Selasa, 27 September 2011

Kartun Utusan Malaysia Menghina Hukum Hudud : Pandangan Aku

Aku ada terlihat gambar karikatur yang khabarnya dari akhbar Utusan Malaysia hari ni, yang kononnya memaparkan penghinaan terhadap hukum hudud. Dan aku terlihat juga komen-komen di bawah tampalan karikatur berkenaan yang secara nyatanya terus menghukum kartunis terbabit, Miki, tanpa melihat maksud tersirat di sebalik karikatur berkenaan.

Blog SembangBincang: Kartun Utusan Malaysia Menghina Hukum Hudud : Pand...

Blog SembangBincang: Kartun Utusan Malaysia Menghina Hukum Hudud : Pand...: Aku ada terlihat gambar karikatur yang khabarnya dari akhbar Utusan Malaysia hari ni, yang kononnya memaparkan penghinaan terhadap hukum ...

Tiada lagi sukan laga lembu di Barcelona | :: cina islam | 2011 ::

Tiada lagi sukan laga lembu di Barcelona | :: cina islam | 2011 ::

Lif Selayang Mall Terhempas, Wanita Hamil Cedera | :: cina islam | 2011 ::

Lif Selayang Mall Terhempas, Wanita Hamil Cedera | :: cina islam | 2011 ::

Isu Hudud:Kenapa Najib MENEMPAH KEMURKAAN ALLAH? | :: cina islam | 2011 ::

Isu Hudud:Kenapa Najib MENEMPAH KEMURKAAN ALLAH? | :: cina islam | 2011 ::

Subhanallah, ternyata Otak manusia, seperti orang SUJUD






27 Syawal 1432H. [MOD] -

Itulah hebatnya Tuhan. Otak yang selama ini kita bangga-banggakan ternyata bersujud kepada Tuhan, lantas kenapa kita masih bisa menyombongkan diri dihadapan Tuhan seperti orang-orang atheis yang menolak keberadaan Tuhan. Buat agan-agan yang muslim coba simak ayat Al-Qur'an dibawah ini
"Apakah kamu tiada mengetahui, bahwa kepada Allah bersujud apa yang ada di langit, di bumi, matahari, bulan, bintang, gunung, pohon-pohonan, binatang-binatang yang melata dan sebagian besar daripada manusia?"
[QS. Al-Hajj (22): 18].


Responses

0 Respones to "Subhanallah, ternyata Otak manusia, seperti orang SUJUD"

Catat Ulasan


 

Apakah Taqwa ?



27 Syawal 1432H. [MOD] -

Allah berfirman maksudnya "Yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah yang paling taqwa." (Al-Hujurat : 13)

Seorang lelaki bertanya kepada Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu: "Apakah taqwa ?" Abu Hurairah menjawab: "Adakah engkau pernah melalui jalan yang mempunyai duri? Katanya: "Ya, pernah" Abu Hurairah berkata lagi:

"Bagaimana engkau bua?t" Katanya: "Jika aku melihat duri, aku berpaling daripadanya, atau aku lepasinya, atau aku menahan diri daripadanya" Abu Hurairah berkata: "Itulah taqwa" (Ad Dur al Manthur 1/61. Kata As Suyuti: Diriwayatkan oleh Ibn Abi ad Dunya dalam kitab at Taqwa.)

TAZKIRAH/-

Bandar raya terapung



27 Syawal 1432H. [MOD] -

PROJEK Utopia lebih seperti bandar raya terapung berbanding sebuah bot.

DARI fiksyen menjadi realiti...projek Utopia seperti tempat persembunyian Stromberg dalam filem James Bond, The Spy Who Loved Me

SOUTHAMPTON: Ia kelihatan seperti sesuatu yang pernah digunakan dalam filem James Bond.

Bagaimanapun, sebuah syarikat Britain percaya, bangunan terapung ini boleh menjadi sebahagian daripada kehidupan masa depan di laut.

