Sabtu, 17 Mac 2012
Ibnu Hasyim: 24 Mac: Himpunan Bebaskan Imam Hoslan
Ibnu Hasyim: 24 Mac: Himpunan Bebaskan Imam Hoslan: Jingga 13: Perhimpunan 'bebaskan imam Hoslan' NGO bawah PKR, Jingga 13 akan mengadakan perhimpunan aman pada 24 Mac bagi menuntut kebebasa...
Ibnu Hasyim: Zakat M'sia: Nilai Semula Pengurusan -D/Ulama
Ibnu Hasyim: Zakat M'sia: Nilai Semula Pengurusan -D/Ulama: by Dr Azhari Ariffin DENGAN memetik ucapan Tuan Guru Presiden PAS, yang disiarkan dalam Harakah, antara lain menyatakan: “Ibadat...
Ibnu Hasyim: RM19,900, K'tan Bantu Mangsa Tembakan S/Thai
Ibnu Hasyim: RM19,900, K'tan Bantu Mangsa Tembakan S/Thai: KOTA BHARU, 15 Mac: Mangsa tembakan di selatan Thailand yang melibatkan remaja dan kanak-kanak baru-baru ini turut ...
Ibnu Hasyim: Wanita Botak Kepala Unt. Kebajikan
Ibnu Hasyim: Wanita Botak Kepala Unt. Kebajikan.. Macam UMNO?: DEBBE EBBEN memakai tiara kemenangan beberapa hari selepas dia membotakkan kepalanya. Ratu cantik botakkan kepala...
Ibnu Hasyim: 4 Fakta PRU 13, Pada Bulan Jun -Bernama
Ibnu Hasyim: 4 Fakta PRU 13, Pada Bulan Jun -Bernama: RU13: Ramai pemerhati ramal bulan Jun Bila tarikh Parlimen akan dibubarkan bagimemberi laluan kepada pilihan raya umum ke-13 diadakan teru...
Ibnu Hasyim: Masalah Amah Indo Masih Belum Selesai..
Ibnu Hasyim: Masalah Amah Indo Masih Belum Selesai..: ??????? KL, 17 Mac 12: Masalah amah Indonesia masih belum selesai apabila perjanjian baru untuk kerja, gaji dan upah lebih masa amah Indo...
Satu amah, satu kerja, tidak lojik
Satu amah, satu kerja, tidak lojik, kata Papa, Mama
8:56PM Mac 16, 2012 |
Tindakan
Indonesia yang menetapkan amah dari negara itu hanya menjalankan satu
tugas khusus di rumah majikan dengan gaji minimum RM700 bukan saja tidak
masuk akal, tetapi juga akan membebankan majikan.
Pemangku Presiden Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (Papa) Jeffrey Foo berkata persatuan itu membantah keputusan tersebut dan menganggapnya satu kesilapan yang serius jika dilaksanakan.
"Jika keputusan itu benar hendak diambil, saya tidak bersetuju kerana terang-terang ia tidak relevan...takkan majikan perlu menggajikan hingga empat orang amah bagi empat tugasan yang berlainan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau mengulas mengenai laporan dari Jakarta, Indonesia yang memetik Ketua Pengarah Bahagian Pembinaan Penempatan Tenaga Kerja, Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia Dr Reyna Usman yang mengatakan seorang amah hanya menjalankan satu tugas.
Menurut Reyna, amah dari Indonesia yang akan mula dihantar ke Malaysia bulan depan hanya akan melakukan satu tugas khusus di rumah majikan mereka dengan gaji minimum RM700.
Ini bermakna, seandainya seorang amah digajikan untuk memasak, tugasnya hanyalah memasak dan tidak akan melakukan tugas yang lain seperti mengemas rumah dan mengasuh.
Mengulas lanjut, Jeffery berkata Papa juga sanggup menarik balik pengambilan amah dari Indonesia dan menumpukan kepada negara lain yang kurang kerenah jika Indonesia bertegas dengan keputusan itu.
"Baik kita menggajikan amah dari negara lain yang bersedia melakukan semua tugasan yang diminta dengan gaji tidak membebankan... amah dari negara lain boleh 'multi-task' dengan satu gaji, jadi mengapa tidak Indonesia?," katanya.
Katanya mengikut rundingan terdahulu, beliau difahamkan latihan kompentensi dijalankan bagi memahirkan amah dalam satu tugas khusus namun apabila bekerja tidak terhad pada satu tugasan sahaja.
"Ketika mengambil amah di agensi, majikan perlu beritahu pada bakal amah apa kerja-kerja yang perlu dia lakukan dan jika amah itu bersetuju untuk membuat semua tugasan itu, maka hanya satu gaji dibayar tetapi jika majikan rela untuk membayar lebih, itu hak mereka," katanya.
Sementara itu, Presiden Majikan Amah Malaysia (Mama) Engku Fauzi Engku Muhsein ketika dihubungi, berkata jika majikan perlu membayar RM700 untuk setiap amah, maka majikan tidak seharusnya menanggung tempat tinggal, pakaian dan makanan amah tersebut.
"RM700 untuk seorang amah sahaja sudah amat membebankan, inikan lagi perlu mengambil lebih dari seorang amah justeru kami mengecam keras peraturan itu. "Jika mahukan RM700 maka amah yang dibekalkan perlu benar-benar bermutu dan menanggung sendiri tempat tinggal, makanan dan pakaian, sama seperti pekerja warga asing yang lain," katanya.
Engku Fauzi juga meluahkan kehairanan mengapa secara tiba-tiba negara jiran itu menimbulkan isu tersebut sedangkan memorandum persefahaman (MoU) telah
dimeterai bulan Mei tahun lalu.
"Saya juga mahu persoalkan kenapa Indonesia membuat peraturan tersebut sedangkan Filipina dan Kemboja contohnya tidak menetapkan peraturan sebegitu rupa," katanya.
Dalam pada itu, Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia Datuk N Marimuthu berkata kerajaan perlu melihat kepada potensi amah di negara lain dan tidak lagi memfokuskan kepada amah dari Indonesia.
"Kita harap kerajaan tidak melayani permintaan itu yang saya sifatkan sebagai keterlaluan.
"Jangan bergantung dengan satu sumber pembekalan pembantu rumah sahaja kerana banyak lagi amah yang bermutu dari negara lain yang boleh kita pertimbangkan seperti dari Filipina, Kemboja, Myanmar, India dan Sri Lanka," katanya ketika dihubungi.
Katanya adalah tidak adil bagi negara jiran itu mengambil keputusan tersebut dengan mengambil kira hanya satu atau dua kes penderaan dan penganiyaan yang dilaporkan.
- Bernama

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan
melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak
semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko
akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Langgan:
Catatan (Atom)