Khamis, 27 Disember 2012
Ibnu Hasyim: Artis Rap Top Dunia Ini Peluk Islam, Al-hamdulillh...
Ibnu Hasyim: Artis Rap Top Dunia Ini Peluk Islam, Al-hamdulillh...: Akon HALAMAN HIBURAN AKON, penyanyi rap papan atas dunia, Akon mengaku menjalani kehidupannya sebagai seorang muslim. Sekal...
Amanat Haji Hadi Awang disampaikan oleh Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang di Kampung Benggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April1981.
Amanat Haji Hadi Awang disampaikan oleh Datuk Seri
Haji Abdul Hadi Awang di Kampung Benggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7
April1981.
“Saudara-saudara sekelian percayalah,
Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
Percayalah saudara-saudara sekelian,
Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalahIslam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan ‘politik suku, agama suku’.”

Bengang kena saman di Hospital Putrajaya
Bengang kena saman di Hospital Putrajaya
Zulaikha Ali, |
Walaupun saya tidak pergi mendapatkan rawatan dan hanya melawat rakan saya yang sakit, namun saya tetap berasa amat terkilan apabila kereta saya disaman oleh pihak berkuasa. Saya lebih bersimpati dengan para pesakit yang disaman. Sudahlah sakit, disaman pula. Inilah yang berlaku kepada saya dan ramai lagi para pesakit/pelawat yang pergi ke Hospital Putrajaya. Kali pertama, kami disaman oleh pihak polis. Kali kedua pula disaman oleh pihak berkuasa tempatan Putrajaya.
Rakyat tentunya tidak menghalang, malah menyokong apabila pihak berkuasa menguatkuasakan undang-undang secara adil. Namun dalam hal ini, adalah jelas bahawa mereka tidak menggunakan timbang rasa dan budi bicara. Sebenarnya, kebanyakan orang yang pergi ke Hospital Putrajaya memang meletakkan kenderaan di tepi jalan. Tetapi ini tidak bermakna mereka tidak menghormati undang-undang. Sebenarnya, mereka terpaksa berbuat demikian kerana kekurangan tempat letak kereta di Hospital Putrajaya. Malah jika kita pergi ke mana-mana hospital sekalipun, masalah kekurangan tempat letak kereta adalah antara masalah utama yang dihadapi.
Selain itu, dalam kes Hospital Putrajaya, kenderaan yang diletakkan di tepi jalan tidak menghalang lalu lintas. Hal ini kerana jalan tersebut lebar dan besar. Lagipun, jalan-jalan tersebut bukan jalan yang sibuk. Cuba kita bandingkan antara jalan di sekitar Hospital Putrajaya dan Pusat Dagangan Dunia Putra. Jika kenderaan diletakkan di tepi jalan sekitar PWTC, memang mengganggu kelancaran lalu lintas. Sebaliknya, situasi ini tidak berlaku di Hospital Putrajaya. Meskipun kenderaan diletakkan di tepi jalan, namun kelancaran lalu lintas tidak terganggu. Tetapi persoalannya adalah mengapakah kenderaan para pesakit yang pergi ke Hospital Putrajaya disaman (tiada gangguan kelancaran lalu lintas), sedangkan kenderaan yang diletakkan di tepi jalan sepanjang Perhimpunan Agung UMNO di PWTC tidak disaman (memang ada gangguan kelancaran lalu lintas)? Jelas terdapat pilih bulu di sini.
Diharap pihak berkuasa lebih bertimbang rasa dan tidak mengamalkan dasar pilih bulu dalam menguatkuasakan undang-undang. Selain itu, sebelum sesebuah hospital dibuka, kementerian yang berkenaan sepatutnya memastikan terdapat tempat letak kereta yang secukupnya, misalnya dengan membina tempat letak kereta bertingkat. Pihak berkuasa tidak seharusnya menunggu masalah parkir timbul sebelum melakukan sesuatu.
Lihatlah perbezaan pemimpin BN dan PR
Lihatlah perbezaan pemimpin BN dan PR
http://batuvskayu.blogspot.com, | 27 Dis 2012 |
Banjir punya penangan....habis semua
orang kuat politik turun padang redah "ayor bah". Maka masa inilah
orang politik berlumba lumba menunjuk bakti kepada pengundi.
Cuma sini ada kelainan sikit ....
Lihatlah photo di bawah dan tak perlu saya menulis cukup sekadar gambar berbicara...
Di antara dua darjat...
Pemimpin rakyat dengan pemimpin anak bangsawan..
Pemimpin Rakyat redah "ayor bah" tetapi pemimpin Parti Bangsawan tengok banjir dari awan awangan. kah kah kah......
Langgan:
Catatan (Atom)