Dengan 11 dek yang boleh digunakan sebagai kediaman, kawasan meninjau 360 darjah, empat tempat tempat helikopter mendarat, tempat berlabuh sendiri,

beberapa kolam renang dan ruang yang sama besar dengan sebuah kapal peranginan mewah, ia boleh diangap sebuah bandar raya terapung.

Meskipun ia tidak sesuai untuk digelar kapal mewah, rekaan itu yang dinamakan ‘Projek Utopia, didedahkan kepada pengunjung Pameran Kapal Layar Monaco baru-baru ini.

Perekanya, BMT Nigel Gee, dari Southampton, masih belum meletakkan harga pulau terapung itu atau menentukan jenis pelanggan yang mungkin berminat untuk membelinya.

Ia direka untuk terapung pada empat platform, setiap satu dilengkapi dengan penujah bagi membolehkan keseluruhan pulau terapung ini stabil, walaupun di laut yang bergelora.

Mampu untuk bergerak dengan perlahan, ia terbentang selebar 65 meter di atas permukaan laut, menyediakan dek meninjau 13 tingkat untuk pelawat dengan pemandangan panoramik.

Di bawahnya, dek ruang utama penempatan dan perkhidmatan, yang boleh menempatkan kedai, bar dan restoran, akan dilitupi dengan kanopi yang boleh ditutup dan dibuka.

Pengarah Yatch Design, James Roy percaya, rekaan ini mencabar kepercayaan terhadap seni bina tradisional mengenai pengangkutan laut.

Beliau berkata: “Wawasan mengenai masa depan sentiasa dikekang oleh kebiasaan dengan yang ada ketika ini atau gambaran pada yang lalu.

“Banyak yang dihasilkan dalam masyarakat pereka hari ini bermula di atas sekeping kertas kosong. Tetapi banyak, jika tidak semua konsep kapal mewah merujuk kepada bentuk tradisional.

“Kerana tanggapan bahawa sebuah kapal mewah mesti berbentuk pengangkutan, ia serta merta mengekang ilham pereka.

“Utopia bukan objek pengangkutan. Ia sebaliknya adalah tempat, sebuah pulau yang diwujudkan untuk sesiapa saja, yang ada wawasan untuk mencipta tempat seumpama itu.”

James berkata, rekaan itu yang dihasilkan bersama dengan Yacht Island Design, mempamerkan bagaimana syarikat itu, yang tertumpu kepada pembinaan kapal mewah, kapal komersial dan tentera laut, menggunakan teknologi canggih bagi membawa sesuatu yang baru ke dalam industri itu.

“Dengan merintis idea rekaan seperti Utopia adalah jenis projek yang menjadi kemahiran kumpulan kami.

“Pendekatan pemikiran ke hadapan dan pengalaman kejuruteraan canggih yang tidak ada tandingan membolehkan kami bekerjasama rapat dengan pereka dan syarikat membuat kapal serta menjelmakan idea ini menjadi realiti. - Agensi

Ibnu Hasyim: Israel Ngeri Gelang Kunci Wajah Adolt Hitler

Ibnu Hasyim: Israel Ngeri Gelang Kunci Wajah Adolt Hitler: SEORANG pelanggan memegang gelang kunci yang memaparkan wajah seperti Hitler di sebuah kedai 7-Eleven di Taipei semalam. TAIPEI...

Ibnu Hasyim: Najib & Nik Aziz, Sama-sama Naik Bas, Tapi...

Ibnu Hasyim: Najib & Nik Aziz, Sama-sama Naik Bas, Tapi...: Gambar kiri dirakamkan ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor menaiki bas sempena ...

Hudud yang baik berjaya diburukkan
Wan Ji Wan Hussin
Sep 27, 11
10:51am
Kongsi 138
Dalam demokrasi, perlaksanaan sesuatu undang-undang atau dasar tertakluk kepada suara majoriti. Tanpa sokongan ramai, ia melahirkan penolakan. Hasilnya, kejayaan yang diimpi, tetapi kegagalan menjadi realiti.

Kita tidak boleh sekadar berharap sesuatu impian yang baik sekadar tercapai. Tetapi, lebih dari itu, impian yang baik hendaklah kekal diamalkan. Inilah tuntutan agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.

