Selasa, 17 Julai 2012

Dacing serupa ini dah tak dipakai orang lagi

Dacing serupa ini dah tak dipakai orang lagi

Rais bidas Umno tidak ketepi fahaman politik?

Rais bidas Umno tidak ketepi fahaman politik?

Umno serang isu air untuk rampas Selangor dari Pakatan

Umno serang isu air untuk rampas Selangor dari Pakatan

Transformasi Najib hanya tukar jenama saja

Transformasi Najib hanya tukar jenama saja

Duit tak cukup, PIBG kempen 1M1RK4

Duit tak cukup, PIBG kempen 1M1RK4

Enakmen hiburan: Amaran Kelantan susulan persembahan Siti Nurhaliza

Enakmen hiburan: Amaran Kelantan susulan persembahan Siti Nurhaliza

Telefon ke sekolah: NUTP tunggu maklum balas

Telefon ke sekolah: NUTP tunggu maklum balas

Hindraf tuntut Pendidikan Moral tak wajib lulus


Hindraf tuntut Pendidikan Moral tak wajib lulus
  • Abdul Rahim Sabri
  • 3:12PM Jul 17 2012
 
Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) menuntut supaya mata pelajaran Pendidikan Moral tidak lagi menjadi subjek wajib lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana ia didakwa mendiskriminasi pelajar bukan Islam.
Hindraf mengemukakan tuntutan itu dalam satu memorandum yang turut ditandatangani satu NGO, Morally Upright dan juga beberapa wakil ibu bapa.
NONEDalam memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) itu, kumpulan itu mendakwa, ketetapan wajib lulus mendiskriminasi pelajar bukan Islam kerana menyukarkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
Oleh itu, kumpulan itu mendakwa ketetapan tersebut melanggar Perkara 12 Perlembagaan Persekutuan yang melarang diskriminasi terhadap warganegara berdasarkan keturunan dan agama.
Memorandum itu mendakwa kegagalan untuk mendapat A+ dalam mata pelajaran itu menyukarkan pelajar cemerlang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, khususnya untuk mendapatkan biasiswa yang memerlukan kelulusan 9A+.

Kumpulan itu juga mendakwa subjek tersebut hanyalah pelajaran untuk sebagai "mengingati dan meluahkan semula perkataan demi perkataan" terhadap maksud 36 nilai moral dalam sukatan tersebut.

"Dalam definisi, terdapat kata kunci yang mesti digunakan untuk menjawab soalan.

"Kegagalan menggunakan kata kunci untuk menjelaskan nilai moral, bermakna markah kamu akan dipotong," kata memorandum itu lagi yang memetik temubual dengan pelajar yang mengambil mata pelajaran tersebut.

Sehubungan itu, mereka merayu kepada Suhakam untuk mengadakan perbincangan dengan kementerian bagi meneliti aduan yang dikemukakan.

NONEKoordinator Morally Upright, S V Namasoo ketika menyampaikan aduan lisan kepada Suhakam mempersoalkan mengapa pelajar tersebut sukar mendapat A+ untuk Pengajian Moral, walau mampu mendapat A untuk subjek sukar seperti Biologi, Kimia dan Fizik.

Beliau memberi contoh, seramai kira-kira 130 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tarcisian Convent gagal mendapat A+ untuk mata pelajaran tersebut dalam peperiksaan SPM 2011, namun 26 daripada mereka berjaya memperoleh markah itu dalam peperiksaan percubaan.
Beliau memberi contoh, seramai kira-kira 130 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tarcisian Convent gagal mendapat A+ untuk mata pelajaran tersebut, namun 26 daripada mereka berjaya memperoleh markah itu dalam peperiksaan percubaan SPM 2011.
Namasoo merupakan salah seorang bapa kepada sembilan pelajar sekolah berkenaan yang mendapat 8A bagi semua mata pelajaran kecuali pengajian moral.

Turut hadir dalam majlis penyerahan memorandum tersebut Penyelaras Kumpulan Bertindak Ibu Bapa untuk Pendidikan Malaysia (PAGE) Datuk Dr Anwar Hassan.

Dr Anwar dalam aduan lisannya mencadangkan kepada kerajaan supaya membenarkan kertas pendidikan moral bagi 26 pelajar itu disemak semula oleh pemeriksa bebas yang dilantik oleh Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Penilaian ini dijalankan dengan kehadiran pelajar berkenaan supaya mereka dapat memahami di mana kesilapan mereka yang menyebabkan mereka tidak dapat memperolehi kelulusan A+.

"Seelok-eloknya penilaian bebas ini dijalankan di Ipoh untuk kemudahan pelajar berkenaan," kata Dr Anwar.
Kirim sebagai Mohd Najman Yusoff (Bukan anda?)
 
  • Raja Mohd Shahrim · · Pengulas Tertinggi
    Cubalah bangkitkan masalah jenayah yg meningkat dikalangan remaja india, kongsi gelap, peluang terhad utk melanjutkan pelajaran diperingkat tinggi, peluang pekerjaan disektor awam, gejala samsu dan todi haram.. kerana itu sebenarnya yg perlu diberi perhatian... aku tak nampak langsung peranan MIC dan PPP yg kononnya mewakili kaum India dlm mengatasi masalah kemiskinan, keciciran dlm bidang pelajaran..apa yg berlaku mereka selesaikan satu masalah kemiskinan , panngil newspapers.. keluar tv.. done.. semua settle..tapi hakikatnya ada beratus ribu lagi yg terus dihimpit kemiskinan..
    • Marul Budak Rtbk · PUO
      sesungguhnya golongan belia ni yang byk ketinggalan dari arus perdana....sbb tu kita lihat gejala yang tidak sihat....byk yg kita boleh perhatikan diluar sana
    • Mohd Azinuddin Ahmad Mokhtar · Bekerja di 1st Base Laboratories Sdn. Bhd.
      la...kan wajib lulus...bukan wajib A+. X tau pulak definisi Lulus=A+.
    • Elantirayan Elan · Pengulas Tertinggi
      Saya tak setuju 100% dengan pandangan Hindraf dalam hal ini.. Namun asas tuntutan mereka ada logiknya.. Untuk pengetahuan saudara Raja Mohd Shahrim... Sukatan pelajaran Moral dan terutamanya skema pemarkahannya adalah "megarut" !!! Saja "dibuat-buat" untuk menyukarkannya tak tentu pasal tanpa ada logik/relevan di sebaliknya..
  • Haji Abas Haji Awang · Pengulas Tertinggi · Bangi, Malaysia
    Jgn cuba lari dari masalah.lni isu sikap kita.Kalo subjek lain boleh ngapa moral tidak dpt? Apa makna dpt A kalau peribadi kurang moral.Yg pendidikan mau cemerlang akedemik cemerlang peribadi.
  • Nasarudin Nasir · Pengulas Tertinggi · Director di Tunez Global sdn Bhd
    pendidikan moral kan baik... nape nak minta downgrade..... patut minta pengajian agama islam jadi syarat wajib lulus.... upgrade
  • Khairul Shahar Bin Zubir · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
    Hahahahaha....Kenyataan yang tidak ada Moral...
    • Peter Peace · Pengulas Tertinggi
      jangan mengatakan orng tidak bermoral sedang diri sendiri tidak pernah belajar moral...
    • Amer Rajakecil · Pengulas Tertinggi · UITM
      Hanya org yg mempunya moral sahaja yg akan menghargai dan mengakui pentingnya utk belajar dan lulus subjek moral...
    • Kaviarasan Murugan · Pengulas Tertinggi
      Tak semestinya dapat A+ dalam peperiksaan bermaksud practical pun dia power... Pendidikan moral ni hanya hafal bahasa melayu dan jawab soalan sebab takut fail dalam peperiksaan.. itu je..
  • Shathiskumar Govindaraju · Manipal Medical College
    Kalau tak paham artikel jangan komen membuta tuli !

    Yang hindraf mengadu ialah pasal pelajar bukan melayu sengaja diberi A - dalam moral oleh KPM dan menggagalkan peluang mereka diberi biasiswa. Moral memang penting tapi bukan matapelajaran yang perlu diambil kira untuk pemberian biasiswa atau kemasukan ke IPTA. Apa kata kalau KPM buat syarat semua Muslim perlu lulus Arab untuk layak biasiswa atau masuk universiti? Adil tak? Pakai otak sebelum komen..pendidikan moral digunakan untuk mendiskriminasi pelajar cemerlang bukan melayu....
    • Albert Lang · SRB St. Jude
      Ya lah ramai yg x paham isu pokok..baru nk explain td, tq to mr. Shathiskumar
    • Amer Rajakecil · Pengulas Tertinggi · UITM
      Cakap guna lutut mcm ni lah jadinya. Apa bukti pelajar bukan melayu sengaja diberi A-? Dalam kertas jawapan tu ada ditulis nama ke? Ni lah contoh seorg pelajar yg gagal subjek moral dan tak bermoral...
Lihat 47 lagi

Fulamak...pasti ada cemburu Tok Guru guna iPad

Fulamak...pasti ada cemburu Tok Guru guna iPad

Umno sudah berada di hujung senja

Umno sudah berada di hujung senja