Isnin, 8 Julai 2013

Pentagon dalang huru-hara Mesir – Chossudovsky


Harakahdaily, 08 Jul 2013
KUALA LUMPUR: Dalam satu temuramah dengan PressTV, Michel Chossudovsky (gambar), daripada Pusat Penyelidikan Mengenai Globalisasi yang berpusat di Montreal mendakwa Pentagon Amerika adalah dalang di belakang huru-hara yang kini melanda Mesir.

“Laporan media melaporkan seolah-olah gerakan protes adalah ditujukan pada Amerika Syarikat, dan tentera (Mesir) dalam lojik tertentu adalah menyokong gerakan protes tersebut. Saya merasakan ini semuanya cumalah adalah asap kerana Setiausaha Pertahanan AS Chuck Hagel dan juga Ketua Staf AS General Martin Dempsey sentiasa berhubung dengan arkitek rampasan kuasa dua minggu sebelum pengambilan kuasa oleh pihak tentera,” kata Chossudovsky.

Chossudovsky berkata ia tidak boleh dinafikan tentera Mesir mengikut arahan terus daripada Washington walaupun dalamnya mempunyai perbezaan pendapat.

Tentera Mesir, katanya, adalah penerima dana kedua terbesar AS selepas Israel.

“Mereka adalah sekutu yang kuat dan jika mereka sudah mengambil keputusan untuk campur tangan dan menurunkan sebuah kerajaan yang dipilih rakyat, mereka melakukannya selepas mendapat lampu hijau daripada Pentagaon,” tegas Chossudovsky.

Beliau menolak kemungkinan General Abdul Al Sisi, arkitek rampasan kuasa terhadap Presiden Morsi berani bertindak tanpa mendapatkan nasihat daripada rakan sekutunya, Chuck Hagel.

“Jika kita melihat berita-berita terbaru sebelum ini, kita boleh lihat General Al Sisi sentiasa berhubung dengan telefon dengan Chuck Hagel, kita juga harus faham bahawa Menteri Pertahanan yang menghasut rampasan kuasa itu juga adalah seorang graduan daripada kolej perang AS – beliau sangat rapat dengan tentera AS, dan saya secara ikhlasnya sangsi bahawa beliau telah bertindak tanpa kebenaran daripada rakan sekutunya di AS,” kata Chossudovsky lagi.

Chossudovsky juga mendakwa AS telah campur tangan di dalam gerakan protes terhadap rampasan kuasa Presiden Morsi dan juga tentera Mesir.

“Malah, AS sebenarnya sedang menyokong kedua-dua pihak, dan inilah strategi mereka. Mereka menyokong tentera, dan kemudian menyokong – dan tidak menyokong tapi mereka menyokong Ikhwan Muslimin. Dan ini menyebabkan terjadinya situasi konflik dalaman yang menjurus kepada ketidakstabilan pada skala yang lebih besar. Saya juga patut menyentuh bahawa sempadan dengan Gaza telah ditutup.

"Krisis ini bukan sahaja impak di Mesir, tapi pada skala yang lebih besar kerana Mesir adalah sangat strategik untuk AS, ia adalah pintu kepada Afrika Utara dan juga sub-Saharan Africa,” tegas Chossudovsky.

Campurtangan AS, kata Chossudovsky, adalah bertujuan untuk memastikan gerakan protes tidak menjadi luar kawalan dan rampasan kuasa itu adalah bertujuan untuk memanipulasi gerakan protes supaya cita-cita untuk mendapat satu kerajaan rakyat tidak tercapai.

Saksikan temuramah penuh Chossudovsky di sini:  http://www.youtube.com/watch?v=qFzN3qlZbBg

KELAB GREENBOC: Pelan Transformasi Najib Dihentam Oleh Ahli UMNO S...

KELAB GREENBOC: Pelan Transformasi Najib Dihentam Oleh Ahli UMNO S...: T ransformasi BN hanya retorik Batang Kali - Pelan transformasi yang dibawa BN hanya dianggap retorik sekiranya kepincangan yang berlaku d...

KELAB GREENBOC: Dakwat Kekal: SPR Jangan Banyak Alasan, Letak Jawa...

KELAB GREENBOC: Dakwat Kekal: SPR Jangan Banyak Alasan, Letak Jawa...: G abungan Pilihan Raya Bebas & Adil (Bersih) menggesa SPR menghentikan sandiwara dakwat kekal untuk menutup kelemahan badan itu, kata ah...

KELAB GREENBOC: Bekas Bos NSTP Kata Media Arus Perdana Hanya Akan ...

KELAB GREENBOC: Bekas Bos NSTP Kata Media Arus Perdana Hanya Akan ...: D atuk A. Kadir Jasin percaya media arus perdana hanya akan bebas seperti media baru apabila kerajaan Barisan Nasional (BN) kalah dalam pil...

khidmat pembentungan perlu distruktur semula


Piarapakaran S,
Industri Perkhidmatan Air dibahagikan kepada Perawatan Air, Bekalan Air dan Perkhidmatan Pembentungan. Tiga komponen ini adalah perlu mengikuti proses Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air Negara yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan. Isu-isu yang berkaitan dengan struktur industri, ketelusan, kekurangan pembangunan infrastruktur, kegagalan dalam penswastaan (perjanjian konsesi) dan struktur kos (tarif) adalah sebab utama Kerajaan Persekutuan meyakinkan Majlis Raja-raja untuk meneruskan dengan pelaksanaan model Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA). Akhirnya WSIA telah diluluskan oleh Parlimen

Indah Water Konsortium (IWK), sebuah syarikat swasta yang telah menandatangani perjanjian konsesi dengan Kerajaan Persekutuan pada 9 Disember 1993 untuk menguruskan perkhidmatan pembetungan 'bersambung'. Walau bagaimanapun, syarikat swasta ini tidak mampu menguruskan hutang dan memerlukan 'bailout' pada tahun 1999. Kerajaan Persekutuan telah 'bailout' IWK dan mengambil alih keseluruhan IWK.

Penstrukturan semula Indah Water Konsortium (IWK) sepatutnya siap seawal tahun 2008. Apakah yang melambatkan Kementerian Kewangan (MOF) daripada berbuat demikian? Tambahan pula, IWK juga memohon kenaikan tarif dan akan menerima peruntukan bagi projek-projek pemulihan infrastruktur pembetungan secara berterusan. AWER ingin menggesa Kerajaan Persekutuan supaya tidak membenarkan apa-apa kenaikan tarif IWK sebelum menstruktur semula IWK mengikut model WSIA. Kami berharap Kerajaan Persekutuan akan memimpin melalui teladan dengan memastikan MOF memansuhkan perjanjian konsesi ini. Dalam jangka masa panjang, IWK akan dipecahkan kepada entiti-entiti peringkat negeri untuk digabungkan dengan syarikat-syarikat bekalan air di peringkat negeri bagi meningkatkan kemampanan ekonomi industri perkhidmatan air. Ini adalah model WSIA yang lengkap.

Kami menggesa Kerajaan Persekutuan untuk menutup Jabatan Perkhidmatan Pembentungan (JPP). JPP mengulangi operasi SPAN, Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan dalam beberapa kes dengan IWK dari segi pengawalseliaan, pengurusan projek dan pelaksanaan projek. Mereka sebenarnya menduplikasi dan merunsingkan tugas-tugas dan fungsi-fungsi yang sepatutnya dijalankan oleh SPAN, PAAB dan IWK. Pertindihan sebegini ini bukan sahaja akan memperlahankan keberkesanan pengawalselia (SPAN) untuk melaksanakan tugasnya tetapi juga membuka ruang untuk penyalahgunaan kuasa dan salah urus daripada pegawai-pegawai JPP. Sebagai contoh, JPP telah memberikan sokongan (recommendation) untuk projek yang melibatkan IWK dan sebuah syarikat swasta untuk dilaksanakan dan JPP tidak mempunyai sebarang KUASA KAWALSELIA. Kuasa pengawalseliaan untuk perkhidmatan pembetungan adalah di bawah SPAN mengikut WSIA. Oleh itu, JPP perlu ditutup dan pegawai-pegawainya boleh diserap ke dalam SPAN, PAAB dan IWK sebagai pilihan atau memilih kekosongan jawatan kerajaan yang lain.

Mengapa penambahbaikan perkhidmatan pembetungan sangat penting? Anda perlu ingat bahawa pencemaran kumbahan kepada air adalah satu isu yang serius. Lembangan Sungai Langat mempunyai lebih daripada 30,000 tangki septik individu dan merupakan penyumbang terbesar kepada tahap ammonia di dalam air sungai ini. Tidak termasuk lain-lain loji rawatan kumbahan di sepanjang lembangan sungai ini yang masih melepaskan pencemar. Sungai ini merupakan salah satu punca utama pengambilan air mentah. Ya, kita menggunakan air sungai dengan pencemaran sisa pembetungan sebagai air minuman selepas rawatan.

Walau bagaimanapun, WSIA juga mewajibkan industri untuk menjadi telus, termasuk proses penetapan tarif. AWER telah berjaya mendesak Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan proses penetapan tarif secara telus. Proses ini akan memastikan setiap butiran Perbelanjaan Modal (Capex), Perbelanjaan Operasi (Opex), pendapatan yang dikawal selia dan bukan dikawal selia untuk dimasukkan ke dalam proses penetapan tarif dengan penglibatan semua pihak yang berkepentingan termasuk orang ramai .

Jika kita meneliti tarif pembentungan, adakah adil bagi mereka yang kurang menggunakan air terawat dan kurang melepaskan air sisa ke sistem pembetungan bersambung untuk membayar jumlah yang sama dengan orang-orang yang melepaskan air sisa yang banyak. Oleh itu, sistem bil berdasarkan isipadu (volumetric billing system) adalah penting. AWER telah bertemu dengan pegawai-pegawai kanan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) untuk membincangkan dan membuat kesimpulan bahawa sistem bil berdasarkan isipadu akan diperkuatkuasakan bagi semua pengguna dalam masa terdekat.

Untuk menjadikan industri pembetungan lebih baik dan mapan, kawasan berpenduduk padat dengan tangki septik individu dan sistem simbah terus (pour flush) perlu ditukar kepada sistem bersambung. Dengan peningkatan kepada perkhidmatan yang diberikan, kos operasi keseluruhan dapat dikurangkan. Ini adalah satu konsep operasi besar-besaran. Tetapi bagi kawasan berpenduduk tidak padat, mesti mempunyai tangki septik individu yang dikosongkan (enapan disedut keluar) setiap 2 hingga 3 tahun sekali. Hal ini adalah kerana menukarkan tangki-tangki septik di kawasan tidak berpenduduk padat melibatkan kos yang tinggi.

Sekarang, pembiayaan untuk melakukan penambahbaikan ini boleh diperolehi melalu Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB), sebuah badan yang ditubuhkan untuk melancarkan proses penstrukturan semula bagi membantu pembiayaan pembangunan infrastruktur. Bagaimana anda menyalurkan kos ini kepada tarif? Ia perlu dilakukan melalui proses penetapan tarif yang telus dan semua kos IWK perlu diaudit dan ditanda aras.

Menutup kebocoran di dalam sistem (IWK) sebelum mengenakan tarif kepada pengguna. Ini adalah WSIA yang dipermudahkan untuk anda.

Pada masa ini, air sisa kumbahan yang dirawat ini boleh digunakan semula untuk penyejukan mesin dan pemprosesan bukan makanan di kilang, menyiram taman di bawah seliaan kerajaan tempatan, dan lain-lain lagi. Paip khusus boleh disambungkan ke kawasan permintaan yang tinggi dengan permintaan khas. Di samping itu, lori-lori tangki air yang menyiram taman-taman di bawah kerajaan tempatan boleh mengisi air sisa yang dirawat di loji pembetungan yang ditetapkan dengan mudah. Ini akan meningkatkan hasil kepada industri pembetungan melalui perkhidmatan yang dikawal selia.

Banyak lagi juga boleh dilakukan untuk menuai gas metana (gas rumah hijau) secara lestari daripada sistem pembetungan untuk mengurangkan kebergantungan loji rawatan kumbahan kepada tenaga elektrik. Ini juga bermakna bahawa, sistem pembetungan boleh menjadi satu lagi sumber tenaga boleh diperbaharui yang lestari  dengan bekalan sumber bahan api yang berterusan dari kita (kita melepaskan jumlah sumber/najis  yang banyak setiap hari).