NONEOleh sebab itu, dalam kitab al-Muwafaqat tulisan Imam As-Syatibi, dinukilkan tindakan Umar Abdul Aziz yang tidak terus melaksanakan Islam secara total sejurus mengambil tampuk pemerintahan.

Apabila Abdul Malik, anak kesayangannya bertanya tentang hal itu, beliau menjawab:

"Jangan kamu gopoh wahai anak kesayanganku. Sesungguhnya Allah mencela arak dalam al-Quran sebanyak dua kali, dan mengharamkannya pada kali yang ketiga.

"Sesungguhnya aku bimbang dilaksanakan kebenaran (Islam) secara total, menjadikan rakyat menolaknya pula secara total. Ia merupakan fitnah".

Umar menjawab sebegitu kerana mementingkan kejayaan perlaksanaan Islam yang bersifat kekal, bukan sementara. Umar tidak berfikir untuk mencapai sesuatu impian sahaja.

Umar berfikir lebih dari itu, iaitu bagaimana impian itu kekal diamalkan. Kebaikan pada Umar, bukan sekadar impian, tetapi kejayaan perlaksanaan.

Perlaksanaan dalam syubhat

Dalam sejarah Islam, diceritakan Saidina Umar al-Khattab pernah menangguhkan perlaksanaan hukuman potong tangan - salah satu hukum hudud yang termaktub dalam al-Quran.

Ia ditangguhkan kerana ketika itu tertimpa tahun kelaparan. Kelaparan merupakan syubhat, kerana dibimbangi keadilan yang ingin dicapai, tetapi kezaliman yang terlaksana.

Melaksanakan hukuman potong tangan terhadap pencuri adalah keadilan. Tetapi, memotong tangan pencuri yang mencuri di kala tiada makanan, dan sang pencuri mencuri itu pula dalam keadaan terpaksa, maka tindakan memotong tangan pencuri itu merupakan kezaliman.

azlanEkoran itu, Saidina Umar menangguhkan perlaksanaan salah satu hukuman hudud tersebut.

Di Malaysia, hukuman Hudud sudah menjadi buah mulut. Sejak 20 tahun dahulu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melontarkan idea ini. Dan ia diteruskan ketika PAS membentuk kerajaan di Terengganu dahulu.

Namun, kelemahannya dari sudut penerangan kepada rakyat. Lebih-lebih lagi, propaganda Umno/BN agak kuat menyebabkan hudud yang baik berjaya diburukkan oleh Umno/BN.

Makanya, kerajaan PAS yang mempunyai hasrat yang baik, tidak berjaya melaksanakan hasrat itu, malahan kalah dalam pilihan raya umum selepas itu.

Dilema tidak memahami kebaikan hudud, melahirkan masalah yang cukup besar. Jika yang tidak memahami itu sebilangan kecil rakyat, ia tidak memberi kesan yang buruk, tetapi jika majoriti rakyat tidak memahaminya, perlaksanaan hudud melahirkan kesan yang amat bahaya.

Dibimbangi, hudud yang baik itu bakal dilihat buruk oleh masyarakat. Walhal, ia tidak sepatutnya berlaku sama sekali.

Padang demokrasi


PAS berada dalam padang demokrasi, bukan padang monarki mutlak. Ia melibatkan suara majoriti rakyat dalam menentukan kejayaan perlaksanaan hudud diterima dan terus diamalkan.

azlanTidak ada faedahnya hudud hanya berjaya dilaksanakan dalam jangka lima tahun sahaja, tetapi selepas itu hudud dibuang oleh rakyat jauh ke laut.

Tetapi yang paling baik, hudud dilengahkan selama lima tahun, tetapi selepas lima tahun hudud itu diterima rakyat, dan berjaya dilaksanakan. Perlaksanaan itu berterusan sehingga bumi ini dibinasakan oleh Allah.

