Perdana Menteri Malaysia Ketujuh. Najib Razak VS Anwar Ibrahim. Mana Satu Pilihan Anda?
Perdana Menteri Malaysia
Ketujuh? : Satu lagi sumber yang kami baru terima mengatakan Parlimen
bakal dibuburkan pada 15 November 2012 ini yang jatuh pada hari Khamis.
Ditambah pula, hanya calon untuk Menteri Besar Selangor & Menteri
Besar Perak sahaja yang belum terisi. Erm….kalau mahu difikirkan semula
sampai ke sudah kalangan rakyat Malaysia akan terus menjadi “Nujum Pak
Belalang” selagi tarikh Pilihanraya Umum ke 13 masih lagi menjadi tanda
tanya. Yang penting di sini …….
Yang
penting di sini ialah Pilihan raya ke 13 menjadi semakin hampir.
Mungkin bulan ini, bulan hadapan ataupun selepas selesai pemberian
bantuan BR1M 2.0. Walauapapun, persoalan yang bermain difkirkan rakyat Malaysia ketika ini siapakah yang menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas keputusan Pilihanraya Umum ke 13 diumumkan? Siapakah?
Adakah
Najib Razak akan mengekalkan tampuk pemerintahan sebagai Perdana
Menteri Malaysia untuk penggal seterusnya selama 5 tahun lagi?
Atau…….Anwar Ibrahim “akan bertukar kerusi” dengan Najib Razak di Dewan
Rakyat?
Sememangnya bahang
Pilihanraya Umum ke 13 sudah semakin dekat. Ditambah kalau tengok
sekarang masing-masing berkempen bagai nak rak. Baik daripada Barisan
Nasional mahupun Pakatan Rakyat. Kempen mendekati dan menawan hati rakyat semakin hebat dan suasana dilihat menjadi semakin panas.
Banyak isu-isu yang cuba diketengahkan. Baik oleh kerajaan mahu pun pihak pembangkang.
- Jikalau dipihak kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Malaysia sekarang, Datuk Seri Najib Razak cukup yakin dengan dasar & pelan mega yang sedang dilaksanakan iaitu Pelan Transformasi Negara.
- Manakala, disebelah pembangkang pula mereka membawa agenda-agenda reformasi yang terkandung di dalam Buku Jingga mereka
Yang
kurang menariknya di sini, kalau dilihat sokongan yang diterima oleh
kedua-dua pihak agak seimbang. Sehingga sukar untuk meramalkan, parti
politik mana yang akan menang. Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat?
Seterusnya siapakah yang akan mengalas sebagai Perdana Menteri Malaysia ketujuh?
Perdana Menteri Malaysia Ketujuh. Antara Reputasi VS Karakter?
Kedua-duanya
merupakan dua nama pemimpin besar negara sekarang ini. Najib Razak dan
Anwar Ibrahim. Masing-masing berperanan sebagai :
- Datuk Seri Najib Razak : Perdana Menteri Malaysia
- Datuk Seri Anwar Ibrahim : Ketua Pembangkang Malaysia
Kedua-dua
jawatan dan peranan tersebut diiktiraf yang mana telah sah dilantik
oleh Parlimen yang diperkenan oleh Yang Dipertuan Agong. Ditambah
Pakatan Rakyat dikatakan telah sepakat untuk mengangkat Anwar Ibrahim
sebagai Perdana Menteri Malaysia. Itu kata merekalah….
Walaubagaimanapun,
kami perhatikan pertembungan dua pemimpin ini semasa Pilihanraya Umum
ke 13 kelak bakal menjadi pertembungan yang menarik antara dua
personaliti yang berbeza.
Antara Karektor Dengan Reputasi?
Seorang
ada karakter dan seorang lagi pemimpin ada reputusi tersendiri ada
karektor dan sorang lagi ada reputasi bagi merbeut jawatan Perdana
Menteri Malaysia ketujuh kelak.
Calon Perdana Menteri Malaysia Ketujuh : Anwar Ibrahim?
Anwar
Ibrahim sebagaimana yang satu dunia sudah tahu adalah merupakan seorang
tokoh politik yang hebat. Kelicikkannya berpolitik dan kepetahannya
berpidato memang tidak boleh di sangkal lagi. Sudah terkenal di seantero
dunia. Kalau diikutkan, Anwar Ibrahim ini…..jika mahu bercerita
mengenai resputasi, apa yang beliau ada hari ini? Reputasi apa yang dia
ada?
- Berbelas tahun selepas Anwar Ibrahim dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Timbalan Presiden UMNO, di penjarakan atas tuduhan kesalahan liwat dan selepas sahaja keluar dari penjara terus aktif semula dalam politik sehingga dilantik menjadi memimpin Pakatan Rakyat selaku Ketua Pembangkang Malaysia , media arus perdana tidak kira cetak mahupun elektronik terus memutarkan kesalahan & kejahatan yang dilakukan di bumi Malaysia
- Main bontotlah, main bini oranglah, main jantanlah, main pelacurlah, agenYahudilah, agen CIAlah dan macam-macam agen lagi. Boleh dikatakan hampir setiap hari. Sehinggakan kami merasakan ada satu slot khas tidak kira di media elekronik & media cetak yang akan memaparkan “segala kejahatan” yang dilakukan selama ini di bumi Malaysia. Sehingga akhirnya ramai mula merasakan yang Anwar Ibrahim adalah seorang yang tidak bermoral.
- Bagi kami reputasi yang beliau sekarang hampir tiada sekarang ini.
- Tetapi……yang kami peliknya Anwar Ibrahim ini tadi, makin hari makin ramai yang mahu mendengar apa yang beliau ingin sampaikan & kongsikan kepada rakyat.
- Ini yang sebenarnya yang menarik untuk dianalisa!
- Bagi pendapat kami, Anwar Ibrahim ini adalah seorang tokoh politik yang mempunyai karakter yang kuat sebagai seorang “street fighter” dalam politik yang telah terbina sejak dia di universiti lagi. Karektornya terus berkembang dalam ABIM dan semakin menyerlah bila dia menyertai UMNO. Dia berjaya mengharungi sepak terajang dalam UMNO hingga mampu menjadi Timbalan Presiden UMNO. Satu pencapaian yang luar biasa dan cukup mengkagumkan dalam politik UMNO sebelum beliau dipecat selepas itu.
Calon Perdana Menteri Malaysia Ketujuh : Najib Razak?
Sementara
itu, jikalau diperhatikan pula di satu sisi yang lain terhadap Najib
Razak, beliau adalah merupakan seorang tokoh yang mempunyai reputasi
yang kuat. Reputasi sebagai anak golongan aristokrat atau pun bangsawan.
Keluarga di sebelah ibu dan bapanya mempunyai pengaruh yang kuat dalam
politik Malaysia sebelum ini.
- Najib Razak menjadi ahli Parlimen seawal umur berusia 23 tahun mengantikan al-marhum ayahandanya Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang kedua.
- Selepas daripada itu, beliau terus melangkah dalam hierarki parti dan kerajaan tanpa menoleh kebelakang lagi dengan bersandarkan kepada reputasi keluarga yang kuat. Daripada menyandang jawatan sebagai seorang Timbalan Menteri hinggalah kini sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam.
- Walaubagaimanapun, bagi kami ketokohan Najib Razak untuk sebagai seorang ahli politik yang “sebenar”. “Sepak terajang” dalam politik sudah menjadi lumrah. Dan Najib razak masih belum benar-benar teruji lagi. Kalau dilihat selama ini perjalanan politik Najib Razak selama ini agak lancar dan cukup sempurna. Ketokohan dan kewibawaannya belum pernah diuji lagi. Belum pernah.
- Tetapi….kami juga merasakan yang Datuk Seri Najib Razak sedang cuba untuk membina karakternya tersendiri bagi menguatkan dirinya menghadapi sebarang ujian dalam politik kelak. Sekurang-kurang beliau tidak hanya mahu bersandar kepada reputasinya semata sepertimana jawatan perdana Menteri Malaysia yang beliau sandang sekarang ini.
Walauapapun,
bagi kami pada Pilihanraya Umum ke 13 kelak merupakan pertembungan
palingan hangat dalam sejarah politik di Malaysia. Dan juga Pilihanraya Umum ke 13
kelak juga merupakan medan yang sebenar pertembungan antara antara
kedua-dua tokoh politik ini, antara Najib Razak VS Anwar Ibrahim.
Pertembungan antara seorang tokoh yang mempunyai karakter dan juga
seorang lagi tokoh yang mempunyai reputasi bagi mengisi jawatan Perdana Menteri Malaysia yang seterusnya…….
Apa pandangan anda pula?
Pilihan Perdana Menteri Malaysia Ketujuh?
- Saya nak Awar Ibrahim jadi Perdana Menteri Malaysia (75%, 1,131 Votes)
- Saya masih mahu Najib Razak jadi Perdana Menteri (25%, 376 Votes)
Total Voters: 1,507
{ 117 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }