Ke arah BERSIH tanpa Ambiga
ULASAN
Tarikh 28 April 2012 menjadi sejarah baru kepada Malaysia. Cabaran agar
rakyat turun ke Kuala Lumpur bagi menyertai demonstrasi "duduk bantah"
anjuran BERSIH disambut.
BBC melaporkan
perhimpunan tersebut adalah yang terbesar dianjurkan untuk menuntut
pilihan raya bebas dan adil. Sebenarnya, 28 April lebih dari itu.
Dalam sejarah Malaysia, inilah perhimpunan terbesar dihadiri oleh masyarakat berbilang kaum bagi membuat tuntutan politik.
Suka
atau tidak, kerajaan Malaysia harus mendengar suara rakyat. Tarikh 28
April memberikan isyarat bahawa rakyat semakin berani untuk pertahankan
hak demokratik mereka sebagai warga Malaysia.
Jika
pilihan raya terus diadakan tanpa menghiraukan tuntutan BERSIH, selepas
ini tidak mustahil jutaan rakyat akan membanjiri Kuala Lumpur.
Akan tetapi, ketika rakyat berani untuk mempertahankan hak mereka, pimpinan BERSIH dilihat lemah. Datuk S Ambiga terperangkap dengan percaturan jahat pemerintah.
Ambiga kelihatan berdolak dalik dalam isu keganasan semasa perhimpunan apabila mengeluarkan kenyataan meminta peserta BERSIH yang dikatakan mengganas dikenakan tindakan undang-undang.
Sedangkan Ambiga tahu dan sebagai peguam sudah tentu beliau jelas bahawa perhimpunan aman itu hak demokratik seluruh warga.
Rakyat yang hadir dari pelosok negara juga tentunya kecewa apabila arahan untuk bersurai dikeluarkan oleh Ambiga sendiri dan bukannya dari polis.
Mengapa beri arahan bersurai tatkala arahan boleh diberikan agar peserta BERSIH berkumpul di satu tempat lain seperti tempat ceramah? |
Sementara dalam sidang akhbar selepas perhimpunan, mantan pengerusi Majlis Peguam itu juga dilihat tidak berani untuk mempertahankan rakyat.
Seorang pemimpin gerakan massa seharusnya berani mempertahankan hak demokratik rakyat apatah lagi mereka turun kerana menyokong aspirasi BERSIH.
Mungkin sudah sampai masanya Ambiga melepaskan jawatan sebagai pengerusi BERSIH kerana beliau kini dilihat hanya "memberatkan" gerakan.
Dengan propaganda kerajaan yang mengaitkan Ambiga dengan gerakan LGBT dan seks bebas, sedikit sebanyak memburukkan imej BERSIH di kalangan majoriti warga Malaysia yang beragama Islam.
Rebut kembali kemerdekaan

Seperti biasa, kerajaan Malaysia mengalihkan isu. Isu mengapa 300,000 rakyat membanjiri Kuala Lumpur tidak dibincangkan.
Perbincangan
kini kepada isu keganasan yang berlaku pada hari perhimpunan. Anwar
Ibrahim dan Azmin Ali dikatakan bertanggungjawab mengarahkan rakyat
merempuh kawat dawai untuk masuk ke Dataran Merdeka.
Isu
siapa arah arah rempuh masuk Dataran Merdeka bukanlah perkara besar.
Isu lebih besar adalah kerajaan menghalang rakyat untuk masuk ke Dataran
Merdeka.
Ini merupakan pencabulan terbesar terhadap
kemerdekaan rakyat. Kerajaan hari ini tidak ada bezanya dengan penjajah
satu ketika dahulu.
Apabila rakyat merempuh masuk ke
Dataran Merdeka - sama ada didorong oleh cawangan khas (SB) atau tidak,
ia tindakan yang harus dipuji.
Tindakan berani tersebut samalah seperti tindakan berani pejuang kemerdekaan negara melawan penjajah.
Di zaman penjajah British dahulu, pejuang kemerdekaan digambarkan sebagai penderhaka sepertimana Utusan Malaysia menggambarkan peserta perhimpunan duduk bantah.
Pilihan raya paling kotor dan jijik
Jika
benar dakwaan Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution bahawa
pengerusi dan timbalan pengerusi Suruhan Jaya Pilihan Raya (SPR) ahli
parti Umno, masa depan pilihan raya Malaysia semakin gelap.
Di
negara ini, Ketua Hakim Negara juga pernah terdiri dari pimpinan Umno.
Sudah tentulah wujud tanggapan segala keputusan yang dibuat memihak
kepada Umno. Begitu juga dalam isu pilihan raya.
Bagi Tun Dr Mahathir Mohamad tidak ada salahnya jika pengerusi dan timbalan pengerusi SPR menjadi anggota Umno.
Ini
tidak menghairankan kerana sewaktu berkuasa, Raja-raja Melayu juga
dicabut kuasanya untuk memberikan kekuasaan penuh kepada Dr Mahathir.
Malaysia diperlakukan dengan sesuka hati seperti miliknya.
Apa
lagi yang boleh diharapkan dengan pilihan raya di Malaysia? Tuntutan
reformasi tidak dilayan. Pengerusi dan timbalan pengerusi terpalit
dakwaan anggota Umno.
Apakah jaminan proses
pilihan raya akan berlaku secara bebas dan adil? Jika pilihan raya terus
dijalankan tanpa pengerusi dan timbalan pengerusi SPR yang baru, tanpa
ditunaikan tuntutan BERSIH, angka rakyat yang bakal turun ke Dataran
Merdeka akan menjadi lebih besar.
Pada ketika
itu, angka sasaran perhimpunan akan meningkat ke dua juta. Bila itu
berlaku, perubahan pemerintahan negara akan terjadi di Malaysia.
AMIN ISKANDAR menerima anugerah zamalah Intelektual Awam Asia (API) 2009-10 untuk menjalankan kajian tentang sejarah pemantauan pilihan raya di Filipina dan Indonesia. Tulisan ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi Malaysiakini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan