Ahad, 11 Mac 2012

Ibnu Hasyim: Awas, Budaya Kahwin Bogel Melanda M'sia?

Ibnu Hasyim: Awas, Budaya Kahwin Bogel Melanda M'sia?: KL 11 Mac 12: Awas Budaya kahwin bogel yang sudah berbudaya di luar negara tidak mutahil akan melanda Malaysia, terutama di kalangan gol...

Ibnu Hasyim: Buku 'Sejuta Pelangi' -Oki Setiana Dewi Dilancarka...

Ibnu Hasyim: Buku 'Sejuta Pelangi' -Oki Setiana Dewi Dilancarka...: K OTA BHARU, 11 Mac 12: Oki Setiana Dewi yang memilih Kelantan sebagai destinasinya untuk melancarkan buku keduanya ‘ Sejuta Pelangi’ te...

Ibnu Hasyim: Bye, Bye! Sah, Shahrizat Undur 8 Apr Depan.

Ibnu Hasyim: Bye, Bye! Sah, Shahrizat Undur 8 Apr Depan.: Shahrizat sah undur bulan depan KL 11 Mac 12: Selepas kontoversi panjang isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC), Datuk Seri Shahrizat Abdul...

Shahrizat undur tidak kembalikan RM250 juta

Shahrizat undur tidak kembalikan RM250 juta

Tuduhan Mustapa Mohamed meleset lagi

Tuduhan Mustapa Mohamed meleset lagi

Doa Penunduk
Amalkan surah al hasyr ayat 21 (lauanzalna…) 3 kali setiap sudah solat kemudian berdoa “berkat fadhilat ayat tersebut minta lembutkan hati sipolan bin/bte sipolan tu” InsyaAllah lembutlah hatinya walau pun sekeras batu gunung ganang.
لَوۡ أَنزَلۡنَا هَـٰذَا ٱلۡقُرۡءَانَ عَلَىٰ جَبَلٍ۬ لَّرَأَيۡتَهُ ۥ خَـٰشِعً۬ا مُّتَصَدِّعً۬ا مِّنۡ خَشۡيَةِ ٱللَّهِ‌ۚ وَتِلۡكَ ٱلۡأَمۡثَـٰلُ نَضۡرِبُہَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمۡ يَتَفَكَّرُونَ
Firman ALLAH s.w.t
Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.( al hasyr 21)
Wasalam

Untuk Diridui kekasih

Doa Ayat Untuk Diridui kekasih

“Yuhibbu Nahum Kahub Billah Wallazi Na Amanu Asyaddu Hubba Lillah Zuyyi Linnasi Hubbusyh Shahwati Minannisai Wal Bani Nawal Qanar Tiril Muqantharah”
Ayat dari surah An Nisa
Baca ayat ni sekali pun dah cukup untuk seharian. Ayat ni untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara seorang individu dengan individu lain. Insya Allah nanti ada la kawan-kawan yang akan rasa rindu dengan kita. Ini juga bagus untuk hubungan suami isteri.

Bismillah Lima

Bismillah Lima

Posted by pakcikli00 di 22 Jun 2010


BISMILLAH 5
1. Bismillahir Rahmanir Rahiim
2. Bismillahish Shaafii
3. Bismillahil Kaafii
4. Bismillahil Mu’aafii
5. Bismillahil ladzhi laa ya dhurru ma’as mihi syai un fil ardhi wala fis sama’i wa huwas samii’un ‘alim
* Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
* Dengan nama Allah Yang Menyembuhkan
* Dengan nama Allah Yang Mencukupkan
* Dengan nama Allah Yang Memberikan kesihatan yang baik
* Dengan nama Allah yang tidak memberi kemudaratan dengan namanya akan sesuatu pun di dunia dan di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
Antara fungsi Bismillah 5 ni:
*penawar bisa diri
*penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang
*penawar bisa-bisa badan
*penawar bisa batu merian
*boleh digunakan untuk mengubati sakit yang tidak diketahui puncanya
Cara menggunakan Bismillah 5 :
1.letakkan tangan di tempat yang sakit, tarik nafas, baca Bismillah 5 tujuh kali kmdn tiup tempt tadi, kemudian baru tiup di air; atau
2.kalau tpt sakit tu tak boleh diletakkan tangan krn sakit atau sukar utk meletakkannya, letakkan tangan di anggota lain dengan penumpuan hati dan perasaan bahwa tempat tersebut adalah anggota yang sakit.
Kesan Sampingan:
Dengan mengamalkan Bismillah Enam dan Bismillah Lima akan menyebabkan segala jenis racun menjadi tawar serta tidak mendatangkan mudharat jika terminum. Gelas yang dipegang oleh pengamal Bismillah Enam dan Bismillah Lima akan pecah pecah dengan sendirinya jika kandungannya mengandungi racun.

Bismillah Tujuh

Bismillah Tujuh




BISMILLAH 7
1. Bismillahirahmaanirahim
2. Bismillaahis samii’il bashiir, alladzii laisa kamits lihii sya-un wahuwa bikulli syai-in ‘alim.
3. Bismillahil khallaqil’aliim, alladzii laisa kamits lihii syai-un wahuwal fattaahul ‘aliim.
4. Bismillaahil ladzii laisa kamitslihi syai-un wahuwal ‘aliimul khabiir.
5. Bismillaahil ladzii laisa kamitslihi syai-un wahuwal ‘aliimul qadiir.
6. Bismillaahil ‘aziizil kariim, alladzii laisa kamits lihii syai-un wahuwal ‘aziizul kariim.
7. Bismillaahil ghafuurir rohiim, alladzii laisa kamits lihii sya-un wahuwal ghafuurir rohiim.Fallaahu khairun haafizhan wahuwa arhamar rohimiin.
1. Dengan nama tuhan yang Maha Pengaseh dan Maha Penyayang.
2. Dengan nama Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Allah dengan segala sesuatu itu Maha itu Maha Mengetahui.
3. Dengan nama Allah Yang Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Maha Pembuka rahmat lagi Maha Mengetahui.
4. Dengan nama Allah, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Maha Mengetahui lagi Maha Teliti.
5. Dengan nama Allah, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.
6. Dengan nama Allah Yang Maha Bijak sana lagi Maha Pemurah, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Maha Bijaksana lagi Maha Pemurah.
7. Dengan nama Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang, maka Allah itu sebaik baik Tuhan yang memelihara dan Dia-lah Maha Rahim”
fadhilat dan fungsi bismillah 7
- Makbul segala hajat dan cita-cita.
- Luas rezkinya.
- Menang dalam peperangan.
- Penerang hati.
- Diajuhkan dari segala penyakit.
- Dibaca 70 kali tiap-tiap hari aman dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim yang hendak membunuhnya.
- Dibaca ditempat yahng suci nescaya dapat melihat malaikat, jin dan syaitan.
- Dibaca dimalam jumaat 20 kali boleh melihat orang didalam kubur.
- Aman daripada binatang2 buas.
-Air laut menjadi tawar.
- Terlepas daripada terkena bunuh juka dibaca kepada tubuh badan.
-Jika ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah aman daripada ancaman babi, tikus atau burung.
- Terselamat daripada bahaya musuh dan seteru.
- Terselamat dari karam dilaut.
- Jika dibaca pada minyak malam jumaat tiga kali boleh memudahkan perempuan beranak jika
meminumnya.
- Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selam 7 hari nescaya mendengar.
- Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca ditelinga tiga kali insyaallah lari iblisnya.
- Boleh tawarkan segala jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ular dan ikan.
- Boleh tawarkan segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada miang rebung, ulat buku mati beragan, hempedu katak dan sebagainya.
- Terkeluar daripada penjara apabila dibaca bersungguh-sungguh.
- Dijadikan jampi untuk menghalau jin dan syaitan.
Cara untuk merawat pesakit yang menderita kerana perkara diatas; latakkan tangan ditempat yang sakit, tahan nafas dan baca al-Fathihah dan juga ayat Bismillah Enam ini. Tiup tempat tersebut dah urut sedikit. Baca juga ayat ini pada air untuk disapukan pada tempat yang sakit dan untuk di minum. Angin akan keluar darpi pesakit dan diikuti oleh muntah, Insyaallah.

tsunami boleh landa Pakatan

Selepas 4 tahun, tsunami boleh landa Pakatan
Empat tahun sudah berlalu apabila buat pertama kalinya tsunami politik melanda negara. Pada 8 Mac 2008, rakyat semenanjung Malaysia membuat kejutan dalam pilihan raya umum (PRU) ke-12.

Perdana menteri (PM) pada ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan menantunya tergamam tidak menyangka seteruk itu keputusan PRU. Kalau tak kerana terlalu mendengarkan menantunya dan budak tingkat empat merengek, sudah tentu Pak Lah masih PM Malaysia.

Majoriti dua pertiga BN di parlimen dirampas oleh gabungan PKR, PAS dan DAP - kini bergelar Pakatan Rakyat.

Negeri terkaya di Asia Tenggara, Selangor Darul Ehsan jatuh ke tangan PR. Perak, Kedah dan Pulau Pinang bertukar kepimpinan negeri.

Kelantan kekal di bawah pimpinan Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat walaupun menantu Abdullah Badawi, Khairy Jamaluddin ghairah dengan kempen "pade doh" yang kononnya mampu merampas Kelantan.

Tidak hairanlah mengapa sehingga hari ini Khairy Jamaluddin terus dibenci oleh sebahagian besar ahli-ahli Umno termasuklah mantan perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Tsunami politik menyebabkan jangka hayat Abdullah Badawi lebih pendek daripada sepatutnya. Ianya menjadi mimpi ngeri kepada Umno dan BN. Tsunami tidak mungkin akan dilupakan. Jika tidak kerana Sabah dan Sarawak, hari ini BN sudah tentu tidak lagi berkuasa.

Selepas 8 Mac
Tsunami dan "aftershock" demi "aftershock" yang berlaku selepas PRU ke-12 menyebabkan BN tidak senang duduk. Tamparan hebat diberikan apabila PR menang dalam banyak pilihan raya kecil (PRK).

Sebelum 8 Mac 2008, boleh dikatakan BN menang hampir kesemua PRK. Ini adalah kerana seluruh jentera kerajaan dapat bertumpu di sesuatu kawasan PRK dan ini memberikan kelebihan kepada BN.

Apatah lagi media arus perdana memihak kepada BN. BN kini sedar, rakyat mahukan perubahan. Sebaik sahaja Datuk Seri Najib Razak mengambil alih kuasa, gagasan 1Malaysia dicanangkan.

Program transformasi ekonomi, politik dan sosial diperkenalkan. Ini adalah kerana Najib sedar, rakyat Malaysia sudah menjadi semakin bijak serta mahukan perubahan.

Selepas Tsunami, kerajaan tidak lagi boleh berbuat sesuka hati. Lihatlah bagaimana skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) terpaksa dibatalkan oleh kerana terdapat bantahan ramai.

Dalam erti kata lain, suara rakyat menjadi semakin kuat apabila parti yang memerintah itu tidak mempunyai majoriti dua pertiga di parlimen. Apabila negara mempunyai pembangkang yang kuat, kebajikan rakyat semakin terjamin.

Dahulu di zaman BN menguasai majoriti dua pertiga di parlimen, kerajaan yang memerintah boleh berbuat sesuka hati sepertimana Pak Lah menaikkan harga minyak sebanyak 70 sen dalam satu-satu masa.

Janji tidak ditunaikan

Tsunami politik tidaklah bermakna rakyat membiarkan Pakatan berbuat sesuka hati. Selain dari dipantau oleh Umno-BN, Pakatan juga dipantau oleh pengundi-pengundi mereka.

Jika ada wakil rakyat tidak berkhidmat dengan baik, jangan haraplah akan terus mendapat sokongan orang ramai. Jika Pakatan berkeras untuk meletakkan calon seperti ini, mereka juga akan berhadapan dengan risiko kalah dalam pilihan raya.

Rakyat Malaysia bernasib baik oleh kerana tsunami 8 Mac memberikan mereka peluang untuk melihat bagaimana Pakatan mentadbir negeri-negeri yang mereka kuasai seperti Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

Kita dapat menyaksikan bagaimana menteri besar bagi negeri Kedah bermati-matian mempertahankan kolej di bawah kekuasaannya menggunakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) terhadap lima orang mahasiswa.

