LENTANG PETANG Calon
bakal MB Kelantan yang kalah dua gol di separuh masa pertama empat
tahun lalu, Awang Adek Hussein mempersoalkan kemampuan Nik Abdul Aziz
Nik Mat untuk menentang calon BN dalam pilihan raya akan datang. Apa
dipersoalkan Awang Adek ialah mengenai keadaan Nik Aziz yang sering kali
uzur.
|
Awang Adek: Kalah dua gol. |
Bagi Awang Adek kesihatan menjadi masalah kepada Nik Aziz dan baginya
MB itu perlu berundur diri dari terus bertanding dalam pilihan raya.
Saya tidak tahu apakah Awang Adek faham dengan politik Nik Aziz dan
politik seluruhnya. Untuk pengetahuan Awang Adek nawaitu atau
political will di antara beliau dengan Nik Aziz adalah berbeza.
Umno dan Pas itu bukan saja berbeza dari segi prinsip, dasar dan
pendekatannya, jenis manusia (orangnya) juga berbeza. Fizikal saja sudah
membezakan di antara Awang Adek dengan Nik Aziz. Awang Adek bertubuh
gembuk pendek, perut buncit manakala Nik Aziz bertubuh 'layur' kata
orang Kelantan. Layur ertinya berrtubuh tipis dan leper macam ikan
layur.
Kalau fizikal sudah berbeza
political will juga
berbeza. Pendidikan dan latar belakang mereka juga berbeza. Nik Aziz
berkelulusan syariah Islamiah manakala Awang Adek iktisad atau ekonomi
moden specialis dalam bidang kewangan. Perbezaan latar belakang
menyebabkan wujudlah perbezaan pendekatan dan
political will di antara mereka berdua.
Kalau ada persamaan di antara mereka berdua hanya dari segi latar
belakang sosial budaya saja. Mereka sama-sama dilahir atau berkampung di
tepi pantai. Nik Aziz sering kali ditiup bayu laut begitu juga dengan
Awang Adek. Tetapi kerana perkembangan pendidikan mereka berbeza, maka
pendekatan, fikrah, aliran fikiran dan siasah juga berbeza.
Dalam fikiran Nik Aziz berjaung bukan saja untuk menjadi MB atau pun
menang dalam pilihan raya. Baginya berjuang untuk menegakkan tuntutan
Allah. Nik Aziz berjuang bukan saja menerusi jawatan, tetapi berjuang
selagi hidup. Ini sesuai dengan tuntutan al Quran dan hadith, hidup
wajib berjuang. Berjuang pula bukan menegakkan asobiyah (kebangsaan)
tetapi ad-den - agama.
Atas perbezaan pemahaman dan iltizam itu
bagi Nik Aziz fizikal tidak ada masalah. Sama ada dia sakit atau uzur
tidak menjadi masalah asalkan akalnya masih sihat. Beliau sendiri
pernah berkata, dia ada pembantu, jadi kalau fizikalnya tidak larat ia
boleh diuruskan oleh pembantu.
Benar juga. Tidak guna kalau
fizikal kuat, tetapi otak tidak berapa nak nyala. Dalam hal ini otak
Awang Adek tidak berapa hendak nyala kalau dilihat kepada corak dengan
menguruskan politik di kawasannya.
Jadi di sini tidak timbul
soal Nik Aziz sihat atau tidak sihat. Yang penting dia masih mampu
membuat arahan kepada pembantunya. Dalam keadaan seperti ini di mana
tidak mungkin dapat memantau dan melihat semua beliau mengharapkan
kepada 'assoib' (pembantu) yang jujur dan bijak.
Sepatutnya
sebelum Awang Adek mempersoalkan kemampuan Nik Aziz beliau juga perlu
mempersoalkan kemampuan dirinya juga. Dari segi pengaruh dan sokongan
ramai jelas Nik Aziz mengatasinya. Dalam politik kehebatan seseorang
itu bukan saja kerana dapat memegang jawatan tinggi tetapi seramai dan
sebanyak mana pengaruh dan penyokong akan diambil penilaian.
Dalam hal ini ternyata Nik Aziz lebih berpengaruh dan dihormati rakyat
dari Awang Adek. Bukti paling jelas Nik Aziz terus disokong oleh parti
dan rakyat sebab itu dia menang. Manakala Awang Adek tidak sampai lima
tahun sudah ditohok oleh rakyat. Kekalahan memalukan dua kerusi
sekaligus dalam pilihan raya umum 2008 satu di kerusi Perupuk dan satu
kerusi parlimen patut dijadikan cermin ajaib oleh Awang Adek untuk
menilik wajah dan pengaruh politiknnya.
Kalau dia sedar hakikat
itu beliau tidak akan tergamak untuk mempersoalkan kemampuan Nik Aziz
untuk berlawan lagi dalam pilihan raya akan datang. Tetapi kerana
mungkin mata Awang Adek ditutup asap cigar dari Cuba menyebabkan dia
tidak nampak siapa yang berminyak di antara dia dengan Nik Aziz.
[wm.kl.5:00 pm 07/11/12]