Ahad, 21 Ogos 2011

Cincin Rosmah AS$24J, Kompas Minta Maaf.


JAKARTA, 21 Ogos — Akhbar Indonesia Kompas hari ini memohon maaf kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan keluarganya atas satu laporan — berkaitan cincin berlian — yang disiarkan pada 4 Ogos lalu yang berunsur fitnah.
Permohonan maaf itu adalah berkaitan dengan tulisan yang mengaitkan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dengan sebuah syarikat perniagaan, yang telah dinafikan kebenarannya dan juga cincin berlian berharga AS$24 juta, yang sebenarnya tidak pernah dipesan oleh Rosmah.
Pertengahan bulan lalu Rosmah berkata laporan beberapa blog mengenai cincin itu satu fitnah. Permohonan maaf itu juga merujuk kepada laporan tentang bakal besan Perdana Menteri yang dikatakan kononnya mempunyai hubungan dengan mafia Rusia.
“Atas berita tersebut, Pemimpin Redaksi Kompas Rikard Bagun, Sabtu (20 Ogos) di Jakarta, secara khusus menyatakan permintaan maafnya kepada ketua kerajaan dan keluarga,” kata Rikard dalam Kompas Minggu, hari ini dipetik oleh Bernama Online.
Permohonan maaf itu terkandung di perenggan 10, muka surat 10 akhbar tersebut dalam satu laporan bertajuk “PM Najib Razak: Demokrasi Juga Terjadi di Malaysia”, tulisan wartawan kanan Kompas Jimmy S. Harianto.
Harianto yang dihubungi Bernama pada Jumaat lalu berkata beliau sendiri telah menyampaikan permohonan maaf secara lisan kepada Najib apabila beliau bertemu dengan Perdana Menteri di Kementerian Kewangan, Putrajaya, pada Khamis.
Semasa pertemuan itu Najib telah menyatakan rasa terperanjat dengan laporan Kompas pada 4 Ogos itu.
“Saya terperanjat dengan laporan tersebut. Sebab faktanya, saya tahu itu tidak benar sama sekali,” Najib dipetik akhbar itu dalam tulisan Harianto hari ini.
“Apa lagi hal ini berkaitan nama Ketua Kerajaan negara jiran, yang mana hubungan kita amat penting sekali,” kata Najib.
Pada pertemuan dengan Najib itu, Harianto turut mengadakan wawancara khas dengan Perdana Menteri berkaitan hubungan dua hala Malaysia-Indonesia. Najib yang ditanya mengenai harapan Malaysia kepada Indonesia sebagai negara jiran dan Pengerusi Asean kali ini, berkata beliau mengharapkan hubungan dua hala yang sangat akrab, ibarat hubungan dua negara jiran yang mempunyai warisan yang sama dan erat daripada segi sejarah.
“Hubungan budaya, agama, dan hubungan kekeluargaan (Najib keturunan ke-11 daripada Kerajaan Gowa, Sulawesi Selatan). Dan seterusnya...
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Penyelesaiannya di mahkamah bukan di akhbar, apalagi bila berkait dengan hak-hak rakyat.

K'tan: Guru Pasti Terima Tunggakan & Duit Raya -A/Latif


PENGKALAN CHEPA, 21 Ogos 11: Sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini lebih bermakna bagi 621 guru Pasti apabila menerima tunggakan elaun dan duit raya baru-baru ini.

Setiap mereka menerima antara RM550 sehingga RM640 melibatkan jumlah peruntukan keseluruhan sebanyak RM331,440. Pengarah Pasti Negeri, Abdul Latif Abdul Rahman berkata, pihaknya sentiasa berusaha memastikan elaun guru-guru Pasti di negeri ini dibayar setiap bulan. “Pasti negeri mahu elaun guru-guru Pasti dibayar setiap bulan tanpa ada tunggakan bagi memastikan kebajikan mereka lebih terbela,” katanya di majlis penyampaian elaun tersebut di Putik.
Oleh itu beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Kelantan mengingatkan guru-guru Pasti hendaklah mengekalkan penampilan kerana mereka menjadi ikutan pelajar-pelajar Pasti. Katanya juga pendidik merupakan golongan yang dimuliakan dalam Islam kerana memberi ilmu dan mendidik manusia menjadi hamba Allah yang taat. (IH)

Mengapa Dg Bulan Di Logo BNM Ini?

Di sini dipaparkan komen speedganu mengenai logo di atas.
".. saya tidaklah teringin memanjang lebarkan artikel ini, cuma ingin berkongsi satu persoalan yang agak musykil. Cuba kita perhatikan apakah binatang sebenar yang terpampar atau ditertera pada logo Bank Negara Malaysia? Adakah ia seekor kijang? Atau rusa? Cuba perhatikan 3 elemen penting ini.."
3 Elemen tersebut ialah..
1-Telinga atau tanduk? Kalau betul ianya telinga.. betulkah gambaran telinga seekor kijang atau rusa? ...dan kalau tanduk pula.. adakah betul tanduk kijang atau rusa seperti itu?
2-ekor? ...apakah betul kijang atau rusa mempunyai ekor yang panjang seperti itu?
3-bulan penuh dan separa penuh? -apakah fungsi atau maksud daripada gambarajah bulan di dalam logo tu?
Menurut speedganu lagi, ".. saya terdetik, mengatakan gambarajah ini, adalah salah daripada lukisan yang ada pada simbol simbol monumen piramid."
Wallahu a'lam
Lihat sebelum ini..
Anda mungkin juga meminati:

24 Ogos Ini,Qari Kecil Iran Di Pusat Tarbiah K'tan


PENGKALAN CHEPA, 21 Ogos 11: Seorang qari kanak-kanak dari Iran, Reza Goldshahi, 13 tiba di Kelantan Khamis lalu bagi memeriahkan program tadarus al-Quran sempena Ramadan ini.

Sejurus tiba di sini beliau dibawa menemui Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan turut memperdengar bacaan al-Quran di pejabatnya di Kota Darulnaim. Reza ditemani seorang warga Iran, Ali Memariani akan berada hampir seminggu di Kelantan.

Kehadirannya ditaja Tabung Amanah Tok Kenali, agensi kerajaan dan beberapa badan bukan kerajaan. Beliau akan memperdengarkan bacaan al-Quran pada 24 Ogos ini di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan jam 4 petang bersama qari cilik tempatan. (IH)

Ümit Hüseyin Nejad - Dünya Kur'an Okuma Birincisi

Dünya Kur'an Okuma Birincisi İranlı Çocuk Ümit Hüseyin Nejad

Kita kena yakin pada P.EMMMM

JK p'raya: Jangan sangsi keikhlasan kami, kata PM
Ogos 21, 11 9:18pm
Kongsi 4
Penubuhan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) merupakan komitmen oleh kerajaan untuk menjadikan sistem pilihan raya negara lebih baik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya harap inisiatif kami mengenai jawatankuasa tersebut menunjukkan keikhlasan kami. Ini tidak bermakna kami percaya wujud manipulasi dalam sistem itu tetapi kami mahu menambahbaik lagi sistem itu.

"Jangan sangsi dengan keikhlasan kami," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kedai Rakyat 1Malaysia yang kedua di Bandar Tun Razak di ibunegara hari ini.

Najib berkata demikian ketika mengulas dakwaan beberapa pihak tertentu bahawa JTP adalah tidak bermakna sekiranya pilihan raya umum ke-13 diadakan tanpa melakukan reformasi sistem pilihanraya.

"Tarik pilihanraya adalah prerogatif kami tetapi kami komited untuk penambahbaikan sistem pilihanraya," katanya.

Rabu lalu, Kabinet bersetuju menubuhkan jawatankuasa khas parlimen dengan usul cadangan penubuhan itu dibentangkan di Parlimen pada Oktober ini.

Jawatankuasa itu diketuai oleh seorang menteri dan akan dianggotai sembilan wakil rakyat iaitu lima daripada Barisan Nasional (BN), tiga daripada pembangkang dan seorang wakil rakyat Bebas.

- Bernama

NAJMAN DELIMA69: Nikmatnya berbuka puasa bersama keluarga

NAJMAN DELIMA69: Nikmatnya berbuka puasa bersama keluarga: Baru sebentar tadi berbuka puasa bersama keluarga pada jam 7.15 petang untuk zon waktu daearah Kluang dan Pontian.. Sungguh nikmat dengan r...

Al Quran di Malaysia hanya sekadar dimusabaqah

Al Quran di Malaysia hanya sekadar dimusabaqah

Khairy terima keputusan jika dirinya bukan calon menang
Ogos 21, 11 11:56am
Kongsi 153
Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata beliau sanggup menerima keputusan kepimpinan untuk tidak meletakkannya sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang jika bukan dianggap calon boleh menang.

NONEBeliau berkata keputusan mengenai calon terletak di tangan Presiden Umno merangkap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempunyai kata putus berhubung siapa calon yang membolehkan Umno dan Barisan Nasional (BN) menang.

"Jika Presiden Umno memutuskan saya bukanlah calon yang boleh menang, saya terima keputusan itu," katanya kepada pemberita pada satu majlis di Kota Bharu malam tadi.

Khairy berkata perkara paling penting ialah kemenangan parti dan bukannya kepentingan individu untuk mengekalkan kuasa.

Beliau menyarankan agar semua anggota dan pemimpin parti menerima segala keputusan kepimpinan Umno tanpa wujud sebarang perasaan tidak puas hati terhadap parti.

"Jika ada anggota dan pemimpin yang tidak terpilih sebagai calon pilihan raya dan berasa tidak puas hati serta ingin bertindak mensabotaj calon lain, Pemuda akan melaporkan kepada pucuk pimpinan," kata Khairy.

Menurutnya, mereka yang tidak terpilih seharusnya akur dan menerima keputusan pucuk pimpinan Umno kerana antara kriteria yang ditetapkan ialah calon perlu diterima masyarakat setempat.

"Sekarang bukan lagi soal calon lama, popular dalam parti atau berkelulusan tinggi. Apa yang penting, adakah masyarakat menerima calon untuk memastikan kemenangan Umno dan BN," katanya.

- Bernama

Nikmatnya berbuka puasa bersama keluarga

Baru sebentar tadi berbuka puasa bersama keluarga pada jam 7.15 petang untuk zon waktu daearah Kluang dan Pontian..
Sungguh nikmat dengan rezeki pemberian Ilahi. Alya dan Najmuddin masih terus stay berpuasa dan belum pernah tuang (tinggalkan puasa) pada Ramaddan tahun. Tahniah diucapkan pada anakku Alya dan Najmuddin.
Semoga menjadi anak yang soleh dan solehah.

Utusan Malaysia Online - Politik

Utusan Malaysia Online - Politik

TV3 digunakan untuk jatuhkan presiden Gerakan [Video]

Kongsi147

MENJELANG pilihanraya umum yang bakal diadakan bila-bila masa sahaja dari sekarang, Barisan Nasional sudah mula merasai kewujudan parti komponennya Gerakan, bagai "mendukung biawak hidup".
Pihak berkepentingan melancarkan gerakan untuk melemahkan pimpinan Najib Tun Razak bagi memastikan BN gagal mendapat majoriti dua per tiga Pilihanraya Umum 13 , sekaligus sebagai lesen untuk menggesa Najib meletak jawatan untuk memberi laluan kepada Muhyiddin Yassin
Parti Gerakan pula dilihat tidak akan mampu membawa apa-apa manfaat kepada Barisan Nasional, TV3 digunakan sebagai medium propaganda untuk menjatuhkan presiden parti itu untuk memecah belahkan Barisan Nasional.
Saksikan sendiri video di bawah ini, di saat semboyan pilihanraya sudah mula kedengaran, TV3 digunakan untuk menyebarkan propaganda menjatuhkan Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon bagi melemahkan lagi Barisan Nasional pimpinan Najib tun Razak.


source: http://milosuam.blogspot.com/2011/08/tv3-digunakan-untuk-jatuhkan-presiden.html#ixzz1ViFLYAoL

















Propaganda TV3 untuk jatuhkan Presiden Gerakan

Prasarana terbaik dalam negara berkebajikan



21 Ramadhan 1432H. [MOD] -
RAWANG, 21 Ogos: "Negara berkebajikan PAS bukan bermakna semua perkara akan disubsidikan tetapi menyediakan prasarana yang terbaik untuk rakyat hidup dengan baik," kata Dr Dzulkefly Ahmad, anggota Parlimen Kuala Selangor.
Beliau berkata demikian ketika memberikan ucapan di majlis berbuka puasa dan meraikan anak yatim anjuran PAS cawangan Bandar Tasik Puteri semalam.
(Antara anak yatim yang diraikan bersama peserta majlis berbuka puasa PAS cawangan Bandar Tasik Puteri)
20 anak yatim dari Persatuan Kebajikan Ay Syakur diraikan di majlis berbuka puasa itu. Lebih 150 peserta menyertai majlis berbuka itu.
Di majlis itu, Dr Dzulkefly telah menyampaikan duit raya kepada anak-anak yatim itu dengan ditemani Bendahari PAS Selayang, Haji Ismail Hassan.
"Antara yang kita fokaskan adalah anak yatim sebagaimana yang dibuat oleh PAS cawangan ini," kata Dr Dzulkefly.
Dalam majlis itu, Dr Dzulkefly yang merupakan pakar toksid menyarankan kepada semua umat Islam jangan jadikan waktu berbuka untuk qadak semua makanan yang telah seharian tidak dimakan.
(Dr Dzul menyampaikan duit raya kepada anak-anak yatim)
"Itu satu salah faham dalm berbuka dan berpuasa," katanya.
Beliau kesal dengan sikap ramai umat Islam yang berbuka dengan meah dan memakan dengan pelbagai jenis makanan sehingga memudharatkan kesihatan.
harakahdaily/-
Lakukan bermacam-macam perkara dengan blog anda!
Dapatkan Halaman Ciri Blogger untuk melihat apa yang telah anda ketinggalan.

Rusuhan Seperti Di UK Boleh Berlaku Di Jerman



21 Ramadhan 1432H. [MOD] -
BERLIN: Kejadian rusuhan dan penjarahan yang berlaku di Britain baru-baru ini, termasuk kejadian seorang pelajar Malaysia berusia 20 tahun, Mohamed Asyraf Haziq Rossli yang dipukul dan dirompak dalam rusuhan itu, dipantau oleh Jerman.
Malahan, pakar keselamatan dan polis Jerman telah membuat persediaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya rusuhan sepertimana di Britain yang telah mengakibatkan kemusnahan besar-besaran, lapor Bernama Online.
Seorang pegawai kesatuan polis Jerman baru-baru ini memberi amaran bahawa rusuhan sepertimana di Britain boleh berlaku di Jerman. Namun ahli politik Jerman segera menolak andaian bahawa rusuhan seperti itu akan berlaku di negara itu.
Rainer Wendt, pengerusi Deutsche Polizei Gewerkschaft (Kesatuan Polis Jerman), baru-baru ini dalam temu bual dengan akhbar tabloid Jerman, Bild-Zeitung, berkata Jerman turut mempunyai tanda-tanda masalah sosial yang telah menjadi punca rusuhan besar-besaran di London dan beberapa bandaraya lain di United Kingdom selama hampir seminggu.
Wendt berkata rusuhan itu adalah berpunca daripada “jenayah, kebencian terhadap negara dan peminggiran daripada segi kebajikan sosial terhadap kumpulan
tertentu”. Keadaan seperti itu turut wujud di Jerman.
Pakar sosiologi dan aktivis lain turut bersetuju dengan penilaian itu walaupun ahli politik Jerman enggan memperbesarkan masalah itu.
Pakar German mengambil perhatian bahawa rusuhan di Britain dicetuskan oleh pembunuhan lelaki berusia 29 tahun oleh polis di London. Rusuhan itu kemudian memuncak dan merebak ke Manchester dan the Midlands.
Menurut Wendt, demonstrasi 1 Mei yang diadakan setiap tahun di Hamburg dan Berlin berpotensi untuk mencetuskan rusuhan serupa di negara itu.
Rakyat Malaysia di Jerman menyatakan kepada Bernama, situasi di Jerman "jauh lebih baik daripada di Britain”. Bagaimanapun, mereka menyatakan tidak rugi untuk “bersikap lebih berhati-hati".
Pernah berlaku pergaduhan di antara orang asing dan kumpulan tempatan di Jerman namun ianya merupakan kes terpencil.

Mesir undur duta ke Israel



21 Ramadhan 1432H. [MOD] -
KAHERAH: Mesir memutuskan untuk memanggil pulang dutanya ke Israel sebagai tindakan membantah kematian lima anggota polisnya yang terbunuh di sempadan ketika serangan balas tentera Zionis ke atas pejuang Palestin, lapor berita televisyen kerajaan, semalam.
“Mesir memutuskan untuk membawa pulang dutanya ke Israel hingga negara Yahudi itu menghantar utusan meminta maaf secara rasmi,” lapor kenyatan berita itu.
Israel menyalahkan kumpulan pejuang Hamas atas insiden yang berlaku dan mendakwa berjaya membunuh pemimpin sayap kumpulan itu dalam serangan Khamis lalu, selain melancarkan berpuluh-puluh lagi serangan kelmarin.
Mesir secara rasmi membantah dan menuntut Israel supaya menyiasat punca kematian lima anggota polisnya ekoran berang dengan serangan negara Yahudi itu yang sudah membunuh sekurang-kurangnya 15 orang sejak Khamis lalu.
“Mesir memfailkan aduan secara rasmi terhadap Israel dan menuntut supaya ia melakukan siasatan segera ekoran insiden kematian di sempadan antara Isarel dan Mesir,” lapor agensi berita kerajaan, Mena.
Perdana Menteri Mesir, Essam Sharaf mengutuk tindakan Israel dan menyifatkan darah rakyatnya amat berharga untuk disia-siakan.
“Darah rakyat Mesir terlalu berharga untuk disia-siakan tanpa penjelasan munasabah,” kata Essam dalam mesejnya di dalam laman Facebook miliknya.
Kabinet Mesir sebelum itu memanggil duta Israel ke Keherah bagi memprotes tindakan tentera Israel yang menyerang di sempadan hingga menyebabkan kematian lima anggota pasukan keselamatan negara terbabit.
Sementara itu, beratus-ratus rakyat Mesir melakukan demonstrasi di luar kedutaan Israel di Kaherah kelmarin menggesa supaya duta negara Zionis itu diusir sebagai mengecam tindakan serangan berkenaan. - AFP/Reuters

motorsikal terbang

Motosikal Terbang Pertama Di Dunia


CHRIS MALLOY menguji sebuah motosikal terbang yang diciptanya di Sydney, baru-baru ini.
JOM KREATIF
SYDNEY - Seorang bekas juruterbang helikopter, Chris Malloy mencipta sebuah motosikal terbang yang pertama di dunia di dalam garaj miliknya di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Malloy, 32, mencipta motosikal seberat 270 kilogram itu dengan menggunakan bingkai udara carbon-fiber dan sebuah enjin kereta BMW.
Motosikal itu yang mengambil masa selama dua setengah tahun untuk dicipta boleh terbang pada ketinggian 3,048 meter dan mampu bergerak pada kelajuan 160.93 kilometer sejam.
Satu tangki minyak penuh akan membolehkan motosikal itu bergerak sejauh 148.05 kilometer selama 45 minit manakala ia mungkin dijual pada harga lebih AS$71,809 (RM218,981) sebuah.
Malloy enggan mendedahkan jumlah kos sebenar untuk menghasilkan motosikal itu tetapi dia menyatakan dia membelanjakan AS$223.51 (RM681.03) seminggu.
Dia berkata, prinsip asas motosikal itu ialah dia bergerak sama seperti sebuah helikopter Chinook dan sebuah motosikal biasa.
Setakat ini, tali diikat pada motosikal itu semasa ujian dilakukan bagi mengelak ia terbang terlalu tinggi. - Agensi

letupan , lari

Dengar 10 Letupan, RADIG 2, Lari Tinggalkan Gaza..



Serangan Israel: Rombongan RADIG 2 Akan Tinggalkan Gaza Serta-Merta
KL:
Peserta rombongan Ramadan Di Gaza (RADIG 2) anjuran Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dijangka keluar serta-merta dari Gaza berikutan serangan Israel yang bertubi-tubi.
Serangan itu menyebabkan letupan kuat yang menggegarkan hotel tempat penginapan anggota rombongan itu di tengah-tengah bandar raya tersebut, yangturut membahayakan keselamatan para peserta.
Mohd Azmi Abdul Hamid, Setiausaha Agung MAPIM yang juga Ketua Misi RADIG 2 berkata mereka kini sedang menunggu arahan daripada pihak berkuasa tempatan danpejabat Duta Malaysia di Mesir untuk tindakan selanjutnya.
Beliau berkata sejak 33 anggota misi RADIG 2, termasuk Angkasawan Negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor berada di Gaza pada 17 Ogos lalu, mereka sudahmendengar lebih 10 letupan bom yang digugurkan tentera Israel di beberapa tempat awam sehingga mengorbankan beberapa penduduk tempatan termasuk wanita dankanak-kanak.
"Suasana menjadi kelam-kabut dan mencemaskan apabila bunyi letupan kuat bom digugurkan kira-kira satu kilometer dari tempat penginapan ketika kami sedangkhusyuk mendengar tazkirah kira-kira 4.40 pagi ini," katanya.
Mohd Azmi berkata walau bagaimanapun penduduk tempatan kelihatan tidak panik dan tetap mundar-mandir seolah-olah bunyi letupan bom merupakan fenomena biasadi tanah air mereka.
Beliau berkata ahli rombongan RADIG 2 turut dibenarkan melawat tempat letupan bom pertama yang digugurkan Israel di Gaza dengan diiringi pegawai sertapasukan keselamatan tempatan.
Beliau berkata bangunan perpustakaan awam yang baru dibina musnah teruk dan Masjid Sheikh Sayyid Al Nahyan turut terjejas di mana kaca tingkap dan pintunyapecah.
Rombongan itu yang diiringi Datuk Bandar Gaza telah melawat hospital bersalin dan Masjid An Nasar yang terletak kira-kira satu kilometer darisempadan Israel-Gaza.
Beliau berkata kos pembinaan masjid yang baru dibina itu, di atas tapak masjid lama yang berusia lebih 500 tahun, dijangka siap sepenuhnya November iniadalah hasil sumbangan rakyat Malaysia.
Bangunan masjid tiga tingkat itu boleh memuatkan 5,000 jemaah dalam satu-satu masa, katanya. - BERNAMA

Kompas mohon maaf kepada Najib dan keluarga Ogos 21, 11 3:51pm Kongsi 10 Akhbar Kompas hari ini memohon maaf kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan keluarganya atas satu laporan yang disiarkan pada 4 Ogos lalu yang berunsur fitnah. Permohonan maaf itu adalah berkaitan dengan tulisan yang mengaitkan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dengan sebuah syarikat perniagaan, yang telah dinafikan kebenarannya dan juga cincin berlian berharga AS$24 juta, yang sebenarnya tidak pernah dipesan oleh Rosmah. Permohonan maaf itu juga merujuk kepada laporan tentang bakal besan Perdana Menteri yang dikatakan kononnya mempunyai hubungan dengan mafia Rusia. "Atas berita tersebut, Pemimpin Redaksi Kompas Rikard Bagun, Sabtu (20 Ogos) di Jakarta, secara khusus menyatakan permintaan maafnya kepada Ketua Kerajaan dan keluarga," kata Rikard dalam Kompas Minggu, hari ini, Ahad. Permohonan maaf itu terkandung di perenggan 10, muka surat 10 akhbar tersebut dalam satu laporan bertajuk "PM Najib Razak: Demokrasi Juga Terjadi di Malaysia", tulisan wartawan kanan Kompas Jimmy S. Harianto. Harianto yang dihubungi Bernama pada Jumaat lepas berkata beliau sendiri telah menyampaikan permohonan maaf secara lisan kepada Najib apabila beliau bertemu dengan Perdana Menteri di Kementerian Kewangan, Putrajaya pada hari Khamis. Semasa pertemuan itu Najib telah menyatakan rasa terperanjat dengan laporan Kompas pada 4 Ogos itu. "Saya terperanjat dengan laporan tersebut. Sebab faktanya, saya tahu itu tidak benar sama sekali," Najib dipetik akhbar itu dalam tulisan Harianto hari ini. "Apa lagi hal ini berkaitan nama Ketua Kerajaan negara jiran, yang mana hubungan kita amat penting sekali," kata Najib. Dalam pertemuan dengan Najib itu, Harianto turut mengadakan wawancara khas dengan Perdana Menteri berkaitan hubungan dua hala Malaysia-Indonesia. Najib yang ditanya mengenai harapan Malaysia kepada Indonesia sebagai negara jiran dan Pengerusi Asean kali ini, berkata beliau mengharapkan hubungan dua hala yang sangat akrab, ibarat hubungan dua negara jiran yang mempunyai warisan yang sama dan erat daripada segi sejarah. "Hubungan budaya, agama, dan hubungan kekeluargaan (Najib keturunan ke-11 daripada Kerajaan Gowa, Sulawesi Selatan). "Sudah tentu hubungan Malaysia dan Indonesia ini diasaskan atas faktor yang lebih istimewa dan lebih unik, dan kita harus menterjemahkan apa yang kita warisi ini sebagai legasi dalam bentuk hubungan pada konteks masa kini. Saling memberi manfaat kepada kedua-dua bangsa," Najib dipetik sebagai berkata. Perdana menteri juga percaya isu pertikaian sempadan maritim kedua-dua negara akan dapat diselesaikan namun kedua-dua pihak harus ada kompromi jika mahu mencari penyelesaian politik berhubung isu itu. Mengenai demokrasi, Najib menjelaskan bahawa demokrasi yang diamalkan di Malaysia merupakan sistem yang telah melalui proses evolusi namun prinsipnya jelas sekali bahawa tidak ada sebarang kekebalan, walaupun kepada parti pemerintah. "Bila ada pilihan raya, parti pemerintah senasib dengan parti pembangkang. Nasib di tangan rakyat, tak berlaku sebarang manipulasi untuk menentukan kesahihan dari perolehan suara. Undi ditentukan oleh rakyat," kata Najib. Yang selalu menjadi polemik ialah definisi keterbukaan kerana kerajaan mempunyai pendapatnya sendiri tentang perkara itu dan parti pembangkang ada pendapatnya juga, namun prinsip utamanya ialah hak rakyat untuk memilih kerajaan secara adil dan bebas. "Demokrasi berlaku di Malaysia. Parti pemerintah pernah kalah di peringkat negeri dan memang belum pernah di peringkat pusat," Najib menjelaskan. Mengenai peluang Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang, Perdana menteri berkata rakyat kini semakin yakin dengan BN berdasarkan keputusan beberapa pilihan raya kecil sebelum ini, namun parti itu tidak menjadikan keputusan-keputusan itu sebagai ukuran mutlak. Oleh itu BN terus berusaha dengan segala upaya membentangkan agenda dan program yang dapat memberi kepuasan dan keyakinan kepada rakyat. "Bukan sahaja dengan (membentangkan) program kerajaan, program ekonomi, tetapi juga program yang menyentuh rakyat. Program yang memberi kelegaan dan kepuasan kepada rakyak, terutama dalam konteks fenomena inflasi global - hubungan dengan kenaikan harga makanan dunia. "Ini semua adalah isu-isu yang perlu kita tangani. Dan yang tak kurang penting ialah menjaga komunikasi dengan rakyat," kata Najib. - Bernama

Kompas mohon maaf kepada Najib dan keluarga
Ogos 21, 11 3:51pm
Kongsi 10
Akhbar Kompas hari ini memohon maaf kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan keluarganya atas satu laporan yang disiarkan pada 4 Ogos lalu yang berunsur fitnah.

Permohonan maaf itu adalah berkaitan dengan tulisan yang mengaitkan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dengan sebuah syarikat perniagaan, yang telah dinafikan kebenarannya dan juga cincin berlian berharga AS$24 juta, yang sebenarnya tidak pernah dipesan oleh Rosmah.

Permohonan maaf itu juga merujuk kepada laporan tentang bakal besan Perdana Menteri yang dikatakan kononnya mempunyai hubungan dengan mafia Rusia.

"Atas berita tersebut, Pemimpin Redaksi Kompas Rikard Bagun, Sabtu (20 Ogos) di Jakarta, secara khusus menyatakan permintaan maafnya kepada Ketua Kerajaan dan keluarga," kata Rikard dalam Kompas Minggu, hari ini, Ahad.

Permohonan maaf itu terkandung di perenggan 10, muka surat 10 akhbar tersebut dalam satu laporan bertajuk "PM Najib Razak: Demokrasi Juga Terjadi di Malaysia", tulisan wartawan kanan Kompas Jimmy S. Harianto.

Harianto yang dihubungi Bernama pada Jumaat lepas berkata beliau sendiri telah menyampaikan permohonan maaf secara lisan kepada Najib apabila beliau bertemu dengan Perdana Menteri di Kementerian Kewangan, Putrajaya pada hari Khamis.

Semasa pertemuan itu Najib telah menyatakan rasa terperanjat dengan laporan Kompas pada 4 Ogos itu.

"Saya terperanjat dengan laporan tersebut. Sebab faktanya, saya tahu itu tidak benar sama sekali," Najib dipetik akhbar itu dalam tulisan Harianto hari ini.

"Apa lagi hal ini berkaitan nama Ketua Kerajaan negara jiran, yang mana hubungan kita amat penting sekali," kata Najib.

Dalam pertemuan dengan Najib itu, Harianto turut mengadakan wawancara khas dengan Perdana Menteri berkaitan hubungan dua hala Malaysia-Indonesia.

Najib yang ditanya mengenai harapan Malaysia kepada Indonesia sebagai negara jiran dan Pengerusi Asean kali ini, berkata beliau mengharapkan hubungan dua hala yang sangat akrab, ibarat hubungan dua negara jiran yang mempunyai warisan yang sama dan erat daripada segi sejarah.

"Hubungan budaya, agama, dan hubungan kekeluargaan (Najib keturunan ke-11 daripada Kerajaan Gowa, Sulawesi Selatan).

"Sudah tentu hubungan Malaysia dan Indonesia ini diasaskan atas faktor yang lebih istimewa dan lebih unik, dan kita harus menterjemahkan apa yang kita warisi ini sebagai legasi dalam bentuk hubungan pada konteks masa kini. Saling memberi manfaat kepada kedua-dua bangsa," Najib dipetik sebagai berkata.

Perdana menteri juga percaya isu pertikaian sempadan maritim kedua-dua negara akan dapat diselesaikan namun kedua-dua pihak harus ada kompromi jika mahu mencari penyelesaian politik berhubung isu itu.

Mengenai demokrasi, Najib menjelaskan bahawa demokrasi yang diamalkan di Malaysia merupakan sistem yang telah melalui proses evolusi namun prinsipnya jelas sekali bahawa tidak ada sebarang kekebalan, walaupun kepada parti pemerintah.

"Bila ada pilihan raya, parti pemerintah senasib dengan parti pembangkang. Nasib di tangan rakyat, tak berlaku sebarang manipulasi untuk menentukan kesahihan dari perolehan suara. Undi ditentukan oleh rakyat," kata Najib.

Yang selalu menjadi polemik ialah definisi keterbukaan kerana kerajaan mempunyai pendapatnya sendiri tentang perkara itu dan parti pembangkang ada pendapatnya juga, namun prinsip utamanya ialah hak rakyat untuk memilih
kerajaan secara adil dan bebas.

"Demokrasi berlaku di Malaysia. Parti pemerintah pernah kalah di peringkat negeri dan memang belum pernah di peringkat pusat," Najib menjelaskan.

Mengenai peluang Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang, Perdana menteri berkata rakyat kini semakin yakin dengan BN berdasarkan keputusan beberapa pilihan raya kecil sebelum ini, namun parti itu tidak
menjadikan keputusan-keputusan itu sebagai ukuran mutlak.

Oleh itu BN terus berusaha dengan segala upaya membentangkan agenda dan program yang dapat memberi kepuasan dan keyakinan kepada rakyat.

"Bukan sahaja dengan (membentangkan) program kerajaan, program ekonomi, tetapi juga program yang menyentuh rakyat. Program yang memberi kelegaan dan kepuasan kepada rakyak, terutama dalam konteks fenomena inflasi global - hubungan dengan kenaikan harga makanan dunia.

"Ini semua adalah isu-isu yang perlu kita tangani. Dan yang tak kurang penting ialah menjaga komunikasi dengan rakyat," kata Najib.

- Bernama

PAS: Ketidakikhlasan BN semarak semangat himpunan BERSIH 3.0 Ogos 21, 11 1:47pm Kongsi 159 Pakatan Rakyat akan bermesyuarat Rabu ini untuk membuat keputusan bersama terhadap ketidakikhlasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan BN melakukan reformasi sistem pilihanraya sebelum pilihan raya umum ke-13. Ia ekoran kenyataan perdana menteri bahawa pilihan raya umum boleh diadakan pada bila-bila masa dan ia tidak perlu menunggu keputusan jawatankuasa khas parlimen mengenai reformasi pilihan raya. Menurut ketua penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS juga akan mengadakan mesyuarat khas bagi menimbang penyertaan dalam Jawatankuasa Khas Parlimen, kerana berpendapat, ianya tidak membawa sebarang makna setelah perdana menteri membuat kenyataan sedemikian. Sambil menyuarakan kekesalan PAS, beliau berkata: "Kenyataan tersebut membuktikan sikap sebenar kerajaan terhadap tuntutan rakyat agar sistem pilihanraya yang bersih dan adil dapat diwujudkan, sebelum PRU akan datang. "Tujuan utama Jawatankuasa Khas ini ialah merumus satu sistem pilihanraya yang adil dan bersih, setelah pelbagai kelemahan dibongkar. "Apa guna dibentuk jawatankuasa Khas, sekiranya kerajaan sudah memberikan bayangan jelas bahawa pilihanraya umum akan diadakan sebelum jawatankuasa itu menyiapkan laporan dan sekaligus memberikan petanda yang jelas bahawa sememangnya kerajaan BN tidak bersedia untuk menerima dan memperbaiki kelemahan yang ada," katanya Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini. Menurutnya, adalah mustahak bagi rakyat bahawa inisiatif mengatasi kelemahan dan hilangnya keyakinan mereka terhadap sistem pilihanraya yang ada kini diperbetulkan terlebih dahulu supaya satu perjalanan sistem pilihanraya yang bersih dan adil di Malaysia dapat dijalankan. "Sekiranya tidak, apa gunanya rakyat mengundi sekiranya keputusan pilihanraya bukan keputusan yang membayangkan hasrat mereka sebenar di akar umbi, tetapi hasrat pengundi hantu dan warga asing yang berlambak untuk memenangkan calon parti tertentu," tambahnya. Tegasnya, kerajaan harus menyedari kemarahan rakyat dan tuntutan dalam perhimpunan aman BERSIH 2.0 baru- baru ini. "Sikap kerajaan yang menolak diadakan pilihanraya sebelum sistem diperbaiki sudah tentu akan mengundang kemarahan rakyat dan tahap kebolehpercayaan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan terus merosot. "Keadaan ini sangat tidak baik bagi negara, dan terutamanya kerajaan memerintah dan tidak mustahil parti- parti dalam Pakatan Rakyat akan menarik diri ekoran kenyataan Perdana Menteri. "Ketidakikhlasan kerajaan Barisan Nasional ini juga dijangka akan mempercepatkan bantahan rakyat, justeru menyemarakkan semangat untuk himpunan BERSIH 3.0 diadakan," tambahnya. PAS, tegasnya, ingin tegaskan bahawa kerajaan tidak patut dan sememangnya "ia amat tidak bertanggungjawab untuk membubarkan Parlimen dalam keadaan mereka sedar bahawa sistem pilihanraya negara kita sememangnya tempang berhadapan dengan kelemahan dan kepincangan yang pelbagai. "Sila memperbaiki dahulu beberapa kelemahan yang utama, barulah diadakan pilihanraya ke 13, demi rakyat, untuk rakyat dan kerana rakyat," katanya.PAS: Ketidakikhlasan BN semarak semangat himpunan BERSIH 3.0 Ogos 21, 11 1:47pm Kongsi 159 Pakatan Rakyat akan bermesyuarat Rabu ini untuk membuat keputusan bersama terhadap ketidakikhlasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan BN melakukan reformasi sistem pilihanraya sebelum pilihan raya umum ke-13. Ia ekoran kenyataan perdana menteri bahawa pilihan raya umum boleh diadakan pada bila-bila masa dan ia tidak perlu menunggu keputusan jawatankuasa khas parlimen mengenai reformasi pilihan raya. Menurut ketua penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS juga akan mengadakan mesyuarat khas bagi menimbang penyertaan dalam Jawatankuasa Khas Parlimen, kerana berpendapat, ianya tidak membawa sebarang makna setelah perdana menteri membuat kenyataan sedemikian. Sambil menyuarakan kekesalan PAS, beliau berkata: "Kenyataan tersebut membuktikan sikap sebenar kerajaan terhadap tuntutan rakyat agar sistem pilihanraya yang bersih dan adil dapat diwujudkan, sebelum PRU akan datang. "Tujuan utama Jawatankuasa Khas ini ialah merumus satu sistem pilihanraya yang adil dan bersih, setelah pelbagai kelemahan dibongkar. "Apa guna dibentuk jawatankuasa Khas, sekiranya kerajaan sudah memberikan bayangan jelas bahawa pilihanraya umum akan diadakan sebelum jawatankuasa itu menyiapkan laporan dan sekaligus memberikan petanda yang jelas bahawa sememangnya kerajaan BN tidak bersedia untuk menerima dan memperbaiki kelemahan yang ada," katanya Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini. Menurutnya, adalah mustahak bagi rakyat bahawa inisiatif mengatasi kelemahan dan hilangnya keyakinan mereka terhadap sistem pilihanraya yang ada kini diperbetulkan terlebih dahulu supaya satu perjalanan sistem pilihanraya yang bersih dan adil di Malaysia dapat dijalankan. "Sekiranya tidak, apa gunanya rakyat mengundi sekiranya keputusan pilihanraya bukan keputusan yang membayangkan hasrat mereka sebenar di akar umbi, tetapi hasrat pengundi hantu dan warga asing yang berlambak untuk memenangkan calon parti tertentu," tambahnya. Tegasnya, kerajaan harus menyedari kemarahan rakyat dan tuntutan dalam perhimpunan aman BERSIH 2.0 baru- baru ini. "Sikap kerajaan yang menolak diadakan pilihanraya sebelum sistem diperbaiki sudah tentu akan mengundang kemarahan rakyat dan tahap kebolehpercayaan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan terus merosot. "Keadaan ini sangat tidak baik bagi negara, dan terutamanya kerajaan memerintah dan tidak mustahil parti- parti dalam Pakatan Rakyat akan menarik diri ekoran kenyataan Perdana Menteri. "Ketidakikhlasan kerajaan Barisan Nasional ini juga dijangka akan mempercepatkan bantahan rakyat, justeru menyemarakkan semangat untuk himpunan BERSIH 3.0 diadakan," tambahnya. PAS, tegasnya, ingin tegaskan bahawa kerajaan tidak patut dan sememangnya "ia amat tidak bertanggungjawab untuk membubarkan Parlimen dalam keadaan mereka sedar bahawa sistem pilihanraya negara kita sememangnya tempang berhadapan dengan kelemahan dan kepincangan yang pelbagai. "Sila memperbaiki dahulu beberapa kelemahan yang utama, barulah diadakan pilihanraya ke 13, demi rakyat, untuk rakyat dan kerana rakyat," katanya.

PAS: Ketidakikhlasan BN semarak semangat himpunan BERSIH 3.0
Ogos 21, 11 1:47pm
Kongsi 159
Pakatan Rakyat akan bermesyuarat Rabu ini untuk membuat keputusan bersama terhadap ketidakikhlasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan BN melakukan reformasi sistem pilihanraya sebelum pilihan raya umum ke-13.

Ia ekoran kenyataan perdana menteri bahawa pilihan raya umum boleh diadakan pada bila-bila masa dan ia tidak perlu menunggu keputusan jawatankuasa khas parlimen mengenai reformasi pilihan raya.

Menurut ketua penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS juga akan mengadakan mesyuarat khas bagi menimbang penyertaan dalam Jawatankuasa Khas Parlimen, kerana berpendapat, ianya tidak membawa sebarang makna setelah perdana menteri membuat kenyataan sedemikian.

Sambil menyuarakan kekesalan PAS, beliau berkata: "Kenyataan tersebut membuktikan sikap sebenar kerajaan terhadap tuntutan rakyat agar sistem pilihanraya yang bersih dan adil dapat diwujudkan, sebelum PRU akan datang.

"Tujuan utama Jawatankuasa Khas ini ialah merumus satu sistem pilihanraya yang adil dan bersih, setelah pelbagai kelemahan dibongkar.

"Apa guna dibentuk jawatankuasa Khas, sekiranya kerajaan sudah memberikan bayangan jelas bahawa pilihanraya umum akan diadakan sebelum jawatankuasa itu menyiapkan laporan dan sekaligus memberikan petanda yang jelas bahawa sememangnya kerajaan BN tidak bersedia untuk menerima dan memperbaiki kelemahan yang ada," katanya Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, adalah mustahak bagi rakyat bahawa inisiatif mengatasi kelemahan dan hilangnya keyakinan mereka terhadap sistem pilihanraya yang ada kini diperbetulkan terlebih dahulu supaya satu perjalanan sistem pilihanraya yang bersih dan adil di Malaysia dapat dijalankan.

"Sekiranya tidak, apa gunanya rakyat mengundi sekiranya keputusan pilihanraya bukan keputusan yang membayangkan hasrat mereka sebenar di akar umbi, tetapi hasrat pengundi hantu dan warga asing yang berlambak untuk memenangkan calon parti tertentu," tambahnya.

Tegasnya, kerajaan harus menyedari kemarahan rakyat dan tuntutan dalam perhimpunan aman BERSIH 2.0 baru- baru ini.

"Sikap kerajaan yang menolak diadakan pilihanraya sebelum sistem diperbaiki sudah tentu akan mengundang kemarahan rakyat dan tahap kebolehpercayaan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan terus merosot.

"Keadaan ini sangat tidak baik bagi negara, dan terutamanya kerajaan memerintah dan tidak mustahil parti- parti dalam Pakatan Rakyat akan menarik diri ekoran kenyataan Perdana Menteri.

"Ketidakikhlasan kerajaan Barisan Nasional ini juga dijangka akan mempercepatkan bantahan rakyat, justeru menyemarakkan semangat untuk himpunan BERSIH 3.0 diadakan," tambahnya.

PAS, tegasnya, ingin tegaskan bahawa kerajaan tidak patut dan sememangnya "ia amat tidak bertanggungjawab untuk membubarkan Parlimen dalam keadaan mereka sedar bahawa sistem pilihanraya negara kita sememangnya tempang berhadapan dengan kelemahan dan kepincangan yang pelbagai.

"Sila memperbaiki dahulu beberapa kelemahan yang utama, barulah diadakan pilihanraya ke 13, demi rakyat, untuk rakyat dan kerana rakyat," katanya.

Novelis Azizi Abdullah meninggal dunia Ogos 21, 11 2:34pm Kongsi 54 Novelis terkenal, Azizi Abdullah meninggal dunia pagi ini setelah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Pulau Pinang sejak 11 Ogos lepas. Penolong Editor Utusan Pengguna, Mohd Ridzuan Mohamad ketika dihubungi berkata Azizi, 69, meninggal dunia pukul 7.50 pagi di hospital itu. Allahyarham dimasukkan ke hospital berkenaan pada Mac tahun ini dan menjalani pembedahan jantung April. Namun, keadaan allahyarham tidak stabil akibat komplikasi serangan kuman, kencing manis dan masalah buah pinggang. Azizi, bekas guru Pendidikan Islam, terkenal dengan novel "Seorang Tua di Kaki Gunung" ketika naskah itu dijadikan teks wajib sastera Tingkatan Lima kira-kira 20 tahun lepas. Mohd Ridzuan berkata jenazahnya dibawa pulang ke rumahnya di Taman Bersatu, Kulim, Kedah dan dikebumikan selepas zohor. Allahyarham bertugas sebagai Editor Utusan Pengguna terbitan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) setelah bersara sebagai guru dan terus aktif berkarya menghasilkan novel serta kritikan politik berunsur satira. Dua novel terbarunya "Anak Belantera" dan "Badai Cinta", baru sahaja memasuki pasaran bebeberapa bulan lepas.Novelis Azizi Abdullah meninggal dunia Ogos 21, 11 2:34pm Kongsi 54 Novelis terkenal, Azizi Abdullah meninggal dunia pagi ini setelah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Pulau Pinang sejak 11 Ogos lepas. Penolong Editor Utusan Pengguna, Mohd Ridzuan Mohamad ketika dihubungi berkata Azizi, 69, meninggal dunia pukul 7.50 pagi di hospital itu. Allahyarham dimasukkan ke hospital berkenaan pada Mac tahun ini dan menjalani pembedahan jantung April. Namun, keadaan allahyarham tidak stabil akibat komplikasi serangan kuman, kencing manis dan masalah buah pinggang. Azizi, bekas guru Pendidikan Islam, terkenal dengan novel "Seorang Tua di Kaki Gunung" ketika naskah itu dijadikan teks wajib sastera Tingkatan Lima kira-kira 20 tahun lepas. Mohd Ridzuan berkata jenazahnya dibawa pulang ke rumahnya di Taman Bersatu, Kulim, Kedah dan dikebumikan selepas zohor. Allahyarham bertugas sebagai Editor Utusan Pengguna terbitan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) setelah bersara sebagai guru dan terus aktif berkarya menghasilkan novel serta kritikan politik berunsur satira. Dua novel terbarunya "Anak Belantera" dan "Badai Cinta", baru sahaja memasuki pasaran bebeberapa bulan lepas.

Novelis Azizi Abdullah meninggal dunia
Ogos 21, 11 2:34pm
Kongsi 54
Novelis terkenal, Azizi Abdullah meninggal dunia pagi ini setelah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Pulau Pinang sejak 11 Ogos lepas.

Penolong Editor Utusan Pengguna, Mohd Ridzuan Mohamad ketika dihubungi berkata Azizi, 69, meninggal dunia pukul 7.50 pagi di hospital itu.

Allahyarham dimasukkan ke hospital berkenaan pada Mac tahun ini dan menjalani pembedahan jantung April.

Namun, keadaan allahyarham tidak stabil akibat komplikasi serangan kuman, kencing manis dan masalah buah pinggang.

Azizi, bekas guru Pendidikan Islam, terkenal dengan novel "Seorang Tua di Kaki Gunung" ketika naskah itu dijadikan teks wajib sastera Tingkatan Lima kira-kira 20 tahun lepas.

Mohd Ridzuan berkata jenazahnya dibawa pulang ke rumahnya di Taman Bersatu, Kulim, Kedah dan dikebumikan selepas zohor.

Allahyarham bertugas sebagai Editor Utusan Pengguna terbitan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) setelah bersara sebagai guru dan terus aktif berkarya menghasilkan novel serta kritikan politik berunsur satira.

Dua novel terbarunya "Anak Belantera" dan "Badai Cinta", baru sahaja memasuki pasaran bebeberapa bulan lepas.

Kemeriahan Aidilfitri mungkin tidak akan dirasai oleh seorang pegawai polis apabila beliau kehilangan isteri bersama anak dalam kandungan berusia tujuh bulan, dalam satu kemalangan di Kilometer 65 Jalan Kuantan-Segamat dekat Pekan, semalam. Insp Mohd Nor Idham Ali Mat Nor, 27 dari Cawangan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Kota Bharu, Kelantan kehilangan isteri Noor Edlina Ahmad Bakhari, 36, ketika mereka dalam perjalanan dari Kota Bharu ke rumah ibu suaminya di Taman Sri Kluang, Johor pada pukul 3.30 petang. Hasrat Noor Edlina yang merupakan seorang jururawat di Hospital Kota Bharu untuk berbuka puasa dan bercuti bersama keluarga mentuanya itu bagaimanapun musnah apabila kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu Mohd Nor Idham terbabas ketika tiba di tempat kejadian. Ketua Polis Daerah Pekan Supt Yahaya Othman berkata, siasatan awal mendapati kereta tersebut terbabas ke bahagian kiri jalan akibat hilang kawalan sebelum merempuh tiang elektrik. Katanya kereta itu kemudiannya masuk kembali ke jalan dan berpusing beberapa kali sebelum berhenti akibat terlanggar sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan. Beliau berkata kesan hentaman yang kuat akibat kemalangan tersebut menyebabkan mangsa yang berada di tempat duduk penumpang bahagian hadapan cedera parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian. "Pemandu Myvi hanya mengalami kecederaan ringan manakala pemandu sebuah lagi kereta tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes itu masih dalam siasatan manakala mayat mangsa telah dituntut oleh ahli keluarganya di Hospital Pekan awal pagi tadi," kata Yahaya kepada pemberita di Pekan. Sementara itu, ibu mentua mangsa, Salbiah Abdullah, 50, berkata beliau tidak mengetahui tentang kepulangan anak dan menantunya itu kerana mereka mahu membuat kejutan kepadanya memandangkan panggilan telefon daripada Mohd Nor Idham beberapa hari lepas memaklumkan bahawa hanya beliau sahaja dapat bercuti bagi menyambut hari raya Aidilfitri. "Saya meminta agar dia pulang bersama-sama isterinya pada hari mereka cuti bekerja dan tidak kisah jika mereka sampai ke kampung walaupun selepas hari raya pertama bagi mengelak mereka terburu-buru," katanya. "Anak saya juga masih trauma atas pemergian isteri yang baru dinikahinya Febuari lalu dan bakal cahaya mata pertama yang masih berada dalam kandungan di depan matanya sendiri," katanya.

Kemeriahan Aidilfitri mungkin tidak akan dirasai oleh seorang pegawai polis apabila beliau kehilangan isteri bersama anak dalam kandungan berusia tujuh bulan, dalam satu kemalangan di Kilometer 65 Jalan Kuantan-Segamat dekat Pekan, semalam.

Insp Mohd Nor Idham Ali Mat Nor, 27 dari Cawangan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Kota Bharu, Kelantan kehilangan isteri Noor Edlina Ahmad Bakhari, 36, ketika mereka dalam perjalanan dari Kota Bharu ke rumah ibu suaminya di Taman Sri Kluang, Johor pada pukul 3.30 petang.

Hasrat Noor Edlina yang merupakan seorang jururawat di Hospital Kota Bharu untuk berbuka puasa dan bercuti bersama keluarga mentuanya itu bagaimanapun musnah apabila kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu Mohd Nor Idham terbabas ketika tiba di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Pekan Supt Yahaya Othman berkata, siasatan awal mendapati kereta tersebut terbabas ke bahagian kiri jalan akibat hilang kawalan sebelum merempuh tiang elektrik.

Katanya kereta itu kemudiannya masuk kembali ke jalan dan berpusing beberapa kali sebelum berhenti akibat terlanggar sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan.

Beliau berkata kesan hentaman yang kuat akibat kemalangan tersebut menyebabkan mangsa yang berada di tempat duduk penumpang bahagian hadapan cedera parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Pemandu Myvi hanya mengalami kecederaan ringan manakala pemandu sebuah lagi kereta tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes itu masih dalam siasatan manakala mayat mangsa telah dituntut oleh ahli keluarganya di Hospital Pekan awal pagi tadi," kata Yahaya kepada pemberita di Pekan.

Sementara itu, ibu mentua mangsa, Salbiah Abdullah, 50, berkata beliau tidak mengetahui tentang kepulangan anak dan menantunya itu kerana mereka mahu membuat kejutan kepadanya memandangkan panggilan telefon daripada Mohd Nor Idham beberapa hari lepas memaklumkan bahawa hanya beliau sahaja dapat bercuti bagi menyambut hari raya Aidilfitri.

"Saya meminta agar dia pulang bersama-sama isterinya pada hari mereka cuti bekerja dan tidak kisah jika mereka sampai ke kampung walaupun selepas hari raya pertama bagi mengelak mereka terburu-buru," katanya.

"Anak saya juga masih trauma atas pemergian isteri yang baru dinikahinya Febuari lalu dan bakal cahaya mata pertama yang masih berada dalam kandungan di depan matanya sendiri," katanya.

Azmil Mustapha nafi menghina Agong Ogos 21, 11 4:09pm Kongsi 10 Pelakon yang kini menjadi pendakwah, Azmil Mustapha, menafikan beliau menyampaikan ceramah berbaur hasutan politik supaya rakyat membenci Yang di-Pertuan Agong ketika memberi tazkirah di Masjid An-Nur, Kampung Melayu Subang. Mingguan Malaysia melaporkan pelakon filem Ali Setan itu sebagai berkata beliau terkejut apabila laporan polis dibuat oleh bilal masjid berkenaan pagi kelmarin, mengatakan beliau ada mengeluarkan kenyataan sedemikian. "Saya tidak mengeluarkan kenyataan yang berbaur hasutan, apatah lagi menghina Yang di-Pertuan Agong. Tuduhan itu tidak berasas kerana ai tiada kena mengena dengan politik. "Saya bukan sahaja tidak pernah mengundi pada pilihan raya umum, malah tidak berdaftar dengan mana-mana parti politik di negara ini," katanya dalam laporan Utusan tersebut. Sebaliknya, jelas Azmil, tazkirah yang disampaikannya di masjid tersebut adalah berasas kepada ayat-ayat al-Quran. Menurutnya, antara perkara yang disampaikannya ialah umat Islam wajib mengutamakan Allah berbanding manusia, tidak kira siapa orang itu. Sementara itu, ketua polis daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya sedang meneliti laporan polis yang dibuat. Menurutnya, setakat ini, siasatan masih di peringkat awal dan beliau meminta orang ramai memberi peluang kepada pihak polis untuk menyiasat kes itu secara terperinci.

Azmil Mustapha nafi menghina Agong
Ogos 21, 11 4:09pm
Kongsi 10
Pelakon yang kini menjadi pendakwah, Azmil Mustapha, menafikan beliau menyampaikan ceramah berbaur hasutan politik supaya rakyat membenci Yang di-Pertuan Agong ketika memberi tazkirah di Masjid An-Nur, Kampung Melayu Subang.

Mingguan Malaysia melaporkan pelakon filem Ali Setan itu sebagai berkata beliau terkejut apabila laporan polis dibuat oleh bilal masjid berkenaan pagi kelmarin, mengatakan beliau ada mengeluarkan kenyataan sedemikian.

"Saya tidak mengeluarkan kenyataan yang berbaur hasutan, apatah lagi menghina Yang di-Pertuan Agong. Tuduhan itu tidak berasas kerana ai tiada kena mengena dengan politik.

"Saya bukan sahaja tidak pernah mengundi pada pilihan raya umum, malah tidak berdaftar dengan mana-mana parti politik di negara ini," katanya dalam laporan Utusan tersebut.

Sebaliknya, jelas Azmil, tazkirah yang disampaikannya di masjid tersebut adalah berasas kepada ayat-ayat al-Quran.

Menurutnya, antara perkara yang disampaikannya ialah umat Islam wajib mengutamakan Allah berbanding manusia, tidak kira siapa orang itu.

Sementara itu, ketua polis daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya sedang meneliti laporan polis yang dibuat.

Menurutnya, setakat ini, siasatan masih di peringkat awal dan beliau meminta orang ramai memberi peluang kepada pihak polis untuk menyiasat kes itu secara terperinci.

KITA letak calon di S'gor dan K'tan Ogos 21, 11 4:26pm Kongsi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) bercadang meletakkan calon di Selangor dan Kelantan pada pilihan raya umum akan datang, kata presidennya, Datuk Zaid Ibrahim. Bagaimanapun, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata beliau tidak dapat menentukan jumlah calon dan kerusi yang akan ditandingi di kedua-dua negeri itu. "Setakat ini, kita hanya mengenal pasti dua negeri iaitu Selangor dan Kelantan untuk diletakkan calon KITA dalam pilihan raya kali ini," katanyakepada pemberita selepas menyampaikan bantuan hari raya kepada orang kurang upaya di Kota Bharu hari ini. Bekas ahli parlimen Kota Bharu itu berkata beliau sendiri belum dapat menentukan sama ada akan bertanding di kawasan Parlimen itu atau di luar Kelantan. Menyentuh cadangan penubuhan Jawatankuasa Khas Parlimen untuk menambahbaik sistem pilihan raya di negara ini, Zaid berkata semua pihak harus memanfaatkan penubuhan badan itu dan tidak mengambil kesempatan untuk kepentingan mana-mana pihak. Pembangkang juga tidak harus membuat tuntutan tidak munasabah dalam mengutarakan perasaan tidak puas hati dengan perjalanan proses pilihan raya di negara ini, sehingga tidak ada jalan penyelesaian, katanya lagi.


KITA letak calon di S'gor dan K'tan
Ogos 21, 11 4:26pm
Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) bercadang meletakkan calon di Selangor dan Kelantan pada pilihan raya umum akan datang, kata presidennya, Datuk Zaid Ibrahim.

Bagaimanapun, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata beliau tidak dapat menentukan jumlah calon dan kerusi yang akan ditandingi di kedua-dua negeri itu.

"Setakat ini, kita hanya mengenal pasti dua negeri iaitu Selangor dan Kelantan untuk diletakkan calon KITA dalam pilihan raya kali ini," katanyakepada pemberita selepas menyampaikan bantuan hari raya kepada orang kurang upaya di Kota Bharu hari ini.

Bekas ahli parlimen Kota Bharu itu berkata beliau sendiri belum dapat menentukan sama ada akan bertanding di kawasan Parlimen itu atau di luar Kelantan.

Menyentuh cadangan penubuhan Jawatankuasa Khas Parlimen untuk menambahbaik sistem pilihan raya di negara ini, Zaid berkata semua pihak harus memanfaatkan penubuhan badan itu dan tidak mengambil kesempatan untuk kepentingan mana-mana pihak.

Pembangkang juga tidak harus membuat tuntutan tidak munasabah dalam mengutarakan perasaan tidak puas hati dengan perjalanan proses pilihan raya di negara ini, sehingga tidak ada jalan penyelesaian, katanya lagi.

Presiden Turki lawat Somalia, di mana yang lain?

Presiden Turki lawat Somalia, di mana yang lain?

Muhyiddin makin gah, Najib semakin lemah!

Muhyiddin makin gah, Najib semakin lemah!

Sejarah BATAM

Batam adalah salah satu pulau dalam gugusan Kepulauan Riau. Batam merupakan sebuah pulau di antara 329 pulau yang terletak antara Selat Malaka dan Singapura yang secara keseluruhan membentuk wilayah Batam. Karena langkanya catatan tertulis dari pulau ini, maka hanya ada satu literatur yang menyebut nama Batam, yaitu Traktat London yang mengatur pembagian wilayah kekuasaan antara Belanda dan Inggris. Namun, menurut para pesiar dari China, pulau ini sudah dihuni sejak 231 M ketika Singapura masih disebut Pulau Ujung.

Sebelum  mendapat perhatian khusus dari pemerintah pusat, Batam merupakan sebuah pulau kosong berupa hutan belantara yang nyaris tanpa denyut kehidupan. Namun, terdapat beberapa kelompok penduduk yang lebih dahulu mendiami pulau ini. Mereka berprofesi sebagai penangkap ikan dan bercocok tanam. Mereka sama sekali tidak banyak terlibat dalam mengubah bentuk fisik pulau ini yang merupakan hamparan hutan belantara.

Pada tahun 1970-an Batam mulai dikembangkan sebagai basis logistik dan operasional untuk industri minyak dan gas bumi oleh Pertamina. Kemudian berdasarkan Kepres No. 41 tahun 1973, pembangunan Batam dipercayakan kepada lembaga pemerintah yang bernama Otorita Pengembangan Industri Pulau Batam atau sekarang dikenal dengan Badan Pengusahaan Batam (BP Batam). Dalam rangka melaksanakan visi dan misi untuk mengembangkan Batam, maka dibangun berbagai insfrastruktur modern yang berstandar internasional serta berbagai fasilitas lainnya, sehingga diharapkan mampu bersaing dengan kawasan serupa di Asia Pasifik.





Beberapa tahun belakangan ini telah digulirkan penerapan Free Trade Zone Batam (FTZ Batam), Bintan, dan Karimun yang mengacu pada UU No 36 tentang Kawasan Perdagangan Bebas dan Pelabuhan Bebas dan kemudian dirubah beberapa kali melalui PERPU, sehingga di undangkan menjadi UU no 44 tahun 2007. Ada juga Undang-Undang 36 tahun 2000 Tentang " Penetapan Peraturan Pemerintah Pengganti UU No 1 Tahun 2000 Tentang Kawasan Perdagangan Bebas dan Pelabuhan Bebas Menjadi Undang Undang serta masih banyak Undang-Undang lainnya yang berkaitan dengan FTZ Batam. Kemudian di saat masa akhir jabatan anggota DPR Pusat tahun 2009, bersama dengan pemerintah pusat saat ini sedang membahas mengenai UU Kawasan Ekonomi Khusus (KEK) yang akan memayungi pembentukan Kawasan Ekonomi Khusus di daerah Batam dan daerah lainnya di Indonesia.

Berbagai kemajuan telah banyak dicapai selama ini, seperti tersediannya berbagai lapangan usaha yang mampu menampung angkatan kerja yang berasal hampir dari seluruh daerah di tanah air. Begitu juga dengan jumlah penerimaan daerah maupun pusat dari waktu ke waktu terus meningkat. Hal ini tidak lain karena semakin maraknya kegiatan industri, perdagangan, alih kapal, dan pariwisata. Namun, sebagai daerah yang berkembang pesat, Batam juga tidak luput dari masalah. Untuk itulah, dilakukan penyempurnaan pengembangan Pulau Batam agar dapat melengkapi kekurangan-kekurangan yang ada.
Copyright 2009 - 2011 BP Batam(Badan Pengusahaan Batam). All Rights Reserved.

Kesultanan Johor: Sejarah Daerah Pontian - Penghujung Benua Asia

Kesultanan Johor: Sejarah Daerah Pontian - Penghujung Benua Asia: Daerah yang kini dikenali sebagai Pontian dahulunya adalah dikenali sebagai Kukup atau Kukub dengan pusat pentadbirannya terletak di Kukup L...