Suatu cara untuk mengembangkan
keterampilan,kebiasaan dan sikap-sikap yang diharapkan dapat membuat seseorang
menjadi warganegara yang baik.Tujuannya untuk mengembangkan atau mengubah
kognisi afeksi dan konasi seseorang.
Sejarah pendidikan:
Pada zaman penjajahan, Tanah Melayu tiada pendidikan yang seragam. Sistem pendidikan yang diwujudkan oleh British ialah sistem pendidikan vernakular dan dilaksanakan mengikut kepentingan kaum tersebut.
Pada era globalisasi dan maklumat dihujung jari ,pendidikan sangat dititik beratkan bagi menghasilkan modal insan yang berkualiti serta memberi sumbangan kepada negara.Pendidikan menjana insan berkualiti bermaksud melahirkan generasi modal insan kelas pertama yang mampu menjadi pemimpin yang berpengetahuan daripada pelbagai aspek iaitu dari segi akhlak,perilaku dan pemikirannya. Insan yang berkualiti merupakan insan yang mempunyai pegangan agama yang kukuh,gigih berusaha,mempunyai keyakinan diri yang kental ,tidak pernah mengalah dan berani menghadapi cabaran.Hal ini sedemikian kerana,ciri-ciri tersebut sangat penting bagi membolehkan seseorang itu menjadi pemimpin kepada sebuah negara maju serta mengekalkan kecemerlangan sesebuah negara tersebut.Sebagai contoh,Tun Dr Mahathir merupakan seorang pemimpin yang berkualiti,beliau mampu membangunkan negara yang dahulunya mundur .Kini negara Malaysia menjadi sebuah negara yang maju dan bertamadun hasil dari pemimpin yang berkualiti yang memperoleh pendidikan yang berkualiti.

Pendidikan yang berkesan mampu
menghasilkan modal insan yang benar-benar boleh membawa negara ke tahap
pembangunan yang lebih baik berasaskan kreativiti dan inovasi. Dengan adanya
pendidikan yang mantap , ini membolehkan generasi muda menonjolkan potensi
sebenar untuk berjaya dalam persaingan persekitaran global yang semakin
mencabar.Pendidikan juga boleh membantu kita membina Malaysia yang
bersatu-padu. Ini kerana,pelaksanaan pendemokrasian pendidikan iaitu memperbaiki
kualiti sekolah yang sekali gus dapat meluaskan peluang pendidikan berkualiti
kepada semua kaum.Sejarah juga telah membuktikan bahawa pendidikan memainkan
peranan penting dalam mempertingkatkan taraf hidup rakyat Malaysia terutama dalam kalangan bumiputera yang tidak
berkemampuan.
Pendidikan adalah pelaburan yang sangat penting dalam sesebuah negara. Pencapaian yang dijana melalui sistem pendidikan akan menentukan hala tuju negara pada masa depan. Di samping itu, proses pendidikan merupakan kaedah yang sangat berkesan bagi membentuk dan mengembangkan minda, jiwa dan rohani ke arah mengenali diri dan mencapai tahap kehidupan bermasyarakat yang baik dan sempurna.Daripada perspektif yang berbeza, bidang pendidikan adalah jambatan yang membawa pengetahuan, latihan, potensi, minat dan semua elemen kualiti yang ada pada manusia iaitu modal insan ke suatu dimensi yang lebih dinamik dan progresif bagi menggerakkan kemajuan negara. Sistem pendidikan juga dapat melahirkan pekerja yang berupaya menerapkan budaya ilmu dan mahir dalam bidang yang diceburi seterusnya menghasilkan produk yang berkualiti.

KESAN
Pemimpin yang berkaliber penuh
dengan ilmu pengetahuan dapat dilahirkan melalui wacana pendidikan. Negara-
negara gergasi sedang giat menjajah negara- negara membangun. Dalam era
globalisasi penuh dengan pancaroba hidup, hal ini dapat dibuktikan dari segi
penjajahan ekonomi, sosial di samping pertahanan negara. Perkara seperti ini
dapat dibendung melalui kesahihan dan keberkesanan pemimpin- pemimpin masa
depan dalam mengemudi kerajaan yang kita sanjungi melalui pendidikan
berkualiti. Dengan demikian, pendidikan berkualiti dapat menjana insan-insan
yang berwibawa di samping semangat patriotik seterusnya mengharumkan nama
negara di persada dunia.
Pendidikan agama dan moral dapat merealisasikan insan berkualiti. Hal ini dapat dilihat melalui pengurangan penglibatan belia yang berpendidikan dalam kancah sosial dan jenayah. Sebagai contoh, didikan agama dan moral di peringkat sekolah membolehkan pelajar menimba nilai-nilai murni dan etika yang patut diamalkan dalam kehidupan seharian . Di samping itu, didikan agama menghindari pelajar daripada terlibat dalam pergaulan bebas dan aktiviti-aktiviti yang membawa natijah ke atas belia. Oleh itu. pendidikan berkualiti dapat mewujudkan insan yang berpegang kepada jati diri yang teguh.
Pendidikan sebagai satu institusi
sosial memainkan peranan
penting dalam penyediaan tenaga kerja pakar,teknikal dan
profesional.Kewujudan tenaga kerja ini penting bagi menjalankan
kegiatan ekonomi negara yang seterusnya menjana kemajuan
negara.Pendidikan juga dapat membentuk sikap, nilai, serta aset minda sekali gus
bersedia untuk menerima perubahan,
inovasi serta penggunaan sains dan teknologi.
Selain itu, menerusi pendidikan,asas-asas kemahiran dapat diterap dalam diri
setiap individu terutamanya dalam kalangan generasi muda.
LANGKAH-LANGKAH

MELAKSANAKAN PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN (PIPP)
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan(PIPP) 2006-2010 yang dijadikan garis panduan pembangunan pendidikan negara secara menyeluruh bagi tempoh lima tahun untuk membangunkan Sekolah Kebangsaan(SK) sebagai aliran perdana tanpa meminggirkan sekolah aliran lain.Bagi menghasilkan pendidikan berkualiti untuk semua,Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) telah mengenalpasti dua pendekatan utama iaitu memastikan rakyat mendapat peluang pendidikan yang adil dan saksama sekaligus menguasai kemahiran 3M iaitu membaca,menulis dan mengira.Selain itu,memberi perhatian khusus ke atas sekolah yang mencapai tahap cemerlang bukan sahaja bagi memastikan ia mempertahankan kecemerlangan itu, malah mampu meningkatkannya ke tahap yang lebih tinggi.

Memantapkan sistem pendidikan
sehingga dapat melahirkan insan yang berkualiti adalah melalui pemantapan
aktiviti ko-kurikulum. Aktiviti ko-kurikulum ini seharusnya dilaksanakan dengan
penuh teliti agar dapat menjadi pemangkin kepada para pelajar supaya dapat
berdikari. Pada tahun 2005, Kementerian Pelajaran Malaysia yang pada ketika itu
di bawah pimpinan Dato Seri Hishamudin Tun Hussien telah memutuskan 10 peratus
penglibatan pelajar dalam aktiviti ko-kurikulum menjadi syarat kemasukan ke
IPTA mahupun sekolah berasrama penuh. Impak daripada pemantapan aktiviti
ko-kurikulum dalam sistem pendidikan ini , masalah sosial dapat dapat
dikurangkan dan nilai-nilai murni dalam diri dapat pelajar dapat ditingkatkan
sehingga dapat membawa kepada lahirnya seseorang insan yang berkualiti. Hal ini
kerana melalui aktiviti ko-kurikulum seseorang pelajar itu dapat melatih
dirinya supaya lebih berdisiplin, menepati masa, mematuhi arahan dan
mengamalkan sifat-sifat yang baik .Hal ini seterusnya dapat melahirkan insan
yang berkualiti kepada nusa ,bangsa dan negara.Tuntasnya, pemantapan aktiviti
kokurikulum dalam sistem pendidikan dapat melahirkan insan yang berkualiti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan