Rabu, 24 Oktober 2012

Mahathir sahkan 'perjanjian syaitan' Umno dan MCA




Mahathir sahkan 'perjanjian syaitan' Umno dan MCA

Harakahdaily, 24 Okt 2012

(Dr Mahathir sahkan 'perjanjian syaitan' antara Umno dan MCA)

KUALA LUMPUR: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, penyataan beliau tentang wujudnya 'perjanjian syaitan' antara Umno dan MCA disahkan tidak sampai 24 jam selepas ianya didakwa.

Ia tidak lain dan tidak bukan disahkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam kenyataannya di Universiti Malaya semalam.

"Semalam, saya secara terbuka mengatakan pemimpin MCA dan UMNO telah membuat 'perjanjian Syaitan' supaya masing-masing menyebarkan pembohongan dan penipuan untuk menakut-nakutkan pengundi Cina dan Melayu.

"Ia dibuat dengan keyakinan bahawa politik yang sedemikian satu-satunya cara untuk mendapatkan undi kaum Cina dan Melayu buat Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-13," katanya.

Menurut Lim Kit Siang, beliau menjangkakan pemimpin Umno dan MCA serta propagandis-propagandis mereka menafikan kewujudan perjanjian jahat itu lalu cuba melarikan tumpuan daripada 'perjanjian syaitan' tersebut.

"Apa yang paling tidak saya jangkakan pendedahan saya tentang 'Perjanjian Syaitan' di antara UMNO/MCA disahkan dalam tempoh 24 jam dengan gaya penuh wibawa dan cara yang benar-benar melondehkan hipokrasi dan muslihat Umno serta MCA.

"Hanya seorang sahaja mampu melakukan tindakan sedemikian iaitu Tun Dr. Mahathir dan itulah yang beliau lakukan semalam," kata Kit Siang (gambar kanan).

Pada sidang media semalam di simposium 'Dialog Antara Peradaban Menuju Keamanan, Keharmonian Bersama dan kelestarian' Universiti Malaya, Mahathir mengakui bahawa 'pendirian tidak bertolak ansur' MCA terhadap hukum hudud pada Perhimpunan Agung MCA minggu lepas hanyalah bertujuan 'menakut-nakutkan' komuniti Cina dan bukan ditujukan kepada kaum Melayu atau umat Islam.

“Dia (MCA) bertujuan untuk menakutkan orang Cina, bukan orang Melayu atau Islam ...Tujuan MCA nak takutkan orang Cina supaya tak sokong DAP.

"Tapi dulu pun MCA tak pernah bantah bila kita isytihar negara ini negara Islam dan kita akan amal nilai-nilai dan ajaran Islam," kata Mahathir.

Pengesahan Mahathir terhadap “Perjanjian Syaitan” Umno dan MCA supaya masing-masing menyebarkan pembohongan dan penipuan untuk menakut-nakutkan pengundi Cina dan Melayu bagi mendapatkan undi kaum Cina dan Melayu buat Barisan Nasional seharusnya diberi perhatian serius dan dikutuk sekeras-kerasnya oleh semua rakyat Malaysia, kata Kit Siang.

Dalam 'Perjanjian Syaitan' mereka, pemimpin UMNO akan terus membisu tidak kira apa juga pembohongan yang disebarkan MCA untuk “menakut-nakutkan orang Cina”.

Ia termasuklah penipuan yang pemimpin Umno sendiri tahu ia tidak berasas seperti fitnah MCA bahawa PAS dan Islam membenarkan bukan Islam dirogol atau PAS dan Islam akan membawa Malaysia kembali ke “zaman gelap”.

Begitu juga pemimpin MCA akan terus membisu walaupun mereka tidak mempercayai pembohongan dan penipuan UMNO 'untuk menakut-nakutkan kaum Melayu', bahawa DAP mahu mendirikan Negara Kristian dan menghapuskan Raja-Raja Melayu serta mendirikan Republik, kata Lim.

Menurut Li, dia teringat kepada komenter di sebuah blog milik seorang pakar bedah semalam berkenaan Perhimpunan Agung MCA ke-59, beliau menyimpulkan:

“Perhimpunan Agung MCA telah memaku keranda mereka kerana bagi kebanyakkan rakyat Malaysia, MCA tidak lagi relevan, begitu juga Gerakan, MIC dan juga UMNO.
"Kematian parti berasaskan kaum ini mungkin ada hikmahnya kerana kita memerlukan parti berbilang kaum untuk maju di dalam dunia yang semakin global dan penuh persaingan.”

Bagi beliau, ini merupakan cabaran terbesar buat semua rakyat Malaysia pada PRU13, sama ada kita mahu bergerak sebagai rakyat Malaysia dengan visi yang penuh harapan dan optimis bahawa Malaysia akan bersatu tanpa mengira kaum, agama, kelas atau kawasan.

"Ia sebagai jaminan terbaik supaya negara berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain atau kita mahu membiarkan diri kita tersangkut di dalam politik yang korup dan kebencian antara agama dan antara kaum, melalui pembohongan dan penipuan yang hanya akan menjerumuskan negara kepada kemusnahan," katanya.

Bagi beliau, Pakatan Rakyat berjuang untuk meyatupadukan rakyat Malaysia bagi bergerak maju ke arah masa depan bersama sementara Barisan Nasional pula mahu terus berjuang dengan taktik “pecah dan perintah” di kalangan rakyat berbilang kaum dan agama supaya terus memperhambakan diri kepada kepentingan-kepentingan Umno-putra dan kroni-kroni mereka.

"Biarlah parti-parti berasaskan kaum ini menemui ajal pada PRU13. Pakatan Rakyat berjuang untuk masa depan manakala Barisan Nasional melambangkan masa lalu!" tegasnya.

Di mana wang pampasan RM207 bilion?




Di mana wang pampasan RM207 bilion?

Anis Nazri, 24 Okt 2012


(Laporan muka depan Harakah baru-baru ini)

KUALA LUMPUR: Keengganan Menteri Kewangan menjawab persoalan berkaitan RM207 bilion wang pampasan kepada waris buruh paksa landasan keretapi Siam - Burma hanya menambahkan kebimbangan jika wang tersebut disalahgunakan.

Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata kementerian sepatutnya memberikan penjelasan bagi memastikan dana tersebut segera diagihkan kepada waris.

"Sayangnya, tiada sebarang penjelasan diberikan berhubung persoalan saya ketika saya dedahkan perkara tersebut di Dewan Rakyat, sebelum ini.  Menteri tidak menjawab langsung," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily.

Ia telah disiarkan Harakahdaily (gambar) dan Harakah cetak pula telah menyiarkan laporan ini di muka depannya.

Dalam laporan itu, Nizar melalui ucapan di Parlimen mendedahkan kerajaan Jepun telah memberikan wang pampasan kepada kerajaan Malaysia sebanyak RM207 bilion untuk diserahkan kepada waris buruh paksa landasan kereta api terbabit.

Bagaimanapun, beliau dimaklumkan waris mangsa tidak mendapat wang pampasan tersebut biarpun ia telah diserahkan kepada kerajaan Malaysia sebelum ini.

Perkara tersebut didedahkan Nizar ketika perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2013, di parlimen, 10 Okt lalu.

Dalam pada itu, Nizar turut melahirkan rasa kesal apabila individu yang membekalkan maklumat tersebut telah dihubungi pihak tertentu kerana bertindak mendedahkan perkara tersebut.

"Saya dimaklumkan individu yang memaklumkan kepada saya tentang perkara ini telah pun dihubungi pihak tertentu yang mempertikaikan tindakan mendedahkan maklumat tersebut kepada saya,"  dakwa beliau.

Bagi Nizar, ia satu tindakan ancaman kepada pemberi maklumat berkenaan.

Soalnya, tambah Nizar individu tersebut terpaksa mendedahkan perkara itu kepada beliau memandangkan ia sudah tertangguh sekian lama.

Sehubungan itu, beliau mendesak kerajaan agar memberikan penjelasan mengenai perkara tersebut, selain menyegerakan pembahagian wang pampasan itu kepada waris mangsa.


Surat ringkas buat Chua Soi Lek




Surat ringkas buat Chua Soi Lek

Syafiq Kamil, Ma’ruf Club, 24 Okt 2012
Hari ini bicara Hudud kembali hangat semula di media dengan kenyataan kurang beradab seorang makhluk Allah bernama Chua Soi Lek.


Kepada Encik Chua Soi Lek, kami menawarkan kepada anda dua pilihan; sama ada anda berhenti bercakap pasal agama lain, atau jika anda mahu juga bercakap mengenai agama lain lebih-lebih lagi Islam, anda duduk belajar mengenai agama Islam dengan ulama’-ulama’ kami.

Anda perlu faham, anda sebenarnya seorang yang masih jahil bab hukum hakam Islam. Lihatlah sahaja bagaimana Encik Lim Kit Siang membalas kenyataan anda.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/14092-perjanjian-syaitan-umno-dan-mca-untuk-kekal-kuasa

Kenyataan anda semakin hari semakin pelik. Anda mendakwa Islam membenarkan wanita bukan Islam yang tidak menutup aurat dirogol oleh orang Islam. Dari mana anda belajar?