Hampir terlupa satu maklumat penting, apa-apa pendapatan yang dibuat dalam melupuskan perkakas lama (melalui kitar semula), menghasilkan baja daripada enapcemar, penggunaan semula air sisa kumbahan dan lain-lain bentuk perniagaan (papan iklan) melalui perkhidmatan pembetungan, IWK perlu menyalurkan pendapatan ini kembali kepada tarif . Ia bukan pendapatan bagi syarikat ini. Ini juga merupakan satu lagi pendekatan penting dalam WSIA. Jadi, IWK perlu lebih telus dalam kos dan operasi untuk mendapatkan semula kepercayaan orang ramai dan perniagaan. Ini juga merupakan satu lagi perkara yang dipersetujui semasa mesyuarat antara AWER dan KeTTHA.

Jadi, MOF apa yang anda tunggu? Mansuhkan perjanjian konsesi IWK untuk membolehkan IWK distruktur semula. Berhenti menjadi penghalang kepada penambah baikan industri perkhidmatan air negara. Semua kebaikan ini hanya akan direalisasikan jika MOF bersetuju untuk menstruktur semula IWK. Tidak ada keperluan untuk membentuk Syarikat Pembetungan Negara (NASCo) yang menelan perbelanjaan sangat tinggi (melampaui kemampuan Malaysia), dahulukan penstrukturan semula! Ia senada dengan Rakyat Didahulukan.

Ke arah melengkapkan penstrukturan semula industri perkhidmatan air negara menjelang akhir tahun 2013.

Penulis ialah Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER).

Isu Mesir: Kenyataan Najib Digemari Barat – Ahmad Kassim



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilihat gagal mengambil pendirian tegas berhubung konflik rampasan kuasa yang berlaku di Mesir, kata Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agana (Bippa), Datuk Ahmad Kassim.

Sebaliknya, katanya, kenyataan Najib dan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad hanya menangguk di air keruh dengan menjadikan konflik itu sebagai amaran kepada rakyat Malaysia.

“Isu di Mesir adalah kudeta tentera yang tidak bersikap demokratik. Jika ini kayu ukur perubahan bagi Najib, jelaslah beliau gagal bersikap sebagai seorang negarawan Islam yang tulen kerana menolak perubahan dari kediktatoran Hosni kepada keterbukaan Presiden Dr Mohamed Morsi.

“Kenyataan Najib ini memang digemari negara Barat yang menolak kepimpinan Morsi. Sewajarnya Najib meniru Turki, Tunisia dan Iran yang tegas menolak kudeta,” ujarnya kepada Suara Keadilan.

Najib baru-baru ini berkata, rakyat Malaysia perlu mengambil iktibar daripada konflik di Mesir kerana perubahan yang dituntut tidak semestinya menjamin kemakmuran dan kesejahteraan rakyat.

“Akhirnya, rakyat sendiri yang menuntut perubahan sekali lagi yang mana perubahan itu tidak memenuhi kehendak dan apa yang diharapkan oleh kita,” katanya dipetik.

Najib juga menegaskan peristiwa yang berlaku di Mesir merupakan masalah dalaman negara itu, meskipun tidak menyokong sebarang usaha ketenteraan.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, pendirian pengecut Najib ini sekali lagi membuktikan beliau demokrat palsu seperti didakwa penulis makalah “A 21st-century checklist of the new autocrats”, Mark Mackinnon tahun lalu.

“Mungkin Najib pura-pura tidak tahu bahawa Dr Mohamed Morsi dipilih melalui sistem demokrasi yang telus dan memenangi 51 peratus undi.

“Puncanya ialah sikap tidak demokratik pembangkang Mesir yang gagal memberikan kerjasama dan angkatan tentera yang masih kuat menyokong Hosni Mubarak. Akhirnya kelompok inilah yang ambil kesempatan atas protes yang berlaku, ini yang Najib perlu faham,” katanya.

“Kenapa Najib perlu bersikap terpilih memberi pendapat dalam isu Mesir yang baru setahun diperintah Morsi?” soalnya. -KD

Pesanan Penting Syeikh Rasyid Ghannushi Kepada Pendokong Pro-Mursi


Pesanan Syeikh Rasyid Ghannushi buat semua penyokong yang menentang rampasan kuasa dan para tentera yang berkawal di medan serta jalan-jalan di Mesir:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Wahai keturunan sang Penakluk Agung Ibn Al-Ash dan Solahuddin dan Qutuz. Telah tertegak semula sejarah (sejarah Islam dan kebebasan), dan nasib kebangkitan Arab yang sentiasa menunggu keputusan serta tindakan daripada kamu. Adakah kamu mahu terus kekal menghadapi berbagai kerenah mereka yang enggan menerima kebebasan dan demokrasi?

Atau, inginkah kamu kekalkan legasi nenek moyang kamu yang agung sebagai pahlawan yang gagah berani di belakang pemimpin kamu? Yang tetap teguh dalam memelihara nilai serta prinsip demokrasi, kebebasan dan kemodenan berteraskan Islam.

Sesungguhnya kebangkitan bangsa Arab telah bermula di Tunisia dan kini ia telah merebak ke Mesir untuk membakar segala penindasan yang telah dilakukan oleh pemerintah yang zalim. Kini kebangkitan tersebut bergantung di atas tangan-tangan kamu. Maka adakah sesiapa yang ingin mengejar kemuliaan dan tanggungjawab tersebut?

Dengan nama Allah, dengan nama Yang Maha Mengasihani, dengan nama ummah, aku merayu kepada kamu semua untuk tetap teguh sebagaimana janji-janji kamu dan janganlah kamu kembali ke rumahmu sebelum kami melunaskannya.

Sehinggalah kembalinya kebenaran di atas tempatnya, dan kembalinya kebebasan dan demokrasi di atas landasannnya, dan kembalinya syariat kepada asalnya. Sehingga kembalinya Presiden yang dipilih melalui pilihanraya yang sah iaitu Presiden Dr.Muhammad Mursi ke bidangnya yang menepati kehendak rakyat Mesir.


Sekiranya ia berlaku, maka ia bukan sahaja merupakan kemenangan terhadap rakyat Mesir, bahkan ia juga kemenangan ke atas prinsip-prinsip demokrasi dan kebebasan Islam.

Rasyid Ghannushi,
Presiden Parti Nahdah, Tunisia
pagi Sabtu bersamaan 06 Julai 2013

sumber: PMRAM

KELAB GREENBOC: Allahu Akbar!! 30 Juta Rakyat Mesir Turun Ke Jalan...

KELAB GREENBOC: Allahu Akbar!! 30 Juta Rakyat Mesir Turun Ke Jalan...: K aherah -- Hari Jumaat (6/7) selepas solat Jumaat, jutaan rakyat Mesir dari berbagai penjuru tumpah ruah turun ke jalan. BBC melaporkan jum...

KELAB GREENBOC: Ulamak Azhar Berbekal Kafan, Siap Mati Membela Sya...

KELAB GREENBOC: Ulamak Azhar Berbekal Kafan, Siap Mati Membela Sya...: M esir – Ulama Al-Azhar telah menentukan sikap mereka di dalam konflik di Mesir. Iaitu mendukung presiden Mursi dan menentang kudeta tentera...

Rampasan kuasa tentera Mesir merobek demokrasi


Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, 07 Jul 2013

4 Julai 2013 mencatatkan sejarah hitam bagi sejarah demokrasi dunia moden apabila tentera Mesir bertindak merampas kuasa daripada seorang presiden negara yang dipilih secara demokrasi seterusnya menggantung perlembagaan negara Mesir.

Untuk menjustifikasikan tindakan tidak demoratik mereka, tentera Mesir dari awal lagi cuba mengelabui mata antarabangsa dengan 3 tindakan.

Pertamanya, tentera Mesir cuba menggambarkan bahawa tindakan mereka merampas kuasa adalah demi menunaikan kewajipan bernegara dan bukan kerana bermotifkan politik. Justifikasi ini sangat penting kerana tindakan mereka merampas kuasa terhadap kerajaan yang sah dipilih secara demokrasi adalah salah di mata dunia. Ia juga bertujuan mengelakkan Mesir dari disekat bantuan ekonomi oleh negara-negara Eropah dan Amerika.

