Malaysia tidak bersedia untuk AFF?
Mohamad Shafiq Rohaizad Buyong, |
Apakah punca kemerosotan mutu pasukan Malaysia ketika ini? Persoalan yang amat sukar untuk dijawab oleh semua pihak. Namun, jika kita undur kembali, kita dapat melihat bahawa K Rajagopal terlalu banyak menguji permain dalam membentuk pasukan dengan alasan untuk memastikan permain yang disenaraikan benar-benar layak untuk menyarung jersi pasukan negara.
Ternyata, tindakan ini tidak membawa hasil yang dimahukan, malah jika dilihat kepada beberapa perlawanan persahabatan, pasukan Malaysia lebih banyak kalah berbanding menang. Ada yang beranggapan, persiapan pasukan Malaysia menghadapi piala AFF pada kali ini ternyata amat bercelaru dan tidak serius berbanding edisi lepas. Malah sikap K Rajagopal amat sukar menerima kritikan menambahkan lagi kecelaruan persiapan pasukan Malaysia.
Namun, saya percaya para penyokong Malaysia tetap menyokong pasukan Malaysia walaupun pasukan Malaysia ketika ini terumbang-ambing dalam mencari kemenangan. Diharapkan ‘Harimau Malaya’ terus garang untuk perlawanan seterusnya. Selamanya Malaysia!