pertamanya ingin saya nyatakan disini bahawa GST yang di war-warkan kerajaan BN sebanyak 6% bukanlah 6 %, kerana ianya terlalu banyak mempunyai perkara-perkara tersembunyi, mari kita semua belajar mengira agar ianya lebih jelas telus mulus dan beretika.
katakanlah sebuah papan yang berharga RM 100 di jual.. kita mulakan dari
1 - PEMBEKAL = menjual pada pengilang RM 100 dengan GST 6% = RM 106.00
2 - PENGILANG = menjual pada pemborong RM 212 dengan GST 6% = RM 224.70
3 - PEMBORONG = menjual pada peruncit RM 350 dengan GST 6% = RM 372.00
4 - PERUNCIT = menjual pada pengguna RM 500 dengan GST 6% = RM 530.00
5 - PENGGUNA = membeli dengan harga RM 530.00 dengan GST 6% = RM 561.80
jumlah GST adalah
RM 6.00 + RM 12.70 + RM 22.00 + RM 30 + RM 61.80 = RM 132.50
RM 132.50 GST adalah 24% dari RM 561.80 harga barangan itu tadi..
yang menariknya, kerajaan BN menyatakan bahawa PEMBEKAL, PENGILANG, PEMBORONG, PERUNCIT boleh mendapatkan semula cukai GST 6% itu dari kerajaan BN.. tidakkah begitu kerajaan BN akan rugi sebanyak 24% berbanding hanya mampu mengutip 6% saja?
maka sebenarnya KERAJAAN BN sedang menipu anda.. tahun hadapan, percayalah dengan kira-kira mudah ini semua harga barangan akan naik mendadak sebanyak 30% dari harga asalnya..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan