Sabtu, 19 Mei 2012

'Allah, Kebebasan dan Cinta' berjaya dilancarkan


'Allah, Kebebasan dan Cinta' berjaya dilancarkan
  • Ahmad Fadli KC
  • 4:36PM Mei 19 2012
 
Walaupun menghadapi pelbagai halangan dan kontroversi, buku Allah, Kebebasan dan Cinta berjaya dilancarkan secara sederhana di Kuala Lumpur hari ini.

Kira-kira 70 orang hadir dalam pelancaran buku penulis Kanada Irshad Manji yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur dekat ibu negara awal petang ini.

irshad manji book launch 2Dalam ucapan ringkasnya, Irshad membincangkan konsep 'politik identiti' yang menurutnya cuba menyeragamkan Muslim dengan label tertentu dan kemudian bertukar menjadi ajaran yang tidak boleh dibantah dan diterima bulat-bulat.

Justeru, beliau mengajak peminatnya yang hadir untuk hidup dengan penuh integriti, dan bukan berdasarkan label, kerana menurutnya ia akan memperbaiki hubungan antara manusia dan Tuhan.

"Apabila anda hidup dengan penuh integriti dan menggabung jalin siapa diri anda secara keseluruhan, dan bukan sebahagian sahaja, anda akan mengeratkan hubungan anda dengan Yang Maha Esa," katanya.

'Manusia cipta mesin, Tuhan cipta keunikan'

Beliau turut mengulangi mesejnya sebelum ini yang mengajak manusia berfikir untuk diri sendiri kerana 'Tuhan Yang Maha Agung tidak akan mencipta manusia untuk menjadi robot atau mesin'.

"Manusia mencipta mesin tetapi Tuhan mencipta keunikan," kata Irshad.

NONETurut hadir bersama Irshad petang tadi adalah pengedar bukunya, Ezra Zaid dari ZI Publishing.

Mengulas larangan terhadap program Irshad yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini, Ezra berpendapat sebarang larangan sepatutnya datang dari Kementerian Dalam Negeri dan bukannya Jakim.

Beliau juga berharap agar buku itu tidak dilarang penjualannya apabila ia diedarkan di kedai-kedai buku berhampiran tidak lama lagi.

Buku pertama Manji, The Trouble with Islam Today: A Muslim's Call for Reform in Her Faith diharamkan di Malaysia selepas lapan tahun berada di pasaran.

Programnya hari ini adalah yang pertama dan satu-satunya berjaya diadakan selepas dua program lain di Monash University dan Borders The Gardens dekat ibu negara dibatalkan atas alasan sebab-sebab keselamatan.
Kirim sebagai Mohd Najman Yusoff (Bukan anda?)
 
  • Hamim Shahrir · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Sendiri cari makan maa
    aku masih tertanya2....dimana dan kemana hasan ali , zul nordin?perkasa, pekida???
    • Mohd Zahruddin Ruskam · Project HSE Manager di Kencana Petrolium
      Hari ni hari sabtu....depa semua off lah...(kihkihkih)
    • Amer Rajakecil · Pengulas Tertinggi · UITM
      Tambah skit lg..Unit amal dan dakwah PAS, Muslimah PAS...Senang cerita, semua pun sibuk. Hamim Shahrir plak buat apa? tengok je? hahaha
    • Hassan Hussin · Pengulas Tertinggi
      Orang2 macam yang anda tertanya-tanya tu ibarat macam pelepah pisang, mula2 hijau sampai masanya betukar warna ke cokelat seterusnya jatuh terkulai, samalah dengan parasit yg anda maksudkan itu,tunggu dan lihat mereka akan jadi hina sebab mereka sanggup menjual diri sendiri dek pulangan yang tidak seberapa.
  • Ustaz Syed · · Pengulas Tertinggi · Kolej Universiti Teknologi Islam (UNITI) · 1,628 subscribers
    kenapalah..orang ini berani nak menceritakan cinta Allah sedangkan dia tidak taat kepada Allah?patut haramkan buku ini!!
  • Adi Dfb · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
    Walaupun komen aku xde kena mengena dgn tajuk, aku tetap nak taip jugak:

    UMNO has now become completely paralysed. - Mahathir yg cakap bukan aku.
    • Chin Mui Ha · Pengulas Tertinggi
      Rakayat malaysia menyokong Penuh Cinta Pada Allah harus jadi pengagaran daripada mencintai Hijrah jihad keganasan Tajan laungan Arab Spring akibat kerakusan Kuasa Kroni, Rasuah dan penindasan Rakayat..
    • Che Sukri Abu Bakar · Pengulas Tertinggi
      Cinta pada pada Allah erti patuh perintah nya yg di TURUNKAN melalui kekasih nya Muhamad SAW dengan MELAKUKAN KEBAIKAN DAN MENCEGAH KEMUNGKARAN Bukan perasaan cinta yg di anugerah olih ALLAH di curah kan kepada sesiapa saja Hingga melangkaui batas NOR MAL kemanusiaan spt kahwin sama sejenis , Ta ada TUHAN suruh macam tu >Pergi potong K,,,k kemudian kahwin sama sejenis konon nya perasaan cinta tu di anugerah OLIH Allah Kalau macam tu sampai satu masa ada pula org jatuh cinta penuh kasih dan sayang pada LEMBU atau anjing dan , kemungkinan minta bubar kan undang undang manusia bulih kahwin dgn binatang Tentu UMNO benarkan gulungan Macam tu buat SYARAHAN kat MAlaysia asalkan sokong nya bila UNDI
    • Encik Faizol · Pengulas Tertinggi
      nak tnya puak2 lesbian ni..anda dan pasangan boleh tak lahirkan anak secara biologi,maknanya dari ovum dgn ovum?...kalo boleh buktikan..kalo memang boleh,aku tabik spring kat korang...
  • Elan Biz · Pengulas Tertinggi
    Siapa yg sebenarnya yg bersalah????.....lihat komen ini

    Mengulas larangan terhadap program Irshad yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini, Ezra berpendapat sebarang larangan sepatutnya datang dari Kementerian Dalam Negeri dan bukannya Jakim.
    siapa kah yg memegang kementerian dalam negeri????adakah pembangkang???

    fikir2kan la!!!!!!kalau kera jaan mengambil tindakan adakah program ini berjaya dilancarkan???? sama2la kita ubah ABU...
  • Raja Mohd Shahrim · · Pengulas Tertinggi · Bekerja di NFC
    Mana NGO Burger??? Mana NGO tayang Ponggong? mana Zulkifli katak, sorang lagi.... Hasan Murtad?...
Lihat 120 lagi

Ahli Umno tunggu apa lagi, hijrah lah...

Ahli Umno tunggu apa lagi, hijrah lah...

Imej Najib teruk takut mahkamah Perancis

Imej Najib teruk takut mahkamah Perancis

Muzakarah: Silap faham Muhyiddin

Muzakarah: Silap faham Muhyiddin