Ekoran itu, tindakan yang perlu dilakukan (dicadangkan sasaran selama lima tahun sahaja) seperti berikut:

Pertama:
Menggerakkan usaha memahamkan hudud secara lebih berkesan. Ia tidak sekadar berlingkar di Kelantan sahaja, tetapi hendaklah meliputi seluruh Malaysia.

Bentuk penerangan itu seperti mengadakan seminar, wacana dan sebaran risalah. PAS dan kerajaan PAS wajib mengambil peranan ini.

Kedua:
Mewujudkan NGO yang memfokuskan usaha memahamkan rakyat tentang hudud. Golongan ini terdiri dari kalangan mereka yang berkepakaran tentang hudud, dan mempunyai kebijaksanaan dalam menerangkan hudud dalam bentuk yang berhikmah.

Mereka yang terlibat dalam NGO ini, hendaklah dilatih tentang cara dan pendekatan yang baik dalam mendepani sasaran yang belum memahami tentang hudud, agar penyampaian kandungan hudud kepada rakyat benar-benar memberi impak yang baik.

Ketiga:
Dianjurkan Seminar dan wacana yang berkaitan dengan hudud, dengan tidak boleh diabaikan wakil-wakil parti selain PAS. Jika PAS bentang kertas kerja tentang hudud, maka diminta wakil dari DAP dan PKR mengulas kertas tersebut. Seperti kertas kerja dibentang oleh Nik Aziz atau Datuk Seri Abdul Hadi Awang, maka Karpal Singh atau Lim Guan Eng pula yang mengulasnya.

Himpunan suara rakyat

dap kit siang karpal and guan engSebelum kita bercakap soal perlaksanaan, seharusnya kita menyedari bahawa Malaysia sebuah negara demokrasi. Apabila rakyat secara majoriti mahukan hudud, DAP tidak bersetuju pun terpaksa akur dengan kehendak rakyat.

Ini kerana, parti mereka juga parti yang mendokong demokrasi, sesuai dengan namanya Democtratic Action Party.

Selagi kefahaman rakyat tidak diusahakan secara menyeluruh, dibimbangi perlaksanaan hudud tidak melahirkan kejayaan. Yang paling bimbang, sebaliknya melahirkan kegagalan dan dibimbangi dilihat buruk oleh rakyat.

Sesuatu perlaksanaan hudud, jangan sekadar berfikir untuk tercapai impian sahaja, tetapi hendaklah difikirkan kejayaan perlaksanaan itu tanpa melahirkan penolakan yang merupakan mudarat lebih besar.

Hanya berfikir untuk mencapai impian tanpa memikirkan kejayaan perlaksanaan yang baik merupakan tindakan yang gopoh, sedangkan gopoh itu dibenci oleh Allah SWT.

Sabda Nabi SAW: "Gopoh itu sebahagian dari Syaitan".

azlanKaedah fekah ada menyebut: "Barangsiapa yang bergopoh terhadap sesuatu sebelum masa yang sesuai, ia akan diakibatkan pengharamannya".

Jadi, dalam hal ini, perlu diambil kira padang demokrasi dalam perlaksanaan Islam. Iaitu, PAS perlu mengambil himpunan suara rakyat untuk melaksanakan hudud.

Ia bukan bermakna mendahulukan rakyat berbanding keputusan Allah, tetapi bertujuan mencapai kejayaan perlaksanaan yang jitu, baik dan harmoni, tanpa melahirkan penolakan dan pemburukan pada hukum Allah SWT itu.


Penulis merupakan pendakwah bebas yang cencerung kepada pemikiran Imam As-Syatibi dan memfokuskan kajiannya dalam bidang Maqasid Syariah.

Tulisan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi Malaysiakin

Nik Aziz perjuangkan hudud bersama 1/2 juta fannya?

Nik Aziz perjuangkan hudud bersama 1/2 juta fannya?

BN hilang arah dan hilang tumpuan

BN hilang arah dan hilang tumpuan

Kubu Umno di Jeli makin tergugat

Kubu Umno di Jeli makin tergugat

JWW Birch dibunuh kerana ganggu wanita istana

JWW Birch dibunuh kerana ganggu wanita istana