Bahkan anda tahu atau tidak apa yang dimaksudkan dengan aurat atau ketika kod pemakaian Islam?

Jika anda tidak tahu, silakan baca artikel ini terlebih dahulu. Jika anda masih tidak faham istilah-istilah yang digunakan, tidak mengapa kami akan cuba terangkan. Kami akan terangkan dengan penuh beradab dan budi bahasa. Budi bahasa budaya kita.

http://www.jais.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=98&Itemid=1

Sekarang bukan soal anda dari parti mana. Kami di peringkat mahasiswa sentiasa jelas dengan pendirian kami, tidak kira parti mana, jika ianya menghina sensitiviti agama Islam mahupun agama lain, anda wajib ditegur.

Anda mesti mahu mendapat penjelasan mengapa PAS begitu bersungguh-sungguh mahu melaksanakan hudud bukan?

Sebelum itu anda masih mengerti atau tidak apa yang dimaksudkan dengan hudud menurut perspektif Islam? Sudah dengar penjelasan pimpinan PAS? Adakah bezanya hudud PAS dengan hudud sebenar yang digariskan dalam Islam?

Kalau masih belum mengerti, di sini kami sertakan link mengenai penjelasan di sekitar ‘hudud PAS’.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/ketua-pemuda-pas/5836-nota-mudah-memahami-hukum-hudud-siri-1

http://tarbawi.my/index.php/en/soal-jawab/hukum-feqh/200-hudud-di-antara-tahu-dan-mahu

http://tarbawi.my/index.php/en/soal-jawab/hukum-feqh/179-perundangan-islam-utamakan-mencegah-bukan-menghukum

http://tarbawi.my/index.php/en/soal-jawab/hukum-feqh/174-hukum-mengatakan-perundangan-hudud-out-of-date

http://tarbawi.my/index.php/en/soal-jawab/hukum-feqh/161-hukuman-islam-terhadap-jenayah-rogol

Link yang kami sertakan ini semuanya diambil dari jaringan web kelolaan PAS.

Jangan melatah lagi, baca dulu, Encik Chua Soi Lek.

Jika anda masih perlukan penjelasan dan penerangan dengan lebih lanjut, kami sedia berjumpa menerangkan kepada anda dengan lebih lanjut. Kita buat usrah sekali, anda mahu tanya seribu empat ratus enam puluh tiga soalan pun, kami akan cuba untuk jawab dengan penjelasan mendalam. Kami sediakan pakar-pakar yang terbaik buat anda!


Golongan tidak yakin Islam dulu-kini-selamanya





Golongan tidak yakin Islam dulu-kini-selamanya

Azizudin BTR,
Merujuk kepada kelantangan dan kebiadaban Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek terhadap Islam khususnya hukum Islam , perkara ini telah tersedia pengkhabaran dan amaran al-Quran al-Karim terhadap mereka (puak) yang tidak berkeyakinan akan Syariat (peraturan/hukum) Islam.

Telah terakam di dalam al-Quran akan tuduhan puak-puak Musyrikin, Yahudi dan Munafik yang mewar-warkan (mempromosikan) kepada pengikut dan penyokong mereka yang tiada berpengetahuan, bahawasanya al-Quran itu direka cipta oleh Nabi Muhammad SAW dengan berhujah yang Baginda diajar dan dilatih oleh pakar-pakar Injil dan Taurah ketika berpergian ke Syam, sehingga dua kali ke Syam.

Seolah-olah menggambarkan mereka bukan menentang Allah, tetapi mereka hanya tidak dapat menerima pengisytiharan Nabi Muhammad SAW sebagai Rasul (Utusan) Allah.

Peristiwa dan perlakuan serupa nampaknya kembali terjadi, untuk ditunjukkan oleh Allah SWT kepada umat-umat terkini.

Dipromosikan dan difitnahkan habis-habisan, siang-malam agar menggambarkan Hukum Hudud direka cipta berdasarkan versi PAS.

Maka bangkit dan melaung-melaunglah golongan yang tidak berpengetahuan, MCA, yang mereka menentang habis-habisan Hudud PAS, kononnya, tetapi bukan menentang Hukum Islam.

Renung-renungkanlah. Mirip seperti yang di khabarkan dalam al-Quran. Dan Renung-renungkanlah juga bagi mereka yang turut mempromosi versi ini akan berdirinya mereka di Padang Mahsyar nanti untuk dipertanggung-jawabkan. Itu pun, jika mereka berkeyakinan serta percaya akan adanya Hari Akhirat.