Ahad, 30 September 2012
Ibnu Hasyim: Forum Peduli Aceh, Perjuangan Islam DiTipu Lagi?
Ibnu Hasyim: Forum Peduli Aceh, Perjuangan Islam DiTipu Lagi?: Tgk. Daud Beureueh CATATAN SANTAI IBNU HASYIM SAYA berpeluang lagi bersama masyarakat Aceh Malaysia. Saya dijemput memberi panda...
Ibnu Hasyim: HH Lestari Pengerang, Ribuan Rakyat Mengerang..
Ibnu Hasyim: HH Lestari Pengerang, Ribuan Rakyat Mengerang..: Antara ribuan penduduk yang menyertai Himpunan Hijau Lestari Pengerang JOHOR BAHRU: Beribu-ribu orang menyertai Himpunan Hijau Lestari P...
Ibnu Hasyim: Bajet 2013, Politik Semata-mata -Pres PAS
Ibnu Hasyim: Bajet 2013, Politik Semata-mata -Pres PAS: KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Da...
Ibnu Hasyim: Gambar Ini, Polis Terima Rasuah Najis Seks..
Ibnu Hasyim: Gambar Ini, Polis Terima Rasuah Najis Seks..: FOTO-FOTO ini menjadi bukti? Bercerita tentng rasuah seks. Seorang perempuan ditangkap oleh seorang polis di sebuah jalan sepi. P...
TG Nik Aziz ketuai konvoi R ke Putrajaya

Harakahdaily, | 30 Sep 2012 |
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk
Nik Abdul Aziz Nik Mat dijangka akan mengetuai konvoi menuntut royalti
ke Istana Kehakiman Putrajaya pada 3 Oktober ini.
Konvoi tersebut adalah anjuran Gabungan Profesional Menuntut Royalti (R), Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (R) sempena berlangsungnya hari perbicaraan kes saman Kerajaan Negeri Kelantan terhadap Petronas berkenaan royalti petroleum.
Presiden R, Nazri Deraman berkata,Tuan Guru yang juga Mursyidul Am PAS itu telah bersetuju untuk mengetuai konvoi pada hari tersebut.
"Kita telah terima makluman tenghari tadi bahawa YAB Tuan Guru Dato Bentara Setia Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menghadiri dan mengetuai program
Himpunan ROYALTI di Istana Kehakiman Putrajaya pada 3 Oktober 2012 (Rabu) nanti.
"Beliau juga bersetuju untuk menghadiri Ceramah Mega R Tuntut Royalti pada 2 Oktober 2012 di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam," katanya.
Sehari sebelum berkonvoi ke Putrajaya, pasukan konvoi akan menyertai Ceramah Mega R Tuntut Royalti di Shah Alam.
Program itu akan dihadiri pemimpin-pemimpin utama politik Pakatan Rakyat termasuk Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR Dato Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.
Selain mereka, turut akan hadir adalah Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti & Pendaratan Gas Negeri Kelantan, Dato Husam Musa, wakil pimpinan Sabah Tan Sri Ibrahim Menudin, wakil pimpinan Sarawak YB Baru Bian termasuk wakil NGO-NGO dari Terengganu iaitu Presiden Majlis Pemaufakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT), Hj Fauzi Abu Samah, NGO dari Sabah iaitu Gerakan Nasionalis Sabah yang diwakili Presidennya Hj Zainal Ajamain.
Menurut Nazri, Konvoi Mega seluruh negara ke Putrajaya diadakan bagi memberikan isyarat yang jelas kepada Kerajaan Malaysia bahawa Rakyat Malaysia, terutamanya Negeri Kelantan sudah bangkit dalam menuntut hak hasil bumi mereka agar dikembalikan.
"Ia sebagai saluran baru bagi memberi tahu seluruh rakyat Malaysia selepas semua saluran media pro-kerajaan mahu menutup isu tuntutan Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke negeri," katanya.
Pada hari himpunan di Putrajaya itu juga, mereka akan menyerahkan 150 ribu tandatangan atau referandum kepada Datuk Seri Najib Razak, di pejabat Perdana Menteri.
"Jumlah itu adalah 10 peratus nisbahnya daripada Rakyat Negeri Kelantan bagi menggambarkan kepada Perdana Menteri bahawa seluruh Rakyat Kelantan mahukan Wang Royalti dibayar kepada Kerajaan Negeri, Minyak dan Gas perlu didaratkan ke Negeri Kelantan dengan segera," ujarnya.
Selain itu, konvoi juga dijangka ke ke Menara Petronas di KLCC bagi menyatakan tuntutan mereka.

Hikmah larangan bernafas ketika minum
Hikmah larangan bernafas ketika minum
http://detikislam.blogspot.com, | 29 Sep 2012 |
Sebuah riwayat dari Tsumamah bin Abdullah
menyebutkan, "Dahulu Anas bin Malik RA pernah bernafas di dalam bejana
dua kali atau tiga kali, dan dia mengira Nabi SAW pernah melakukan hal
itu." (HR. Bukhari)
Riwayat lain dari Abu Qatadah dan bapanya mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Apabila salah seorang di antara kamu minum, maka janganlah ia bernafas di bejana (gelas)."
"Dan jika salah seorang dari kamu buang air kecil maka janganlah ia memegang dzakar (kemaluannya) dengan tangan kanannya, jika membersihkan maka jangan membersihkan dengan tangan kanannya." (HR. Bukhari).
Sebahagian ulama mengatakan bahawa larangan bernafas di dalam bejana ketika minum sama seperti larangan ketika makan dan minum, sebab hal itu boleh menyebabkan keluarnya ludah sehingga boleh menjejaskan kebersihan air minum tersebut. Keadaan ini apabila dia makan dan minum dengan orang lain.
Adapun bila ia makan sendirian atau bersama keluarganya atau dengan orang yang tidak terganggu dengan caramu tersebut, maka hal itu tidak mengapa.
Imam Ibn Hajar Al-Asqalani pernah berkata, "Dan yang lebih bagus adalah menguatkuasakan larangan hadis Nabi tersebut, sebab larangan itu bukan untuk menghormati orang yang layak dihormati ataupun untuk mendapat penghargaan dari orang lain."
Imam Al-Qurtubi menambah pula, makna larangan itu adalah supaya bejana dan air tersebut tidak tercemar dengan air liur atau pun bau yang tidak sedap. (Fathul Bari, 10/94).
Demikianlah penjelasan para ulama kita. Para pakar kontemporari pun telah berusaha mengorek hikmah atas larangan tersebut. Mereka mengatakan ini adalah petunjuk yang indah yang diajarkan oleh Nabi kita Muhammad SAW dalam menyempurnakan akhlak. Sumber republika.co.id

Langgan:
Catatan (Atom)