Selain itu, rakyat Malaysia juga menyaksikan bagaimana janji-janji untuk melaksanakan pilihan raya kerajaan tempatan tidak ditunaikan. Orang-orang yang kononnya mahukan pilihan raya dilaksanakan kini lebih berusaha keras untuk mencari alasan agar tidak perlu melaksanakannya.

Maklumlah, sistem yang sedia ada lebih "enak" dan memberikan hasil yang lumayan.

Tidak dinafikan juga ada dasar-dasar yang baik dilaksanakan. Akan tetapi pemantauan yang kuat terhadap negeri-negeri Pakatan perlu diperhebatkan oleh rakyat agar perubahan yang dijanjikan dapat berlaku.

Jangan dilihat gelojoh

Tidak lama lagi, gendang pilihan raya akan dibunyikan. BN mahu terus berkuasa dan Pakatan mahu merampas kuasa. BN kita sudah boleh baca wataknya oleh kerana telah terlalu lama memerintah.

Akan tetapi cabaran kini terletak kepada bahu Pakatan kerana mereka mahu menjadi alternatif kepada BN. Dalam PRU ke-13 ini, jika benar-benar ingin menguasai Malaysia, Pakatan harus menunjukkan imej sebuah gabungan parti politik yang benar-benar mampu untuk memimpin Malaysia.

Amalan bertanding di kerusi DUN dan Parlimen sekali gus bagi seorang calon sudah sampai masanya dimansuhkan. Amalan ini sesuai bagi parti politik baru atau calon yang tidak mempunyai keyakinan untuk menang di sesuatu kerusi.

Ini adalah taktik "play safe" untuk memastikan seseorang pemimpin itu menang sekurang-kurangnya di salah satu kerusi yang dipertandingkan.

Pada 8 Mac 2008, rakyat masih boleh faham jika Lim Guan eng bertanding di kedua-dua kerusi DUN dan Parlimen sekaligus. Ini kerana, Lim Guan Eng sendiri tidak begitu yakin untuk menang.

Jika dalam PRU ke-13 ini Pakatan masih lagi meneruskan amalan ini, calon yang bertanding kedua-dua kawasan DUN dan Parlimen ini akan dilihat gelojoh.

Orang-orang lain yang berpotensi juga tidak akan mendapat peluang untuk ditonjolkan sebagai pemimpin. Tsunami seharusnya memberikan pengajaran kepada semua pihak baik BN mahu pun PR.

Jika khianat rakyat, Tsunami yang melanda BN tidak mustahil akan berbalik kepada Pakatan. Yang pasti, rakyat bukan lagi bodoh dan mudah untuk diperkotak-katikkan.

Amin Iskandar menerima anugerah zamalah Intelektual Awam Asia (API) 2009-10 untuk menjalankan kajian sejarah pemantauan pilihan raya di Filipina dan Indonesia. Beliau Memblog di http://www.aminiskandar.blogspot.com/ dan berkicau di http://www.twitter.com/aminiskandar.

Tulisan ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi sidang pengarang Malaysiakini.


‘Virus’ NFC goyah kubu Umno di selatan

‘Virus’ NFC goyah kubu Umno di selatan

Anak & ibu, gambar yang menyentuh perasaan

Anak & ibu, gambar yang menyentuh perasaan

PRU13: 200,000 pemilih dimasukkan secara senyap

PRU13: 200,000 pemilih dimasukkan secara senyap

Home Financing: Housing Loan Al-Rajhi ??? Why???

Home Financing: Housing Loan Al-Rajhi ??? Why???: Most people take caution in choosing their banker or their loan in financing their future home. Actually most of them focuses solely based o...

Badut-badut politik

Badut-badut politik

Negeri Kelantan Seindah Namamu: Oki Setiana Dewi

Negeri Kelantan Seindah Namamu: Oki Setiana Dewi

Utusan Malaysia Online - Berita Utama

Utusan Malaysia Online - Berita Utama