Rabu, 7 November 2012

Di antara Awang Adek dan Nik Aziz siapa lebih hebat




Di antara Awang Adek dan Nik Aziz siapa lebih hebat 

http://msomelayu.blogspot.com, 07 Nov 2012
LENTANG PETANG

Calon bakal MB Kelantan yang kalah dua gol di separuh masa pertama empat tahun lalu, Awang Adek Hussein mempersoalkan kemampuan Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk menentang calon BN dalam pilihan raya akan datang. Apa dipersoalkan Awang Adek ialah mengenai keadaan Nik Aziz yang sering kali uzur.

Awang Adek: Kalah dua gol.
Bagi Awang Adek kesihatan menjadi masalah kepada Nik Aziz dan baginya MB itu perlu berundur diri dari terus bertanding dalam pilihan raya. Saya tidak tahu apakah Awang Adek faham dengan politik Nik Aziz dan politik seluruhnya. Untuk pengetahuan Awang Adek nawaitu atau political will di antara beliau dengan Nik Aziz adalah berbeza.

Umno dan Pas itu bukan saja berbeza dari segi prinsip, dasar dan pendekatannya, jenis manusia (orangnya) juga berbeza. Fizikal saja sudah membezakan di antara Awang Adek dengan Nik Aziz. Awang Adek bertubuh gembuk pendek, perut buncit manakala Nik Aziz bertubuh 'layur' kata orang Kelantan. Layur ertinya berrtubuh tipis dan leper macam ikan layur.

Kalau fizikal sudah berbeza political will juga berbeza. Pendidikan dan latar belakang mereka juga berbeza. Nik Aziz berkelulusan syariah Islamiah manakala Awang Adek iktisad atau ekonomi moden specialis dalam bidang kewangan. Perbezaan latar belakang menyebabkan wujudlah perbezaan pendekatan dan political will di antara mereka berdua.

Kalau ada persamaan di antara mereka berdua hanya dari segi latar belakang sosial budaya saja. Mereka sama-sama dilahir atau berkampung di tepi pantai. Nik Aziz sering kali ditiup bayu laut begitu juga dengan Awang Adek. Tetapi kerana perkembangan pendidikan mereka berbeza, maka pendekatan, fikrah, aliran fikiran dan siasah juga berbeza.

Dalam fikiran Nik Aziz berjaung bukan saja untuk menjadi MB atau pun menang dalam pilihan raya. Baginya berjuang untuk menegakkan tuntutan Allah. Nik Aziz berjuang bukan saja menerusi jawatan, tetapi berjuang selagi hidup. Ini sesuai dengan tuntutan al Quran dan hadith, hidup wajib berjuang. Berjuang pula bukan menegakkan asobiyah (kebangsaan) tetapi ad-den - agama.

Atas perbezaan pemahaman dan iltizam itu bagi Nik Aziz fizikal tidak ada masalah. Sama ada dia sakit atau uzur tidak menjadi masalah asalkan akalnya masih sihat. Beliau sendiri pernah berkata, dia ada pembantu, jadi kalau fizikalnya tidak larat ia boleh diuruskan oleh pembantu.

Benar juga. Tidak guna kalau fizikal kuat, tetapi otak tidak berapa nak nyala. Dalam hal ini otak Awang Adek tidak berapa hendak nyala kalau dilihat kepada corak dengan menguruskan politik di kawasannya.

Jadi di sini tidak timbul soal Nik Aziz sihat atau tidak sihat. Yang penting dia masih mampu membuat arahan kepada pembantunya. Dalam keadaan seperti ini di mana tidak mungkin dapat memantau dan melihat semua beliau mengharapkan kepada 'assoib' (pembantu) yang jujur dan bijak.

Sepatutnya sebelum Awang Adek mempersoalkan kemampuan Nik Aziz beliau juga perlu mempersoalkan kemampuan dirinya juga. Dari segi pengaruh dan sokongan ramai jelas Nik Aziz mengatasinya. Dalam politik kehebatan seseorang itu bukan saja kerana dapat memegang jawatan tinggi tetapi seramai dan sebanyak mana pengaruh dan penyokong akan diambil penilaian.

Dalam hal ini ternyata Nik Aziz lebih berpengaruh dan dihormati rakyat dari Awang Adek. Bukti paling jelas Nik Aziz terus disokong oleh parti dan rakyat sebab itu dia menang. Manakala Awang Adek tidak sampai lima tahun sudah ditohok oleh rakyat. Kekalahan memalukan dua kerusi sekaligus dalam pilihan raya umum 2008 satu di kerusi Perupuk dan satu kerusi parlimen patut dijadikan cermin ajaib oleh Awang Adek untuk menilik wajah dan pengaruh politiknnya.

Kalau dia sedar hakikat itu beliau tidak akan tergamak untuk mempersoalkan kemampuan Nik Aziz untuk berlawan lagi dalam pilihan raya akan datang. Tetapi kerana mungkin mata Awang Adek ditutup asap cigar dari Cuba menyebabkan dia tidak nampak siapa yang berminyak di antara dia dengan Nik Aziz. [wm.kl.5:00 pm 07/11/12]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan