabat akan kata sahabatnyer yang baik...ini kes...saudara2 dan jiran Mat Indra dah cakap...takkan kita nak burukkan jua...tak patuiuut...yang tertulis dlam PENGUKIR NAMA JOHOR. Jawab ..jawab..setitik kecil jer yang manusia ni tahu...
- Abu 'Ubaidah · Pengulas Tertinggi · Guru di Maahad tahfiz ibnu sinasebelum merdeka : sesiapa yang menentang british mereka adalah penganas.
selepas merdeka : sesiapa yang menentang UMNO (anak british) mereka adalah pengkhianat negara..
apa nak heran..~. - Musang Berjanggut · Pengulas Tertinggi · Selangor, Selangor, Malaysiani apa ni ... cakap macam keling la ghani ni.... dia yang tandatangan buku tu kata Mat Indera Pahlawan Johor..... ni citer lain pulak.... ni apa punya MB UMNO ni.... kat mana jatidiri seorang pejuang melayu..... nampak gayanya lebih kepada pejuang UMNO yang memperjuangkan duit, projek, harta, pangkat dan....... memperjuangkan pembohongan mereka daripada terkantoi...... allo ghani.... rakyat sekarang dah cerdik la.. sekarang zaman IT... semua online... janganlah memperbodohkan kami rakyat lagi....... tolonglah bertaubat...
- Hashim Hassan · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Engineering, Consulting FirmKalaulah benar Mat Indera tu seseorang yg tidak memberi sumbangan kpd kemerdekaan, mengapa buku 'Pengukir Nama Johor' meletakkan beliau salah seorang dr nya. Bahkan MB Johor ketika itu tiada bantahan sedikit pun keatas buku ini. tiba2 skrg klr fakta bertentangan pulak - pelik bin ajaib ni. Adakah trend UMNO utk berckp ikut 'angin' pemimpin - agar tidak dilihat bertentangan, walaupun menafikan fakta sebenar...
- Ab Aziz Abdullah · Pengulas TertinggiPutar belit, membelitkan dan akhirnya terbelit...Itu yg tersurat apa lagi kalau yg tersirat...Good spinner.
- Mohd Roshdi Abdul Rashid · Pengulas Tertinggi · MPSAH 98'-01'
- Salehudin Hanafi · Pengulas Tertinggi · SMKSS
- Nash HaronOleh itu, ramai anggota gerakan berhaluan kiri memilih tindakan sama ada berdiam diri, melarikan diri ke Singapura, bersatu dengan militan PKM atau meneruskan hasrat berjuang atas landasan lain termasuk menyertai Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno).
"Bagaimanapun, Mat Indera telah memilih untuk menjadi anggota gerakan komunis militan dan ganas dalam gerakan penentangan bersenjata PKM terhadap pentadbiran British.
pilihan paling baik iaitu ikut PKM dari ikut PKMB(UMNO). PKM terang-terang menentang british, ikut UMNO?- Donnie Brasco · Multimedia University
- Mohd Yusoff Saad · Pengulas Tertinggi · Tokey di Ikut suka hampaisu ini telah membuka anak muda dan seluruh rakyat malaysia... ada sejarah yg perlu diketahui... jika kita dizaman tu... adakah memerangi penjajah secara gerila dalam hutan dalam negara sendiri adalah seorang penjenayah yg menikam bangsa sendiri? niat nya adalah 1.. halau inggeris... tu baru namanya berjuang... tp terima kasih juga kpd tunku abd rahman kerana mencari ruang utk keluarkan penjajah secara aman... logiknya mat indera dan tunku abd rahman mempunyai cita2 sama... mat indera nak inggeris berambus tanpa syarat... tunku a rahman menerima syarat yg diberikan oleh inggeris jika mahu merdeka... kita merdeka tapi...
- Kee-Keat Teh · Pengulas Tertinggi · umur 41 tahun"Pengganas" itu nama am yg diguna pakai oleh semua pemerintah zalim/korup pada sesiapa saja - komunis atau tidak - yg berani mencabar, apatah lagi bangkit menentang pemerintahan itu - penjajah Inggeris dulu begitu, BN kini pun dah sampai tahap yg sama: sering rasa terancam kedudukan pemerintahannya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan