Sabtu, 25 Mei 2013

Himpunan SuaraRakyat505 Dapat Sokongan Semua - Hadirlah Tanpa Ragu

Kenyataan Media
Gabungan "Suara Rakyat 505"
24 Mei 2013 | 5.00 pm

HIMPUNAN #SuaraRakyat505 MENDAPAT SOKONGAN SEMUA - HADIRLAH TANPA RAGU

24 jam menghampiri detik mula himpunan #SuaraRakyat505 menyaksikan momentum gerakan rakyat ini akhirnya memuncak apabila PAS umum untuk bersama menyertai. 

Gabungan 50 NGO "Suara Rakyat 505" menyambut baik kenyataan Setiausaha Agong PAS pagi tadi. Ini menunjukkan PAS sebuah parti segar yang responsif dengan kehendak rakyat yang bangkit menentang penipuan PRU. #SuaraRakyat505 menghargai PAS yang telah mengeluarkan arahan ahlinya untuk bersama himpunan aman esok.

Dimaklumkan kebenaran pemilik premis (MBPJ) telah diperolehi dan makluman pada pihak sepatutnya sudah dibuat. Justeru, #SuaraRakyat505 menggesa pihak berkuasa untuk memberi kerjasama, tidak mengganggu dan menghalang rakyat berhimpun sepertimana yang diperuntukkan dalam perlembagaan. Rakyat sudah buktikan, himpunan #KL112 berlangsung dengan aman tanpa gangguan pihak berkuasa, walaupun dengan pengawasan yang minima. 

Mengenai permit yang dipersoal, majlis esok juga merupakan sebahagian progam kerajaan Negeri Selangor yang mana kesempatan tersebut digunakan untuk bertemu pengundi terbanyak. Oleh demikian tidak timbul soal permit dan orang ramai yang menyatakan kehadiran tidak usah ragu lagi, teruslah hadir.

Bermula jam 5 petang pentas akan dipenuhi dengan pelbagai persembahan dan aksi 'desakkan terhadap SPR' sebelum program kemuncak pada sebelah malam yang bakal menampilkan pemimpin yang benar-benar membuktikan sokongan penuh terhadap aspirasi rakyat. 

Antara yang pasti hadir ialah Anwar Ibrahim, Md Sabu, Husam Musa, Salahuddin Ayub, Dr Hatta Ramli, che'GuBard dan ramai lagi pimpinan NGO dan Pakatan Rakyat. Juga penampilan artis rakyat Ito, Abby Abadi dan penampilan paling istimewa ialah pidato pertama Adam Adli sejak dibebaskan.

Segala persiapan sudah dirancang sebaiknya malah persediaan dari aspek keselamatan juga dibuat - satu pasukan khas perubatan dengan 55 orang doktor disediakan dan barisan peguam juga telah sedia bagi segala kemungkinan. Sekiranya berlaku penangkapan sila SMS dengan format nama/IC/Balai/tahap kecederaan kepada nombor-nombor berikut: 010-2142076, 017,3288794 dan 0128965727.

Semua sudah bersedia, esok 25 Mei adalah hari yang baik untuk Himpunan #SuaraRakyat505 dikenang sebagai himpunan paling bersejarah. Lahirnya Himpunan #SuaraRakyat505 apabila rakyat bersatu dan bangkit berhimpun membantah penipuan pilihanraya secara besar-besaran di peringkat nasional, setelah beberapa siri di peringkat negeri yang rata-ratanya dihadiri ratusan ribu rakyat. 

Amaran rakyat sebelum ini, jika PRU menipu rakyat akan humban penipu ini maka SPR adalah sasaran pertama yang perlu dihumban oleh rakyat. Ayuh, bersama menjadi sebahagiaan dari sejarah yang akan dibaca oleh generasi akan datang, betapa rakyat hari ini bangkit merebut demokrasi demi menyelamatkan negara.


CHE'GUBARD
Jurucakap Gabungan 'Suara Rakyat 505'
Pengasas SAMM

Anggota Gabungan 'Suara Rakyat 505'

1. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
2. Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)
3. Tindak Malaysia
4. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
5. Parti Sosialis Malaysia (PSM)
6. Parti Rakyat Malaysia (PRM)
7. Gabungan Menuntut Royalti ®
8. Asalkan Bukan Umno (ABU)
9. Gerakan Mansuhkan ISA (GMI)
10. Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)
11. Gabungan Tanah Rakyat (TANAH)
12. Kill The Bill
13. Malaysian For Beng Hock
14. Mama Bersih
15. Kelab Bangsar Utama
16. Radio Bangsar Utama (RABU)
17. Mahasiswa Keadilan Malaysia
18. Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipenden (KAMI)
19. Malaysia Youth and Students Democratic Movement (DEMA)
20. Indipendent Student Front (INSTEF)
21. University Malaya Association Of New Youth (UMANY)
22. Kuala Lumpur & Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH)
23. Gabungan NGO Pengerang
24. Angkatan Pembebasan Bangsa (APB)
25. Gabungan Mahasiswa Islam seMalaysia (GAMIS)

26. Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independent (KAMI)

27. Pro-Mahasiswa Nasional Aksi Mahasiswa Peduli (AKSI)

28. Pertubuhan Kemajuan dan Kebajikan Rakyat Selangor (Pro-Rakyat)

29. Angkatan Rakyat Muda (ARM)

30. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)

31. Unit Ehsan Malaysia
32. Anwar Ibrahim Club (AIC)
33. Agent of Change (AoC)
34. Revolusi Anak Muda Malaysia (RAMM)
35. Kami Anak Muda Menenatang Umno (K.A.M.U)
36. Gagasan Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT)
37. Pertubuhan Kebajikan Rakyat Perlis (PKR Perlis)

38. Kumpulan Aktivis Media Independent (KAMI)

39. Gabungan NGO Kelantan
40. Solidariti Anak Bachok Daratkan Minyak (CABAR)

41. Majlis Permuafakatan Kampung Warisan KL/Selangor (MUAFAKAT)

42. Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (ROYALTI)
43. Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT)
44. Gabungan Menuntut Royalti Terengganu (R Terengganu)
45. Selamatkan Teluk Rubiah
46. Selamatkan Pantai Port Dickson
47. Selamatkan Pasar Payang
48. Jaringan Sepadu Rakyat Malaysia (SEPADU)
49. Angkatan Warga Aman Malaysia (Warga AMAN)‪
50. Malaysian Indians Progressive Association (MIPAS)‪
51. Federation of Malaysian Indian Organisation (PRIMA)‪
52. Malaysian Indians Transformation Action Team (MITRA)
53. Angkatan Nasional India Malaysia (AGNI)
54. Comuniti Front (CF) Seremban

N/Aziz Jawab T/Preiden UMNO, Jadikan BN Parti Tunggal..


 Nik Abd Aziz
KL: Ini, kenyataan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengenai cadangan untuk menjadikan BN sebagai parti tunggal oleh Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin..

Saya membaca kenyataan Timbalan Presiden UMNO hari ini yang dilaporkan menyambut baik cadangan untuk menjadikan Barisan Nasional (BN) sebagai parti tunggal. Menurutnya cadangan ini adalah rasional dan perlu dikaji secara mendalam untuk kesinambungan sokongan rakyat pada masa depan. Menurut laporan, kenyataan ini dikeluarkan oleh beliau sewaktu berada Phuket dalam satu lawatan kerja di sana.

Pada saya, ini menandakan bahawa UMNO sendiri mula sedar perjuangan berasaskan bangsa sudah tidak relevan lagi di Malaysia. Sekalipun UMNO menang di kebanyakan kerusi yang ditandingi, tetapi kemerosotan Barisan Nasional di parlimen membuktikan bahawa UMNO hanya disokong oleh orang-orang Melayu yang berada di luar bandar. Golongan inilah yang masih termakan umpan UMNO sehingga tertelan dengan mata kail.

PAS sejak dahulu lagi sering menegaskan, perjuangan berasaskan bangsa tidak akan ke mana. Akan sampai di satu jalan mati, UMNO akan terpaksa berpatah balik semula ke belakang. Di dalam syurga dan neraka kelak, penghuninya tidak ditentukan atas nama bangsa. Rasulullah SAW di dalam bulan Rajab ini diisrakkan oleh Allah SWT ke langit dan baginda telah diperlihatkan syurga dan neraka. Carilah di dalam hadis berkenaan kisah ini, tersuakah kita dengan kalimah bangsa sebagai faktor penghuni syurga atau neraka? Sedikitpun tidak, tetapi UMNO berkokok membela Melayu bagaikan itulah segala-galanya bagi UMNO tanpa menyedari bahawa tempikan seperti itulah yang menjadi punca pemecah belah masyarakat.

Saya bukan anti Melayu, tetapi saya anti perjuangan hipokrit UMNO yang banyak menipu dalam segala hal. Dalam nampak bersungguh membela Melayu, Melayu Kelantan ditindas lebih dua dekad hanya kerana memilih PAS di dalam pilihanraya. Royalti dinafikan, projek lebuhraya dicabut, peruntukan perumahan entah kemana dan banyak lagi senarai kezaliman UMNO kepada Melayu Kelantan. Sebab itu jika UMNO menjerit bela Melayu, pada saya itu maknanya UMNO sedang berbohong.


Jika dikatakan UMNO bela Islam, itu juga satu pembohongan. Betapa banyak karat jahiliyyah yang UMNO tinggalkan di Kelantan terpaksa dibersihkan oleh PAS apabila mengambil alih pentadbiran pada tahun 1990? Adakah itu bukti UMNO bela Islam. Begitu juga dengan demokrasi, pun dinafikan oleh UMNO. Ketelusan di dalam pilihanraya, kebebasan bersuara dan akses kepada media yang sepatutnya menjadi inti utama kepada demokrasi pun tidak wujud di Malaysia.

Lantas, jika Melayu pun tidak dibela, Islam pun ditolak dan demokrasi pun dinafikan, apa lagi yang ada pada UMNO? Cukup-cukuplah membohongi rakyat.

Sekian.

Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Al-Mursyidul Am Parti Islam Semalaysia (PAS)

Ibnu Hasyim: N/Aziz Jawab T/Preiden UMNO, Jadikan BN Parti Tung...

Ibnu Hasyim: N/Aziz Jawab T/Preiden UMNO, Jadikan BN Parti Tung...:  Nik Abd Aziz KL: Ini, kenyataan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengenai cadangan untuk menjadikan BN sebagai...