Kedua, melantik orang awam menjadi Presiden sementara Mesir.
Rampasan kuasa oleh tentera bukanlah cara yang sah untuk mendapat kuasa. Namun sejarah dunia moden menunjukkan banyak kerajaan baru dibentuk menerusi rampasan kuasa oleh tentera seperti pernah berlaku di Libya, Syria, Iraq dan Pakistan. Selalunya Pemerintah tentera melantik jeneralnya sebagai pemerintah baru negara seterusnya berlakulah siri pemerintah autokrasi yang tidak demokratik. Namun, tentera mesir dilihat cuba bertindak bijak apabila tidak melantik jeneralnya yang merampas kuasa sebagai pemerintah sementara. Sebaliknya tentera melantik seorang awam yang mempunyai latar belakang perjawatan kerajaan sebagai presiden sementara iaitu seorang hakim mahkamah.

Meskipun begitu tindakan mereka gagal mendapatkan sokongan bulat negara-negara besar dunia kerana hakikatnya ia merupakan perancangan jahat terhadap sebuah kerajaan yang dipilih secara demokrasi. Hari ini 4 buah negara besar barat iaitu Amerika Syarikat, Britain, Perancis dan Jerman mula mempertikaikan tindakan rampasan kuasa ini kerana ia bercanggah dengan demokrasi yang mereka perjuangkan.
Ketiga, tentera menjanjikan pilihanraya umum terdekat bagi memilih presiden baru.

Namun, Janji manis tentera untuk mengadakan pilihanraya umum dalam masa terdekat tidak mampu mengelabui mata masyarakat antarabangsa. Sebabnya ialah untuk apa dibuat pilihanraya baru sedangkan kerajaan Dr Morsi adalah terpilih menerusi pilihanraya bersih yang sangat demokratik. Tidak ada justifikasi yang kuat untuk tindakan tentera melainkan sekadar memuaskan keinginan pihak tertentu yang inginkan kuasa di kalangan pembangkang Mesir. Tentera hanyalah alat kepada golongan sekular dan liberal yang mencari jalan menjatuhkan kerajaan Ikhwan Muslimin ini atau rakan kongsi strategik yang mempunyai kepentingan politik tersendiri. Jeneral Abas Sisi apabila dilantik menjadi menteri pertahanan oleh kerajaan Dr Morsi, maka beliau juga telah menjadi orang politik. Tanpa dilandasi iman dalam berpolitik seorang ahki politik akan bertindak apa sahaja. Dalam bahasa demokrasi digunakan istilah "binatang politik" (animal ????) Yang akhirnya bertindak menghalalkan apa sahaja cara demi kelangsungan cita-cita politik.

Dalam isu Mesir perspektif negatif rampasan kuasa oleh tentera bertambah negatif kerana ia dilakukan terhadap sebuah kerajaan yang dipilih secara demokrasi menerusi pilihanraya yang diiktiraf sebagai bersih. Justeru, tindakan tentera mula menjadi bahan pertikaian dunia barat yang mengagongkan demokrasi. Dunia barat mungkin tidak bersetuju dengan Dr Morsi kerana beliau datang dari sebuah parti Islam. Namun tindakan merampas kuasa kerajaan yang dipilh secara demokrasi merosakkan demokrasi yang mereka perjuangkan.

Tindakan kerajaan Turki yang dipimpin oleh Erdogan menolak tindakan jahat tentera sangat bijak dari sudut politiknya. Ini kerana Turki juga berhadapan dengan usaha menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi menerusi demonstrasi awam yang ditaja oleh pembangkang daripada golongan sekular dan liberal. Dan tidak pelik jika tentera Turki juga campur tangan sepertimana dilakukan oleh tentera mesir dengan hujah kerajaan Erdogan cuba mencanggahi inspirasi perlembagaan sekular yang diasaskan oleh Kamal Atartuk. Namun, menariknya, Bukan sahaja kerajaan, malah pembangkang Turki juga berkongsi pandangan yang sama dengan kerajaan.


Bagaimana "mood" dunia barat yang tidak selesa dengan tindakan tidak demokratik ini dapat dimanfaatkan untuk menggerakkan sokongan antarabangsa terhadap keabsahan kerajaan Dr Morsi? Persoalan ini perlu difikirkan bersama.

Penulis ialah Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat dan Ahli Parlimen Kuala Nerus.